Wednesday, July 3, 2013

Bagaimana Khalid Ibrahim mendakwa 337 unit hartanah telah disediakan adalah untuk golongan Bumiputera, jika 348 unit hartanah TELAH PUN DIJUAL dan DISAHKAN DATA TERSEBUT ?Bukankah ini bermakna hanya 299 unit hartanah atau 46.14 (%) peratus baki yang diperuntukkan kepada golongan Bumiputera ?



Petikan dari Free Malaysia Today, 3 Julai 2013

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan pemilikan kondominium mewah Datum Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur dikuasai warga asing.

Sebaliknya menegaskan pemilikan unit perumahan itu diberi keutamaan kepada golongan Bumiputera dengan peruntukan kuota sebanyak 50 peratus.

Menurutnya, daripada 337 unit hartanah yang disediakan, 1029 permohonan pembeli yang diterima adalah daripada golongan Bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata kerajaan negeri juga telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengawal kuasa pembelian unit kondominium itu.

“Dakwaan (pemilikan hartanah oleh rakyat asing) itu tidak benar. PKNS tidak boleh menjual kurang daripada 50 peratus hartanah di kawasan Datum Jelatek kepada masyarakat Bumiputera.

“Daripada 337 unit hartanah yang ditawarkan di Datum Jelatek, 1029 permohonan yang diterima adalah pembeli Bumiputera,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Adun Shuhaimi Shafie dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Jelasnya, keadaan tersebut berbeza dengan projek perumahan di kawasan
metropolitan Kuala Lumpur yang memperuntukkan hanya 30 peratus kuota pemilikan kepada golongan Bumiputera sahaja.



Selaku Menteri Besar Selangor dan ahli Perbadanan PKNS, rasanya Khalid Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk memberikan pencerahan kepada data-data dan fakta-fakta berikut :

1) Rakyat persoalkan JIKA BENAR golongan Bumiputera dengan peruntukan kuota sebanyak 50 peratus, MENGAPA PERLU DIPROMOSIKAN DATUM JELATEK SEBAGAI CHINESE MAINSTREAM DISTRICTS JIKA IANYA BELUM DIJUAL KEPADA UMUM ?



2) Rakyat persoalkan jika benar Khalid Ibrahim menafikan dakwaan pemilikan kondominium mewah Datum Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur dikuasai warga asing, MENGAPA PENGURUS BESAR PKNS, OTHMAN OMAR MENYAKSIKAN SENDIRI 348 UNIT HARTANAH TELAH DIJUAL sewaktu pameran hartanah tersebut di di Marina Bay Sands, Singapura pada 4 hingga 7 Oktober 2012 ?




3) Rakyat persoalkan JIKA BENAR dakwaan Khalid Ibrahim, bagaimana 348 UNIT HARTANAH TELAH DIJUAL sewaktu pameran hartanah tersebut di di Marina Bay Sands, Singapura pada 4 hingga 7 Oktober 2012 ?

4) Tidakkah ianya bermaksud 51.63 (%) PERATUS UNIT HARTANAH TELAH DIBELI OLEH WARGA ASING SECARA PUKAL (en-bloc) di Marina Bay Sands, Singapura pada 4 hingga 7 Oktober 2012.


Klik ERA FOCUS


5) Bagaimana Khalid Ibrahim mendakwa pemilikan unit perumahan itu diberi keutamaan kepada golongan Bumiputera dengan peruntukan kuota sebanyak 50 peratus, JIKA SEKIRANYA 51.63 (%) PERATUS TELAH DIBELI OLEH WARGA ASING ?

6) Benarkah DAKWAAN (pemilikan hartanah oleh rakyat asing) itu tidak benar ?

7) Bagaimana Khalid Ibrahim mendakwa 337 unit hartanah yang disediakan adalah untuk golongan Bumiputera, JIKA 348 UNIT HARTANAH TELAH PUN DIJUAL DAN DISAHKAN DATA TERSEBUT OLEH ERA FOCUS ?

8) Bukankah ini bermakna HANYA 299 UNIT HARTANAH ATAU 46.14 (%) PERATUS BAKI YANG TINGGAL kepada golongan Bumiputera ?



Barangkali Khalid Ibrahim boleh melakukan KONAR BARING terhadap ADUN-ADUN Melayu sewaktu sidang DUN Selangor hari ini, 

Bagaimana pula Khalid Ibrahim mahu melakukan KONAR BARING terhadap rakyat dengan data dan fakta di atas ?





0 comments: