Monday, July 29, 2013

Hakikatnya, walaupun komunis dikalahkan daripada segi ketenteraan di Malaysia, IDEOLOGINYA MASIH HIDUP DAN SUBUR. Dan ia juga mahu terus disemarakkan..

Sebenarnya tidak sukar untuk pihak berwajib, sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Penerangan mahupun Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk MENGHARAMKAN terus filem The New Village ini dari ditayangkan kepada umum.

Masalah sebenar dan perkara paling pokok adalah MAHU LAKUKAN ATAU TIDAK ...

BEGITU MUDAH filem The New Village ini mendapat hak tayangan dan AMAT MALANG apabila ianya bakal ditayangkan pada 23 Ogos nanti, cukup hampir dengan tarikh keramat bulan kemerdekaan negara.


Alasan yang diberikan pihak berwajib di sebalik arahan penangguhan TIGA KALI tayangan Tanda Putera TIDAK MASUK AKAL ... "tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu". 

Apakah filem The New Village ini LANGSUNG TIDAK AKAN menimbulkan sebarang konflik dan kontroversi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Lalu ... apakah rasional filem The New Village ini mendapat hak tayangan dalam masa yang begitu singkat ?

Memang benar, kita masih belum menonton tayangan perdana mahupun keseluruhan filem ini. Hanya berkisar kepada sebuah trailer filem tersebut yang tersebar meluas di Youtube.

Namun hakikatnya, KEBODOHAN filem yang dikeluarkan oleh YELLOW MOVIE SDN BHD, arahan WONG KEW LIT dan diterbitkan bersama oleh ASTRO SHAW perlu dihentikan serta merta sebelum terlambat.


Perlukah lagi Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjalankan penelitian plot dan jalan cerita serta mesej tersembunyi di dalam filem berunsurkan komunis ini ? Apakah masih TIDAK CUKUP TERANG mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini ?

Apakah KERAJAAN terlupa hakikat bahawasanya sudah TIGA KALI kerajaan perlu melakukan rundingan dengan Parti Komunis Malaya (PKM); ... Rundingan Baling pada 1955, rundingan kedua selepas kemerdekaan dan rundingan di Hatyai pada Mac 1989.

Bukankah dalam pusingan ketiga rundingan itu, PKM menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baru iaitu Parti Buruh Sosialis Malaysia (SLPM) berlandaskan ideologi Marxist.

Jika sebelum 1989, tumpuan komunis hampir semuanya di hutan. NAMUN HAKIKATNYA KINI, apabila operasi ketenteraan berakhir, isu itu berpindah ke bandar-bandar.


Ideologi KOMUNIS MASIH HIDUP DAN SUBUR di toko-toko buku milik perniagaan Cina.

Buku-buku yang menceritakan kegiatan komunis dan puak kiri mula membanjiri pasaran, termasuk buku Alias Chin Peng: My Side of History, yang diterbitkan pada 2003.

Selain daripada desakan oleh pihak tertentu supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, terdapat tuntutan lain supaya pengiktirafan diberi kepada pejuang berhaluan kiri dalam konteks kemerdekaan.

Hakikatnya, walaupun komunis dikalahkan daripada segi ketenteraan di Malaysia, IDEOLOGINYA MASIH HIDUP DAN SUBUR. Dan ia juga mahu terus disemarakkan.

Tidak terkecuali pemimpin Melayu-Islam yang turut MENGAGUNGKAN idealisme dan perjuangan komunis ...



Jika tidak kenapa PKM tidak mahu membubarkan parti itu? Malah ia mahu meneruskan ideologi Marxist.

Inilah yang perlu difahami oleh seluruh warga Malaysia.

Dan kerajaan sehingga ke hari ini MASIH GAGAL untuk mengeluarkan satu KERTAS PUTIH mengenai PKM dari awal hingga membawa kepada Perjanjian Damai di Hatyai.

Tidak ramai yang mengetahui mengenai perjanjian itu. Mungkin laporan-laporan ketika itu agak terhad. Kini sampai masanya satu penjelasan lebih komprehensif dibuat.

Jika sesuai, jadikan ia sebagai satu Kertas Putih yang boleh digunakan untuk menjelaskan kekeliruan. Ia harus merangkumi kegiatan PKM sejak 1948-1989.

Penjelasan itu boleh dilakukan kerana Mahkamah Persekutuan SUDAH MEMUTUSKAN mengenai kes Chin Peng dan ia tidak perlu dikhuatiri sebagai sesuatu yang sub-judice lagi.

Perlukah lagi kerajaan mempertimbangkan lagi penelitian plot dan jalan cerita The New Village ini ? 

Apakah masih TIDAK CUKUP TERANG mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini ?

SUDAH, CUKUP ... HARAMKAN TAYANGAN FILEM INI.



0 comments: