Wednesday, July 31, 2013

Bila dikritik kakitangan kerajaan tidak 'hands on' dengan kerja yang dilakukan, ramai yang merah mata dan telinga. Gaji sudah berapa kali naik sejak kebelakangan ini, namun 'output' masih ditakuk lama.



PUTRAJAYA 30 Julai - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.

"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.

sumber : UTUSAN MALAYSIA



Sekali imbas, memang tidak ada cacat celanya artikel yang diterbitkan di Utusan Malaysia. Kita yakin setiap patah perkataan yang disebut oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri ini dirakam oleh wartawan yang menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Cuma yang menjadi cacat cela adalah statistik perbandingan diantara polis negara ini dan polis di New York, sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.

Bijak pandai mana yang memberikan MAKLUMAT YANG SALAH kepada Menteri KDN ini, cukup hampir menjatuhkan imej dan kredibiliti seorang Menteri yang boleh dianggap telah melakukan tugas dengan baik setakat ini.

Sedia maklum, Setiap Menteri mempunyai setiausaha politik dan pegawai-pegawai medianya sendiri. Dalam kata lain, mereka ini adalah kakitangan kerajaan yang diamanahkan untuk membantu bos masing-masing.

Statistik perbandingan ini sudah menjadi BAHAN MOMOKAN pembangkang ...

Tidak perlu rasanya disebut media, blog atau facebook pembangkang yang mana satu mempersendakan KEBODOHAN dan CUAINYA kakitangan kerajaan dalam menyalurkan maklumat yang betul dan tepat kepada bos mereka, lebih-lebih lagi bos mereka ini adalah seorang Menteri.

sumber : NYPD website

Mengikut sumber maklumat yang BETUL dan TEPAT dari laman web Polis New York (NYPD), jumlah keseluruhan anggota pasukan tersebut berjumlah 34,500 orang dengan 8,336,697 penduduk di New York, mengikut bancian penduduk di New York tahun 2012.

Secara matematik dan congak, seorang polis New York sebenarnya berkhidmat untuk 242 penduduk.

Bagaimana Menteri KDN boleh menyebut seorang polis New York berkhidmat untuk 35 penduduk ? Ini belum lagi mengambilkira BENAR ATAU TIDAK maklumat yang disalurkan kepada Menteri KDN bahawa seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan.

Inilah masalah asas yang melibatkan kakitangan kerajaan yang CUAI dalam memberikan maklumat yang BETUL dan TEPAT kepada bos masing-masing.

Yang kena hentam Menteri-menteri yang memberikan kenyataan. Yang memberikan MAKLUMAT YANG SALAH kepada Menteri mula menyorokkan diri dan menuding jari.

Bila dikritik kakitangan kerajaan tidak 'hands on' dengan kerja yang dilakukan, ramai yang merah mata dan telinga. Gaji sudah berapa kali naik sejak kebelakangan ini, namun 'output' masih ditakuk lama.

Bila Menteri-menteri terbabit sudah tercalar imej dan kredibiliti, secara tidak langsung imej dan kredibiliti Perdana Menteri juga akan terpalit.









2 comments:

Mae Kuba said...

Apa yang dikatakan oleh Dr. Zahid adalah tepat sekali. Didalam keterujaan kita mendepani wawasan 2020, kita sepatutnya bergerak dan berkesan didalam semua bidang. Didalam soal keselamatan kita perlu meletakkan kesejahteraan dan ketenteraman sebagai kriteria utama. Sebuah negara maju, tetapi rakyat terdedah kepada undang dan peraturan rimba, nyawa terlalu murah dan penjenayah/pengkhianat negara bermaharajalela memegang pemerintah by the balls? Ini class apa?

Setidak-tidaknya nisbah anggota keselamatan dan orang awam 1:100. Negara berhadapan dengan sensitiviti kebencian antara kaum, antara agama, satu fabrik masyarakat yang amat rapuh dan terdedah kepada manipulasi pehak musuh dan tidak bertanggungjawab. Struktur perpaduan masyarakat reput dari dalam disebabkan dakyah, politik dan unsur-unsur subversif. Kekuatan politik sudah tidak dapat menjamin kesejahteraan rakyat, kerana rakyat telah dipecahkan kepada bermacam ideologi yang merosakkan. Kekuatan Perlembagaan dan Undang-undang dengan penguatkuasaan AMAT diperlukan untuk mengawal jiwa kebinatangan yang tumbuh dalam masyarakat.

Negara kita dikelilingi oleh jiran-jiran yang tidak aman. Selatan Thai diutara, setiap hari darah mengalir. Myanmmar, Selatan Filipina, Laut China Selatan dengan gelora kuasa besar...sudah semestinya negara kita terkepong dengan bahang panas yang sedikit sebanyak membentuk kumpulan-kumpulan radikal, sindiket2 jenayah dan kelompok defensif yang menyembunyikan kuku dikalangan
masyarakat, terutama jika kurangnya pemantauan.

Sudah sampai masa, keselamatan awam dilihat diluar dari perspektif jenayah. Perlu diyakini bahawa negara kita memerlukan lebih kebijaksanaan dalam kepolisan dan penguatkuasaan kerana penyakit masyarakat berbilang ethnik, berbilang budaya dan aspirasi ini amat kompleks.

Anonymous said...

Pasal soal keselamatan kita perlu meletakkan kesejahteraan dan ketenteraman sebagai kriteria utama. Sebuah negara maju mana yg sifar jenayahnya?? tidak mungkin.

Pd aku skop sektor kerajaan ini luas. Kasihan kepada kakitangan kerajaan yang cukup berdedikasi, cekap dan bertanggungjawab terhadap kerja yang telah diamanahkan kepada mereka. Disebabkan segelintir yg melakukan kesilapan inilah habis smeuanya yang mendapat “nama” termasuk aku. rosak susu sebelanga.

tp aku percaya pegawai yg di amanahkan oleh Menteri dan kakitanganya semestinya dah buat yg terbaik untuk bos mereka. siapa yg tidak mahu buat yg terbaik untuk kerjaya masin-masing.mungkin ada kebocoran dimana-mana. tp kita pun manusia, yg punyai kelemahan, ini boleh menjadi pengajaran kpd kita semua yg bekerja mahupun kerajaan atau swasta.

apapun terima kasih kpd Gelombang Wangsa Maju ats peringatan dan ikhtibar kepada semua pekerja2 di Malaysia mahupun kerajaan atau swasta.

Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya