Monday, July 22, 2013

Fenomena yang wujud akibat sumpah-seranah, kafir-mengkafir, UMNO itu dan UMNO ini sejak NIK AZIZ TIBA di Kuala Besut, sebenarnya MEMUDAHKAN KEMPEN BN/UMNO. BN/UMNO tak perlu lakukan taktik 'ngentot PAS' untuk menarik pengundi.


Memang satu KEJUTAN apabila Nik Aziz secara TIDAK LANGSUNG (indirectly) memastikan BN/UMNO mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Besut. Barangkali dengan majoriti lebih tinggi dari sebelum ini, 2434 undi.

KEJUTAN ini juga mula dirasai oleh jentera-jentera PAS yang nyata semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot, walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka.

Yang hadir kebanyakannya adalah para petugas dan ahli-ahli parti sahaja. KEJUTAN sudah bermula ...

PAS yang memohon 8 permohonan permit ceramah akhirnya TERPAKSA membatalkan 6 permit di saat akhir.

“Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan. Hanya dua permit ceramah yang digunakan, itupun berbentuk tayangan video " kata Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.

Benar atau tidak Nik Aziz telah memastikan BN/UMNO mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Besut ?

BENAR dari satu sudut apabila ceramah PAS semakin HAMBAR dan MEROSOT dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 3 hari.

Jika PAS tewas ... maka jentera dan penyokong parti itu perlu MENUDING JARI terhadap angkara FENOMENA MULUT 'NERAKA' Mursidul Am PAS yang masih gagal berfungsi dengan baik selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13.

Fenomena yang wujud akibat sumpah-seranah, kafir-mengkafir, UMNO itu dan UMNO ini sejak Nik Aziz tiba di Kuala Besut, sebenarnya MEMUDAHKAN kempen BN/UMNO. BN/UMNO tak perlu sumpah-seranah untuk menarik pengundi.

GWM berpendapat adalah lebih baik jika dibiarkan mulut 'neraka' Nik Aziz terus-menerus membawa 'malapetaka besar' buat khawarij PAS.






Jika mengikut pemahaman Nik Aziz, orang Kelantan cukup kedekut untuk melakukan derma akibat dari perbuatan tidak bertanggungjawab dan khianatnya UMNO yang banyak mendirikan masjid di negeri itu.

Wah ... Buat masjid punya pasal dikira khianat. Mantap ...

Atau hakikat yang sebenarnya adalah orang Kelantan kini tidak lagi mahu MENDERMA dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan PAS. Lebih baik didermakan wang dan harta ke masjid-masjid kerana sekurang-kurangnya para jemaah akan menikmati manfaat dari program-program yang dianjurkan oleh masjid.

DERMA dalam ceramah PAS dapat apa ? ... Barangkali inilah yang meggusarkan Nik Aziz dengan KURANGNYA ONGKOS dalam DERMA-DERMA JIHAD PAS selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13. Agaknyalah ...

Maka adalah LEBIH BAIK dibiarkan sahaja Mursidul Am PAS ini terus-menerus melakukan dakyah, pembohongan dan fitnah terhadap BN/UMNO. Benda-benda 'neraka' ini sememangnya cukup digemari oleh penyokong tegar khawarij PAS dan pembangkang.

Semakin pantas mulut 'neraka' Nik Aziz menaburkan kata nista terhadap BN/UMNO, maka adalah lebih mudah bagi RAKYAT terutamanya UMAT ISLAM untuk melihat tabiat semulajadi Mursidul Am PAS ini.

Sekadar meminjam kata-kata blogger RBF ONLINE ...

"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ada lagi 'SYAITAN' yang terlepas dari belenggu dalam bulan Ramadhan ni gamaknya.

Wallahualam ...