Tuesday, July 2, 2013

Nilai hartanah yang dibina di kawasan berkenaan dijual bermula pada RM700,000 hingga RM11.6 juta dan semestinya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu.

Kira-kira 15 pemuda badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Bertindak Datum Jelatek (GBDJ) hari ini mengadakan demonstrasi aman membantah pembinaan projek kondominium mewah Datum Jelatek, Taman Keramat di Kuala Lumpur.

Diketuai Pengerusi GBDJ Salleh Samad dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya Datuk Ismail Kijo, kumpulan pemuda terbabit mula berkumpul dihadapan pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAS) kira-kira 12.00 tengahari tadi sambil memegang beberapa kain rentang.

Antaranya ‘Datum Jelatek Taman Keramat adalah misi untuk memecahbelahkan orang Melayu di bandar oleh Pakatan Rakyat’, ‘Kami tak mahu kawasan Melayu Taman Keramat dibina’, serta ‘Chinese Mainstream District’.

Dalam keadaan cuaca terik mereka mula menjerit dan melaungkan beberapa desakan, antaranya ‘Azmin tipu’, ‘mana Khalid’, ‘tolak Azmin’, ‘tolak PKNS’.

Keadaan mula reda selepas Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Mohamad Yasid Bidin muncul menerima memorandum daripada Salleh dan Ismail.


Antara kandungan memorandum itu adalah projek itu perlu dibatalkan kerana tidak mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 1972), dan perlu digantikan dengan projek pembangunan Rumah Mampu Milik bagi penduduk Taman Keramat khususnya Melayu.

Memorandum itu turut mendesak agar Kawasan di Taman Keramat ini perlu dikekalkan 100 peratus kawasan orang Melayu bagi mengimbangkan penduduk di bandar selain pembangunan yang akan dilaksanakan akan datang mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik.

Salleh ketika ditemui pemberita berkata, nilai hartanah yang dibina di kawasan berkenaan dijual bermula pada RM700,000 hingga RM11.6 juta dan semestinya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu.

“Ini tidak masuk akal. Orang Melayu memang tidak mampu beli rumah dengan harga seperti ini.

“Kita tahu kerajaan negeri telah jual rumah di Datum Jelatek kepada warga asing sedangkan majoriti penduduk di sini orang Melayu. Ini tidak adil, kita tuntut Menteri beri penjelasan,” katanya.

Salleh berkata sebelum ini projek tersebut dihentikan oleh kerajaan negeri ekoran bantahan penduduk namun ia telah disambung kembali pada minggu lalu.

Salleh berkata jika semua tuntutan yang dikemukakan itu ditolak, GBDJ mendesak untuk mengadakan dialog rerbuka dengan Menteri Besar, Ahli Lembaga Pengarah Datum Jelatek dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Kita beri amaran kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar sekiranya mereka usik walau seinci tanah kita akan hancurkan mereka,” katanya.



Artikel berkaitan yang PERLU DIBACA

Datum Jelatek ... Khalid Ibrahim BAKAL GANTUNG DIRI
Datum Jelatek ... Khalid Ibrahim ARAH PKNS RAMPAS TANAH ORANG MELAYU
Datum Jelatek .. Rakaman Video PAKATAN RAKYAT HALAU ORANG MELAYU
Datum Jelatek ... Rakyat Marhaen Keramat BANGKIT TOLAK PAKATAN RAKYAT
Datum Jelatek ... Khalid Ibrahim JANGAN JADI BANGANG
Datum Jelatek ... Penduduk Keramat Desak Batal Projek SISIHKAN ORANG MELAYU
Datum Jelatek ... Syarikat RM 2.00 BIAYA PROJEK RM 1 BILION ? ... Khalid Ibrahim BUAT GILA



Siapa di antara Khalid Ibrahim, Azmin Ali atau Teresa Kok yang BAKAL MENDAPAT KOMISYEN LUMAYAN hasil dari projek yang sememangnya TIDAK MAMPU dimiliki oleh orang Melayu di kawasan Taman Keramat ...



0 comments: