Wednesday, July 31, 2013

Mungkin ada yang berpandangan luahan tersebut sebagai kritikan keras dan kelantangan bekas Perdana Menteri terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Namun begitu, ramai yang gagal memperhalusi mesej disebalik luahan hati Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib.

Dalam beberapa hari ini semakin GALAK blogger pro-kerajaan mencuit dan menyindir Datuk Seri Najib dengan mesej yang cukup halus dan berlapik.

"Tak nak lagikah Datuk Seri bikin filem pendek Ah Jib Gor raikan perayaan Tahun Baru Cina".

Barangkali itulah sindiran dan sinisnya blogger pro-kerajaan untuk mencuri tumpuan dan perhatian Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dihormati.

Bak kata pepatah "Pukul anak sindir menantu" ...

Peribahasa Melayu ini memang cukup halus dan mulus. Teguran blogger pro-kerajaan sememangnya ditujukan kepada Datuk Seri Najib dan mereka yang berada dalam satu keluarga yang besar, UMNO secara spesifiknya.

Teguran bukanlah mahu membunuh karier Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO, malah jauh sekali untuk menanam rasa kebencian rakyat terhadap beliau.

Dan kebetulan semalam, GWM mengeluarkan artikel luahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam satu sesi dialog bersama NGO Kelab Che Det (26/7/2013) di Yayasan Kepimpinan Perdana.


Mungkin ada yang berpandangan luahan tersebut sebagai kritikan keras dan kelantangan bekas Perdana Menteri terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Namun begitu, ramai yang gagal memperhalusi mesej disebalik luahan hati Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib.

Disebalik luahan tersebut, Tun Dr Mahathir mahu Perdana Menteri sentiasa membuka mata, minda dan telinga terhadap pandangan yang beliau lontarkan, pandangan rakyat yang berada disekeliling.

Tidak terkecuali juga pandangan dari blogger pro-kerajaan terhadap apa yang berlaku dalam ruang lingkup UMNO dan kerajaan. Menegur bukan bermaksud membenci. Menegur bererti orang Melayu mahu memperkasakan UMNO sebagai peneraju kerajaan dibawah kepimpinan MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA.

Kita tidak boleh menafikan Datuk Seri Najib adalah seorang yang bijak pandai. Jika tidak mustahil beliau terpilih dikalangan ramai pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri. Pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri juga dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir. Ini adalah FAKTA yang perlu difikirkan.

Bukan mudah untuk Datuk Seri Najib MEMBASUH SEKALIGUS TAIK-TAIK PALAT yang ditinggalkan oleh Pak Lah sejak dipencenkan dari jawatan Perdana Menteri.

Dan tidak adil jika sekiranya orang Melayu mengatakan Datuk Seri Najib bukanlah seorang 'Ultra Malay'. Lebih Cina dari Cina yang ada. 'Cina didahulukan, Melayu ditinggalkan'.


Datuk Seri Najib pada satu ketika dahulu juga merupakan salah seorang pemimpin 'Ultra Melayu' di dalam UMNO, sama seperti Tun Dr Mahathir. Barangkali juga ramai yang terlupa Perhimpunan Kampung Baru 1987 bagaimana Datuk Seri Najib mempertahankan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ianya bermula dengan tindakan parti chauvinist DAP yang membantah keras penggunaan bahasa Melayu oleh Universiti Malaya (UM) sebagai bahasa pengajaran subjek matapelajaran pilihan.

17 0gos 1987 ... DAP telah mengadakan perhimpunan haram di pintu masuk UM. Perhimpunan DAP yang diketuai V David, Dr Eng Seng Chai dan Lim Guan Eng akhirnya bertukar menjadi pertengkaran dan caci-maki antara DAP dengan pelajar Melayu di universiti tersebut.

Perhimpunan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib selaku Ketua Pemuda UMNO yang diadakan Kampung Baru telah ditohmah dan difitnah oleh penulis chauvinist Chin Huat Wong (Asia Times Online) dalam rencana berjudul "The political revival of Malaysia's Anwar" mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu.

Yang diluahkan adalah tindakan BIADAB dan KURANG AJAR DAP mempolitikkan penggunaan bahasa Melayu oleh Universiti Malaya (UM) sebagai bahasa pengajaran subjek matapelajaran pilihan.

Tidak adil jika sekiranya Datuk Seri Najib dianggap sebagai pelopor 'Cina didahulukan, Melayu ditinggalkan'. Khidmat Datuk Seri Najib sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1995 telah membuka lembaran baru dalam meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.

Bukankah lebih 90 peratus ahli ATM terdiri daripada orang Melayu ? Siapa berani menafikan Datuk Seri Najib TIDAK PERNAH MEMBANTU MENINGKATKAN TARAF HIDUP ORANG MELAYU.

Sama juga seperti Tun Dr Mahathir sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau juga berhati-hati dengan keputusan-keputusan yang melibatkan soal perkauman. Kita tak mahu jadi negara yang hanya JAGUH dengan hak-hak Melayu nya tetapi ramai orang Melayu dalam negara itu mengganggur dan miskin.

Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengakui selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, GAGAL untuk mengubah dan menukar cara berfikir MELAYU-ISLAM.


Tun Dr Mahathir juga pernah mengakui tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dan merapatkan jurang sosial di negara ini dan PERLU DITARIK BALIK secara perlahan-lahan untuk membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan lebih besar pai ekonomi'.

Apatah lagi dengan Datuk Seri Najib yang baru dalam tempoh 4 tahun bergelar Perdana Menteri ? ...

Soal perjuangan bangsa Melayu-Bumiputera dn Islam perlu diteruskan secara bijak agar ianya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak cahuvinist dan racist ... "Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak".

Persoalannya, Tun Dr Mahathir dan blogger pro-kerajaan mahu Datuk Seri Najib sentiasa mengawasi pergerakan 'MEREKA' yang berada disekeliling beliau.

'MEREKA' yang berada disekeliling beliau inilah yang telah banyak menjalankan dasar dan polisi tidak menguntungkan MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA. Tindakan 'MEREKA' ini jugalah yang telah memalitkan TAIK PALAT ke atas imej dan kredibiliti Datuk Seri Najib. Dihadapan beliau berkata lain, dibelakang beliau melakukan perkara yang menaikkan darah MELAYU-ISLAM.

Teguran blogger pro-kerajaan terhadap Datuk Seri bermaksud para blogger sebenarnya menghormati beliau sebagai pemimpin nombor satu negara, pemimpin untuk MELAYU-ISLAM.

Cuma kadangkala blogger pro-kerajaan agak terkilan setiap luahan dan pandangan yang dilontarkan SEAKAN DISEKAT oleh 'MEREKA' yang berada disekeliling beliau.

Sudah seperti ada satu 'barrier' yang memisahkan kepimpinan dengan rakyat marhaen.

Anggaplah mesej "Tak nak lagikah Datuk Seri bikin filem pendek Ah Jib Gor raikan perayaan Tahun Baru Cina" oleh blogger pro-kerajaan adalah mesej nakal, sebagai teguran membina untuk Datuk Seri Najib lebih menumpukan perhatian terhadap MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA.

Blogger pro-kerajaan pun tidak mahu Datuk Sri Najib terlopong lagi dengan Tsunami Cina kedua pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.






18 comments:

Anonymous said...

Bila pulak Ds Najib nak buat iklan Hari Raya Aidilfitri?

Anonymous said...

Hari ini, PM mengumumkan akan memberi apa saja kuasa kepada polis untuk membendung jenayah senjata api yang makin menjadi2. SOALNYA? Adakah hanya kerana kali ni ianya melibatkan individu berprofil tinggi dan Kenapakah segala jenis Akta yang bertujuan membendung dan yang boleh digunakan untuk pencegahan awal jenayah berat sewenang-wenangnya DIMANSUHKAN atas desakan / nasihat pihak tertentu?? Dan tidakkah sebelum ini kebimbangan sama telah disuarakan oleh pihak polis sendiri dan lebih2 lagi olen bekas PM kita Tun Mahathir?? Unyuk makluman, mengikut lapuran akhbar, pihak polis menegaskan bahawa terdapat lebih kurang 2000penjenayah professional berada di luar sana dengan termansuhnya Akta Darurat...SO FIKIR2KANLAH wahai Tuan PM. "A simple excuse that the existing law will be abused is not the reason why it must be totally abolished!!"

- Rakyat Kelantan -

Anonymous said...

Slogan baru, "TDM didahulukan, Najib disingkirkan"!

Anonymous said...

dulu betul najib nak tunjuk dia ultra melayu ..tapi sekarang semangat tersebut telah berkubur dengan cina didahulukan... tak payah bodek banyak banyak... najib dah tak relevan..

Anonymous said...

Harap Tun kembali memimpin negara.

Megat Alam Gempita said...

Betul tu bro, menegur, mengkritik kadang kala keras sebenarnya bukan benci terus. Tapi hendak memastikan pemimpin kita jangan leka, lupa dan lalai sehingga dicop sebagai dah hilang kemelayuan dan keislamannya.

Harapan blogger jalanan macam kami pada PM...tolonglah jangan terus-menerus bersikap apologetik dan menjilat cinabeng.

Eerrr masih nak bagi RM100 juta lagi ker kat sekolah jalang komunis cina (sjkc) dalam bajet 2014 ni nanti? Kalau bagi lagi memang sakit kena terjah nanti...

pemerhati said...

Bro,

..Blogger pro-kerajaan pun tidak mahu Datuk Sri Najib terlopong lagi dengan Tsunami Cina kedua pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak...

bukan itu aje, kalau tok najib masih tak berubah..silap2 kena dengan Tsunami Melayu pada PRU 14 nanti..itu jam baru nangis tak berlagu..dah terlewat tak boleh buat apa2..

orang melayu skrg nie dok perhati tok najib..masih lagi meminggir melayu tetapi mengutama dan menagih simpati cina..

marahnya org melayu lain macam..kalau tak puas hati..maka marahkan nyamuk kelambu dibakar..

jadi pada tok najib jgn jadi yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..


jadi paham2 aje la

PaperWaris said...

Kalau difikirkan semula, sokongan melayu terhadap umno meningkat berbanding pru yg sebelumnya. Wajarkah kita kata Najib gagal? Dalam sesetengah aspek, orang mungkin nilai sebagai ya, dia gagal kerana terlalu menumpukan kaum lain sehingga mengabaikan melayu. Bagaimana kita boleh kata Melayu terabai bilamana sokongan melayu terhadap umno ada peningkatan.. setuju dengan penulis, bukan kerja mudah buat Najib dapatkan semula sokongan melayu, walaubagaimanapun, pru13 menunjukkan bukti umno diterima semula dengan baik setelah kerosakan yg dilakukan oleh seorang pemimpin sebelumnya. Berilah masa pada beliau. Tempoh 4 tahun untuk betulkan semula kerosakan ialah tempoh yg singkat. At least dia berjaya walaupun peratusannya tidaklah setinggi yg diharapkan.

bro yul said...
This comment has been removed by the author.
bro yul said...

PaperWaris;betul apa yg ko katakan aku stuju..berikan masa pada najib untuk memperbetulkan keadaan jgn cepat nak menghukum nyer....

fedora zin said...

PM masih ada peluang untuk memperbetulkan apa2 perkara yang dirasakan perlu. Kita perlulah memberi peluang kepada Najib untuk mengubahnya, lagipun sokongan melayu semakin bertambah. tetapi kita jangan lupa dengan bangsa melayu kita ini.

bender fry said...

nie la manusia suka sngt buat andai sendiri..kalau silap sikit terus assume gagal...pe benda nie korg ingt bagus sngt ke pemimpin fuckatan tu?sedar la bahawa najib da buat macam2 untk rakyat malaysia nie...jgn sikit2 nk suruh beliau letak jawatan...pikir2 kan la berape byk da najib buat untk malaysia nie...byk perubahan yg dilakukan..bersyukur la....

Anonymous said...

hello..melayu undi umno bkn berenti sokong najib atau umno bn..tetapi melayu takut dap bkuasa dan anwar jdi pm..

Anonymous said...

Najib yg lepaskan penjenayah tu...mungkin dah terima dr china peluru hidop amaran kot !

Anonymous said...

Salah Mahathir pon banyak juga...dia yg pelingkop melayu pulau pinang..bosan juga dgn si mahadey ni...

Anonymous said...

Najib ni syiok china kot ! Atau najib blom berkhatan lg kot ? Cher check elok 2!

Anonymous said...

Najib dah tekena lendir amoi china pasal tu kena sembah china...

Kalau dah tutoh tu tutoh la amoi tu tapi tak perlu sembah china...

Najib is a confused man...

Anonymous said...

Anon 1.04,
Cer cita.
Kitapun nak tahu jugak.