Saturday, July 20, 2013

KPDNKK TIDAK PERNAH menyatakan dengan JELAS punca kenaikan harga ayam yang menyebabkan PANIK di kalangan pengguna. Isu kenaikan harga ayam boleh dikatakan sebagai 'UPACARA' tahunan, berulang-ulang, terutamanya musim perayaan umat Islam.


Dalam masa dua minggu ini, sejak bermulanya bulan Ramadan, isu harga ayam MENCANAK naik menjadi bualan hangat di kalangan pengguna, peniaga dan penggubal dasar.

Daripada harga ayam sekitar RM7.00 sekilogram, kini harga ayam MELONJAK antara RM8.00 sehingga RM9.00 sekilogram. Tak tahulah berapa banyak dan rungutan aduan yang telah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Menurut laporan media, hubung kait antara pengeluar, orang tengah (pengedar) dan peruncit antara penentu kenaikan harga ayam. Bagi penternak dan peniaga, mereka menegaskan mereka tiada pilihan dan harus akur kepada harga pasaran, yang sensitif kepada harga makanan ayam, kos pengangkutan dan kos sewa pekerja.

Kurangnya bilangan ayam dalam pasaran mendorong sesetengah peniaga menaikkan harga dengan sesuka hati. Kesan dan bebanan kepada pengguna-pengguna Malaysia yang menjadikan ayam sebagai sumber protein utama.

Sehingga hari ini, KPDNKK HANYA MEMBERI USUL untuk mengimport ayam dan mencadangkan pengguna boikot pembelian ayam. KPDNKK juga akan mengumumkan harga siling ayam pada 1 Ogos 2013 (harga kawalan ayam hanya semasa musim perayaan).

KPDNKK TIDAK MENYATAKAN DENGAN JELAS PUNCA-PUNCA KENAIKAN HARGA AYAM YANG MENYEBABKAN PANIK DI KALANGAN PENGGUNA ...

Isu kenaikan harga ayam bukanlah isu yang terbit tahun ini sahaja, ia boleh dikatakan sebagai 'upacara' tahunan, berulang-ulang dan sinonim benar dengan musim perayaan.

KPDNKK seharusnya mencari PENYELESAIAN yang KONSISTEN dan memberi KESAN KEUNTUNGAN kepada pengguna dan pengeluar. 

Bukan sekadar memberi usul mengimport ayam dan mencadangkan pengguna boikot pembelian ayam. INI PEMIKIRAN 10 TAHUN KE BELAKANG ...



AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2010

KPDNKK memperkenalkan Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu dikenali sebagai akta Kawalan Harga 1946).

Di bawah skim ini, beberapa barang keperluan (termasuk ayam) dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu.

Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan berbeza mengikut kawasan dan daerah. Untuk tahun ini, KPDNKK akan mengumumkan tentang harga siling ayam dan barangan lain pada 1 Ogos 2013.

Persoalannya ...

Dengan pengalaman dan isu-isu kenaikan harga barang pada tahun-tahun yang sudah-sudah, adakah KPDNKK tidak merasakan, mengurangkan bebanan pengguna boleh dilakukan dengan menguatkuatkuasakan skim ini sejak awal Ramadan?

Adakah setiap tahun, perdebatan tentang punca kenaikan harga barang dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini HANYA AKAN DIBINCANGKAN pada saat pengguna terbeban dan mula mengadu ?

Apakah KPDNKK 'buta mata' sehingga GAGAL untuk melihat 'senario' dan 'pattern' kenaikan harga ayam setiap tahun ? ...

Umat Islam mula berpuasa pada 20 Ogos 2009 dan menyambut Hari Raya Puasa pada 21 Sep 2009. Harga ayam naik mulai 5 Sep 2009.

Umat Islam mula berpuasa pada 11 Ogos 2010 dan menyambut Hari Raya Puasa pada 10 Sep 2010. Harga ayam mulai naik pada 11 Ogos 2010.

Umat Islam mula berpuasa pada 2 Ogos 2011 dan menyambut Hari Raya Puasa pada 31 Sep 2011. Harga ayam mulai naik pada 29 Jun 2011.

Begitu juga harga ayam juga naik pada waktu umat Islam mula berpuasa pada tahun 2012.

Susah sangatkah KPDNKK untuk mengkaji dan membuat analisis kenaikan harga ayam ini dan pada waktu bila harga MENCANAK naik ? ...



KEMENTERIAN TRANSFORMASI AYAM

Isu kenaikan harga ayam dan kekurangan bekalan ayam hanyalah satu cebisan daripada isu yang lebih besar ... PENGURUSAN SUMBER MAKANAN DI MALAYSIA.

Sampai bila KPDNKK perlu bergantung kepada usul untuk mengimport ayam dan mencadangkan pengguna boikot pembelian ayam setiap tahun ?

Blogger pro-kerajaan tidak pernah bercadang untuk mengajar KPDNKK cara terbaik mencari penyelesaian. Ini bukan tugas blogger pro-kerajaan.

Namun begitu ...

Tidak salah jika KPDNKK, sekali sekala 'buka mata' dengan cadangan yang disifatkan agak bernas oleh rakan blogger di bawah ini.


1. Felda Poultry Farm mesti diwujudkan di semua wilayah yang besar dan utama. Secara langsung dengan program contract farming & vendor farming melalui FELDA, boleh ternak sebanyak 10 juta ekor ayam di satu wilayah. Dengan adanya 9 wilayah, maka, ayam pedaging keluaran FELDA sebanyak 90 juta ekor dapat dihasilkan.

2. TH Poultry Farm boleh diwujudkan. TH melalui TAHA punya aset hartanah yang berlambak. Minta daripada semua Negeri Beraja untuk wujudkan Kluster Usahawan Siswa Ayam secara raksasa. Bina 1000 orang Usahawan Ayam Siswa, yang setiapnya menjadi Induk Ternak (Tauke Chicken Farm) kepada 1 juta ekor ayam.

3. MARA boleh wujudkan MELAYU CHICKS FARM, dengan sasaran sebanyak 100 juta ekor.

Artikel selanjutnya, klik PANEH MIANG



Larat ke KPDNKK kena balun dan ditegur oleh rakyat setiap tahun akibat AYAM ??? ...



9 comments:

Anonymous said...

Baik menteri suruh kita jangan puasa jadi tak perlu buka puasa dan kemudian tak perlu beli ayam. Sedap aje di jawab dengan jawapan bodoh. Kalau Felda boleh taman berjuta juta ekar pokok sawit sampai kena jual oversea mengapa tak suruh GLC bela ayam macam ini. Kecuali towkay cina dah bela menteri kita supaya dia control monopoly ayam!!!!

Anonymous said...

Bersetuju dengan komen diatas. Wujudkan jawatan Menteri Ayam.

Anonymous said...

Malaysia ada felda, TH, Mara tapi menteri ape yg dia ingat jawatan je tapi bukan tahu cari jalan penyelesaian. Kata nak selesai masalah rakyat tapidalam hal ni masih buta dalam celik.

Anonymous said...

Kalau tak silap beberapa tahun dulu semasa isu harga ayam yang tinggi ini, kerajaan Johor dibawah Ghani Othman mengurniakan satu kaewasan yg besar di Johor pd sebuah sykt Cinabeng kononnya utk usaha menanam jagung bagi mengurangkan kos makanan pengeluaran ayam. Apa dah jadi agaknya.Mungkin tanah tersebut takpun ditanam dgn jagung tetapi diusahakan dengan lain2.Cuma alasan Cinabeng nak dapatkan tanah disini dan MB ketika tu sama2 bangang.

Anonymous said...

kalau orang melayu/sykt melayu yang mohon tanah macam2 alasan pula digunakan bagi menolak permohonan mereka.

Anonymous said...

Tauke china beli menteri...ehhmmm...seronoknya dapat duit...halal haram perkara kedua !

Anonymous said...

Jangan sebut buta...kan dia mata kero...jangan lah buang fakta tuan...

Anonymous said...

Berapa banyak tanah umno bagi kat china...tak terkira...pi la tanya menteri2 umno tuh...

Anonymous said...

antara menteri TERBODOHHHHHHH dlm sejarah kabinet msia!