Friday, September 20, 2013


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menangkis dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti berkenaan kini hampir di penghujung nyawa.

Najib berkata parti itu memenangi 88 kerusi pada pilihan raya umum ke-12, yang menunjukkan pertambahan berbanding 79 pada 2008.

"Kita tetap menjadi kubu BN,” katanya.

Katanya, Umno akan terus berjuang demi demi kepentingan parti tersebut dan menolak politik wang demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, ia merupakan nilai yang perlu ditunjukkan oleh anggota Umno kepada masyarakat agar golongan itu lebih yakin kepada parti.

Najib juga mengingatkan bahawa proses perubahan dalam parti itu telahpun berlaku dan akan diteruskan apabila tiba pemilihan parti.

Bagaimanapun, sejauh mana perubahan itu akan berlaku masih perlu dilihat, katanya.

“Saya jangka dalam pemilihan parti kali ini akan berlaku perubahan,” katanya.

Mahathir dalam tulisan disiarkan di blog chedet.cc pada hujung minggu lalu berkata beliau melihat parti Umno kini “mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut”.

Katanya, perubahan perlu berlaku untuk menampilkan pempin muda di setiap peringkat terutama dalam majlis tertinggi.

Kenyataan Mahathir itu turut menarik perhatian apabila anaknya, Mukhriz mengesahkan akan bertanding untuk merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan bulan depan.

sumber : MALAYSIAKINI


Batu dalam kepala GWM agak musykil ...

Mengapa UTUSAN MALAYSIA, BERITA HAIRAN dan media yang didakwa sebagai pro-kerajaan tidak mengeluarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Najib sebagai membalas kritikan dan sindiran Tun Dr Mahathir terhadap UMNO ?

Media pro-pembangkang seperti MALAYSIAKINI pula mampu 'pick-up' kenyataan balas DS Najib terhadap Tun Dr Mahathir.

Pelik dan agak menghairankan ...



13 comments:

Anonymous said...

jangan tak tau, depa ni sbnrnya nak laga2 kan antara najib dengan Tun...

Anonymous said...

Ah Jib Gor pun jangan perasan juga, orang melayu bagi undi sebab mereka tak nak tengok Anwar jadi PM bukan nya sebab BN bawah pimpinan Ah Jib Gor terbaik. Manifesto BN PRU13 pun semua duk bagi habuan kat orang cina.

Ah Jib Gor got elected because the malays saw the chinese were VERY UNITED and could take over the goverment and not because Ah Jib Gor. Itu pun dia tak nampak,duk bagi macam2 kat cina,sekolah cina,dong zong dll. Sekarang sebab PAU bulan depa baru lah keluar pelan Memperkasakan melayu,itu pun nothing special sebab dia boleh buat announcement semasa Budget nanti.

Alfie

Anonymous said...

Projek ternak Lembupun "memperkasa ekonomi bumiputera" juga.Tak paham aku tentang "memperkasa ekonomi bumiputera".Kaum cina sudah bergerak dgn sendiri dgn rangkaian perniagaan, terutama dlm sektor hartanah.Komuniti mereka juga support dgn agenda ekonomi mereka.Dari kecil sampai ke besar.Mereka bina hartanah utk pasaran dan memperkasakan kaum mereka .Orang melayu,terkial2 mintak kuota pemilikan hartanah,itupun utk fasa pertama, bg mereka bernafas dulu,sementara kaum perniaga mereka utk membina kekuatan.Masuk fasa kedua dan ketiga"selamat malamlah orang melayu".Harga hartanah sudah cecah ratusan ribu ringgit.Masa aku darjah satu dulu,pemahaman aku tentang,memperkasakan bererti meraksasakan.Dulu projek "berimpak tinggi"dan sekarang tukar kpd"memperkasakan".Last sekali menjadi hidangan isu utk PRU 14.Orang melayu sama shj,dulu dan sekarang,sama juga..

Anonymous said...

Kemudian terlalaklah isu pelabur besar di battersea oleh kwsp bernilai Rm 40 billion dan memperkasakan ekonomi bumiputera akibat ketirisan,kurapsi,salah takbir,hilang hala tuju,pembaziran,kroni2 dll.Semuanya ibarat projek bertindih dgn agensi kerajaan atas dasar kerajaan yg mengakibatkan projek gajah putih.Di susuli dari impak krisis hutang di zone eropah yg kian menular.Kemudian di canang pula, perkataan yg berulang2 iaitu "muhasabah diri" sebagai proses cover utk menutup polemik politik semasa dlm menghadapi PRU 14.Tidak hairanlah,sekarang ini, anne war dah buat "face off" utk menjadi PM selepas PRU 14.

Anonymous said...

Pertama sekali Mahathir juga termakan apa yang di sumbat oleh pembangkang tentang logik alam iaitu sesuatu itu apabila tua akan mati.

Walaupun UMNO sudah tua tetapi pemimpin muda dan nafas baru serta cara baru sentiasa di terapkan untuk memperkasakan UMNO.

Jika di banding dengan parti lain yang tidaklah setua UMNO tapi pemimpinnya seperti mahu menongkat langit contohnya DAP dan PAS. Berpuluh tahun pimpinan tertingginya tua tua belaka dan bertahun ianya membawa cara yang sama.

Melihat dari segi ini mereka lah yang tua kerana masih di pimpin oleh orang tua tetapi UMNO pemimpin silih berganti selagi ianya berkeupayaan besar. Mana yang rasa tidak berkeupayaan berundur dengan sendirinya dengan mudah.

Jadinya jangan lah percaya tentang itu. UMNO mungkin tua tapi pemimpin yang silih berganti lebih cepat dari mana mana parti yang membawa pula cara pemikiran terkini membuatkan UMNO sentiasa muda.

Teruskan perjuangan Bumiputra kerana itu adalah tuntutan perlembagaan dan ianya salah satu faktor yang membawa keamanan di Malaysia. Sejarah menunjukkan dan di akui oleh Tunku Abdul Rahman bahawa tidak ada satu bangsa umpama Melayu yang sudi menerima kaum asing dengan memberikan kewarganegaraan secara beramai ramai tanpa syarat.

Tak perlulah kita bising tentang faedah keuntungan yang lebih besar dari segi keewangan apabila saja di sebut mengenai Melayu. Cukup sekadar masa depan orang Melayu terjamin kerana setiap dari orang Melayu tanpa disedari sedikit sebanyak mendapat faedah dari hak sebagai bumiputra. Tentulah Melayu yang rajin dan berusaha. BIasiswa, peluang kerja, keutamaaan kerja dan lain lain.

Kejayaan orang China dalam perniagaan juga didukung oleh MCA dan kerajaan akibat dari persetujuan perkongsian kuasa dimana hak perniagaan di beri kepada orang China dan hak politik kepada orang Melayu. Setiap barangan impot adalah hak dan tanggungjawab kerajaan. Dengan ini tumbuhlah kartel China dan rangkaian sokongannya.

Dalam masa sekarang ramai orang Melayu yang kaya dan berjaya. Sekiranya di beri peluang dan memecahkan pengusaan China dalam perniagaan akibat dari wujudnya MCA. Tidak kah kita tahu sebahagian orang China pada awal kemerdekaan meminta supaya bahasa China juga adalah bahasa kebangsaan. Tunku menolaknya. (Lihat temuramah dengan Tunku di youtube oleh RTM).

Sekarang bila orang China dah gila kuasa politik dan cuba memecahkan penguasaan Melayu terhadap politik tidak kah adil giliran Melayu memecahkan penguasaan ekonomi oleh China? Adil kan?

Buat lah apa pun dengan niat yang baik demi Melayu kerana BN sedang berkuasa maka di tangan merekalah buat masa ini keupayaan. Cerita banyak pun tapi duduk di parti pembangkang buang masa saja kerana tidak dapat mengubah apa apa sementara ini sehinggalah PRU14.

Anonymous said...

Lojik alam"yang tua akan mati"dan merendah diri.Itu adalah bahasa kiasan,andaikata kita memahami suasana politik semasa tempatan dan situasi ekonomi dunia sekarang.Kita boleh membuat kiraan dan andaian setelah kita ada pengalaman dan memahami rentetan PRU2 lepas.Gelombangnya amat mirip atau sama.Kegagalan demi kegagalan tercipta dgn pelbagai ketika membuat keputusan, wlpun dlm suasana menang jumlah kerusi yg menyusut.Ianya sgt bahaya.Sebagai contoh,mengurangkan subsidi 20 sen atas jangkaan syria akan di serang oleh amerika.Tetapi ia adalah jangkaan yg meleset.Kemudian di ubah kpd tindakan pembetulan utk mengurangkan subsidi.Sebagai contoh yg jelas, semasa perang di iraq,bermula perang shj,baru bahang sampai ke kita dan kerajaan menaiki harga petrol atas sbb harga pasaran minyak dunia yg melambung tinggi ketika itu.Barulah rakyat faham dan realitinya terpapar di kaca tv.Itu adalah 2 perkara berbeza dan dekat di hati rakyat.Ia sangat penting.Berkenaan dgn pembinaan hartanah utk kaum bumiputera,cuba buat kajian kemampuan kaum majoriti bumiputera sebagai kuasa membeli.Andaikata kata kaum bumiputera mempunyai rangkaian bahan binaan dr pemborong,hardware dll sampai ke kontraktor bumiputera.Kalau jadi la,sebab kuasa harga barang dan pasaran serta kartel brg import siapa yg pegang?.Di tokok pula dgn kenaikan harga petrol dan diesel buat masa ini.Berapa harga hartanah kediaman,rumah kedai yg siap yg boleh di offer pada majeroti kaum bumiputera.Rm 25k utk rumah teras atau Rm 60k rumah kedai.Dapat ker,harga di zaman sekarang nie.Bab bentuk jenis perniagaan baru,itu betulah, di beri peluang pada kaum bumiputera dlm bentuk latihan di bawah seliakan oleh agensi kerajaan.Itu perkara biasa,semasa memperkenalkan rakyat malaysia dlm dunia IT dan prosesnya sama.Tentang "memperkasakan" agenda ekonomi bumiputera,ia merasa teramat besar.Macam nak lawan raksase.Takut gah pada sebutan shj,hakikatnya tiada apa2 dan perkara yg tiada di lingkari mejoriti kaum bumiputera sebagai pengundi terbesar menyokong BN.Bab "face off" pun masaalah besar tu, dah mcm orang magic.Memang boleh kebal di dlm makahmah.Ayat pertama,tgk muka saya dulu dgn perbezaan bukti.awak tuduh saya dgn penampilan diri saya sekarang.Ini semua kerja2 jahat dan membuat fitnah terhadap saya.Bukti nak tepat dan kukuh.Setakat kukuh tpi tidak tepat.

Anonymous said...

tiada idea yg umph dan membawa kejayaan besar di era telekomunikasi atau talifon selular dan dunia IT,sehingga melahir syarikat gergasi dan billionaire ketika ini.Beginilah caranya yg di namakan memperkasa ekonomi negara.Pemikiran di luar kotak.

Anonymous said...

Tidak menarik era politik sekarang,tak best langsung.Nak bangga tang mana,tak dapat nak rasa lagi.Terkenang zaman celcom,bangga dgn kejayaan besar anak2 melayu.Berangkai2 sifatnya dan berkemahiran tinggi serta berpendapatan tinggi, sehingga merantau ke luar negara atas nama kerja dan nama malaysia.

Anonymous said...

cuba kita selami maksud kenyataan Tun M.Tun maksudkan Umno harus berani memberi laluan,peluang dan ruang kepada generasi muda didalam organisasi Umno ini sama ada sebagai pemimpin atau pun sebagai ahli.bukan lagi rahsia calon2 muda yang berkaliber tidak akan mudah mendapat tempat didalam umno,kadang kala tidak diterima sebagai ahli umno.cantas mencantas oleh Ahli senior masih lagi berlaku..berapa ramai pemimpin senior umno rela memberikan tempat mereka kepada orang lain..kalau boleh nak bertanding dan kekal sampai hujung nyawa...

Quantum Metal Consultant said...

Kenyataan najib selari dengan mahathir..cubaan melaga 'gagal'.

“Saya jangka dalam pemilihan parti kali ini akan berlaku perubahan,” katanya.

Mahathir dalam tulisan disiarkan di blog chedet.cc pada hujung minggu lalu berkata beliau melihat parti Umno kini “mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut”.

Katanya, perubahan perlu berlaku untuk menampilkan pempin muda di setiap peringkat terutama dalam majlis tertinggi.

Anonymous said...

Kalau awak melayu. Orang macam awak ni yang sebabkan mekayu tiada perubahan. Suka sangat sifat negatif. Kalau awak tak nak berubah usah pandah usaha orang lain untuk majukan diri. Fikirlah dalam2

Anonymous said...

Jgn perasan lebih... Najib perlu terima y UMNO sememangnya goyah... sokongan y kuat hanya datang dari golongan 50an ke atas... tanyalah pada anak2 muda termasuk dari pelaksana dasar UMNO sendiri spt Pemuda&BNYouth...pendapat mereka UMNO perlu dikalahkan utk kembali kepada asas perjuangan asal... Kekuatan pembangkang bukan lagi pada anwar, itu perlu diingati

no2azeezrahim said...

Salam tuan, mohon tuan pautkan link blog saya pada blog tuan , http://no2azeezrahim.blogspot.com/ . Dan link blog tuan saya telah pautkan di blog saya. Terima kasih.