Wednesday, September 18, 2013


Ingin saya memberi respon terhadap artikel 'Mengubat Hati Melayu' oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah dalam Sinar Harian, 16 September 2013 agar orang Melayu yang terlalu ghairah dengan TAHALUF SIYASI PAS-DAP nampak kesan buruk yang menanti kita (melayu/islam) jika PAS masih mahu berTahalus Siasi dengan DAP.

TAHALUF SIYASI atau TAHALUF 'SIAO-SI'. Which is which ? Yang mana satu ?

"Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu," seperti yang ditulis oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee.

Benar, benar dan memang benar. Inilah punca sebenar Melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.

Saudara Ridhuan Tee, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...

"Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini". Ini adalah fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya Melayu yang "membuta babi" sahaja yang tidak mahu menerima hakikat.

Hakikat sebenarnya ...

Melayu bersatu hati, bersatu matlamat, bersatu perbuatan dalam solat tak kira sama ada solat nafsi (sendiri-sendiri) atau solat jamaah kerana agama mereka hanya menerima dan mengiktiraf solat yang sebegitu rupa sahaja. lalu mereka menipu tuhan mereka (Allah) seolah-olah mereka bersatu sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan mereka. setelah selesai solat maka mereka kembali bercakaran hanya kerana merebut kuasa dan bahagian, walhal mereka sepatutnya duduk berbincang sesama jamaah untuk membahagikan kuasa dan bahagian sama rata sama adil di kalangan mereka atas nama semangat permuafakatan islam.

Saya tidak takut mahu mengatakan ada Melayu yang sangat sadis kepada Tuhan mereka sehingga tergamak berpakat dengan musuh islam untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini sedangkan saudara seIslam ada di sekeliling mereka.

Ingin saya mengingatkan kepada kelompok Melayu tersebut hanya musuh islam yang gila (sakit mental, mentally sick) sahaja yang akan dengan ikhlas membantu anda untuk menegakkan agama Islam. Justeru, saya juga ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut andai kata mereka (musuh islam) minta anda membantu mereka berjuang untuk menegakkan agama mereka ... adakah anda sanggup atas nama TAHALUF SIYASI ?

Saya ingin memperbetulkan persepsi anda, andai kata anda tidak sanggup untuk membantu musuh islam dalam perjuangan menegakkan agama mereka, sedangkan anda di bantu oleh mereka (musuh Islam) dalam perjuangan untuk menegakkan agama islam. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUF SIYASI ...  

Paling tepat sebut saja sebagai TAHALUF 'SIAO-SI' ( KERJASAMA GILA-MATI ).


Apa itu TAHALUF 'SIAO-SI' ? ...

Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUF 'SIAO-SI' diantara mereka.

Mengapa saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUF 'SIAO-SI' ?

Maksudnya cukup mudah untuk difahami. Setelah UMNO berjaya dijatuhkan dan dikuburkan, maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangkakan permusuhan dan seteru akan berlaku lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).

Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP ( MUSUH ISLAM ) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.

Sedarlah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng [ Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah ] tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.

sumber dan kredit : Ana Muslimah




4 comments:

Anonymous said...

Dengki irihati sesama Islam yg berkuasa, hingga pelbg fitnah dilempar hanya berdasarkan andaian dan sangka sangka, yg kafir pula dianggap lbh mulia dan lbh rela kuasa diberi kpd kafir dr sesama Islam.

Tupong Maju said...

Saudara macam mengata PAS aje.Lupakah saudara yang berkuasa sekarang ialah UMNO.Orang Islam.Ada kuasa.Mengapa tidak laksanakan islam sebagaimana diperjuangkan oleh PAS. Mengapa rasuah masih jadi amalan no.1 dalam kerajaan BN.Lim Guan Eng (DAP) bukan islam. Tapi dialah dari awal lagi naikkan gaji guru-guru KAFA di Pulau Pinang serta mengamalkan pentadbiran yang telus. Sistem Tender terbuka.Mana ketelusan UMNO/BN. PAS telah bekerjasama dengan UMNO satu ketika dulu. Mengapa mereka dizalimi.

Anonymous said...

ala setakat naek gaji cikgu kafa tu kau dah julang si tokong tu... gomen dah buat brapa byk da malah cikgu2 tu pon hasil bantuan gomen... ko g penang jilat jubo tokong tu diam2 dah la x payah nak menyalak kat sini... puii

Anonymous said...

penang mengamalkn pentadbiran yg telus??? di bawah si tokong tu?? lawak kevavian apa yv ko cuba nak buat ne?? jap aku nk gelak guling2... kahkahkah... kahaktuiiii