Sunday, April 7, 2013

Tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Kampung Pendas, Gelang Patah malam tadi.



BAPA CHAUVINIST, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi.

Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.

Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.

DIN POYO a.k.a Salahuddin Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi.

Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.

Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.

Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.

Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja.


sumber : UTUSAN MALAYSIA



Tanda-tanda awal KEKALAHAN TERUK Lim Kit Sial di Gelang Patah ...



4 comments:

Anonymous said...

mmgla umno perjuang satu kaum. mca satu kaum. mic satu kaum. kerana hanya kaum masing2 yg boleh faham adat masing2. tapi kita bersatu di bawah barisan nasional. bukan umno yg bertanding tapi barisan nasional yg terdiri parti berbilang bangsa. bukan macam pakatan haram.

Anonymous said...

haram punya pakatan haram

Anonymous said...

Manaaa...? Jakla.

Anonymous said...

Org johor bukannye boddo. Ada la 2-3 kerat org melayu yg menyokong pas tapi nak beri undi ke DAP, tidak sekali. DAP la yg mewarisi komunis yg byk membunuh org2 melayu masa penjajahan bintang 3 ditanah melayu dulu.