Wednesday, April 3, 2013

Mengapa Lim Kit Siang mendahului Anwar Ibrahim dalam DEKLARASI GELANG PATAH ? Kenapa DAP yang umumkan dan bukan Pakatan Rakyat ?




DAP sekali lagi melangkaui Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat.

'Deklarasi Gelang Patah' mula diumumkan untuk MERAIH undi masyarakat India di Gelang Patah, sempena Anwar Ibrahim MENGUMUMKAN Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, kerusi yang ditandingi calon PKR pada pilihan raya umum 2008.

1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan;

2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India;

3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan ‘sekolah kebangsaan’.

4. Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah.

5. Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minimum RM1,100.

6. Untuk meningkatkan bilangan kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan, dan perkhidmatan awam;

7. Untuk mengasingkan tanah untuk kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan;

8. Untuk menyediakan mikrokredit dan lain-lain skim bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah;

9. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan Polis dan Salah Laku (IPCMC) dan membasmi kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan;

10. Untuk mewujudkan satu dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini;

11. Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;

12. Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ekonomi ibu tunggal, termasuk skim pemilikan rumah;

13. Untuk mewujud atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskini, di sekolah asrama penuh;

14. Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan untuk menghapuskan diskriminasi.



Anwar Ibrahim mula merasai kepalanya dipijak dan ditendang kanak dan kiri oleh Lim Kit Siang.

Persoalannya ...

Mengapa Lim Kit Siang mendahului Anwar Ibrahim dalam DEKLARASI GELANG PATAH ? Kenapa DAP yang umumkan dan bukan Pakatan Rakyat ?

Anwar Ibrahim masih fobia dan tentu belum boleh melupakan tarikh 2 April 2008 ... Tarikh KERAMAT Anwar Ibrahim buat julung kalinya MELIWAT kepercayaan, sokongan dan undi masyarakat berketurunan India Kampung Buah Pala yang mahukan nasib mereka terbela.



Yang pasti, dikalangan pemimpin pembangkang pun masih belum FINALIZE janji-janji yang boleh diberikan kepada masyarakat India.

Ketua Pembangkang ini pun sedia maklum bahawa masih banyak 'KOMITMEN-KOMITMEN' masyarakat India yang masih belum tertunai sehinggalah Dewan Rakyat telah dibubarkan hari ini.

Anwar sudah tentu TIDAK MAHU tragedi memalukan HINDRAF menyerang kediaman di Segambut berlaku lagi ...





Pelik ... Undi masyarakat India di Johor hanyalah 6.55 % sahaja. Tidak memberi kesan yang banyak kepada undi.

DAP silap susun strategi di Gelang Patah ... 14 Janji DAP terhadap masyarakat India di Johor. Memang DAP nak bunuh Anwar Ibrahim hidup-hidup.





7 comments:

Anonymous said...

bunuh jangan tak bunuh..gaduh jangan tak gaduh macaiiii...!!!!

raismazzadam said...

BANGSA CINA SUKA BANGSA INDIA KE..WAHAI BANGSA INDIA INGAT APA JADI PADA INDIA PENANG..INDIA SELANGOR...DALAM PAKATAN RAKYAT BANGSA INDIA JADI BALACI JE..INGAT BN INGAT JASA PARTI INI...DULU KINI SELAMANYA..HIDUP NAJIB HIDUP BN..IM4U..

Anonymous said...

Org India masih nak percaya pada pakatan ke?...tgk apa jadi pada janji kg buah Pala akhirnya mnjadi buah Pelir ANUwar dan sekutu2 dia shj...kini tinggal sejarah....

Janji ANUwar "2 minggu menang..2 minggu menang, wakil CM dtg selesaikan mslh kg Buah Pala"...mmg selesai sbb Kg Buah Pala LENYAP"....

Kaum India masih nak percaya pada pakatan ke???

Anonymous said...

Isu Kg Buah Pala lenyap dlm peta ni sebijik macam filem Tamil "Citizen". Kg si hero dlm filem tamil tu pun lenyap dalm peta akibat kerakusan pemimpin

Anonymous said...

PENANG AMAT MUSTAHIL BERTUKAR KERAJAAN. RATA2 RAKYAT PENANG MAHU KEKAL DI BAWAH PAKATAN RAKYAT. DIJANGKA MENANG LEBIH BESAR BERBANDING 2008. INI HAKIKAT. PARA PENGANALISIS SEBULAT SUARA BERSETUJU.

booyah said...

anon 12:38,

bukan rakyat penang, tapi CINA. ada paham. jgn jd bodoh la

Anonymous said...

Amat mustahil ke? Hahaha.. Penganalisis mana yg setuju keldaian daily ke haramkah punya.. Waklu!!!