Thursday, November 1, 2012


Rakan kongsi firma guaman, Zain & Co, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebagai pertubuhan sah.

Ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong berkata surat itu bagi meyakinkan peguam di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham supaya kedua-duanya bersetuju mewakili pertubuhan itu membawa kes pembelian kapal selam, Scorpene ke mahkamah negara berkenaan.


Sebuah syarikat guaman tempatan telah memberikan maklumat palsu dalam satu surat rasmi kepada peguam Perancis menyatakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) adalah sebuah pertubuhan berdaftar dibawah Suara Inisiatif Sendirian Berhad (SISB).

"Zain & Co yang berpejabat di Jalan Tun Perak juga memperoleh kontrak besar daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)"


Read More, LOYAR SIAL



Kenapa Grand design kerana surat ini ditandatangani rakan kongsi syarikat guaman itu, Amir Hamzah?

Amer Hamzah Arshad, salah seorang pengasas bagi laman web LoyarBurok.com, dalam satu temu ramah dengan majalah Off the Edge (December 2008).

SUARAM bukan badan berdaftar, tidak sah tapi dalam surat rasmi kepada peguam di Perancis menyatakan SUARAM adalah badan sah melalui Suara Inisatif tetapi tidak kata sendirian berhad.

Pendedahan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembagunan 2013 Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, semalam.

Choo Keong turut mendakwa Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) menerima antara RM50 juta hingga RM70 juta yang kemudiannya disalurkan kepada SUARAM dan portal berita Malaysiakini.

"Rakan kongsi firma itu, Amir Hamzah terlibat dalam kegiatan Majlis Peguam dan keadaan ini kritikal kerana ia berlaku dalam negara ini dan membabitkan firma guaman yang besar," katanya.



Beliau meminta Majlis Peguam mengambil tindakan terhadap peguam itu kerana tidak profesional.

Choo Keong juga mempersoalkan kenapa Peguam Negara belum memutuskan sama ada siasatan terhadap SISB mempunyai bukti kukuh dan boleh dihadapkan ke mahkamah atau tidak kerana kertas siasatan sudah lebih sebulan dihantar.

Siasatan ROS dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati perniagaan SISB babitkan kegiatan seperti latihan, program pendidikan, perunding dan perdagangan (trading).

Pelik ... dagangan membabitkan penjualan kemeja-t hanya 0.06 peratus daripada kesuluruhan pendapatan syarikat itu dan ia sesuatu yang menghairankan, manakala semua punca pendapatannya daripada dana asing.

Dipercayai penjualan kemeja-t hanya 0.06 peratus daripada kesuluruhan pendapatan syarikat itu adalah hasil jualan BERSIH 2.0, BERSIH 3.0



Rakan kongsi firma Zain & Co, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu.


EGM Majlis Peguam pada 27 Mei 2009 yang melonjakkan nama Amer Hamzah Arshad dalam gerakan Mansuh ISA.


Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia.

Justeru, apa yang dilakukan oleh firma ini bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka, sekali gus mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan, iaitu institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi.

Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal politik, tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yang pilih di atas, berdasarkan laporan akhbar tersebut.

Namun, bagi yang cukup arif dengan perjalanan politik Malaysia, bagaimana kita menuntut Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama?

Amer Hamzah berbisik dengan Surendran sewaktu para peguam berusaha mengeluarkan penyangak HINDRAF yang menganjurkan demonstrasi pada November 2007.

Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia.

Contohnya, dalam isu demonstrasi BERSIH, beberapa pemerhati telah mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkang. Manakala bukti yang dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian.

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu hukuman denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.

Peguamnya Amer Hamzah Arshad bagaimanapun berkata, Tian Chua yang juga naib presiden PKR masih kekal sebagai ahli parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

Sikap Majlis Peguam ini secara tidak langsung, membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti.

Tetapi, yang peliknya, pihak yang tidak berintegriti dan korup itu semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.

Kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini dipertikaikan oleh seorang peguam.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bercanggah di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 kerana ia bersifat ultra vires.

Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan.

Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan.

Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur semalam, 16 Mei 2012, atas dakwaan empat defendan telah melanggar Akta Profesion Undang-undang 1976.

Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil. Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini. 


Di masa yang sama, adalah lucu jika kita menyuruh Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama.


0 comments: