Friday, November 23, 2012

Kami Tuntut Janji Dan Hak Kami Seperti Yang Termaktub, Tercatat Dalam Manifesto PRU 12



Seramai 100 individu berstatus ibu tunggal mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut elaun yang diperuntukkan berjumlah RM10.9 Juta sebagaimana yang dijanjikan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu.

Wakil Ibu Tunggal tersebut turut menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan tersebut kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Rodziah Ismail.

"Kami datang ke mari dengan tujuan menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk menuntut janji. Kita mahu janji dikotakan. Kalau janji tidak dikotakan, kita dianiaya.

"Apabila menang kita ditinggalkan begitu sahaja," kata wakil Ibu Tunggal Murtini Kasman kepada pemberita di sini petang tadi.


Dah kena tuntut baru nak bawa masuk mesyuarat ? ... 
Dah kena tuntut baru mahu perjelaskan jenis-jenis elaun ? ...  
Dah hampir PRU 13 baru terhegeh-hegeh mahu tolong ibu tunggal ? ...






Read More, MANA HAK KAMI SEBAGAI IBU TUNGGAL



1 comments:

Anonymous said...

Kalau nak kena layan, kahwin lah balik. Aku sedia menerima dengan hari terbuka.