Friday, May 11, 2012


Sebelum ini pernah blog ini nyatakan bagaimana bantuan pilihanraya buat PKR akan terus datang daripada Negara Turki. Setakat ini, Dr Mansor Othman (DCM Penang) sedang dalam proses negosiasi, tentang bantuan apa yang perlu dan tidak – di samping memastikan kaedah bagaimana bantuan Turki dapat dibawa masuk ke Malaysia. Macam-macam kaedah sedang dikaji.

Dr Mansor diingatkan oleh Turki bahawa pemindahan wang ke dalam akaun PKR (atau mana-mana pemimpin) boleh menjadi masalah. Jika boleh, kali ini, ianya mesti dilakukan secara ‘manual’ dan tidak menarik minat mana-mana agensi keselamatan Malaysia. Mereka sedang dalam kajian akhir mengenai perkara ini.

Selain daripada bantuan Turki, PKR (di atas nasihat Penasihat Kewangan Negeri) juga tidak melupakan jalan lain dalam mencari sumber kewangan yang lebih banyak. Antara yang dikenalpasti untuk menjadi ‘golden geese’ kepada PKR adalan PKNS. Setakat ini, menurut sumber HQ, beberapa projek PKNS sudahpun menyalurkan sejumlah dana kepada tabung pilihanraya. Perjanjian pembangunan secara joint venture adalah jalan yang paling selamat. Antara projek yang dikatakan menjadi sangat penting kepada dana pilihanraya – sekaligus mempertahan Selangor adalah seperti berikut:-

1. Datum Jelatek (mixed development consisting of four residential towers and retail podium): RM900 juta
2. Sports City, Kelana Jaya (sports-themed mixed development): RM1.8b
3. PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya (integrated urban regeneration project): RM2.6b. Khabarnya kebanyakan ‘kickback’ akan disalurkan kepada DAP.
4. PJ Elevated City (SoHo suites, retail space, al-fresco restaurants, hostels): RM3b
5. Aquavilla, Shah Alam (gated community): RM20juta
6. 90 degrees Residence 1, Selangor Science Park, Cyberjaya: RM118.16 juta
7. Aura, Setia Alam (gated community): RM58 juta
8. Menara Worldwide: RM350 juta

Pemain ekonomi yang sudah lama bekerjasama dengan PKNS semakin diketepi. Kebanyakan usahasama baru yang digubal dalam PKNS (semasa pemerintahan PKR) memerlukan ‘blessing’ Anwar/Azmin. Ini yang dikhabarkan. Tanpa ‘blessing’ atau restu kedua-dua strategis utama PKR ini, nothing will be done.

Soalan utama: apakah semua usahasama ini dilakukan secara tender terbuka? Atau ‘selected tender’? Ataupun, berdasarkan ‘quotation’ yang dihantar sesalinan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?

Apakah ini yang dikatakan kepimpinan bersih dan integriti yang sering Anwar laungkan? Sejauh mana Anwar membezakan antara ‘sumbangan peribadi’ JV Partners PKNS dengan dana pilihanraya PKR?

DAP tidak ada banyak masalah dengan usahasama yang dilakukan. Taikun Cina masih diberikan peluang yang luas. Sementara JV Partner Melayu bergembira dengan projek bernilai RM58 juta dan RM118 juta; DAP lebih minat dengan projek ‘bilion’ ringgit. Menarik. Khabarnya, ramai juga Taikun Pulau Pinang yang sudah berkongsi peluang di Selangor. Atas nama ‘transparency’.

Patutlah Khalid Ibrahim beria mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor.

Sementara rakyat dimomokkan dengan air percuma – mereka ‘makan besar’ dengan projek PKNS.


sumber dalaman PKR terbaik : klik GELAGAT ANWAR



2 comments:

Anonymous said...

Semua projek tu tak boleh jalan. Takde air.

Anonymous said...

Anon May 11, 2012 6:26 PM, puak perosak itu guna air kencing untuk bancuh simen. Dasar penipu adalah Penipu Rakyat, PKR pula Parti Kencing Rakyat, nanti nak buat projek nak bancuh simen gunakan air kencing untuk gantikan air biasa kerana Selangor bakal menghadapi krisis air yang genting mulai 2014 kelak, lepas ini air minum dan mandi di Selangor entah-entah diproses dari air kencing puak perosak ini, dasar perosak, Penipu Rakyat.