Sunday, September 25, 2011


Cukup jarang untuk kita melihat Mursidul Am PAS Nik Aziz, secara tiba-tiba melenting dalam isu perlaksanaan hukum hudud. Sekeras mana sekalipun gertakan parti DAP, beliau masih boleh 'tone down' nada suara namun tidak kali ini ... kali ini Nik Aziz tidak mungkin mahu lagi mengalah.

Nik Aziz sudah hilang sabar dengan perang saudara Hasan Ali dan Khalid Samad, karenah dan kebobrokan Timbalan Presiden Mat Sabu tersalah langkah memperjuangkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan, pelbagai masalah dalaman parti dan salah kenyataan pemimpin.

Namun kemuncak amarah Nik Aziz sebenarnya terletak pada Ketua Umum Pembangkang, Anwar Ibrahim. Mudah sebenarnya untuk membaca gerak hati beliau ... pemimpin PAS tetap menjadi pilihan terakhir Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan penting dalam kabinet bayangan.

Nik Aziz tahu Anwar Ibrahim bijak mempergunakan dan memperbodohkan pemimpin sedia ada PAS. Baik Presiden PAS Hadi Awang turut mudah diperbodohkan, inikan pula pemimpin parti yang lain ... hanya bertaraf barua dimata Anwar Ibrahim!

Nik Aziz pun bukannya stoopid politician mahu menelan bulat-bulat apa yang bakal Anwar Ibrahim lakukan selepas ini. Mustahil kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini boleh melupakan bagaimana Anwar Ibrahim melakukan manouvre dan menggunakan ABIM pada tahun 1990 untuk menghentak, menghentam, menikam belakang PAS sehingga kehilangan banyak undi dan sokongan Melayu.





PEMIMPIN PAS BUKAN PILIHAN ANWAR IBRAHIM
Isu sebenar dan paling besar adalah perbincangan sulit dalam pakatan pembangkang sendiri ... siapa bakal dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri!

GWM yakin isu Mat Sabu hanyalah sebahagian kecil mengapa Nik Aziz panik mahu melaksanakan hudud. Kemelut yang melanda PAS cukup menggusarkan Nik Aziz. Beliau sudah dapat menghidu akan ada lagi 'secret pact' diantara Anwar Ibrahim dan barisan pemimpin DAP.

Sudah berapa kali PAS diketepikan dari perbincangan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri? ... Sehingga ke hari ini, sudah tiga kali PAS diketepikan oleh Anwar Ibrahim dalam perbincangan tidak rasmi!

Mustahil dan bodoh jika sekiranya dalam satu pakatan, PAS langsung tidak pernah dijemput dalam suatu perbincangan sulit walaupun tidak rasmi!

Akhirnya ... PAS 'terpaksa membuat penafian demi penafian' terhadap segala perbincangan sulit yang dilakukan tanpa kehadiran parti tersebut.'



PENAFIAN PERTAMA - 26 NOVEMBER 2009
Wawancara pertama Anwar Ibrahim bersama Nanyang Siang Pau (26 November 2009) sehingga terbentuknya Kabinet Bayangan Pembangkang sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Kabinet Bayangan asal yang dibentuk sebelum didedahkan melalui wawancara tersebut tidak meletakkan seorang pun pemimpin PAS sebagai Timbalan Perdana Menteri. PAS pernah menggertak tidak akan membantu Anwar Ibrahim jika tidak meletakkan Hadi Awang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Kabinet Bayangan.




PENAFIAN KEDUA - 26 MEI 2010
Wawancara Anwar Ibrahim dengan akhbar Nanyang Siang Pau pada 26 Mei yang dilaporkan berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai perasaan curiga jika ada di kalangan orang Cina layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.










PENAFIAN KETIGA - 29 NOVEMBER 2010



Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah sah akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.








Hanya dengan tuntutan perlaksanaan hukum hudud secara tegas dan tanpa kompromi membuatkan Anwar Ibrahim tersentak dengan ugutan Nik Aziz. Mahu atau tidak, Anwar Ibrahim 'terpaksa' bersetuju mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Nik Aziz tahu selok-belok permainan tikam belakang Anwar Ibrahim sejak beliau dalam ABIM lagi (Mat Sabu juga tahu sikap dan sifat Anwar sejak dari ABIM). Arwah Fadzil Noor turut ditikamnya secara lembut ... hari ini diumumkan masuk PAS, keesokan harinya masuk UMNO!



Barangkali ... elok juga GWM dedahkan suatu hari nanti apa yang pernah diperkatakan oleh Anwar Ibrahim tentang hukum hudud ini ... tahun 1996! ... Simpan dahulu 'bullet beserta bukti dan fakta' ini untuk PRU 13 kelak!

Bodohnya blogger pembangkang yang mempromosikan pandangan Anwar Ibrahim tentang hudud melalui bukunya 'Gelombang Kebangkitan Asia'! ... cetek akal! ... Lu sudah kena 'GAME' dengan Anwar Ibrahim!




Selingan untuk Al Juburi ...




1 comments:

nok said...

Dlm percaturan politik pembangkang negara memang pas dilihat tidak begitu bijak dlm membangkikan sesuatu bagi menarik pengundi2 terutamanya org melayu....isu2 yg di bangkitkan pun semua membuatkan rakyat marah contoh terdekat isu kominis oleh Mat Sabu dan terkini isu hudud...adakah Nik ziz berfikiran amat cetek,bukan semua org islam di negara ni majmuk bersedia untuk menerima pakai hukum hudud...tukar prinsip pejuangan dari negara islam ke negara berkebajikan pun belum tentu rakyat boleh terima...ini kan melibat hukum hakam dimana persetujuan melibatkan pihak ketiga ia itu DAP / PKR..bingai punya Nik Aziz , bodoh lama pun tak habis lagi...