Thursday, September 29, 2011


Mengapa filem sekuel Hudud PAS arahan Nik Aziz dan novel terbaru karya Hadi Awang tidak mendapat sambutan yang menggalakkan?

Ikuti edisi terjah yang membongkar kegagalan dua lembaga pengarah hamPAS Sdn Bhd membuat keuntungan politik.



FILEM SEKUEL HUDUD PAS ... TERMINATED!



Filem sekuel Hudud PAS kali ini kurang mendapat sambutan dan tidak seperti filem terdahulu yang ditayangkan pada tahun 1990 dan tahun-tahun sebelumnya, sekalipun promosi yang dilakukan sutradara filem terkenal Nik Aziz kali ini cukup hebat dan menggemparkan!

Konsortium Pakatan Haram yang diterajui oleh DAP sebagai pemegang saham terbesar, dilihat tidak melakukan sebarang promosi bagi filem sekuel ini. Sebagai pemegang saham terbesar, DAP lebih melonjakkan filem Buku Jingga dan dokumentari Dasar Bersama.

Nik Aziz yang berang dengan kenyataan dua orang Lembaga Pengarah Karpal Singh dan Lim Guan Eng, nekad dan menggertak supaya Konsortium Pakatan Haram ini dibubarkan untuk memberi laluan kepada filem Hudud PAS diberikan lebih promosi.

Pengerusi lantikan sementara Konsortium Pakatan Haram, Anwar Ibrahim turut menyokong langkah Nik Aziz untuk memberikan promosi dan pemasaran yang lebih bagi filem Hudud PAS.

Namun begitu, sebagai pengerusi lantikan sementara Konsortium Pakatan Haram yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan pengaruh, akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa mengalah dengan 'Golden Share' DAP sebagai pemegang saham terbesar konsortium tersebut. Anwar Ibrahim telah mengadakan rundingan sulit dan memujuk Nik Aziz untuk menerima apa jua keputusan DAP sebagai pemegang saham terbesar.

Nik Aziz dan crew filem Hudud PAS dari syarikat hamPAS Sdn Bhd akhirnya terpaksa akur dengan keputusan pemegang saham terbesar konsortium ini. Dianggarkan syarikat hamPAS Sdn bhd mengalami kerugian berjuta undi politik!



KEGAGALAN NOVEL AMANAT HADI AWANG ...




Kegagalan novel terbaru karya sasterawan Hadi Awang (nama pojokan lain DAN BROWN) dikatakan telah disabotaj oleh orang dalam. Sebagai sasterawan tiga suku, Hadi Awang akui memang ada sabotaj terhadap cetakan novelnya. Menurut beliau, tidak sepatutnya dua muka surat dibawah dicetak bersama dalam novel terbaru beliau.

Dengan nada kesal, Hadi Awang menunjukkan dua helai mukasurat yang tidak sepatutnya dicetak bersama.





Ini kerana, beliau berhasrat untuk meletakkan dua muka surat tersebut pada cetakan kedua setelah hamPAS Sdn Bhd mengutip keuntungan politik selepas pilihanraya umum nanti.

Kedua-dua lembaga pengarah hamPAS Sdn Bhd akui ada unsur sabotaj terhadap syarikat yang telah lama menjalankan perniagaan berdasarkan keuntungan politik semata-mata.

Malah kedua-duanya tidak segan silu menuding jari terhadap pengerusi lantikan sementara Konsortium Pakatan Haram sebagai dalang utama yang menggagalkan segala usaha murni yang dirancang begitu rapi.








4 comments:

Anonymous said...

Sama-samalah kita menunggu komen dari Musangka yang selama ini kerap menyalahkan kerajaan berkenana hudud, sekarang bila tok guru PAS sendiri seperti Hadi Awang boleh lembik lutut dan melepek di hadapan PKR dan DAP berkenaan hudud.

PAS, PKR dan DAP cakap saja banyak, tapi bukan tahu buat kerja pun, hanya sibuk hal pilihanraya saja, itulah undi dipentingkan, rakyat diperalatkan, itulah Pakatan Rakyat, sekejab hudud, sekejab Negara Kebajikan @ Malaysian Malaysia versi PAS, leps ini hudud balik, kemudian Negara Kebajikan @ Malaysian Malaysian versi PAS semula dan begitulah seterusnya untuk menipu rakyat kerana undi, macamlah mereka ini akan menongkat langit selamanya. Musangka, apa pandangan anda berhubung perkara ini? Sama-samalah kita semua nantikan komen dari Musangka. Mungkin Musangka akan keluar dari PAS bersama Nik Aziz, sebab sebelum ini Nik Aziz kata kalau DAP tak mau hudud, maka DAP boleh keluar dari Pakatan Rakyat, sekarang PAS boleh terima hudud, maka mungkin Nik Aziz akan berambus meninggalkan PAS pula, sama-samalah kita nantikan apa drama baru akan diterbitkan oleh Pakatan Rakyat untuk merosakkan pemikiran rakyat kerana kepentingan politik hingga sanggup menggadaikan kepentingan negara dan rakyat. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Sama-samalah kita menunggu komen dari Musangka yang selama ini kerap menyalahkan kerajaan berkenana hudud, sekarang bila tok guru PAS sendiri seperti Hadi Awang boleh lembik lutut dan melepek di hadapan PKR dan DAP berkenaan hudud.

PAS, PKR dan DAP cakap saja banyak, tapi bukan tahu buat kerja pun, hanya sibuk hal pilihanraya saja, itulah undi dipentingkan, rakyat diperalatkan, itulah Pakatan Rakyat, sekejab hudud, sekejab Negara Kebajikan @ Malaysian Malaysia versi PAS, leps ini hudud balik, kemudian Negara Kebajikan @ Malaysian Malaysian versi PAS semula dan begitulah seterusnya untuk menipu rakyat kerana undi, macamlah mereka ini akan menongkat langit selamanya. Musangka, apa pandangan anda berhubung perkara ini? Sama-samalah kita semua nantikan komen dari Musangka. Mungkin Musangka akan keluar dari PAS bersama Nik Aziz, sebab sebelum ini Nik Aziz kata kalau DAP tak mau hudud, maka DAP boleh keluar dari Pakatan Rakyat, sekarang PAS boleh tolak hudud (perkataan sebelum ini menerima hudud, adalah dibetulkan, bukan menerima hudud, tapi menolak hudud sebenarnya), maka mungkin Nik Aziz akan berambus meninggalkan PAS pula, sama-samalah kita nantikan apa drama baru akan diterbitkan oleh Pakatan Rakyat untuk merosakkan pemikiran rakyat kerana kepentingan politik hingga sanggup menggadaikan kepentingan negara dan rakyat. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

maklumat penerbangan anwar pada 12 dan 13 january
http://sel13.com/

Anonymous said...

Artikel dari Harakah ini adalah ditujukan khas untuk Musangka, tapi orang lain nak komen boleh juga : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5665-hudud-kini-ia-terletak-di-kaki-umno


Lihat kenyataan bersama oleh Pakatan Rakyat, mereka tak terima hudud sebenarnya, jangan harap DAP nak terima hudud, tapi Pakatan Rakyat putar belit salahkan UMNO pula, itulah diri sendiri berak dalam seluar tuduh rumah orang tak wangi pula, inilah sikap PAS, tuduh orang bila diri PAS sendiri yang bersalah sebenarnya.

PAS telah melepek, lembik lutut di hadapan DAP dan PKR, kononnya Pakatan Rakyat terima undang-undang hudud Kelantan dan Terengganu 1993 dan 1999, tapi kalau benar terima, apahal tak nak buat pula? Inilah cakap belit-belit, dasar penipu. Pakatan Rakyat tidak sekata, PAS telah menjadi 'anjing suruhan[ untuk dijadikan tukang pecah belah masyarakat, dijadikan pecacai untuk demontrasi liar supaya ditangkap dan dipenjarakan sedangkan PKR dan DAP mendapat untung besar dari segi politik kerana mereka hanya arahkan saja 'anjing suruhan' mereka dalam PAS supaya buat masalah, bila PAS kena, DAP dan PKR akan gelak ketawa melihat betapa bodoh dan bangangnya PAS yang sanggup jadi pecacai suruhan DAP dan PKR. Geli hati melihat PAS terkedek-kedek sambil goyang ekor berlari ke sana ke mari hingga terjelir lidah dan meleleh air liur menyalak ke sana ke mari, lepas selesai, disepak terajang oleh DAP dan PKR untuk teruskan lagi salakkan bodoh oleh PAS itu, itulah PAS memangnya 'anjing suruhan' kepada PKR dan DAP saja.

Musangka, parti anda itu adalah sekadar 'anjing suruhan' DAP dan PKR saja, jenis 'anjing suruhan' ini akan susah payah untuk orang lain walaupun dimaki hamun, dicerca, disepak terajang oleh tukang suruh itu. Akronim PAS pun sama kalau nak eja Parti Anjing Suruhan = PAS. Musangka, DAP nak arak dan judi di Shah Alam PAS boleh terima, tapi sekarang PAS nak buat hudud, DAP tak dapat terima, maka PAS pun melepek, lembik lutut ikut saja, itulah PAS ini sekadar 'anjing suruhan' kepada DAP saja.