Wednesday, October 20, 2010


PAS PERLEKEH PERLANTIKAN KU LI

PAS sebenarnya cukup gusar dengan pengumuman Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin, melantik Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN/UMNO pada pilihanraya kali ini. Apatah lagi Ku Li juga bersetuju dan menganggap perlantikannya sebagai satu penghormatan.

Modus operandi untuk mengurangkan tekanan PAS kepada penyokong adalah dengan melakukan perang saraf. Bermula dengan kenyataan kurang berfikir Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad yang menganggap Ku Li diberi kata dua oleh UMNO kerana menyokong tuntutan royalti PAS Kelantan.


Turut tumpang sekaki adalah Naib Presiden PAS Mahfuz Omar aka Mr Bean. Beliau dengan jelas memperbodohkan rakyat dengan kenyataan UMNO melayan Ku Li dengan cukup buruk umpama kukur kelapa apabila tidak digunakan akan disimpan di dapur. Beliau juga menambah pemimpin UMNO berlumba lumba menghina bekas Naib Presiden UMNO dan Menteri Kewangan Malaysia.


Bendahari PAS Pusat Hatta Ramli tidak terkecuali memberi komen memburukkan imej Ku Li dengan kenyataan yang sama seperti Mahfuz Omar, penghinaan dari UMNO.

Amat malang kerana ketiga tiga pemimpin PAS ini menyangka Ku Li yang akan dinobatkan sebagai calon DUN Galas nanti. Walhal perlantikan Ku Li adalah sebagai Pengarah Pilihanraya BN/UMNO. Mengapa PAS begitu gerun dengan Ku Li. Sebut sahaja nama Ku Li, semua pemimpin PAS berterabur membuat kenyataan.

Lain pula dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Beliau menegaskan cukup sukar peluang PAS untuk menang pada kali ini kerana pengaruh dan rekod cemerlang Ku Li.


Maka tidak hairan mengapa Timbalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sekali lagi menzahirkan untuk BN tidak bertanding dan memberi laluan kepada PAS untuk memegang kembali kerusi DUN Galas. Beliau juga nampak betapa sukarnya PAS untuk menang sekalipun mencanang isu wang ehsan dan royalti minyak.

Apakah PAS sudah dilanda tsunami KULIPHOBIA ...


FAKTOR KU LI

Sebenarnya perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN/UMNO di Galas diterima baik oleh seluruh parti komponen BN dan termasuk penganalisa politik.

Ku Li akan menjadi X Factor yang membolehkan BN merampas kembali kerusi Galas dari parti PAS. Ini ditambah dengan rekod cemerlang dan pengaruh luar biasa Ku Li di Gua Musang.


Penganalisa politik dari USM Dr P Sivamurugam cukup yakin dengan sokongan dari Mustapha Mohamed, Annuar Musa dan Dr Awang Adek mudah bagi Ku Li memberi kemenangan besar kepada Ku Li. Beliau berpendapat hanya sokongan undi dari kaum Cina sahaja yang telah memberi kemenangan cukup tipis kepada calon PAS pada PRU 12.

Dr P Sivamurugam juga bersetuju BN/UMNO perlu menggunakan strategi yang sama seperti di Bagan Pinang, maka sokongan dan undi kaum Cina akan berpatah kembali kepada BN/UMNO. Faktor calon perlu dititikberatkan.

Pengerusi GERAKAN Kelantan Ng Chiang Chin cukup yakin dengan perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya beserta pengalaman luas beliau mengendalikan jentera pilihanraya, sokongan dan undi kaum Cina akan berpatah kembali kepada BN.

bersambung ...

Sumber rujukan:
UTUSAN MALAYSIA
MALAYSIAN DIGEST
HARAKAH DAILY

MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: