Tuesday, October 26, 2010


Penipu, Hipokrit dan Zalim ...

Itulah gambaran paling tepat untuk portal Malaysiakini dan parti PAS yang cukup arif menyembunyikan kezaliman kerajaan PAS Kelantan yang telah merobohkan gereja Kristian orang asli suku kaum Temiar di Gua Musang.

Tagline Malaysiakini ’news and views that matter’ adalah retorik semata mata memandangkan calon BN membuat penjelasan pada sesi temuramah kepada portal Malaysiakini semalam di BN Command Center.

Kunjungan ketua ketua orang asli semalam bagi meluahkan pandangan dan hati mengenai kes ini yang sudah berlanjutan lebih dua tahun. Wartawan Malaysiakini (lihat gambar dibulatkan di bawah) yang berada di BN Command Center kelihatan sibuk mencatit nota setiap penerangan dan mengambil gambar temubual saudara Abdul Aziz Yusoff.


Seperti lazim, berita yang mendedahkan kepincangan parti PAS dan apa jua berkaitan dengan parti pembangkang tidak akan dilaporkan oleh Malaysiakini. Sikap hipokrit Malaysiakini sememangnya dapat dihidu dan dibaca kerana web portal berkenaan ditaja oleh pembangkang.

Tidak ada satu pun berita tersebut keluar di portal Malaysiakini hari ini. Sikap buruk etika kewartanan mereka melayakkan Malaysiakini sebagai ’news and views that matter (only for opposition)!’.

Sikap double standard berhubung isu meroboh gereja Kristian orang asli suku kaum Temiar juga amat dikesali. Slogan ‘PAS for All’ cukup memalukan dan retorik belaka. Tindakan kerajaan PAS Kelantan mahu membina sebuah balai raya sebagai galang ganti amat memalukan.

Parti yang kononnya model memperjuangkan Islam amat jelas melakukan pencerobohan, merampas tanah dan menyalahgunakuasa serta bertindak campur tangan dalam hal ehwal keagaman orang asli.

PAS sebenarnya bukan tidak mengetahui hak orang asli dalam Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan di Tumpat, sudah terlalu banyak kuil Buddha didirikan tetapi mengapa perlu menganiaya hak kaum pribumi orang asli.

Apakah mungkin ramai taukeh taukeh cina yang memberi sokongan dan dana kepada parti tersebut, maka PAS hanya menutup sebelah mata asalkan wang diterima. Apakah kerana kaum orang asli hanyalah mereka yang terdiri dari golongan minoriti di Gua Musang dan tidak mampu membantu memenuhi kocek parti PAS, maka dirampas sahaja tanah mereka sesuka hati ?

Amat jelas, sikap hipokrit Malaysiakini dan parti PAS merupakan contoh jelas amalan double standard juak juak pembangkang untuk menutup kepincangan semahu yang boleh. Hak hak orang asli seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dicabul dan diketepikan sebegitu sahaja.

Tagline Malaysiakini dan slogan parti PAS sememangnya retorik dan penipu belaka. Hipokrit terbesar!


Sumber rujukan:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/1/15/TERKINI/Mutakhir/Keputusan_Orang_Asli_bantah_roboh_gereja_26_Mei&sec=mstar_berita
http://darulehsantoday.blogspot.com/2010/10/pas-robohkan-gereja-orang-asli.html


MELAYU ATAS PAGAR

2 comments:

manap tetap umno said...

bongkarkan segala penipuan PAS selama ini. rakyat kena tahu sikap sebenar PAS yang menganaktirikan orang asli. malaysiakini juga memang tak boleh dibuat rujukan kerana menyorokkan berita yang sepatutnya dikeluarkan.

amat memalukan!

Anonymous said...

ha ha ha... dasar pembohong. mcm anwar pembohong. keje asyik nak bohong. jadilah pembohong!

siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama lama jadi orang hamPAS!

ha ha ha