Tuesday, July 23, 2013

Azlan @ Endut Jusuh MARAH terhadap HUSAM MUSA, boss dia sendiri, merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut. Tidak setakat itu sahaja, dia turut KECAM Nik Aziz yang dituduhnya sengaja mahu memecah belahkan kaum keluarganya di Kuala Besut.


Satu SMS dikesan sedang beredar di sekitar Kuala Besut. Dan tidak lama lagi, pastinya akan beredar di seluruh Malaysia kalau tidak di seluruh dunia pun.

Berdasarkan kepada nama si pengirim, CHE LONG, ianya dirujuk kepada nama panggilan calon PAS DUN Kuala Besut, Azlan @ Endut Jusuh. Manakala nombor telefon yang tertera pada SMS itu pula, memang nombor calon PAS.

Daripada SMS tersebut, kelihatan benar kekecewaan calon PAS yang mulai patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan pertaruhannya. Pastinya ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku sehingga dia mulai mengungkit duit yang dikeluarkan dan dikorbankan untuk perjuangan PAS tempatan.

Namun yang paling mengejutkan ialah, kemarahannya terhadap HUSAM MUSA, boss dia sendiri, merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut. Tidak setakat itu sahaja, dia turut mengecam Nik Aziz yang dituduhnya sengaja mahu memecah belahkan kaum keluarganya di Kuala Besut.

Tentu sekali, Che Long merujuk tindakan Nik Aziz menuduh orang UMNO tidak sembahyang dalam ceramahnya dua hari lepas.

Che Long merupakan anak tempatan. Sekaligus turut mengesahkan bahawa tindakan PAS dengan kempen politik memecah belahkan ukhwah dan persaudaraan, tidak dapat diterima oleh penduduk tempatan.

SMS berkenaan menjelaskan tentang kekecewaan terhadap PAS yang semakin ketinggalan dari segi perjuangan Islam dengan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.

sumber : THE FLYING KICK



3 comments:

Ari said...

dorg tngu kita melalak jer tuh..SKMM ada bantu siasat x SMS nih.ni last day kempen.mcm2 leh jadi.

Anonymous said...

Kene wat report bang.. Baru skmm brtindak.. Klu tak diorg tak tau.. Takpun abg gi sendiri report bagi pihak che long

Anonymous said...

Dear everyone,
Careful of YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) because this man is cheating and disturbing of many people’s wives, and also cheating of Buddhist Temple (SAMNAK SAMBODHI)’s money.
Recently, many people know in what he”yip” did, please stay far from him. He is lawyer, Datuk, MCA Chairman and etc. or everyone can research at Website “YIP KUM FOOK”
Loh Guan Lye
Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur