Tuesday, July 2, 2013

Kerajaan akan MENGAMBIL KIRA pandangan PARTI KOMPONEN BN berhubung CADANGAN PINDAAN ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2013.

Cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan Perlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar dengan rungutan mengenai Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. "Kerajaan sedar dan sedang mengambil kira semua pandangan. Kita meneliti perkara terbabit. "Kabinet telah membincangkan perkara ini dengan teliti dan kita mengakui terdapat keperluan untuk penyelesaian yang lebih adil dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Parlimen hari ini. Muhyiddin mengulas mengenai sama ada cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 bercanggah dengan keputusan Kabinet pada 2009 tidak membenarkan penukaran agama secara satu pihak sahaja. - BERITA HARIAN, 2 JULAI 2013.



Puak chauvinist dan kiasu sekali lagi cuba menjentik amarah umat Islam. Sudah sedia maklum bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia dan negara ini terikat dengan undang-undang Islam.

Peruntukan menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam yang memerlukan persetujuan salah seorang ibu bapa sudah digunapakai sejak sekian lama. Undang-undang itu dibuat berdasarkan undang-undang Islam dan tidak boleh dipertikai.

Mengapa perkara ini dibangkit sekarang? ...



Awal-awal lagi DAP, Majlis Peguam dan MCCBCHST (Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism) akan mencabar kerajaan dibawah pimpinan BN/UMNO jika sekiranya Parlimen meluluskan rang undang-undang yang membenarkan ibu atau bapa menukar agama anak bawah umur kepada Islam.

Paling MENYAKITKAN lagi apabila parti-parti komponen MCA, MIC dan GERAKAN juga MENGANCAM untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan sekiranya Parlimen meluluskan rang undang-undang tersebut.

Isu agama tidak boleh dipertikaikan. Undang-undang ini perlu dikekalkan bagi memastikan martabat Islam berada di kedudukan sepatutnya.

Adakah kerajaan akan tetap tunduk lagi terhadap tekanan demi tekanan puak chauvinist, kiasu dan bukan Islam ? Apakah kes dibawah ini masih belum menjadi pengajaran kepada Melayu-Islam di negara ini ?

Salah siapa dan dimana silapnya apabila seorang bukan Islam DIBENARKAN MENJADI menjadi peguam Syarie yang mewakili umat Islam dalam kes kes Syariah selepas ini?

Peguam bukan Islam dibenarkan bertindak sebagai peguam syarie di semua mahkamah syariah di Wilayah Persekutuan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Ini berikutan pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam sahaja layak memohon sebagai peguam syarie telah melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Baca artikel selanjutnya, Bila Hakim Melayu Ditimpa SINDROM SAKIT OTAK ...



Saban hari, apa sahaja yang berkait rapat dengan Melayu-Islam pasti ada pihak yang mempertikai kedudukan, hak dan keistimewaan ini. Isu tentangan ini sudah lama menjadi duri dalam daging dan kerajaan perlu memberikan titik noktah kepada ancaman dan ugutan pihak bukan Islam dalam perkara ini.

Barangkali ramai yang terlupa (memang Melayu-Islam mudah lupa) apa yang telah dilakukan oleh sebuah badan Inter Faith Commission (IFC) dalam satu forum 'Memeluk Islam' anjuran badan tersebut pada 11 Ogos 2008.


LATARBELAKANG
IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang terlibat.

PENUBUHAN IFC
Melalui gabungan Malaysian Consultative Council of Buddhism (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha), Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh.

DALANG PENUBUHAN IFC
Majlis Peguan terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC.

KRONOLOGI

8 Ogos 2001
Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS ( Majlis Perunding Antara Agama Buddha - Kristian - Hindu - Sikh) mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IFC berjalan dengan lancar.

8 Disember 2001
satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

10 Disember 2001
Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.


17 Mac 2003
Bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC (Inter Religious Council) diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepecayaan.

Tahun 2004
Satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik ke semua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah majlis Peguam sebagai ahli Jawatankuasa Penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan Yayasan Kristian yang beribu pejabat di negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).


Konrad Adeneuer Foundation (KAF)... sebuah badan yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim di luar negara ... PLURALISME.



TUNTUTAN MCCBCHS MELALUI IFC

a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

d. Tidak perlu dicatatkan di dalam Kad Pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui badan itu TERLIBAT SECARA LANGSUNG dalam penajaan IFC di Malaysia. Beliau juga menyatakan turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006.

g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.

h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara ruah-rumah ibadat orang bukan Islam seperti Kuil Hindu dan Gereja sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah dihapuskan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

m. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada memvayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Tidak kira sama ada parti komponen BN sendiri, pembangkang, badan-badan dan pertubuhan NGO ini mempunyai satu matlamat dan agenda cukup besar dan sama ... menghapuskan hak dan keistimewaan Islam dan orang Melayu.

Tunduk lagikah Melayu-Islam terhadap tuntutan-tuntutan chauvinist dan ekstrimis ini ...

2 comments:

Anonymous said...

kenapa nak pendapat orang kafir dalam urusan agama Islam?

Anonymous said...

tuntutan pihak kafir dah keterlaluan.Dah banyak negara Islam rosak dan pecah belah sebab tindakan pihak berkuasa sendiri.Lihat saja Indonesia.