Thursday, June 13, 2013

Sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah kalah dalam peperangan ... Mengapa Anwar Ibrahim terus mendakwa tidak pernah KALAH dan diKALAHKAN.

Ketua Pembangkang ini memang mahu dirinya dianggap HEBAT. Sememangnya tidak dinafikan Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang HEBAT. HEBAT dalam serba serbi. HEBATnya beliau naik secara mendadak sewaktu dalam UMNO dahulu namun sukar untuk dijatuhkan.

Pemimpin lain jika dikaitkan dengan isu MORAL memang pasti ditolak rakyat. Confirm kalah pilihan raya. HEBATnya Anwar Ibrahim walaupun dipaparkan segala bukti perlakuan sumbang sekalipun, masih ada rakyat yang mempertahankannya.

HEBATnya Ketua Umum PKR ini, sepatah sahaja Anwar Ibrahim berkata semua itu fitnah, maka sebilangan rakyat percaya bulat-bulat Anwar Ibrahim telah difitnah.

Rakyat lebih percaya cakap Anwar Ibrahim melebihi daripada tutur kata daripada mufti mahupun golongan ilmuwan Islam. Betullah kata-kata bekas pemimpin PKR dan kawan-kawan rapatnya. Anwar Ibrahim seorang manusia yang cukup HEBAT ... HEBAT yang tidak bertempat.

Kerana keHEBATan Anwar, para ulama berpecah belah ...
Kerana keHEBATan Anwar, cerdik pandai berbalah ...
Kerana keHEBATan Anwar, Melayu semakin teruk berpecah belah ...


Memang benar, Anwar Ibrahim tidak pernah gagal dalam keHEBATan. Manusia ini tidak pernah kalah dalam apa jua pertandingan.

HEBATnya Anwar Ibrahim naik terlalu cepat sewaktu dalam UMNO dan kerajaan, naik tak ikut tangga. Dari ahli biasa terus jadi Ketua Pemuda, melompat naik menjadi Naib Presiden UMNO ... tanpa perlu melalui menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sekelip mata menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dengan menyingkirkan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

HEBATnya suami Wan Azizah ini sehingga menyebabkan Rahim Nor hilang jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana mempertahankan nama baik Polis DiRaja Malaysia. Namun ... apakah semua anggota polis masih ingat pengorbanan Rahim Nor ?

HEBATnya papa Nurul Izzah ini boleh melompat dan memilih Kementerian yang boleh melonjakkan beliau menjadi Perdana Menteri dengan cepat. Pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, tapi sekejap. Jadi Menteri Pertanian pun sekejap.

HEBATnya Anwar Ibrahim kerana momokan beliau adalah seorang yang berjiwa rakyat. Kalau berjiwa rakyat beliau sepatutnya lama berada di Kementerian Pertanian.

Bukankah Kementerian Pertanian adalah nadi kehidupan petani dan nelayan ... golongan marhaen yang Anwar Ibrahim perjuangkan ? Apa pembaharuan dan kemajuan yang dibawa Anwar Ibrahim sewaktu memegang jawatan dalam dua kementerian ini ? Rupanya rakyat marhaen terlupa ... Tak ada, kosong !


Tak perlulah berbicara mengenai beliau sewaktu menerajui Kementerian Kewangan ... Yang ini memang kena tabik, Anwar Ibrahim memang cukup HEBAT. HEBAT dalam gagasan meramaikan KRONI-KRONI yang kaya raya.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Adik beradiknya, Farizon Ibrahim dan Marzukhi Ibrahim, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr. Rahim Ghouse, Rustam Sani, Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob, Datuk Ghazi Ramli, Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd, Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil, Datuk Ahmad Saad.

Rupanya rakyat marhaen juga terlupa ... Anwar Ibrahim adalah pelopor BAPA KRONISME NEGARA sewaktu menjadi Menteri Kewangan.

HEBATnya Anwar Ibrahim kerana sebilangan rakyat menganggap beliau adalah hero rakyat. Anwar Ibrahim bukan hero rakyat, sekadar hero memperalatkan rakyat.

Selagi ada rakyat, selagi itu Anwar Ibrahim akan terus hidup. Rakyat adalah nyawa politik Anwar Ibrahim. Rakyat adalah alat bantuan pernafasan Anwar Ibrahim.

Namun dalam keHEBATan, rupanya Anwar Ibrahim adalah manusia yang GAGAL ...


Anwar Ibrahim sedar Pakatan Rakyat kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Sekadar mahu menutup kelemahan dan kemaluannya, Anwar Ibrahim cukup cepat melakukan 'road tour' dengan 'Jelajah Black Out 505'. Apa yang 'black out' pun entah ...

GAGALnya pembangkang menyebabkan Anwar Ibrahim perlu mengubah persepsi dan mengalih perhatian rakyat dengan isu undi popular. Pelik ... Anwar Ibrahim bukannya tidak pernah menjawat dan menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan. Bukannya beliau tidak tahu sistem dan amalan demokrasi yang dipakai dalam negara-negara Komanwel.

Anwar Ibrahim GAGAL dan malu besar setelah gagal menumbangkan BN. Bukan main beliau sudah membayangkan untuk bergelar Perdana Menteri pada 5 Mei lalu. Habis dicanang sudah bersiap sedia mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri. Ditambah lagi katanya Yang DiPertuan Agong sudah tidur, maka hari lain sahaja beliau akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

GAGALnya pembangkang menyebabkan Anwar Ibrahim cukup panas hati. Ditutup kelemahan dengan mengaburi mata rakyat dengan pelbagai alasan dan karenah. Daripada 40,000 pengundi hantu Bangladesh, mengundi dua kali, penipuan SPR dan bermacam-macam alasan.

Alasan-alasan ini masih lagai GAGAL dibuktikan oleh Anwar Ibrahim sehingga kini ... sekadar membuat 'road tour' dengan 'Jelajah Syok Sendiri Black Out 505'.

Anwar tidak mahu dilihat sebagai KALAH. KALAH bererti maut baginya untuk meneruskan sisa-sisa nyawa politiknya. Sekarang ... Apakah Anwar Ibrahim masih HEBAT ?

Sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah kalah dalam peperangan ... Mengapa Anwar Ibrahim terus mendakwa tidak pernah KALAH dan diKALAHKAN.

HEBAT SANGATKAH MELAYU BANGSAT INI ...





12 comments:

Anonymous said...

meluat dengan perangai anuar ibrahim ni. macam2 idea nak kaburkan mata rakyat. yang percaya tu hmm kesiannye

Anonymous said...

Hahaha... sampai dia mati pon aku tak bole lupa ekspresi * muka bau cibai * dia tu.

Anonymous said...

Muka penipu/pembohong yg mengaku dirinya sebagai anugerah tuhan, muka yg di kutuk dan di laknat alam langit dan bumi. Khaaak tuiii!

hamidah yusof said...

Sehebat mana skali pon manusia tu, jgn lupa yg MAHA HEBAT lagi!!! Anwar merasakan dirinya cukup hebat kerana selama dia hidup ni sudah trlalu bnyk kerosakkan yg di lakukannya dan blom ada satu lagi pon yg nmpak "hukuman" ke atsnya, meliwat, merasuah, memfitnah, menzina,smuanya "trlepas".. Senjata yg ada pdnya sgt hebat sehinggakan bleh membutakan mata yg celik dan menjadikan telinga yg x pekak mnjadi tuli...Tapi dia terlupa satu perkara....... KUN FA YA KUN!.... Sampai masa dan ketikanya ALLAH akn "menghukum"nya di ats segala kemungkaran yg di lakukannya, kita tidak tahu apa perancangan ALLAH trhdpnya... masa akn menentukannya!!!

Anonymous said...

Senang je nak hebat dan disanjung, bela janggut sikit, btutur lancar gaya ustad, bila bertutur selitkan hadis2 dan ayat2 Quran, setel.

Anonymous said...

sipenipu ni hebat sebab kita yang buat dia hebat,kalau kita tak pedulikan dia dan teruskan hidup kita dengan kerja kerja kita dia tak kemana, sedar lah kita siapa anwar ni, dia tak da apa cuma air liur dan menipu sana sini, Tanya dia ,dia kenal tak siapa yang bersama dia naik lift tu masa nak jumpa amoy...dia terlepas sebab sebab teknikal, kalau A kita kata AA tentu ini salah teknikal, dan kes di tolak, demi keadilan kita minta biar lah A atau AA itu sama salahnya kalau terbukti salah,

Anonymous said...

Yes, he's great, coz whatever bad about him been exposed, people still support him, all the big guns in opposition bow to him, and how silly the lies he's telling many people believed. Great, yes, but in negative way.

Anonymous said...

Nama Anwar pasti akan di ingat dalam sejarah walaupun ratusan tahun yang akan datang sebagai Pengkhianat yang telah memecah belahkan bangsa Melayu di Malaysia

Anonymous said...

KEHEBATAN ANWAR TERLETAK PADA KEMALUAN NYA DAN BUKAN NYA PADA PERIBADI SERTA AKAL NYA.

Unknown said...

Komem kau lagi hebat....i like

Anonymous said...

sudahlah. tengok komen2 diatas pun dah agak org yang sama yg post. jgn2 admin sendiri yg post tak?...kui3

Anonymous said...

jordan outlet
supreme clothing
kd shoes
kyrie spongebob
kyrie 7 shoes
off white jordan
hermes birkin
fear of god
westbrook shoes
kyrie 8 shoes