Thursday, September 30, 2010

Kehancuran PKR Lagi Keluar Parti Di Johor

MUAR: A total of 50 members from Muar PKR division resigned and joined UMNO.

Muar PKR Youth vice chief Razali Jaafar, who represented the defecting members, handed their Umno membership forms to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin here on Saturday after the grand 'nasi ambang' ceremony in Kampung Parit Tengah.

Also present was Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Info by http://pemudaumnojasin.blogspot.com/2010/09/amk-muar-bergolak.html

Wednesday, September 29, 2010

KES ADUN MELOR : PAS SUDAH MENJADI BISU DAN PEKAK


Sudah genap 2 tahun kes tuntutan mutaah Siti Aishah Chou Abdullah sebanyak RM 3 juta dari bekas suaminya ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh.

Semalam, Siti Aishah Chou Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa Wan Ismail mempunyai harta lebih dari RM 3 juta!

Ini bersandarkan kepada Wan Ismail pernah memberitahu yang beliau mempunyai banyak harta termasuk tanah, projek projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya.

Apa yang menarik adalah kesemua aset di atas bukan di atas nama Wan Ismail Wan Jusoh kerana beliau adalah wakil rakyat. Ini yang diakui oleh Wan Ismail kepada bekas isterinya.


Siapakah proksi sebenar di atas pemilikan aset aset tersebut? Jika benar dakwaan ini, maka ADUN Melor bertindak untuk cuba melarikan diri dari membayar cukai pendapatan (tax evasion).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu membuka satu fail kes dan membuat siasatan terperinci. Audit & Investigation perlu dilakukan segera kerana ADUN Melor nyata tidak mengisytiharkan harta pemilikan sebenar.

Ini adalah suatu bentuk penipuan dan penyelewengan seorang wakil rakyat. Amat memalukan kerana PAS yang selama ini kononnya mendabik dada memperjuangkan Islam ternyata sebuah parti yang cukup hipokrit dan penipu.

Sejak kes ini berlangsung selama 2 tahun, kesemua pemimpin PAS sudah jadi makhluk bisu dan pekak. Bisu dari membuat sebarang kenyataan dan memekakkan telinga seolah olah tiada apa apa yang berlaku.

Inilah sebenarnya prinsip perjuangan PAS yang menghalalkan sebarang cara untuk menutup kelemahan pemimpinnya dan parti.


Jika ini berlaku kepada UMNO mahupun kepada parti parti komponen BN, parti PAS pasti terkehadapan menghentam dan menjaja isu ini di dalam ceramah ceramah. Akhbar Harakah akan menjaja isu tersebut di muka hadapan (front page). Modal terbaik untuk menghentam BN!

Peguam Syarie yang mewakili Siti Aishah kini sedang mengumpulkan bukti berbentuk dokumen berkaitan pemilikan aset Wan Ismail. GWM mengharapkan agar bukti pemilikan aset ini dapat didedahkan di dalam perbicaraan yang akan datang.

Sepatutnya, PAS sudah meminta Wan Ismail Wan Jusoh melepaskan jawatan sebagai seorang ADUN untuk membersihkan nama beliau dan parti. Lebih baik lagi memecat Wan Ismail atas dasar keterbukaan dan keadilan kepada bekas isterinya.

Apa yang pasti, PAS seolah olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. Mungkin ada rahsia besar yang perlu ditanam jauh ke dasar bumi sebelum dijadikan isu atau bahan kempen BN.

Siapakah pemilik sebenar aset aset tersebut. Siapakah proksi yang tidak diketahui sehingga ke hari ini. Apakah mungkin pemimpin pemimpin tertinggi PAS merupakan pemilik sebenar kekayaan tersebut.


Rakyat perlu mengetahui bagaimana ADUN Melor ini mengumpulkan harta kekayaan tanpa mengisytiharkan harta harta tersebut kepada LHDN. Ini adalah perbuatan khianat seorang wakil rakyat PAS yang melarikan diri dari membayar cukai harta dan pendapatan.

Rakyat marhaen sibuk berbaris mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN untuk membayar cukai, wakil rakyat PAS sibuk menyembunyikan pemilikan aset dan wangtunai dari LHDN. Adilkah begini?

Dan yang lebih teruk, nasib bekas isteri yang tidak dibayar nafkah saraan sehingga kini. Inikah ajaran Islam yang dicanang oleh PAS selama ini?

PAS sememangnya lambang kegagalan umat Islam. PAS for All … retorik semata mata!

sumber rujukan :

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-isteri-yakin-adun-melor-miliki-harta-lebih-rm3-juta/


MELAYU ATAS PAGAR

Monday, September 27, 2010

PEMILIHAN PKR - KEKECOHAN DIDALANGI ORANG UMNO??

Sepertimana yang kita sedia maklum, Pemilihan PKR peringkat Cabang sedang berlangsung dan lebih separuh telah selesai. Dan kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan apabila berlakunya kekecohan di beberapa PKR Cabang.

Sempat juga saya berborak dengan salah seorang AMK Cabang Gombak, Selangor sebentar tadi. Beliau memaklumkan bahawa mereka yang melakukan kekecohan itu bukan ahli PKR dan telah menjadi Ahli UMNO? Saya hanya membuat muka pelik.

Ianya mengesahkan bahawa PKR sememangnya tidak pernah mengaku kesilapan yang telah mereka lakukan. Semua yang buruk datangnya dari parti lawan walaupun berlaku di dalam parti sendiri. Mereka juga tidak pernah memikirkan punca kekecohan tersebut berlaku. Mudah sahaja. Apa yang buruk semuanya ditujukan ke parti lawan. Yang baik datang dari PKR.

Jika benar mereka telah menyertai UMNO, kenapa pula mereka dibenarkan untuk mengundi? Kenapa mereka dibenarkan berada di dalam perkarangan dewan. Saya pasti senarai nama ahli PKR telah dikemaskini sebelum Pemilihan PKR berlangsung? Kan?? Atau tidak??

Entahlah.. Inilah realiti politik kita. Kita seringkali memikirkan yang terbaik untuk parti yang kita dukung, tapi sebenarnya lebih kurang sama ja.. Tapi jika kesemua ahli PKR mempunyai pendirian dan pandangan seperti ahli AMK Cabang Gombak yang saya temui sebentar tadi, hancurlah PKR..


PANDANGAN ANDA?? SILA BERI PANDANGAN ANDA DENGAN MENGHANTAR KOMEN..



Post by... Melayu CinDia



DATUK NALLAKARUPPAN DAN GWM SENADA : SANDIWARA POLITIK PKR


Nallakaruppan berkata gambaran kewujudan dua kem dalam PKR hanyalah wayang bagi memastikan Anwar Ibrahim kekal Ketua Umum, Wan Azizah kekal sebagai Presiden, Azmin sebagai Timbalan Presiden dan newcomer Nurul Izzah puteri kesayangan sebagai Naib Presiden.

Memetik sumber dari Utusan Malaysia, Nallakaruppan juga mengatakan adalah bodoh untuk mempercayai telah berlaku persengketaan maha hebat di antara Wan Azizah dan Azmin. Beliau dengan sinis menyindir Anwar Ibrahim sebagai tokoh yang layak diberikan Anugerah Penulis Skrip Putar Alam Terbaik Malaysia.

Nallakaruppan cukup percaya drama ini telah digarap dengan baik oleh Anwar Ibrahim untuk memastikan juak juak Anwar Ibrahim kekal menguasai PKR. Sebagai bekas rakan karib, Nallakaruppan sudah cukup matang membaca permainan wayang politik Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi mangsa permainan politiknya.

Beliau juga menambah situasi terkini jelas menunjukkan Anwar Ibrahim & Family adalah pengamal ajaran sebenar kronisme dan nepotisme.


Dalam artikel artikel yang lalu, GWM juga telah menyentuh political game Anwar Ibrahim yang pasti akan menaikkan keluarga beliau terlebih dahulu.

GWM sudah lama mengikuti pementasan dan permainan wayang Anwar Ibrahim sejak beliau menyandang jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden semasa di dalam UMNO. Habis semua manusia di tarahnya! Tiada yang terkecuali dari libasan maut Anwar Ibrahim!

Politik suka menggembar gemburkan sesuatu dan politik masuk bakul angkat sendiri sememangnya amalan harian Anwar Ibrahim sejak dalam ABIM lagi.


Tidak kira siapa sekalipun, Anwar Ibrahim akan memastikan wujudnya scapegoat dalam menghasilkan sebuah drama terbaik sebagai diversion dan manuevre karier politiknya. Legasi wajib dipertahankan.

Cuma, GWM tetap beranggapan jawatan mati bagi Azmin Ali hanyalah sebagai Timbalan Presiden PKR dan tidak lebih dari itu. Azmin tetap di anggap duri dalam daging bagi Anwar Ibrahim kerana terlalu banyak menyimpan rahsia rahsian besar beliau.

Mungkin apabila sudah tidak diperlukan lagi dan karier politiknya dapat dibunuh secara senyap, tidak mustahil Azmin Ali akan menjadi kambing hitam terakhir Anwar Ibrahim.

GWM cukup percaya dengan analisa yang dilakukan! ... tiada yang mustahil bagi seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim!

sumber rujukan :
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/09/zaid-ibrahim-sahkan-wan-azizah-presiden.html
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/09/nurul-izzah-bakal-presiden-pkr.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


MELAYU ATAS PAGAR

Sunday, September 26, 2010

ARTIKEL GWM NYATA TEPAT : ZAID IBRAHIM HAS LANDED IN WANGSA MAJU !


GWM pernah menyiarkan artikel pada 7 Ogos 2010 (Zaid Ibrahim Cuba Nasib di Wangsa Maju) mengenai Zaid Ibrahim akan menggantikan Wee Choo Keong yang telah berpatah arang dengan PKR seterusnya menerajui PKR Wangsa Maju.

Blogger Minaq-Jinggo telah mengesahkan artikel GWM di dalam artikel bergambar beliau (PKR – Zaid Ambil Alih Ketua Cabang Wangsa Maju). Gambar di bawah menunjukkan Zaid Ibrahim mengambil alih sebagai Ketua Cabang PKR Wangsa Maju yang baru (Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Zakir Yussoff mengundurkan diri, Zaid Ibrahim menang tanpa bertanding)


Ini bermakna artikel, jangkaan dan ramalan GWM sudah terbukti benar!

Sumber berita yang diberikan oleh Bro Ex PKR sememangnya tepat dan boleh dipercayai. (terima kasih bro! ... kita boleh bersembang lagi untuk mengetahui perihal strategi PKR Wangsa Maju untuk PRU 13).

Sewaktu GWM menerbitkan artikel ini pada Ogos lalu, UMNO Wangsa Maju hanya memandang sepi dan hanya melihat dengan sebelah mata artikel ini.


Pada waktu itu, GWM telah memberi hint Zaid Ibrahim sudah mula menyusun langkah di Wangsa Maju kepada UMNO Wangsa Maju. GWM cukup yakin dengan kesahihannya sumber berita yang diterima.

Agak malang, first impression yang diterima adalah GWM diketawakan. Al Maklumlah ... blogger jalanan! blogger yang ‘low class’. Siapalah GWM di mata UMNO Wangsa Maju!

GWM pernah memberi pandangan agar UMNO Wangsa Maju bekerja lebih keras kerana pengaruh dan sokongan ke atas Zaid Ibrahim cukup kuat. Lebih mantap dari Wee Choo Keong sebenarnya.


GWM cukup yakin bahawasanya sekali Zaid Ibrahim melabur dan menabur wang di Wangsa Maju, undi orang Melayu akan berpindah serta merta.

Kekuatan yang ada pada Zaid Ibrahim adalah kerana beliau mempunyai wang! Dan kerana itulah sokongan waima pengaruh akan datang bertalu talu. Iktibar yang paling baik, sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tempoh hari.

The Golden Boy DAP ini cukup kaya raya dengan hasil dari kes kes projek penswastaan Kerajaan dan keperluan ‘conveyancing’ sewaktu berada di dalam UMNO dahulu.


GWM ingin mengingatkan kembali UMNO Wangsa Maju supaya lebih alert dan bekerja keras dari sekarang jika mahu kerusi Parlimen Wangsa Maju jatuh kembali ke tangan BN. Tolong ingatkan juga rakan rakan komponen parti di dalam BN.

Tak tahulah ... sekiranya amaran ini sekali lagi di pandang sepi oleh UMNO Wangsa Maju. Atau UMNO Wangsa Maju sudah pun mengorak langkah mulai sekarang.

Kerana apa yang GWM lihat, UMNO Wangsa Maju masih lagi tidur nyenyak dan di dalam keadaan hibernasi (hibernasi adalah konotasi sains paling sesuai untuk binatang seperti beruang yang tidur nyenyak sehingga 6 bulan sewaktu musim sejuk/salji tiba).


Dan sewaktu artikel ini sedang dikarang, GWM menerima panggilan dari Bro Ex PKR mengatakan sudah ada dikalangan parti komponen BN yang akan beralih arah dan memberi sokongan kepada Zaid Ibrahim. (Bro ... kita minum di kedai mamak tempat biasa lepas ni! Gua call lu nanti ... ada maklumat lagi ye! No Problem!).

Dan GWM tetap mempunyai anggapan di kala ini, UMNO Wangsa Maju masih lagi tidur diselimuti mimpi mimpi indah. Over Confident ke! Atau masih lagi mahu ketawa!

Jangan kata GWM tidak memberi pandangan dan amaran lagi! …


sumber rujukan dan berita bergambar :

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/08/zaid-ibrahim-cuba-nasib-di-wangsa-maju.html
http://minaq-jinggo.fotopages.com/


MELAYU ATAS PAGAR

Friday, September 24, 2010

ISU HANGAT : ANAK CHUA SOI LEK MENYOKONG PERKASA


Ahli Parlimen Labis yang juga anak kepada Presiden MCA, Chua Tee Yong membidas UMNO kerana menolak dan mengabaikan pengaruh PERKASA sebagai satu kuasa NGO Melayu.

Beliau turut membidas beberapa Menteri di kalangan ahli UMNO yang mencabar PERKASA untuk didaftarkan sebagai parti politik sebagai satu usaha yang bodoh kerana PERKASA tetap sebagai sebuah organisasi NGO.

Walaupun kurang bersetuju dengan kaedah dan tindakan PERKASA yang menjuarai kepentingan orang Melayu, namun beliau berpendapat BN tidak seharusnya mengabaikan suara dan hak yang dilaungkan oleh PERKASA.

Chua Tee Yong juga mnyatakan bahawa PERKASA berhak untuk memberi pandangan dan tuntutan berdasarkan kepada Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Sekalipun PERKASA bukanlah sebuah parti politik, namun beliau menegaskan bahawa organisasi ini amat hebat dan pasti memainkan peranan yang cukup signifikan dalam menentukan undi pada pilihanraya umum nanti berdasarkan kepada sokongan grassroot.

Ahli Parlimen Labis ini juga bersetuju bahawa tidak ada gunanya bertengkar mengenai PERKASA yang pada pandangannya hanya akan merugikan BN dan negara.

Cuma GWM terfikir mengapa anak seorang Presiden MCA lebih rasional dan waras berbanding dengan ayahnya sebagai peneraju parti yang layak digelar sebagai ekstrimis secara membabi buta mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu.

Kita tolak ke tepi pandangan dangkal beberapa juak di dalam UMNO yang beria ia mengasut setiap parti komponen untuk bersama menolak PERKASA dari BN. Walhal sumbangan juak juak ini di dalam UMNO boleh dikira dengan sebelah jari, itupun kalau ada.

GWM amat berharap Chua Tee Yong tidak terlalu bermain politik seperti yang dilakukan oleh Presiden MCA. Jika benar seperti apa yang diutarakan oleh beliau, maka GWM menganggap Chua Tee Yong amat memahami dan menghormati orang Melayu malah turut mendokong Perlembagaan Persekutuan secara jujur.

Mungkin pepatah bapa borek anak rintik hanya layak diberikan kepada juak juak pembangkang seperti Anwar Ibrahim & Family, Nik Aziz & The Gang, Lim Kit Siang & The Triad, Karpal Singh and The Blunders.

Kerana juak juak pembangkang ini berjaya mendidik anak mereka menjadi bengkang bengkok, pendusta, munafiq, pembohong dan pengkhianat seperti mereka. Ke mana kuah jika tidak tumpah ke nasi!

Mungkin dalam kes Chua Tee Yong, ianya tampak berbeza dengan ayahnya Chua Soi Lek. Anak mampu melihat jalan yang lurus namun ayahnya telah jauh terperosok ke dalam black hole.

Segalanya mungkin.

sumber rujukan :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mca-man-empathises-with-umnos-perkasa-dilemma/


MELAYU ATAS PAGAR

Thursday, September 23, 2010

NURUL IZZAH BERTANDING NAIB PRESIDEN : STRATEGI ANWAR MENJADI KENYATAAN



HAPRAKAHDAILY:

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Nurul Izzah Anwar petang ini mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam Pemilihan 2010 Oktober ini.

"Atas semangat reformasi dan demokrasi, saya ingin mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Naib Presiden parti," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, sistem 'satu ahli satu undi' yang diperkenalkan pada pemilihan kali ini akan mengangkat 'suara ahli' sebagai 'suara parti' yang sebenar.

Atas maksud itu, beliau turut tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon lain sebagaimana yang pernah dilakukan oleh beberapa Ahli Parlimen dan Adun tertentu sebelum ini.

"Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka (ahli) bebas untuk membuat pencalonan.

"Saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka," ujarnya.

Beliau yang dikenali sebagai Puteri Reformasi pada era Reformasi 12 tahun yang lalu turut mengajak ahli-ahli melakukan sekali lagi reformasi dalam parti dengan memilih calon berasaskan pada politik informasi, bukannya personaliti semata-mata.

Beliau turut mencadangkan semua calon menurunkan tandatangan secara terbuka pada Deklarasi Kempen Adil dan Bebas bagi menggalakkan lagi amalan berkempen secara beretika, adil, bebas dan demokratik.

"Demi masa depan negara, saya mencadangkan calon-calon supaya tandatangan secara terbuka Deklarasi Kempen Adil dan Bebas minggu depan.

"Saya percaya parti ini adalah penentu masa depan negara kelak," ujarnya.

Daripada 15 calon yang diumumkan layak bertanding, N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) sebelum ini turut membuat pengesahan untuk bertanding bagi mengisi empat kerusi Naib Presiden.

Manakala, tiga kerusi berbaki bakal diisi secara selektif sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti.


Percaturan dan strategi Anwar Ibrahim semakin menjadi kenyataan. Penyokong dan perwakilan PKR sudah diperbodohkan dan digula gulakan dengan sebaik baiknya.

NURUL IZZAH : BAKAL PRESIDEN PKR ?


Ramalan GWM mungkin akan menjadi kenyataan kelak. Dalam artikel yang lalu (Zaid Ibrahim Sahkan Wan Azizah Presiden Boneka PKR), GWM ada menyentuh political game Anwar Ibrahim yang sudah mengatur perjalanan politik Nurul Izzah. Parti Anak Beranak!

Tiada yang mustahil jika membabitkan seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan GWM.

Perlu diingat bagaimana liciknya Anwar Ibrahim sewaktu menjawat Naib Presiden UMNO mati mati mengeluarkan kenyataan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Tun Ghafar Baba. Alasan mendapat pencalonan dari majoriti perwakilan yang mahukan beliau bertanding, akhirnya Anwar mengiakan yang beliau bertanding bagi mencabar Tun Ghafar Baba.


Lihat bagaimana strategi politik Anwar Ibrahim menentang dan membunuh karier politik Tun Ghafar Baba setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Politik suka menggembar gemburkan sesuatu dan politik masuk bakul angkat sendiri telah menjadi amalan Anwar Ibrahim sejak dalam ABIM lagi.

Sudah timbul desas desus Nurul Izzah akan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dan kita hanya menunggu untuk mendengar alasan U Turn ini. Nurul Izzah sebenarnya sudahpun mendapat 8 pencalonan untuk jawatan tersebut. Sebahagian besar pencalonan adalah dari group Zaid Ibrahim.

Sungguhpun begitu, Zaid Ibrahim masih belum boleh berfikir secara matang dan waras bahawa beliau akan dijadikan kambing hitam bagi acara permainan politik anak beranak ini. Bukan sesuatu yang aneh kerana Zaid Ibrahim bukanlah ahli politik yang bijak.

Anwar Ibrahim sudahpun mengarahkan dan telah wujud blog blog untuk menghentam peribadi Zaid Ibrahim dan skandal politik wang sewaktu beliau didalam UMNO dahulu. Zaid Ibrahim dipergunakan sengan secukupnya untuk menaikkan Nurul Izzah dengan menggandingkan anaknya bersama Zaid Ibrahim.


Karier politik Zaid Ibrahim bakal berkubur setelah tamat pemilihan parti pada November 2010. Itu yang pasti! Anwar sebenarnya hanya mahu mempertahankan legasi dan membina empayar poltik setelah gagal berbuat demikian sewaktu berada dalam UMNO.

Wujudnya cakap politik gandingan kem Anwar dan Azmin sebenarnya hanyalah untuk mengabui mata penyokong dan para perwakilan hasrat sebenar Anwar Ibrahim. Dan yang paling malang, rakyat terus menerus diperbodohkan dengan permainan politik gembar gembur Anwar Ibrahim.

Beliau sebenarnya hanya mahu menyekat karier Azmin yang sudah menjadi liabiliti dan duri dalam daging. Azmin terlalu banyak meyimpan rahsia rahsia besar Anwar Ibrahim. Sekali lagi GWM menekankan, di dalam politik tiada yang mustahil. Kawan akan menjadi lawan dan lawan akan terus dibakar menjadi arang.


Anwar Ibrahim mahu mempercepatkan perkembangan karier politik anaknya supaya dapat mengimbangi Azmin Ali. Keupayaan, kuasa politik dan pengaruh Azmin Ali sudah cukup untuk menggugat Anwar Ibrahim jika tidak diwujudkan satu lagi anak emas. Siapa lagi jika tidak Nurul Izzah.

Rakyat harus melihat Pemilihan PKR 2010 dari segenap sudut sebelum mengiakan wujudnya kem Anwar Azmin dan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Zaid Ibrahim dan pertelingkahan kuasa di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Rakyat perlu ingat dengan permainan politik Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah pembohong! Sudah berapa kali Anwar Ibrahim berbohong. Untuk makluman, pembohongan demi pembohongan Anwar Ibrahim telah wujud sejak beliau di dalam UMNO dan paling ketara mengenai Akta Universiti.

Sudah berapa kali Anwar Ibrahim berjanji untuk meminda dan memansuhkan akta berkenaan, tetapi nsampai ke hari ini setitik noktah atau sepatah perkataan dalam akta tersebut tidak terusik.

Sumber rujukan:
http://malaysiandigest.com/bahasa-melayu/8910.html


MELAYU ATAS PAGAR

Wednesday, September 22, 2010

UMNO Rasuah PAS Sedekah? Kepala Bapak Nik Ajis Lah


‎​Bila Umno terima sumbangan lepas luluskan sesuatu projek dikatakan rasuah.Bila Nik Aziz terima pakej haji bernilai RM650k utk 10 ahli keluarganya, selepas bagi konsesi balak hampir 3000 hektar kepada Abrod Tech Sdn Bhd, dikata tajaan. Skrg bila Kerajaan PAS dapat sumbangan RM4 Billion selepas bagi projek 300 Billion pd I'DA World nak dianggap sedekah pulak ke?

2010/09/21KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion.

Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya. Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin.

Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.

Tuesday, September 21, 2010

GEMPAR - Lagi Bukti Anwar Ibrahim Bersetubuh

Bukti bahawa Anwar berbohong kepada rakyat Permatang Pasir dengan menjanjikan untuk melantik wakil tunggal PAS Adun Permatang Pasir Salleh Man untuk menjadi YDP MAIPP.



Janji hanya tinggal janji ,rakyat Permatang Pasir bagaikan diperbodohkan apabila hanya mampu melihat saja pelantikan Elias Zakaria sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang baru.



Dalam kempen PRK Permatang Pasir23 ogos 2009, Anwar didalam ceramah ceramahnya menjaja Salleh Man untuk dijadikan YDP MAINPP,kerusi yang dipertandingkan di Permatang Pasir menjanjikan sebagai YDP MAINPP.

Monday, September 20, 2010

RAZALI KATA UMNO & PERKASA SAHABAT KARIB - APA CERITA KJ??


Sesiapa sahaja termasuk NGO yang mempunyai inspirasi perjuangan dan objektif yang sama perlu diterima BN kerana ia dapat mengukuhkan lagi kedudukan parti dan meningkatkan perpaduan.

Ianya selaras dengan saranan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan UMNO dibuat atas kerjasama dan penyatuan NGO Melayu seluruh Negara, menunjukkan kerjasama dengan NGO Melayu bukanlah perkara baru, Malah, beliau juga berkata sejak dahulu kemenangan dan kekuatan BN bersandarkan sokongan orang ramai dan NGO.

"Sepatutnya sesiapa sahaja yang ingin bersama dan memiliki inspirasi perjuangan dan objektif yang sama perlu kita terima kerana BN saja tentu tidak dapat menguasai mana-mana kerajaan pun, jika kita sisihkan orang, semakin lemahlah BN"....

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mahu sebarang konflik dengan mana-mana NGO terutamanya yang mempunyai aspirasi perjuangan yang senada dengan UMNO seperti PERKASA dan lain-lain.

Ia juga disokong Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Datuk Mohamad Aziz di mana beliau berkata UMNO tidak pernah menjauhkan diri daripada PERKASA kerana kedua-duanya mempunyai matlamat sama iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin mengkritik PERKASA dan disusuli pula dengan kenyataan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bahawa BN menolak NGO pimpinan Ibrahim Ali itu.

Jika anda, seorang ahli UMNO, seorang ahli Pemuda UMNO, kenyataan manakah yang wajar anda terima?? Adakah UMNO wajar bekerjasama dengan PERKASA? Atau tidak??



Post by.... Melayu CinDia



Sunday, September 19, 2010

NIK AZIZ : KEWARASAN PEMIKIRANNYA PERLUKAN GENERATOR SET YANG BARU

’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri’ - Surah Ar-Ra’d (ayat 11)



GWM agak hairan dengan kenyataan Nik Aziz yang beliau tidak berbangga menjadi orang Melayu. Nik Aziz juga berkata ianya hanyalah kebetulan yang beliau berbangsa Melayu.

Nik Aziz turut menambah bangsa Melayu itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Ini adalah kenyataan dari seorang pemimpin politik yang memberi ceramah di sebuah hotel di Kelantan yang kebetulan kerajaan negeri juga akan mengadakan Pameran Cheng Ho yang bakal disertai oleh peniaga Cina Muslim.

GWM dapat membaca tutur kata Nik Aziz tidak lebih dari ayat seorang politik yang licik yang cukup mendambakan sokongan dan undi orang Cina. Ini tidak dapat dinafikan sama sekali.

PEMIKIRAN YANG LICIK
GWM tidak sesekali mempertikaikan Islam sememangnya syumul, Islam adalah jambatan penghubung silaturrahim antara setiap bangsa yang wujud dimuka bumi ini, jika tidak dipolitikkan oleh pemimpin PAS ini.

Namun, apakah benar pendapat bangsa Arab merupakan satu bangsa yang lebih tinggi darjatnya dari bangsa dan kaum yang wujud seperti bangsa Melayu?

Dari satu sudut, kenyataan Nik Aziz melambangkan Islam itu lebih penting dari bangsa dan kaum. Di satu sudut yang lain, darjat bangsa Arab melebihi darjat bangsa bangsa yang ada.

Walhal bangsa Arab itu cukup terkenal dengan kedegilan, kejumudan, sifat jahilliyah dan bersifat rasis sesama kabilah.

Kerana itulah Allah Taala menurunkan Islam di Mekah untuk menyatukan bangsa dan kabilah Arab yang berperang dan bertelingkah.

Bukankah ini satu kenyataan Nik Aziz yang berbaur politik, sempit dan bermotifkan sokongan dan undi untuk PRU 13?


PEMIKIRAN YANG TERKEBELAKANG
GWM tidak risau jika Nik Aziz tidak berbangga atau mengaku beliau orang Melayu. Mungkin beliau lebih suka digelar orang Arab kerana bangsa ini dilebihkan dalam Islam, menurut keta beliau.

Ini adalah satu contoh permainan politik Nik Aziz (brain game) yang memperlekehkan bangsanya sendiri, jika beliau adalah orang Melayu.

Semangat patriotisme yang cintakan bangsa dan tanah air dianggap Assabiyah oleh Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain. Pemikiran terkebelakang ini kerana parti PAS dianggotai oleh mereka yang cetek kombinasi ilmu pengetahuan agama dan duniawi dan bernafsukan politik dan undi semata mata.

GWM menyarankan para pembaca untuk mendapatkan kitab atau buku Fiqh-Awlawiyyat karangan Dr Yusof Al Qaradhawi untuk tatapan dan melihat bagaimana tokoh ilmuwan Islam ini merungkai bahawa semangat patriotisme sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Islam.

Kitab atau buku ini pasti memberi kesegaran doktrin pemikiran orang Melayu mengapa keperluan mempertahankan hak hak keistimewaan orang Melayu tidak lari dari semangat patriotisme yang ada pada diri Rasulullah s.a.w.

Kitab atau buku ini juga mendedahkan Rasulullah s.a.w. juga individu yang mempunyai semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air dan tanah kelahirannya.

GWM bukan mahu mempromosi karangan tokoh ilmuwan Islam ini namun apa yang lebih penting adalah ilmu yang disampaikan jelas menunjukkan semangat patriotisme adalah asas kepada kehidupan keegraan dan tidak dapat dipisahkan dalam Islam.

Memperlekehkan bangsa, bahasa, jati diri orang Melayu seperti Nik Aziz ini sama seperti memperlekehkan Allah Taala yang menjadikan manusia itu berbilang bangsa dan keturunan.

Jangan dicari buku ini di toko toko buku juak juak PAS atau pesta jualan buku sewaktu ceramah Pas diadakan, kerana mustahil para pembaca akan dapat mencarinya. Yang banyak pastinya CD ceramah atau buku mengagungkan pemimpin PAS sahaja.


PENYELEWENGAN BERFIKIR OLEH PEMIMPIN PAS



PAS sudah terlalu banyak memesongkan pemikiran dan akidah umat Islam terutamanya orang Melayu. Parti ini juga sudah terlalu banyak melakukan jenayah pemikiran dan merosakkan minda orang Melayu dengan fatwa fatwa bertuhankan nafsu politik.


GWM refresh kembali kenyataan dan fatwa Nik Aziz dan parti PAS, untuk para pembaca menilai dan memikirkan sedalam dalamnya mengapa PAS adalah sebuah parti yang melambangkan kegagalan umat Islam di Malaysia.

Kemunduran orang Melayu di Kelantan bukanlah hanya disebabkan percakaran politik sesama sendiri oleh pemimpin UMNO. Tetapi lebih kepada sejarah perjalanan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sejak tahun 1955 sehingga ke hari ini.


Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Islam tajaan dan bawaan PAS kerana sepatutnya Kelantan yang majoritinya umat Islam masih jauh dan mundur.


Kelantan yang mempunyai keluasan 14,922 km persegi dengan penduduk majoriti 95% orang Melayu beragama Islam gagal menyinar dibawah pentadbiran PAS Kelantan. Kelantan juga gagal dibangunkan sebagai contoh kerajaan pentadbiran Islam yang seimbang perjalanan dunia dan akhirat.


Yang dipersalahkan adalah UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya tempoh pemerintahan Nik Aziz dan PAS lebih dua dekad telah berjaya membangunkan ekonomi umat Islam di Kelantan.

Pemikiran tepu the so called ulama PAS ini sudah semakin perlahan. Jangka hayat dan minda Nik Aziz semakin susut. PAS sepatutnya sudah memikirkan untuk menukar sebuah generator set yang baru.

Keperluan ini penting bagi mewaraskan kembali Nik Aziz kerana generator set beliau sudah semakin rosak. Alat gantian (spare part) pemikirannya sudah expired dan tidak lagi berada di pasaran ketika ini.

Untuk memudahkan cerita, PAS sememangnya adalah sebuah generator set yang telah rosak luaran dan dalamannya. Sebuah generator set yang sudah tidak mampu menjana kuasa dan memperkasakan umat Islam di Malaysia.


MELAYU ATAS PAGAR

Saturday, September 18, 2010

HISHAMMUDDIN HUSSEIN : SERIUS ATAU MENIKUS?


GWM dapat merasakan keresahan di kalangan rakyat apabila laporan laporan polis yang dibuat sejak kebelakangan ini terhadap individu individu tertentu dipandang sepi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Rata rata mula mempertikaikan apakah dengan hanya tindakan memberi amaran demi amaran merupakan suatu langkah bijak dan pro aktif di ambil oleh KDN setakat ini.

KDN sudah sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan (statement) bagi menjelaskan lagi tindakan yang sudah di ambil terhadap status laporan laporan yang telah dilakukan tanpa membiarkan rakyat berteka teki lagi.

Selaku Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussein sepatutnya sudah mengambil tindakan seberapa pantas dalam menangani isu ini.

Apakah pihak KDN tidak mempunyai cukup manpower untuk meneliti setiap laporan yang telah dibuat atau Menteri itu sendiri pening kepala mana satu laporan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

TINDAKAN PELAMPAU
Jika diselongkar, sudah terlalu banyak laporan polis dibuat terhadap pelampau (extremist) yang menghasut rakyat untuk mempertikaikan agama Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu.

Bermula dengan laporan polis pada 23 Ogos 2010, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperlekehkan kemampuan kapal selam yakni rahsia kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.

Laporan polis pada 18 Ogos 2010 dibuat terhadap Presiden MCA Chua Soi Lek yang mempertikaikan isu kuota bumiputera dan menuntut supaya ekuiti bumiputera sebanyak 30% dikurangkan secara berperingkat. Sesuatu yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.


Lagi laporan polis pada 9 Ogos 2010 dibuat terhadap penulis blog Central for Policy Initiatives (CPI) Helen Ang, yang jelas mempertikaikan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan agama Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimana pula dengan laporan polis pada 5 Julai 2010 dibuat terhadap Wee Ka Siong, Malaysiakini dan The Star berhubung dengan mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Melayu, isu pembinaan Istana Negara dengan suatu kenyataan berbaur fitnah dan hasutan berkenaan tunggakan 3 bulan gaji pekerja asing ( jutaan terima kasih kepada Blogger GAP yang banyak mengketengahkan isu ini).

Setiap laporan yang dibuat seakan akan dipandang remeh oleh Menteri KDN. Apakah perlu ada kuota untuk mencukupkan laporan polis berbaur hasutan dan perkauman, barulah tindakan tegas akan diambil?

MENTERI MENIKUS?
Setiap laporan polis ini jika dikaji sudah jelas ianya dan berbaur hasutan dan perkauman. Laporan laporan polis ini dibuat atas dasar mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui setelah kemerdekaan tercapai.

Apa yang cukup menyedihkan, jika laporan polis dibuat terhadap orang Melayu, tindakan super pantas diambil oleh KDN. Namun apabila laporan polis dibuat terhadap bukan Melayu, tindakan super lembab bak kura kura diambil dan seolah olah langsung tidak disiasat.


GWM cukup kritis dengan isu ini dan meminta supaya pegawai pegawai yang memantau media massa di KDN tidak memandang ringan kerana jelas lambat laun akan mengakibatkan sikap tidak puas hati orang Melayu.

Sekilas pandangan, juak juak pelampau ini seolah olah sudah kebal dan mempunyai imuniti dari sebarang tindakan oleh KDN.

Jika hanya setakat amaran demi amaran yang dilontarkan, adalah lebih baik perlu dilakukan rombakan atau pertukaran portfolio Menteri berkenaan.

Mungkin lebih baik jika Ketua Polis Negara dan Polis DiRaja Malaysia diberi kuasa penuh untuk menangani isu ini kerana kecekapan anggota polis sudah terbukti mampu menangani isu ini dengan lebih cekap.

Kementerian Dalam Negeri boleh diserapkan sebagai satu unit didalam Polis Diraja Malaysia sekaligus Kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan dan duit rakyat!


sumber rujukan :

http://www.malaysiakini.com/news/136479

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-buat-laporan-polis-berhubung-kenyataan-chua-soi-lek/

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/34016-jejas-imej-laporan-polis-terhadap-kenyataan-nurul-izzah

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-buat-laporan-polis-penulis-blog-hina-islam/


MELAYU ATAS PAGAR

Friday, September 17, 2010

ZAID IBRAHIM SAHKAN WAN AZIZAH PRESIDEN BONEKA PKR


Anwar Ibrahim menerima tamparan maut setelah Zaid Ibrahim mendedahkan Wan Azizah sememangnya Presiden Boneka PKR sejak parti itu ditubuhkan.

Zaid Ibrahim membuat pendedahan ini di dalam blognya dengan mengiakan dakwaan pelbagai pihak termasuk para blogger pro kerajaan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya berkuasa penuh dalam mencaturkan hala tuju parti tersebut.

Pendedahan ini cukup jelas memberi gambaran bahawa penubuhan PKR adalah semata mata demi survival politik Anwar Ibrahim. Ternyata gambaran dan dakwaan para blogger pro kerajaan begitu tepat sememangnya PKR adalah parti anak beranak Anwar Ibrahim.

KEKECEWAAN ZAID IBRAHIM

pendedahan ini menceritakan kekecewaan sebenar Zaid Ibrahim yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Zaid Ibrahim menempelak Wan Azizah setelah amat jelas gagal mengawal Azmin Ali yang mendapat sokongan penuh dari mentornya, Anwar Ibrahim.

Beliau juga dilihat menyelar Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud yang menggelarkan dirinya sebagai ‘musuh’ dan ‘perosak parti’. Zaid Ibrahim menyedari beliau telah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh juak juak Azmin Ali yang semakin rimas dengan kehadiran beliau di dalam PKR.

Sekalipun jawatan Timbalan Presiden PKR pasti akan disandang oleh Azmin Ali, namun GWM mempunyai firasat Azmin Ali tidak mampu untuk menduduki takhta sebagai Presiden PKR. Jawatan mati untuk Azmin Ali hanyalah Timbalan Presiden PKR.



Mustahil legasi Anwar Ibrahim akan diberikan begitu sahaja kepada Azmin Ali. Terlalu banyak faktor yang perlu beliau fikirkan jika Azmin Ali ditakdirkan menjadi Presiden PKR kelak.

Tidak dinafikan Azmin Ali dilihat sebagai penyambung warisan perjuangannya ke Putrajaya. Azmin Ali tampak paling cocok untuk meneruskan perjuangan Anwar Ibrahim untuk memenangi PRU 13 nanti. Mungkin sudah ramai para penganalisa politik beranggapan demikian.

Siapa lagi jika bukan Azmin Ali, bakal Timbalan Presiden PKR yang baru jika segala percaturan Azmin Ali berjalan lancar. Azmin banyak dilihat menyimpan sejarah dan rahsia Anwar Ibrahim, sejarah dan noda hitam sepanjang karier beliau sebagai ahli politik yang licik.

Tidak mustahil jika Azmin Ali sudah berkira kira dan merancang untuk menduduki takhta Presiden PKR suatu hari nanti. Perlu diingat, segala rahsia dalam dan luar Anwar Ibrahim berada di genggamannya.

Apakah tidak mungkin Azmin Ali akan berpaling tadah dan hanya membiarkan Anwar Ibrahim terus merengkok di dalam penjara jika disabit dengan jenayah liwatnya setelah menyandang jawatan Presiden PKR.

Di dalam politik, tiada yang mustahil. Kawan akan menjadi lawan dan lawan akan terus dibakar menjadi arang.

Maka sebab itulah, Nurul Izzah sudah semakin lantang bersuara sejak akhir akhir ini. Siapa lagi jika bukan anak sendiri yang akan menjadi penyambung legasi perjuangan songsang beliau. Ke mana kuah jika tidak tumpah ke nasi!

BAKAL PENERAJU PKR

Graduan pemegang Master dari University John Hopkins (tempat di mana Anwar Ibrahim menjadi Pensyarah Jemputan dan dibentuk menjadi talibarut NeoCon Yahudi) ini sudah menunjukkan ketrampilan luar biasa setelah di’groom’ oleh ayahandanya.

Temubual beliau di majalah Kompas Indonesia dan Malaysian Insider, sudah cukup menunjukkan pemikiran yang sealiran dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bijak mengatur langkah politik anak sulungnya.


Nurul Izzah sudah mula pandai bermain api politik dengan mencetuskan huru hara dengan fahaman liberalnya berkenaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Hak dan keistimewaan orang Melayu pula yang dipertikaikan olehnya. ’Ganyang Malaysia’ oleh Bendera adalah hasil percaturan politik beliau dan ayahnya.

Para penganalisa politik mungkin tersilap perhitungan jika mengatakan Azmin Ali bakal menjadi peneraju dan penyambung perjuangan Anwar Ibrahim ke Putrajaya.

Anwar Ibrahim telah melatih dan mencatur pergerakan politik anak sulungnya untuk menjadi nadi penggerak PKR jika beliau dipenjarakan kelak. Nurul Izzah adalah klon terbaik Anwar Ibrahim. Wan Azizah begitu lemah dan gagal mentadbir PKR jika dibandingkan dengan perwatakan Nurul Izzah yang dilihat lebih menonjol.

Nurul Izzah bakal menjadi Presiden PKR suatu hari nanti, bukannya Azmin Ali. Azmin Ali hanyalah watak sampingan untuk mengukuhkan kedudukan beliau dan keluarganya sebagai peneraju PKR.

GWM cukup yakin dengan senario ini melihatkan kelicikan permainan politik Anwar Ibrahim yang penuh dengan tipu muslihat. Tiada yang mustahil di dalam politik, lebih lebih lagi membabitkan Anwar Ibrahim.

The New Anwar Ibrahim Is In The Making! … Nurul Izzah will become Anwar Ibrahim No. 2!

sumber rujukan :
http://www.zaiduntukrakyat.com/index.php?mact=News,cntnt01,detail,0&cntnt01articleid=206&cntnt01origid=15&cntnt01returnid=80

http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/the-ultimate-malaysian-debate-malaysia-or-malaysaja-nurul-izzah-anwar

http://internasional.kompas.com/read/2010/08/23/05451312/Nurul.Dituduh.Berkhianat

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/08/nurul-izzah-akan-ditahan-dibawah-isa.html

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/08/kita-tak-boleh-marah-bila-kedutaan.html


MELAYU ATAS PAGAR

Wednesday, September 15, 2010

NGO NGO MELAYU PERLU BERSUARA MULAI SEKARANG!


GWM sudahpun mengketengahkan isu political assasination dari MCA dalam membunuh perjuangan PERKASA untuk memartabatkan maruah Islam dan Orang Melayu dan kini parti ini sudah berjaya meracuni pemikiran UMNO untuk terus menolak sejauh mungkin PERKASA dari BN.

Suara keramat blogger blogger pembela negara dan pro kerajaan masih belum mencukupi untuk mendominasi alam siber secara keseluruhan.

Kita memerlukan sokongan padu dan asas perjuangan juga dari badan badan NGO Melayu yang lain agar suara parti chauvinist ini dapat dimatikan secara perlahan lahan.

GWM bukanlah blogger dibawah PERKASA mahupun dinaungi oleh PERKASA.

Namun apa yang lebih penting perjuangan PERKASA yang telah banyak menyelamatkankan banyak situasi meruncing Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di Perlembagaan Persekutuan.

Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu sudah terlalu mustahil diselamatkan oleh parti PAS dan PKR yang lebih banyak menjadi lembu tunggangan DAP. Kita tidak perlu terlalu banyak menyelami kemungkaran yang telah berlaku.

Cukuplah apa yang telah di alami oleh saudara saudara sebangsa kita di Pulau Pinang sehingga 'merempat' di tanah tumpah sendiri.

Apa yang dilakukan oleh PAS dan PKR dalam hal sebegini melainkan menyatakan sokongan membabi buta terhadap parti chauvinist dan racist DAP.


PERKASA sebenarnya perlu diperjuangkan dari menjadi kambing hitam dan mangsa pembunuhan politik oleh parti bukan Melayu ini. Lebih malang apabila suara suara sumbang di dalam UMNO turut bersekongkol dalam isu ini.

PERKASA sememangnya bukanlah sebuah parti politik bagi orang Melayu, namun apa yang disumbangkan sehingga ke hari ini sudah jauh meninggalkan perjuangan yang sepatutnya dijulang oleh UMNO.

GWM amat berharap lebih banyak lagi suara suara NGO Melayu turut memainkan peranan mematikan anasir anasir iblis pada parti bukan Melayu.

GWM bukan mahu memainkan isu berbaur perkauman tetapi cukuplah dengan nasib orang Melayu yang sering diperkotak katikkan oleh juak juak ekstrimis dan chauvinis ini.

Penubuhan PERKASA tidak sedikitpun merosakkan apa yang diperjuangkan oleh BN, lebih spesifik lagi ialah 1 Malaysia.


Konsep yang diperjuangkan oleh PERKASA adalah bertepatan dengan konsep 1 Malaysia sebenarnya. Sama juga seperti yang kononnya diperjuangkan oleh Suqiu, Dong Zong, Jiao Zong dan Hindraf atas nama perkauman.

Apa yang diperjuangkan oleh PERKASA adalah kesaksamaan dan bukan kesamarataan, sama seperti yang telah dinyatakan di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seperti yang termaktub di dalam Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.


MELAYU ATAS PAGAR

MCA DAN MIC PERLU TEGAS MENOLAK SUQIU, DING ZONG, JIAO ZONG DAN HINDRAF



GWM tidak mahu menyentuh isu Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat komponen BN yang telah sebulat suara menyatakan UMNO menolak PERKASA. Agak luarbiasa kerana Perdana Menteri yang seharusnya mempengerusikan mesyuarat komponen BN dan memberi kata putus.

GWM juga tidak mahu menyentuh isu Nazri Aziz menyokong penuh UMNO menolak PERKASA yang dianggap sebagai badan ekstrimis orang Melayu. Seorang Melayu yang pernah merangkap Ketua Pemuda UMNO suatu ketika dahulu yang cukup gagah kini semakin lelah dan lemah.

GWM juga tidak sesekali ingin menyentuh Khairy Jamaluddin ...... suara budak hingusan yang mendambakan jawatan Perdana Menteri sebelum mencecah umur 40 tahun.

Kesemua di atas sudah berlaku dan berlalu. The damage has been done! Let bygone be bygone!

Setelah sebuah badan bebas NGO Melayu ditolak sejauh jauhnya oleh UMNO dan BN. Sudah tiba masanya MCA dan MIC wajib menolak badan badan NGO bukan Melayu jauh dari sisi perti masing masing.

MCA dan MIC wajib mendesak para pemimpinnya untuk membuat satu press conference dan press statement untuk menolak sama sekali kewujudan Jiao Zong, Dong Zong, Suqiu dan Hindraf. Malah apa juga pertubuhan yang dilihat mencabar hak dan keistimewaan Islam dan Orang Melayu.

Siapa yang tidak mengenali pertubuhan Cina dan India seperti yang telah disebutkan di atas?

Keempat empat pertubuhan NGO ini adalah ekstrimis, chauvinist dan mempunyai unsur unsur communist dalam perjuangan mereka.

Apakah kenyataan GWM di atas berbaur perkauman dan tidak mempunyai asas kukuh dan bukti menunjukkan pertubuhan pertubuhan 'haram jadah' ini juga berbaur perkauman.

Lupakah MCA dengan tuntutan Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina) dan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) yang terus terang menolak Sekolah Wawasan dan masih berdegil dengan konsep vernacular mereka?

Pertubuhan ini yang tetap angkuh dan sombong dengan sekolah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, langsung tidak membantu ke arah perpaduan nasional yang hakiki.

Lupakah MCA dengan Suqiu (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan Persatuan Cina Malaysia)? Apakah MCA juga sudah bebal dan nyanyok atau sengaja melupakan dengan 83 tuntutan yang tidak munasabah.

Pertubuhan ini yang telah mendesak Kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti, mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputera dalam semua bidang baik ekonomi mahupun politik, menghapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

Yang cukup nyata kesemuanya tuntutan di atas sudah termasuk di dalam perkara 153 dan tidak boleh dipertikaikan serta dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

MIC juga patut menyatakan pendiriannya dengan pertubuhan haram Hindraf.

Apakah MIC juga turut mengalami sindrom Parkinson Disease sehingga lupa kepada 18 tuntutan Hindraf yang juga termasuk didalam perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan?

Lupakah MIC kepada rempuhan haram pertubuhan ini ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri sewaktu Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri?

MCA dan MIC perlu menyatakan pendirian mereka dengan jelas terhadap pertubuhan pertubuhan ini.

MCA dan MIC perlu mengikut jejak langkah UMNO untuk turut serta menolak bulat bulat badan badan NGO ini supaya tidak dikaitkan juga dengan parti masing masing.

Persoalannya ... apakah MCA dan MIC masih mempunyai kejantanan untuk berbuat demikian?

Atau kedua dua parti ini akan menyorok di bawah karpet dan mengunci mulut masing masing dari membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung dengan desakan ini.

GWM menuntut MCA dan MIC untuk turut serta menolak badan badan NGO ini secara rasmi di dada akhbar rasmi dan portal portal alam maya.

Jika tidak, GWM menganggap kedua dua parti ini, MCA dan MIC sebagai bacul dan bersubahat dengan fahaman dan tuntutan ekstrimis yang dibawa oleh pertubuhan ini.

GWM juga merayu kepada blogger blogger pembela negara malah kepada mana mana blogger pro kerajaan untuk turut serta memainkan isu bagi mendesak kedua dua parti ini untuk menyatakan pendirian mereka.

Sekalipun desakan ini tidak akan disambut oleh MCA dan MIC, sekurang kurangnya kita telah menyatakan pandangan kita dan memberi keadilan kepada PERKASA yang telah banyak membantu mempertahankan dan memperkasakan maruah Islam dan orang Melayu.


MELAYU ATAS PAGAR

Sunday, September 12, 2010

SUDAH 2 KALI PAS KELANTAN HAMPIR MUFLIS


GWM cukup yakin para pembaca masih belum melupakan isu tuntutan pampasan Timbermine Sdn Bhd ke atas Kerajaan PAS Kelantan akibat pemberian kawasan pembalakan secara menggila oleh para pemimpinnya.

Kerajaan PAS Kelantan semakin gusar kerana permohonan rayuan pengurangan bayaran pampasan masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Dengan defisit belanjawan yang mencecah RM 1 billion, PAS kini menggunakan alternatif lain dengan mengemukakan saman terhadap PETRONAS atas isu royalti minyak berhak dituntut oleh kerajaan negeri.

Satu diversion dan manuevre yang menarik dilakukan oleh PAS untuk membayar gantirugi kepada Timbermine Sdn Bhd. Duit masuk! dan duit keluar!

Kerajaan PAS Kelantan sudah berada di ambang muflis hasil dari kerja tangan juak juak the so called ulama yang kononnya bijak dan pandai.

Cuma, ini bukanlah pertama kali Kerajaan PAS Kelantan hampir muflis akibat kerakusan dan rasuah yang dilakukan.

Akhbar Sunday Times, 29 November 1964 melaporkan:

Besides owing the civil servants, the State Government is also alleged to have failed to hand out $60,000 - a repayment from the Central Government - due to the Kota Bharu Town Council which wants to build a market, and failed to make six months' payment to contractor of the $5 million Kelantan River Bridge project.

Tidak mengejutkan, pada tahun 1969 bekas Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin melaporkan bahawa Kerajaan Negeri sudah boleh diisytiharkan muflis dan kerajaan negeri hanya mempunyai wang tunai sebanyak $4,ooo sahaja di dalam Perbendaharaan Negeri.

Tun Tan Siew Sin juga melaporkan kerajaan negeri telah meminta jasa baik Kerajaan Pusat untuk membuat pinjaman sebanyak $3 juta dari bank komersial untuk mengimbang kembali krisis kewangannya.

Pada 10 September 1964, Ketua Audit Negara D.G. Bompas telah melaporkan beberapa key points terdapatnya salahguna kuasa dan betapa lemahnya kawalan dalaman ke atas pendapatan dikutip oleh kerajaan negeri.

D.G. Bompas juga melaporkan terdapat serious irregularities hasil audit ke atas kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Ketua Audit Negara juga telah melaporkan bagaimana kerajaan negeri telah meminjam dana dari Kerajaan Pusat tanpa merujuk kepada undang undang negeri yang nyata bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut mendapati kerajaan negeri menggunakan dana dari Kerajaan Pusat untuk mendapat faedah sebanyak $106,204 hasil dari simpanan tetap dana tersebut di bank komersial.

Dengan ini jika dihitung, sudah dua kali Kerajaan PAS Kelantan hampir muflis sebenarnya!

GWM cukup pasti rakyat tidak mengetahui sejarah penyelewengan kuasa dan korupsi Kerajaan PAS Kelantan sejak dari 1964 sehinggalah ke hari ini.

Inilah sebenarnya wajah the so called ulama, para pemimpin yang digelarkan ulama yang mampu mentadbir sesebuah kerajaan negeri sehingga hampir muflis dua kali!

Fakta ... PAS sememangnya tidak mempunyai kredibiliti untuk mentadbir kerajaan negeri apatah lagi untuk mentadbir sesebuah negara.

GWM masih lagi tercari cari di manakah rasional golongan bijakpandai dan professional sanggup menyokong sebuah parti yang sudah terpalit kepada isu penyelewengan kuasa dan rasuah.


MELAYU ATAS PAGAR