Monday, September 20, 2010

RAZALI KATA UMNO & PERKASA SAHABAT KARIB - APA CERITA KJ??


Sesiapa sahaja termasuk NGO yang mempunyai inspirasi perjuangan dan objektif yang sama perlu diterima BN kerana ia dapat mengukuhkan lagi kedudukan parti dan meningkatkan perpaduan.

Ianya selaras dengan saranan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan UMNO dibuat atas kerjasama dan penyatuan NGO Melayu seluruh Negara, menunjukkan kerjasama dengan NGO Melayu bukanlah perkara baru, Malah, beliau juga berkata sejak dahulu kemenangan dan kekuatan BN bersandarkan sokongan orang ramai dan NGO.

"Sepatutnya sesiapa sahaja yang ingin bersama dan memiliki inspirasi perjuangan dan objektif yang sama perlu kita terima kerana BN saja tentu tidak dapat menguasai mana-mana kerajaan pun, jika kita sisihkan orang, semakin lemahlah BN"....

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mahu sebarang konflik dengan mana-mana NGO terutamanya yang mempunyai aspirasi perjuangan yang senada dengan UMNO seperti PERKASA dan lain-lain.

Ia juga disokong Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Datuk Mohamad Aziz di mana beliau berkata UMNO tidak pernah menjauhkan diri daripada PERKASA kerana kedua-duanya mempunyai matlamat sama iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin mengkritik PERKASA dan disusuli pula dengan kenyataan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bahawa BN menolak NGO pimpinan Ibrahim Ali itu.

Jika anda, seorang ahli UMNO, seorang ahli Pemuda UMNO, kenyataan manakah yang wajar anda terima?? Adakah UMNO wajar bekerjasama dengan PERKASA? Atau tidak??



Post by.... Melayu CinDia



9 comments:

  1. Tahniah Datuk Razali Ibrahim, kamu melangkah bergaya menyusun tapak membuka pencak membawa pemuda ke gelangang pertarungan. Sewajarnya tuan hamba kedepan meninggalkan si pengecut, agar maruah pemuda UMNO kembali tertegak setelah sekian lama layu dek penangan kumpulan pesalah politik wang.

    ReplyDelete
  2. Salam bro, bukan sekadar sahabat karib.... bersaudara pulak tu....

    ReplyDelete
  3. BAGI SAYA ISU INI MUDAH SAJA.UMNO INI WUJUD DARI BERBAGAI KESATUAN2 ORG2 MELAYU DAHULU YG BERGABUNG DAN MELAHIRKAN PARTI UMNO.KESATUAN2 MELAYU DAHULU INI KALAU DIHARI INI SERUPA NGO2 MELAYU YG MEMBAWA AGENDA BANGSA. DATO RAZALI SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN DIA BERFIKIR DAN MENGGUNAKAN AKALNYA.INI BERBEZA DGN KETUANYA YG SELALU BERCAKAP TAK TENTU HALA AKHIRNYA HARAP KEPALA DGN OTAK SAHAJA YANG BESAR TETAPI TIDAK BERAKAL SEMASA MEMBUAT APA2 KENYATAAN.TAHNIAH KEPADA DATO RAZALI

    ReplyDelete
  4. BAGI SAYA ISU INI MUDAH SAJA.UMNO INI WUJUD DARI BERBAGAI KESATUAN2 ORG2 MELAYU DAHULU YG BERGABUNG DAN MELAHIRKAN PARTI UMNO.KESATUAN2 MELAYU DAHULU INI KALAU DIHARI INI SERUPA NGO2 MELAYU YG MEMBAWA AGENDA BANGSA. DATO RAZALI SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN DIA BERFIKIR DAN MENGGUNAKAN AKALNYA.INI BERBEZA DGN KETUANYA YG SELALU BERCAKAP TAK TENTU HALA AKHIRNYA HARAP KEPALA DGN OTAK SAHAJA YANG BESAR TETAPI TIDAK BERAKAL SEMASA MEMBUAT APA2 KENYATAAN.TAHNIAH KEPADA DATO RAZALI

    ReplyDelete
  5. woiii kj@sikitol bila hang mau berambus dari umno?inilah parasit yg buat angkara masih dok lagi dalam parti umno.kalau org2 berperangai mcm kj@sikitol nie hidup dizaman hang tuah,sah2 akan DISULA oleh Sultan empayar negeri Melaka.

    ReplyDelete
  6. Kj ni kepala otak dia sama aje macam dap dan pkr,elok dibuang saja dr jawatan KP dan umno.Bawa sekali nazri teksi dan tiga empat ekor juak2 liberal yg tak mendatangkan hasil.

    ReplyDelete
  7. kj ko nie banggang ko bongap?ko poie la baco kek mano2 blog lain2 kalau ado cireto pasal ko,sumo org bonci tgk perangai ko yg tak semonggah tu.lagi byk ko becakap lg goram org kek ko dgn geng2 ko,lobih baik ko ontok2 lopeh nie.pemimpin umno yg lain kono jago2 dgn kj nie dgn ado 2-3 org dalam umno yg satu kepalo tak senereh nie.diaorg kato ado org sokong pendirian diaorg,botol.tapi yg bonci meluat dgn pendirian korang laie gamai tau.bongap

    ReplyDelete
  8. he he he .tak mau nak komen apa lg kj.org kg kau pun dah marah tu.lu pikir la sendiri

    ReplyDelete
  9. Perkasa ahlinya Melayu Umno, manakala UMNO sebahagian besar menjadi ahli Perkasa, oleh itu mustahil hubungan antara keduanya boleh dipisahkan. KJ mempunyai pandangan sendiri dengan motif tersendiri yang hanya beliau saja yang tahu....dalam menjadi pemimpin berjaya untuk masa depan..mempopularkan diri adalah penting, begitu juga mempertahankan prinsip juga penting..memilih pendekatan melawan arus disamping memegang kepada prinsip yang diwar-warkan..akan menjadikan diri seorang pemimpin yang berjaya di masa depan...dan ini lah KJ yang anda semua benci tetapi masih ramai orang yang menyukai caranya.

    ReplyDelete