Wednesday, September 15, 2010
NGO NGO MELAYU PERLU BERSUARA MULAI SEKARANG!
GWM sudahpun mengketengahkan isu political assasination dari MCA dalam membunuh perjuangan PERKASA untuk memartabatkan maruah Islam dan Orang Melayu dan kini parti ini sudah berjaya meracuni pemikiran UMNO untuk terus menolak sejauh mungkin PERKASA dari BN.
Suara keramat blogger blogger pembela negara dan pro kerajaan masih belum mencukupi untuk mendominasi alam siber secara keseluruhan.
Kita memerlukan sokongan padu dan asas perjuangan juga dari badan badan NGO Melayu yang lain agar suara parti chauvinist ini dapat dimatikan secara perlahan lahan.
GWM bukanlah blogger dibawah PERKASA mahupun dinaungi oleh PERKASA.
Namun apa yang lebih penting perjuangan PERKASA yang telah banyak menyelamatkankan banyak situasi meruncing Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di Perlembagaan Persekutuan.
Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu sudah terlalu mustahil diselamatkan oleh parti PAS dan PKR yang lebih banyak menjadi lembu tunggangan DAP. Kita tidak perlu terlalu banyak menyelami kemungkaran yang telah berlaku.
Cukuplah apa yang telah di alami oleh saudara saudara sebangsa kita di Pulau Pinang sehingga 'merempat' di tanah tumpah sendiri.
Apa yang dilakukan oleh PAS dan PKR dalam hal sebegini melainkan menyatakan sokongan membabi buta terhadap parti chauvinist dan racist DAP.
PERKASA sebenarnya perlu diperjuangkan dari menjadi kambing hitam dan mangsa pembunuhan politik oleh parti bukan Melayu ini. Lebih malang apabila suara suara sumbang di dalam UMNO turut bersekongkol dalam isu ini.
PERKASA sememangnya bukanlah sebuah parti politik bagi orang Melayu, namun apa yang disumbangkan sehingga ke hari ini sudah jauh meninggalkan perjuangan yang sepatutnya dijulang oleh UMNO.
GWM amat berharap lebih banyak lagi suara suara NGO Melayu turut memainkan peranan mematikan anasir anasir iblis pada parti bukan Melayu.
GWM bukan mahu memainkan isu berbaur perkauman tetapi cukuplah dengan nasib orang Melayu yang sering diperkotak katikkan oleh juak juak ekstrimis dan chauvinis ini.
Penubuhan PERKASA tidak sedikitpun merosakkan apa yang diperjuangkan oleh BN, lebih spesifik lagi ialah 1 Malaysia.
Konsep yang diperjuangkan oleh PERKASA adalah bertepatan dengan konsep 1 Malaysia sebenarnya. Sama juga seperti yang kononnya diperjuangkan oleh Suqiu, Dong Zong, Jiao Zong dan Hindraf atas nama perkauman.
Apa yang diperjuangkan oleh PERKASA adalah kesaksamaan dan bukan kesamarataan, sama seperti yang telah dinyatakan di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seperti yang termaktub di dalam Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.
MELAYU ATAS PAGAR
syukur masih ada umat Melayu yang berfikiran waras untuk kesinambungan perjuangan bangsa dalam merempuh onak duri kehidupan. Hiduplah bangsaku demi maruah agama dan negara tercinta.
ReplyDeleteKj, Tengku Adnan, KKhalid Nordin dan Noh Omar dalang menolak Perrkasa to proof that Pak Lah's man still in power against Tun Dr M. This is the real msg. tq
ReplyDeletePERKASA bukan musuh kepada UMNO, seharusnya UMNO menjadikan PERKASA sebagai "tools" untuk menjaga,memulihara dan memertabatkan hak-hak orang melayu setelah PEMUDA UMNO ternyata "tewas" dalam hal ini.Pemuda UMNO telah jadi Pemuda BN untuk semua kaum.
ReplyDeletePerlu ada perbazaan antara pemimpin UMNO dan Pemimpin BN. Ingatlah bahawa orang UMNO adalah tulang belakang BN.Kalau Pemimpin UMNO sibuk untuk menjadi pemimpin BN inilah yang berlaku kerana mengejar limau dan maruku, ketupat di rumah terbiar basi. Pemimpin UMNO yang menolak PERKASA bukalah mata luas-luas, PERKASA bukan ancaman kepada bangsa Melayu!!!!!.Lihatah apa yang berlaku dalam PKR, parti yang mendabik dada untuk keadilan semua bangsa, Presiden,Timbalan Presiden dan naib Presiden kenapa tak canangkan untuk bukan melayu?.Kenapa yang sibuk-sibuk mencalonkan diri semuanya orang melayu?.Apakah bukan Melayu dalam PKR tidak melihat perkara ini?.Lihat dan tunggulah masanya.Pemimpin UMNO yang ghairah nak jadi pemimpin BN lihatlah senario PKR ini jadikanlah pengajaran, itulah akibatnya jika teras dalam BN itu di buangkan.
Perkasa bukan musuh umno tapi perkasa ada lah sebuah badan ngo melayu yg lantang menghentak kaum yg cuba mempertikai hak org melayu kerana perkasa ada lah pembela melayu yg tulin perakasa perlu hidup dan diteruskan untuk berjuang nak harap parti melayu alamat melayu hanya tinggal nama saja di negara ini saperti singapura ada nama melayu tapi tiada suara jangan di malaysia serupa singapura ramai saja melayu tapi suara di bisukan apaakan jadi kalau tiada parti atau ngo melayu untuk nak bela org melayu masa akan datang sepatut nya umno tidak bermusuh dengan perkasa kalau di daftar sebuah parti politik umno dan perkasa lebeh kuat tanpa parti parti yg lain dari situ kuasa politik org melayu lebeh kuat untuk memimpin negara ini jangan di harap pada PAS dan PKR itu parti tiada masa depan org melayu akan susah berada di bawah parti parti ini.
ReplyDeletePRU13 nanti harap Perkasa akan meletak calonnya dimana UMNO tidak berminat untuk bertanding.
ReplyDeleteHidup Melayu!