Anwar Ibrahim menerima tamparan maut setelah Zaid Ibrahim mendedahkan Wan Azizah sememangnya Presiden Boneka PKR sejak parti itu ditubuhkan.
Zaid Ibrahim membuat pendedahan ini di dalam blognya dengan mengiakan dakwaan pelbagai pihak termasuk para blogger pro kerajaan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya berkuasa penuh dalam mencaturkan hala tuju parti tersebut.
Pendedahan ini cukup jelas memberi gambaran bahawa penubuhan PKR adalah semata mata demi survival politik Anwar Ibrahim. Ternyata gambaran dan dakwaan para blogger pro kerajaan begitu tepat sememangnya PKR adalah parti anak beranak Anwar Ibrahim.
KEKECEWAAN ZAID IBRAHIM
pendedahan ini menceritakan kekecewaan sebenar Zaid Ibrahim yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Zaid Ibrahim menempelak Wan Azizah setelah amat jelas gagal mengawal Azmin Ali yang mendapat sokongan penuh dari mentornya, Anwar Ibrahim.
Beliau juga dilihat menyelar Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud yang menggelarkan dirinya sebagai ‘musuh’ dan ‘perosak parti’. Zaid Ibrahim menyedari beliau telah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh juak juak Azmin Ali yang semakin rimas dengan kehadiran beliau di dalam PKR.
Sekalipun jawatan Timbalan Presiden PKR pasti akan disandang oleh Azmin Ali, namun GWM mempunyai firasat Azmin Ali tidak mampu untuk menduduki takhta sebagai Presiden PKR. Jawatan mati untuk Azmin Ali hanyalah Timbalan Presiden PKR.
Mustahil legasi Anwar Ibrahim akan diberikan begitu sahaja kepada Azmin Ali. Terlalu banyak faktor yang perlu beliau fikirkan jika Azmin Ali ditakdirkan menjadi Presiden PKR kelak.
Tidak dinafikan Azmin Ali dilihat sebagai penyambung warisan perjuangannya ke Putrajaya. Azmin Ali tampak paling cocok untuk meneruskan perjuangan Anwar Ibrahim untuk memenangi PRU 13 nanti. Mungkin sudah ramai para penganalisa politik beranggapan demikian.
Siapa lagi jika bukan Azmin Ali, bakal Timbalan Presiden PKR yang baru jika segala percaturan Azmin Ali berjalan lancar. Azmin banyak dilihat menyimpan sejarah dan rahsia Anwar Ibrahim, sejarah dan noda hitam sepanjang karier beliau sebagai ahli politik yang licik.
Tidak mustahil jika Azmin Ali sudah berkira kira dan merancang untuk menduduki takhta Presiden PKR suatu hari nanti. Perlu diingat, segala rahsia dalam dan luar Anwar Ibrahim berada di genggamannya.
Apakah tidak mungkin Azmin Ali akan berpaling tadah dan hanya membiarkan Anwar Ibrahim terus merengkok di dalam penjara jika disabit dengan jenayah liwatnya setelah menyandang jawatan Presiden PKR.
Di dalam politik, tiada yang mustahil. Kawan akan menjadi lawan dan lawan akan terus dibakar menjadi arang.
Maka sebab itulah, Nurul Izzah sudah semakin lantang bersuara sejak akhir akhir ini. Siapa lagi jika bukan anak sendiri yang akan menjadi penyambung legasi perjuangan songsang beliau. Ke mana kuah jika tidak tumpah ke nasi!
BAKAL PENERAJU PKR
Graduan pemegang Master dari University John Hopkins (tempat di mana Anwar Ibrahim menjadi Pensyarah Jemputan dan dibentuk menjadi talibarut NeoCon Yahudi) ini sudah menunjukkan ketrampilan luar biasa setelah di’groom’ oleh ayahandanya.
Temubual beliau di majalah Kompas Indonesia dan Malaysian Insider, sudah cukup menunjukkan pemikiran yang sealiran dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bijak mengatur langkah politik anak sulungnya.
Nurul Izzah sudah mula pandai bermain api politik dengan mencetuskan huru hara dengan fahaman liberalnya berkenaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Hak dan keistimewaan orang Melayu pula yang dipertikaikan olehnya. ’Ganyang Malaysia’ oleh Bendera adalah hasil percaturan politik beliau dan ayahnya.
Para penganalisa politik mungkin tersilap perhitungan jika mengatakan Azmin Ali bakal menjadi peneraju dan penyambung perjuangan Anwar Ibrahim ke Putrajaya.
Anwar Ibrahim telah melatih dan mencatur pergerakan politik anak sulungnya untuk menjadi nadi penggerak PKR jika beliau dipenjarakan kelak. Nurul Izzah adalah klon terbaik Anwar Ibrahim. Wan Azizah begitu lemah dan gagal mentadbir PKR jika dibandingkan dengan perwatakan Nurul Izzah yang dilihat lebih menonjol.
Nurul Izzah bakal menjadi Presiden PKR suatu hari nanti, bukannya Azmin Ali. Azmin Ali hanyalah watak sampingan untuk mengukuhkan kedudukan beliau dan keluarganya sebagai peneraju PKR.
GWM cukup yakin dengan senario ini melihatkan kelicikan permainan politik Anwar Ibrahim yang penuh dengan tipu muslihat. Tiada yang mustahil di dalam politik, lebih lebih lagi membabitkan Anwar Ibrahim.
The New Anwar Ibrahim Is In The Making! … Nurul Izzah will become Anwar Ibrahim No. 2!
sumber rujukan :
http://www.zaiduntukrakyat.com/index.php?mact=News,cntnt01,detail,0&cntnt01articleid=206&cntnt01origid=15&cntnt01returnid=80
http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/the-ultimate-malaysian-debate-malaysia-or-malaysaja-nurul-izzah-anwar
http://internasional.kompas.com/read/2010/08/23/05451312/Nurul.Dituduh.Berkhianat
http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/08/nurul-izzah-akan-ditahan-dibawah-isa.html
http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/08/kita-tak-boleh-marah-bila-kedutaan.html
MELAYU ATAS PAGAR
No comments:
Post a Comment