Friday, September 24, 2010
ISU HANGAT : ANAK CHUA SOI LEK MENYOKONG PERKASA
Ahli Parlimen Labis yang juga anak kepada Presiden MCA, Chua Tee Yong membidas UMNO kerana menolak dan mengabaikan pengaruh PERKASA sebagai satu kuasa NGO Melayu.
Beliau turut membidas beberapa Menteri di kalangan ahli UMNO yang mencabar PERKASA untuk didaftarkan sebagai parti politik sebagai satu usaha yang bodoh kerana PERKASA tetap sebagai sebuah organisasi NGO.
Walaupun kurang bersetuju dengan kaedah dan tindakan PERKASA yang menjuarai kepentingan orang Melayu, namun beliau berpendapat BN tidak seharusnya mengabaikan suara dan hak yang dilaungkan oleh PERKASA.
Chua Tee Yong juga mnyatakan bahawa PERKASA berhak untuk memberi pandangan dan tuntutan berdasarkan kepada Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Sekalipun PERKASA bukanlah sebuah parti politik, namun beliau menegaskan bahawa organisasi ini amat hebat dan pasti memainkan peranan yang cukup signifikan dalam menentukan undi pada pilihanraya umum nanti berdasarkan kepada sokongan grassroot.
Ahli Parlimen Labis ini juga bersetuju bahawa tidak ada gunanya bertengkar mengenai PERKASA yang pada pandangannya hanya akan merugikan BN dan negara.
Cuma GWM terfikir mengapa anak seorang Presiden MCA lebih rasional dan waras berbanding dengan ayahnya sebagai peneraju parti yang layak digelar sebagai ekstrimis secara membabi buta mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu.
Kita tolak ke tepi pandangan dangkal beberapa juak di dalam UMNO yang beria ia mengasut setiap parti komponen untuk bersama menolak PERKASA dari BN. Walhal sumbangan juak juak ini di dalam UMNO boleh dikira dengan sebelah jari, itupun kalau ada.
GWM amat berharap Chua Tee Yong tidak terlalu bermain politik seperti yang dilakukan oleh Presiden MCA. Jika benar seperti apa yang diutarakan oleh beliau, maka GWM menganggap Chua Tee Yong amat memahami dan menghormati orang Melayu malah turut mendokong Perlembagaan Persekutuan secara jujur.
Mungkin pepatah bapa borek anak rintik hanya layak diberikan kepada juak juak pembangkang seperti Anwar Ibrahim & Family, Nik Aziz & The Gang, Lim Kit Siang & The Triad, Karpal Singh and The Blunders.
Kerana juak juak pembangkang ini berjaya mendidik anak mereka menjadi bengkang bengkok, pendusta, munafiq, pembohong dan pengkhianat seperti mereka. Ke mana kuah jika tidak tumpah ke nasi!
Mungkin dalam kes Chua Tee Yong, ianya tampak berbeza dengan ayahnya Chua Soi Lek. Anak mampu melihat jalan yang lurus namun ayahnya telah jauh terperosok ke dalam black hole.
Segalanya mungkin.
sumber rujukan :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mca-man-empathises-with-umnos-perkasa-dilemma/
MELAYU ATAS PAGAR
Dia hendak melayu dan UMNO mengikhtiraf PERKASA sebagai mana mereka mengikhtiraf zong dong, sique hindraf dan lain lain NGO berbentuk rasis.
ReplyDeletePERKASA hanya lah mempertahankan hak kepentingan kaum Melayu yang termaktub didalam perlembagaan dan bukan nya NGO yang mendesak seperti NGO mereka.
Dirasakan anak ChuaCD ini dipaksa membuat turning round untuk bapa dia yang telah tersalah langkah apabila membidas Perkasa.
ReplyDeleteIni lah politik orang Cina.. jadi jangan lah terlalu mempercayai kata-kata mereka dans ebaik nya jika nak sokong atau kome untik bersetuju dengan setiap perkataan orang Cina.. biar buat kajian dan rasional. supaya jangan sudah jatuh ditimpa tannga
kita kena berwaspada...usah terlalu yakin
ReplyDelete