Friday, July 30, 2010

ANWAR IBRAHIM : THE UNHOLY ONE


Anwar Ibrahim sudah menjadi jurucakap rasmi PAS sejak berita pelan perdamaian dan kerjasama dua parti terbesar Melayu, UMNO dan PAS kembali hangat diperkatakan. ‘PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa berdasarkan prinsip’, ‘Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini’ (The Malaysian Insider : 30 Julai 2010).

Sejak bila PAS melantik Anwar Ibrahim menjadi jurucakap rasmi parti berkenaan? Benarkah kesemua pemimpin PAS menolak kerjasama ini? Sedangkan pemimpin DAP tidak pernah memberi reaksi dan komen jika wujud kerjasama erat UMNO dan PAS.

Apakah yang membimbangkan Anwar Ibrahim? Adakah kerana talian hayatnya kini bergantung penuh kepada PAS atau kerana talian hayatnya bersama golongan elit Yahudi semakin pupus?


Sejak dari dalam UMNO, Anwar Ibrahim adalah manusia yang berada di saf paling hadapan menghentam dan mencerca PAS. Manusia ini jugalah yang berkata PAS pembohong besar kepada umat Islam demi undi, PAS adalah golongan yang suka mempersenda ayat Al Quran dan yang paling hebat, PAS sudah menyeleweng dari Islam.

Adakah PAS sudah terlupa caci maki beliau ... atau sengaja tutupkan mata, pekakkan telinga, butakan hati ... walaupun hati sudah dirobek dengan ganas oleh Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Penulis boleh sifatkan ini sebagai wayang politik dan gimik PAS. Rasional pemimpin PAS berbuat sedemikian rupa hanya boleh dijawab oleh mereka yang berada di dalam kelompok kepimpinan PAS.


Sudah sedia maklum, Anwar Ibrahim semakin terdesak mendapatkan sokongan dari PAS sejak peristiwa Anti Yahudinya telah memakan tuan dan bantuan dana dari luar. Penganut radikal seperti Anwar Ibrahim telah semakin hilang sokongan dari golongan elit dan pembuat dasar Amerika. Namanya semakin membusuk di persada politik antarabangsa sehingga terpaksa membuat ‘Concert Tour’ di US untuk memberi penjelasan demi penjelasan kepada pelobi pelobi Yahudi.

Artikel ‘The Unholy Alliance’’, The New Ledger 23 July 2010 jelas memberitahu bahawasanya Anwar Ibrahim adalah jenis manusia sanggup melakukan apa sahaja demi imej, kuasa dan nama.


Tidak menghairankan apabila wartawannya, Pejman Yousefzadeh menulis Anwar Ibrahim sewaktu berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993-1998 telah cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir demi menunjukkan bahawa perlunya beliau menjadi penghubung utama kerjasama yang lebih besar di antara pembuat dasar US dan negara negara Islam di Asia Timur.

Anwar Ibrahim telah menggambarkan Tun Dr Mahathir sebagai diktator, zalim dan Anti Yahudi semasa beliau dipenjarakan. Beliau cukup memerlukan sokongan antarabangsa dari segi politik dan bantuan dana untuk kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, setelah bebas dari hukuman penjara.

Apakah PAS masih perlu lagi menjalinkan kerjasama dengan penganut radikal ini (Anwar Ibrahim) atau lebih baik bekerjasama dengan UMNO untuk ’win win situation’. Tak rugi apa apa pun apabila kedua dua parti Melayu terbesar ini mewujudkan suatu ‘coalition’ yang mantap.

Yang cukup nyata, juak juak Erdogan di dalam PAS yang sebenarnya menolak bulat bulat kerjasama ini. Juak juak Erdogan inilah yang telah dibentuk dan diserapkan oleh Anwar Ibrahim ke dalam PAS untuk melakukan ‘psyche war’ terhadap umat Islam secara keseluruhan.

Anwar Ibrahim sememangnya licik sejak dari ABIM lagi. Kemasukan beliau ke dalam UMNO atas jemputan Tun Dr Mahathir telah mengundang padah kepada umat Islam secara keseluruhan, baik di dalam UMNO mahupun PAS. Penulis tidak menyalahkan Tun Dr Mahathir kerana beliau sering bersangka baik terhadap Anwar Ibrahim sejak dari dulu lagi sehinggalah kepada tercetusnya pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri sekaligus Timbalan Presiden UMNO.


Ramai di antara kita masih belum tahu rahsia isi kandung Mesyuarat Kabinet terakhir sewaktu Anwar Ibrahim dipanggil menjawab pertuduhan di hadapan Tun Dr Mahathir dan para anggota kabinet. Sewaktu diajukan pertuduhan oleh Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim bangkit menepuk meja menguhunus jari telunjuk kepada Tun Dr Mahathir sebagai amaran keras terhadap Tun Dr Mahathir.

Sesumpah ini telah mengadakan rapat umum di Masjid Negara secara terang terangan menyerang dan menentang Tun Dr Mahathir namun dalam pada masa yang sama mengutus surat meminta maaf kepada Perdana Menteri. Ini disahkan oleh Senator Ezam Mohd Noor yang telah menunjukkan bukti surat tulisan Anwar Ibrahim kepada wartawan suatu ketika dahulu ketika mengadakan ‘press conference’.

Apa lagi yang perlu dibuktikan kepada rakyat umumnya umat Islam dan Melayu tentang Anwar Ibrahim. Setiap perisitwa yang terbongkar dan dibongkarkan baik dari media tempatan mahupun media antarabangsa jelas menunjukkan nawaitu sebenar pemimpin jahil ini. Segala rahsia yang terbongkar adalah Qada’ dan Qadar dari Allah Taala.


Perlukah golongan muda umat Islam di Malaysia bergantung nyawa dan harapan kepada manusia sesumpah ini yang masih buta dan jahil dengan sejarah hidup Anwar Ibrahim. Sejarah dan fakta tidak pernah menipu namun fakta dan sejarah akan sentiasa diputar belit oleh Anwar Ibrahim.

Perlukah umat Islam di dalam PAS menanggung biawak hidup ini secara berterusan dan terus melupakan bahawa suatu waktu dahulu, Anwar Ibrahim acap kali memperlekehkan PAS dan pemimpinnya sebagai parti sesat dan menyeleweng.


Dan perlukah UMNO hanya mahu berpeluk tubuh dan menunggu sahutan serta salam silaturrahim dari PAS seolah olah tiada inisiatif dan gerakan dari UMNO itu sendiri. Apakah UMNO terlupa bahawa penubuhan parti PAS pada November 1951 adalah dari golongan serpihan ulama ulama dalam UMNO itu sendiri yang tidak bersetuju dengan cadangan Dato’ Onn Jaafar mahu membuka keanggotaan parti kepada bangsa Cina dan India.

‘The Unholy One’ ini akan sentiasa menjadi duri dalam daging ke arah penyatuan umat Islam khususnya orang orang Melayu.


MELAYU ATAS PAGAR

Thursday, July 29, 2010

KENAPA PULA GURU SISWAZAH SAJA DIBENAR BERPOLITIK??

Para pegawai kerajaan lain kena tunggu dulu. Setakat ini kebenaran bergiat dalam politik hanya untuk guru siswazah. Ini kerana guru yang tugas mereka hanya mendidik tidak mempunyai kuasa eksekutif dimana tidak akan berlaku konflik kepentingan jika mereka memegang jawatan dalam parti politik.

"Kita mula dengan kumpulan guru dulu, lepas itu kita tengok sama ada wajar kita perluaskan untuk kumpulan-kumpulan lain atau tidak," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menjelaskan para pegawai dalam bidang lain mempunyai kuasa eksekutif yang jika ada jawatan politik boleh menimbulkan kemungkinan berlaku konflik kepentingan. Najib memberitahu demikian pada wartawan selepas melancarkan "Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan - Suatu Pengkisahan" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Khamis ketika diminta mengulas pengumuman mengenai keputusan membenarkan guru siswazah terlibat politiik oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan Rabu.

Menurut Perdana Menteri keputusan membenarkan guru terlibat dalam politik akan dapat mengukuhkan lagi kepimpinan politik tanah air kerana golongan itu boleh menyumbang daripada segi kepimpinan yang bersifat intelektual.

"Kepimpinan intelektual di peringkat akar umbi akan menjadi satu kekosongan jika sekiranya guru-guru tidak dibenarkan memegang jawatan (politik)," katanya.

Perdana Menteri berkata guru dihormati oleh masyarakat kerana mereka mempunyai taraf kelulusan dan ilmu pengetahuan yang lebih berbanding kelompok lain dalam sesuatu kawasan setempat.

Beliau berkata kepimpinan bersifat intelektual dan tidak bersandarkan kepada material itu juga boleh menyumbang kepada pembentukan akhlak politik yang lebih baik di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

"Jadi, kalau guru menjadi pemimpin, mereka memberi kepimpinan yang lebih diterima sebab nilai kepimpinan itu bersandar kepada keilmuan dan kedudukan mereka yang boleh dikatakan dihormati oleh masyarakat secara umumnya walaupun ada kes-kes tertentu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap guru-guru tidak mengabaikan tugas hakiki mereka sebagai pendidik dan mereka juga perlu menghormati struktur kepimpinan di sekolah dan jabatan masing-masing, selepas dibenarkan terlibat dalam politik.

"Kita tidak boleh katakan, bila kita ada jawatan politik, kita membelakangkan arahan jabatan dan sebagainya," katanya. Ditanya kemungkinan berlakunya perpecahan di kalangan guru di sesebuah sekolah tersebut dengan langkah kerajaan itu, Perdana Menteri percaya perkara itu tidak akan berlaku.

"Saya tidak terfikir mereka akan bersifat keterlaluan walaupun mereka ada jawatan politik. Mereka ini orang yang dewasa daripada segi pemikiran dan dulu pun kita telah benarkan (guru terlibat politik), tidak berlaku perpecahan dalam sesebuah sekolah itu," katanya.



Post by.... AMAT





Tuesday, July 27, 2010

UMNO?? JIJIK - SUDAH, JANGAN DILAYAN PAS LAGI!!


Awas kalau nak bercakap mengenai perpaduan Melayu. Nampaknya terkini macam tidak ada benda lain yang lagi lebih jijik di kacamata Parti Islam Semalaysia selain bab itu. Seikhlas manapun ia pasti akan berbalik kepada bottomline nya yakni survival politik PAS yang tidak mahu ada pihak ketiga yang merobek cinta dan kasih sayangnya pada PKR dan DAP.

Tan Sri Harussani Zakaria harus sedar Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah ulamak dalam kelasnya yang tersendiri yang tidak memerlukan pandangan sesiapa. Baginya sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah berangan-angan nak lihat parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO bersiap sedia kena cop bagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tiada siapa yang boleh buat Tok Guru ini mudah lupa dan terus membebel bagaimana PAS dan UMNO bercerai 32 tahun lampau dan mendakwa kini UMNO nak berkawan denganya semata-mata kerana menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mungkin tidak ramai generasi muda hari ini tahu mengenai sejarah yang Nik Aziz kata PAS kena tendang keluar waktu itu setelah empat tahun bersama BN mulai tahun 1974. Generasi muda hari ini juga mungkin tidak ingat bagaimana semasa di zaman puncak kuasanya berada dalam UMNO dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pandang parti itu dan hanya berpeluk mesra selepas kes liwatnya yang pertama.

Tak pasti siapa yang kuat dan siapa yang lemah ketika mereka berdakap. Jangan kata Nik Aziz kerana Lim Kit Siang sendiri macam tak ingat bagaimana Anwar mengata sakan pada DAP masa jadi orang besar UMNO. Dunia sudah berubah dan begitu juga pentas politik negara.Masing-masing berpeluk mesra kerana dibuai keyakinan merasa Putrajaya sudah tidak jauh.

Makanya tidak hairannya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mungkin bimbang PKR dan DAP curiga pada cinta sejatinya tidak sabar-sabar mendesak Harrussani memohon maaf kerana tetap mendakwa Mufti Perak itu membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai pertemuan dengan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Baginya Mufti Perak itu telah membuat satu pembohongan yang memalukan. Kalau mengikut cakap Ahli Parlimen Pokok Sena itu Harussani adalah alat dan pecacai UMNO. Rasanya tiada siapa perlu melawan cakap para pembesar PAS yang kini sedang diawang-awangan itu.

Anwar dan Kit Siang mungkin tersenyum riang melihat sumpah setia baik Nik Aziz,Mahfuz dan sebilangan tokoh PAS yang senada. Soal perpaduan Melayu boleh tolak sebelah. Janji cekup Putrajaya dulu. Apa jadi selepas itu belakang kira walaupun ramai yang terus dihantui kesangsian bagaimana PKR-PAS dan DAP boleh lagi duduk semeja jika ditakdirkan berkuasa satu Malaysia.

Panjang umur…ramai orang yang nak tengok kehebatan PAS yang mendakwa dirinya lebih Islam dari orang lain nak berentap menjayakan cita-cita memartabatkan Negara Islam yang dijualnya sebagai modal politik masa kini. Nik Aziz dan Mahfuz tahu baik Anwar mahupun Kit Siang tidak akan tunduk kepada hajatnya.Cita-cita PAS itu adalah malapetaka politik yang tidak mungkin mereka mahu telan.

Ada juga yang mendakwa gambaran ini tidak lebih untuk menganggu gugat ikatan pakatan pembangkang. Senang cakap cuba tanya Anwar dan Kit Siang sebelum ‘kena langkah mayat‘ hero Jelutong, Karpal Singh.

Tolak campur bahagi…dilihat dari sudut mana sekalipun cukup senang untuk dibayangkan dan tidak perlu siapa jolok fear factor ini. Kecualilah siapa tahu waktu itu Nik Aziz dan Mahfuz terlupa mereka pernah gendangkan tetap nak tubuh Negara Islam jika berkuasa pada ahli PAS diserata ceruk.

Dalam politik…jangan terkejut kalau waktu itu nanti tiba-tiba berdesing kita dengar Mahfuz menjerit pembohong besar dan pecacai UMNO siapa yang kata PAS pernah cakap nak tubuh Negara Islam di Malaysia.


Post by.... AMAT



Monday, July 26, 2010

NIK AZIZ SEMAKIN TERTEKAN !


Marah Nik Aziz pada UMNO masih belum habis lagi dari tahun 1978 sehingga 2010. Api kemarahan yang tak kunjung padam selama 32 tahun kembali menghantui pemikiran beliau.

Nik Aziz mengaku beliau adalah orang yang paling kuat menyokong PAS masuk ke dalam Barisan Nasional melihat kepada keikhlasan BN sewaktu diterajui oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya yang juga dipertik di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Apa yang menyebabkan Nik Aziz begitu marah kepada UMNO dan BN sehingga PAS keluar dari gabungan Perikatan pada tahun 1978? Kita boleh kata kemarahan tersebut boleh dibawa ke pintu kubur!

Tatkala golongan muda di dalam PAS yang masih belum tercemar pemikirannya (sekalipun tidak pernah terlibat semasa pembentukan gabungan PAS dan BN), mahukan persengketaan ini tamat secepat mungkin atas dasar ukhwah dan kepentingan Melayu.

Walaubagaimanapun, jangan dilupa dengan golongan lama yang masih lagi terkilan sewaktu bekerjasama dengan BN pada tahun 1974. Golongan ‘senior’ ini dikatakan berpengalaman semasa PAS bersatu di bawah BN.

Ada dua ‘school of thought’ yang berlainan pendapat dalam isu pelan damai dan perpaduan di antara UMNO dan PAS. Kedua dua golongan ini mempunyai pandangan dan ‘approach’ tersendiri apabila di asak dengan persoalan ini.

Namun, PAS mungkin agak terlupa bahawa ada satu golongan yang lagi yang hanya menunggu isyarat dari pimpinan parti untuk tindakan selanjutnya, bukannya dari PAS tetapi PKR!

Golongan ‘Opportunist’ atau serpihan ini sudah lama dan membiak di dalam sarang kota PAS secara konsisten. Hakikatnya, PAS perlu lebih cekap memantau golongan ini yang hanya menunggu arahan dari pemimpin tertinggi mereka. Golongan berkepala dua dan lidah bercabang ini cukup merbahaya jika virus ideologi dan pemikiran mereka terus menyelinap masuk ke dalam kotak kotak pemikiran golongan muda dan senior di dalam PAS.

Agak mengejutkan apabila Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju perjumpaan di antara pemimpin UMNO dan PAS di adakan demi kepentingan umat Islam negara ini. (Nak kena belasah dengan ayahanda sendiri ke apa dia ni !!!)

Anak Mursyidul Am PAS ini berkata perjumpaan secara sulit di antara UMNO dan PAS semakin menyulitkan lagi ikatan persahabatan di antara pihak pembangkang. Namun begitu, Nik Abduh juga terpaksa ‘play safe’ dengan mengatakan bahawa pola pemikirannya sama seperti ayahandanya dan Haji Hadi !

Bukankah Haji Hadi dan Ustaz Nasharudin sudah memulakan perbincangan ini sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi BN sebelum PRU 12? Pola pemikiran bagaimana yang dimaksudkan oleh saudara Nik Abduh!

Jelas sekali selain dari Haji Hadi, Ustaz Nasharuddin dan Hassan Ali, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga pernah beberapa kali menemui pemimpin UMNO sejak dari 2006 hingga 2008 mengakui ada titik persamaan di antara kedua parti terbesar ini dalam isu membabitkan ’survival’ orang Melayu.

Cuma ’species’ Khalid Samad dan beberapa pemimpin yang sewaktu dengannya beria ia menolak kerjasama di antara UMNO dan PAS atas dasar tidak mengikut kehendak dan dasar parti. Agak menghairankan kerana species ini seperti diberi keistimewaan mutlak untuk bercakap bagi keseluruhan kepimpinan PAS. Sedangkan golongan ini adalah wabak serpihan dan opportunist yang sememangnya sudah ketahui umum.

Sebagai Mursidul Am PAS, Nik Aziz sebenarnya pasti tertekan dengan suara dan desakan tiga golongan terbesar di dalam PAS. Di satu sudut, ada golongan yang mahukan penyatuan dan perdamaian. Ada juga golongan yang menolak kesemua yang telah disebutkan. Juga golongan ular berkepala dua dan lidah bercabang, sedang menunggu masa untuk membelit dan menelan Nik Aziz.

Pendirian Nik Aziz tidak mungkin berubah, jelas dan nyata. Namun kita mahu jika Mursidul Am PAS ini boleh menceritakan kekecewaannya kepada UMNO, yang disifatkannya sebagai ‘kenyang, gigit dan tendang PAS’. Apa yang telah dilakukan oleh UMNO pada 30 tahun yang lalu sehingga menimbulkan rasa fobia dan benci Nik Aziz terhadap UMNO.

Penulis hanya mempunyai sedikit fakta untuk dikongsi bersama dengan pembaca tentang bagaimana PAS telah dikeluarkan dari BN pada tahun 1978.

Setahu penulis, angkara kedua bekas Menteri Besar PAS, Dato’ Ishak Lotfi dan Dato’ Muhammad Nasir yang telah menyebabkan isu konsesi balak menjadi tonggeng terbalik di Kelantan! Seorang Menteri Besar memberi kawasan balak menggila luasnya kepada Timbermine Sdn Bhd (syarikat ini sedang menunggu keputusan Mahkamah mengenai pampas an RM 800 juta dari Kerajaan PAS Kelantan) dan seorang lagi Menteri Besar membatalkan terus konsesi balak tersebut.

Kerajaan Pusat terpaksa mengambil jalan campur tangan di Kelantan kerana perbuatan kedua dua Menteri Besar PAS ini telah menguru harakan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Dan akhirnya Menteri Besar UMNO Tan Sri Mohamad Yaacob telah menyelesaikan keadaan setelah berusaha keras membayar sejumlah pampasan kepada Timbermine Sdn Bhd dan mengembalikan tanah tersebut kepada Kerajaan Pusat untuk dimajukan oleh KESEDAR.

Cuma penulis minta YB Nik Aziz sudi meluangkan masa menceritakan peristiwa sebenar berdasarkan fakta dan bukannya berdasarkan rasa amarah kepada UMNO. Tak rugi apa apa pun jika diceritakan kembali peristiwa keluarnya PAS dari BN, secara detail.

Janganlah kerana menyimpan rasa marah dan dendam, pelbagai fatwa songsang dikeluarkan terhadap UMNO ! Perbuatan sedemikian hanya menjarakkan lagi persaudaraan sesama Islam dan mengeruhkan lagi persengketaan. Penulis pun cukup marah dengan YB Nik Aziz jika hanya membuat tuduhan demi tuduhan tetapi tidak mahu menceritakan perihal sebenar.

YB Nik Aiz ... ceritakanlah ... tak payahlah berkias dan berpantun! Umat Islam dan Melayu dah cukup penat! Semoga apa yang terbuku di hati benak YB Nik Aziz menjadi lapang setelah selesai menceritakannya ...



MELAYU ATAS PAGAR

MIC … NOW YOU’RE TALKING !


Penulis tidak mahu mengulas begitu panjang ke mana hala tuju MIC dalam BN sejak pilihanraya umum yang lalu. Namun jika ini gerak kerja permulaan yang ditunjukkan, maka MIC sudah cukup layak bergelar ‘best friend in brotherhood’ di dalam BN.

Gerak kerja ‘Movers and Shakers’ di anjurkan oleh Pemuda MIC Pusat bertujuan untuk menarik golongan belia India baru untuk terus menjadi pendokong MIC seterusnya menyokong BN untuk pilihanraya umum akan datang.

Difahamkan, Pemuda MIC sudah mengatur suatu gerakan agresif dalam meraih sokongan belia ini melalui beberapa program yang mampu menarik minat seperti Karnival 1 Malaysia. Program yang digerakkan oleh Biro Integrasi Kaum 1 Malaysia Pemuda MIC akan bergerak secara terus menerus ke seluruh pelusuk Malaysia.

Pemuda MIC juga diberitakan mahu menarik minat golongan belia yang sudah kurang berminat mengenai politik melalui program program yang mampu memberi kesedaran betapa pentingnya parti politik seperti MIC dalam menetukan masa depan dan hala tuju negara terutamanya golongan India.

Apa apa pun penulis mengucapkan setinggi penghargaan kepada MIC yang sudah mula mengorak langkah dan berjuang bersama UMNO untuk mengekalkan momentum BN sebagai wadah terbaik perjuangan rakyat justeru menolak secara total dakyah dan penipuan pembangkang.

Penulis cukup yakin gerakan Pemuda MIC ini adalah selari dengan perjuangan BN malah bersesuaian dengan konsep dan slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Jika program ‘Movers and Shakers’ anjuran MIC ini dapat dikekalkan momentum dan secara konsisten, penulis tidak ragu ragu BN mampu memenangi hati para pengundi seterusnya menawan kembali banyak kawasan pada pilihan raya umum akan datang.

MIC … Well Done! Let this be your groundbreaking movement towards making such an insightful impact to the existing and claiming new voters, and to the Indian community first and foremost.

Namun, masih ada lagi satu parti komponen terbesar BN yang cukup malas dan kelihatan cukup seronok menjadi ‘sleeping partner’. Parti ini acap kali di lihat membiarkan UMNO dan MIC bekerja keras sambil duduk di belakang tadbir bagai ’Tuan Besar’ di dalam BN.

Tak perlu penulis beritahu … parti parti komponen lain sudah cukup masak dengan lagak dan sombong parti komponen ini. Perihal sekecil tidak pernah diberitahu tentang perlantikan UMNO sebagai Pengerusi BN di Wangsa Maju di war warkan di dalam akhbar Sinar Harian yang lepas.

MIC ... Welcome Back ! Welcome To The Club! You’re Most Welcome! Anda memang tidak mengecewakan BN sekalipun berada di kedudukan genting!


MELAYU ATAS PAGAR

Saturday, July 24, 2010

LIVE @PASAR BESAR GOMBAK - JUARA RAKYAT BULAN USAHAWAN

Pasar Besar Gombak yang sebelum ini agak suram dibanjiri dengan penduduk setempat. Program Juara Rakyat : Bulan Usahawan sedang berlangsung pada hari ini sehingga esok. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut serta dalam Program ini adalah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah dan barisan jawatankuasa. Ketua UMNO Bahagian Batu, Dato' Abas turut hadir bersama AJK beliau.

Dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau turut akan berusaha memastikan masyarakat Wangsa Maju dibela dan diberi perhatian dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi terutamanya kepada mereka yang memerlukan.

Beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Parti Makkal Sakhti, PPP dan yang lain bersama-sama berganding bahu menganjurkan Program ini. Pada ketika ini kelihatan semangat perpaduan dan semangat jitu Parti-Parti komponen Barisan Nasional dalam menganjurkan 1 program untuk rakyat.

Saya sempat menemubual wakil Wanita Parti PPP Bahagian Wangsa Maju dan sememangnya beliau amat teruja dengan semangat perpaduan dan kerjasama BN Wangsa Maju dalam memastikan kekuatan BN Wangsa Maju akan sentiasa padu dan jitu.

Begitu juga reaksi wakil Wanita UMNO Wangsa Maju yang menjelaskan bahawa Wanita BN akan sentiasa bekerjasama dan menjalikan hubungan sillaturrahim bersama parti-parti komponen BN yang lain agar Parlimen Wangsa Maju kembali ke tangan BN.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM JUARA RAKYAT : BULAN USAHAWAN dengan pelbagai jualan dengan harga berpatutan. Bertempat di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Terdapat juga pertandingan KARAOKE yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga esok.

ps : Begitu ramai orang sampai tak boleh tangkap gambar masa Majlis Perasmian berlangsung. :)


Post by... AMAT

Lagi gambar menyusul....


Friday, July 23, 2010

APA SEBENARNYA PENDIRIAN PAS


Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din berkata kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan menemui kata putus selagi UMNO masih terus menerus berdegil untuk tidak mengubah dasar pemerintahan kepada dasar Islam.

Beliau bagaimanapun bersetuju pada dasar perlu untuk penyatuan ummah disegerakan tetapi dengan syarat UMNO perlu berubah dan mengubah dasar parti. Beliau yakin kerjasama pasti terlaksana setelah UMNO bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Dr Haron Din amat yakin jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, maka orang Melayu akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh dan mapan dari sudut kuasa politik, ekonomi dan kenegaraan.

Kita masih ingat lagi beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang paling lantang menentang pengunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, walaupun kebanyakan pemimpin PAS yang lain terus bergelut dengan memancing undi kaum bukan Melayu.

Persoalannya, perlukah UMNO dilihat sebagai penghalang terbesar penyatuan ummah selagi dasar UMNO itu sendiri tidak diubah kepada dasar Islam. Pandangan yang bagaimana nyata menunjukkan UMNO itu tidak Islamik.

Sekular? .. Apa itu sekular? UMNO dituduh mengamalkan sekularisme sebagai dasar perjuangan parti dan dasar pemerintahan sejak penubuhannya. Bukankah sekularisme bermaksud pemerintahan yang tidak ada langsung berunsurkan Islam seperti yang dilakukan oleh Mustafa Kemal Attaturk di Turki.

Apakah UMNO pernah mengarahkan Al Quran dicetak di dalam Bahasa Malaysia
Menggubal undang undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang undang Barat Menukar azan ke dalam Bahasa Malaysia
Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah
Menukar masjid untuk dijadikan gereja dan kuil
Membatalkan undang undang waris, faraid secara Islam
Menghapuskan penggunaan kalendar Islam
Membenarkan wanita memakai tudung dengan memakai skirt
Menyerang Islam secara terbuka dan terang terangan
Menghapuskan wakaf dan membiarkan anak anak yatim dan fakir miskin terbiar.

PAS perlu jawab secara jujur adakah UMNO telah melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan syarak dan Islam.

Sedangkan dasar Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh UMNO itu meletakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia! Mengapa masih menuduh UMNO mengamalkan sekularisme!

Kita juga berhak mempertikai pendirian PAS yang tampak terlalu ekstrim menganggap DAP sudah menerima dasar PAS secara total. Apakah hanya dengan tidur sebantal berlainan mimpi sudah cukup meyakinkan PAS bahawasanya DAP adalah Tag Team dunia akhirat politik mereka?

PAS sebenarnya masih lagi mengimbau zaman remaja yang penuh dengan rajuk terhadap UMNO. Maklumlah, UMNO tidak pandai memujuk rayu dan cumbu rayu. DAP mungkin lebih ’gentleman’ kerana gemar dan bijak membelai PAS dengan seribu mimpi indah yang palsu.

Amat malang kerana sejak bersama berjuang dari Gagasan Rakyat pada tahun 1990, PAS masih terus menerus gagal meyakinkan dasar pemerintahan parti kepada DAP. Bukankah itu satu kegagalan hakiki untuk tempoh 20 tahun!

Atau PAS yang sepatutnya melakukan perubahan terhadap dasar parti ... bukannya UMNO ... untuk penyatuan ummah sebenarnya.


MELAYU ATAS PAGAR

Thursday, July 22, 2010

MURUGIAH ARHIRNYA BERSAMA MIC - KAYVEAS RESTU KE???

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T .Murugiah yang ‘ tidak berparti’ selepas krisisnya dengan Presiden PPP Datuk M Kayveas tidak lama dulu,hari ini diterima sebagai ahli MIC. Keputusan menerima beliau dibuat oleh mesyuarat jawatankuasa pusat MIC. Dalam krisisnya dengan Kayveas masing-masing mendakwa mereka Presiden PPP yang sah.Namun krisis itu kini sudah reda.

Akhirnya T.Murugiah bersama MIC dalam meneruskan perjuangan politik beliau. Bagi penulis, Murugiah kini dianggap sebagai hero kaum India di Malaysia kerana sikap beliau yang sering mengambil berat terhadap rakyat. Kemasukan beliau ke MIC dilihat sebagai aset bagi mengembalikan masyarakat India terhadap parti itu.

Saya berharap beliau akan meneruskan komitmen dan menjalankan tanggungjawab sebagai ahli politik dengan baik selepas ini. Jangan bila sudah masuk MIC, perangai pun jadi macam Presiden MIC... Opss... Sekadar memberi pandangan.

Persoalannya, adakah Presiden PPP, Kayveas menerima kemasukan Murugiah ke MIC?? Kita tunggu sahaja maklumbalas dari beliau..


Post by.... AMAT.


Wednesday, July 21, 2010

KETUA DEWAN PEMUDA PAS … ADA MACHO SIKIT !!!


Penulis tidak pernah dan tidak akan memuji Nasrudin Hassan Tantawi dengan begitu mudah sekali. Namun jika inilah langkah kanan yang dimulakan oleh beliau, segala pujian pujian dipanjatkan kepada Allah Taala dan pujian juga harus diberikan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS ini.

Nasrudin Hassan Tanrawi memulakan langkah ’macho’ beliau dengan menganjurkan satu pelan damai di antara UMNO dan PAS untuk suatu jangka masa yang panjang bagi meleraikan persengketaan yang sudah terlalu kusut dan terlalu lama berlarutan.

Bak kata pepatah ... bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus; tepung tidak berselerak !!!

Benar apa yang diutarakan oleh beliau bahawasanya UMNO dan PAS sudah amat kesuntukan masa untuk menyelesaikan masalah dan pergaduhan ‘Royal Rumble’ sejak berdekad lalu.

Baik UMNO mahupun PAS, cubalah kibarkan bendera putih tanda keamanan buat sementara waktu. Berlapanglah dada, korbankan kemahuan dan nafsu, bermusyawarah dengan sebanyak mungkin agar dipertemukan titik noktah perdamaian dan tali silaturrahim.

Kita adalah sesama Muslim agamanya dan sesama Melayu bangsanya. Masih banyak agenda pembangunan masyarakat, ekonomi dan negara perlu dipercepatkan untuk menegakkan Islam. Cuma penulis teringat kembali sebuah hadis Rasulullah s.a.w. maksudnya :

” ... Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji ...” (Al-Hafiz Abu Naim)

Kebangkitan Islam datangnya dari Timur !

Penulis tidak ingin membuat spekulasi berlebih lebihan kerana takut dituduh memandai mandai. Al maklumlah, penulis bukanlah dari golongan ahli bijak pandai agama. Tapi penulis dapat merasakan ada sesuatu yang hebat akan berlaku walaupun bukan untuk suatu masa yang terdekat.

Kepayahan UMNO dan PAS untuk bersatu bukan atas takdir Allah Taala tetapi ianya lebih kepada kekuatan musuh musuh Islam dan musuh dalam selimut (orang Melayu) itu sebenarnya.

Jika dilihat dari satu sudut atau perspektif, gabungan UMNO dan PAS bakal membangunkan tamaddun ilmu pendidikan, ekonomi, tarbiyah, peradaban dan keharmonian sosial di Malaysia yang belum pernah difikirkan sebelum ini.

’Tag Team’ UMNO dan PAS bakal mengundang senak perut musuh musuh Islam baik musuh dalam selimut mahupun musuh yang terang terangan. Musuh musuh ini akan hilang pedoman dalam menyemai bibit bibit perpecahan, persengketaan dan api permusuhan yang membara sekian lama.

Lupakanlah persengketaan yang sudah terlalu bosan untuk diungkit setiap detik setiap hari. Hari hari bergaduh boleh bernanah juga kepala hotak dua ‘group’ ini.


Apa sekalipun, Dewan Pemuda PAS sudah menghulurkan kedua dua tangan untuk digapai oleh UMNO. Tak rugi satu sen pun jika disambut dengan tanda hormat dan senyuman ikhlas dari hati sanubari.

Fikirkanlah kekuatan dua ’Tag Team’ ini apabila bergabung atas nama Allah Taala dan atas nama Rasulullah s.a.w. Musuh musuh Islam dari puak Yahudi, Nasrani dan Majusi punah ranah akan sujud menyembah bumi.

’Keyword’ di sini adalah silaturrahim yang hebat di antara UMNO dan PAS.

Surah An Nur 24: 22

" ... Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ..."

Cukup penting di sini adalah untuk mematikan langkah langkah individu individu yang masih menolak kerjasama dan gabungan terhebat ini, sama ada di dalam UMNO mahupun PAS. Kita pun sebenarnya sudah boleh menilai manusia manusia tersebut. Tak payahlah disebut nama nama mereka ini. Buang boreh jo !!!

Yang penting adalah Umat Islam dan Melayu dapat membina negara yang aman makmur, sejahtera, adil, telus, tanpa pertelingkahan dan persengketaan yang sebenarnya merugikan Umat Islam dan Melayu itu sendiri.

Nasrudin Hassan Tantawi ... langkah kanan saudara amat bermakna dan dipuji !!! Salam Perjuangan !!!


MELAYU ATAS PAGAR

PEMIMPIN PAS KATA PAS SANGAT HODOH !!!



KAMI TAK KATA PAS BODOH YE...

KAMI PUN TAK KATA PAS HODOH...

YANG KATA PEMIMPIN PAS...

PEMIMPIN PAS???

SIAPA YEK???

PANAS......

KLIK SINI!!!

Link by.... AMAT

Tuesday, July 20, 2010

ERDOGAN PAS KEMBALI PANIK!! - TOK GURU HARUSSANI BONGKAR LAGI.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini sebagai mempertahankan kenyataanya bahawa beliau adanya pemimpin PAS dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Beliau yang ditemui wartawan di Putrajaya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar beliau berbohong mengenai pertemuan berkenaan.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya.

Mahfuz dan Salahuddin berkata PAS tidak pernah beri kebenaran agar Harussani bertindak sebagai orang tengah antara UMNO dan PAS untuk membawa duduk berama dan berunding.

Sebelum ini, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti UMNO dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini. Harapan itu ada kerana kedua-duanya (UMNO dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh Sabtu.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

PAS...... OH PAS.... Kenapa hendak menafikannya. Tapi penulis yakin, memang ada pertemuan tersebut. Dari puak yang tidak menyokong Anwar Ibrahim dan DAP. Yang menafikan pertemuan ini kebetulan puak Erdogan yang juga menyanjung Anwar Ibrahim.

Apa salahnya bersatu? Kenapa juak-juak Erdogan di dalam PAS begitu angkuh bekerjasama dengan DAP dan PKR yang terang-terang tidak menyokong perjuangan anda.

Entahlah.. Malas nak ulas lebih-lebih. Da banyak kali isu ini berbangkit. Tapi PAS yang tolak bulat-bulat. Takkan UMNO pula nak terhegeh-hegeh. UMNO sudah lama menerima sebarang bentuk kerjasama.

Emm.. Tak serik2 jilat tapak kaki Anwar Ibrahim...


Post By.... AMAT


MCA DAN MIC … BATU PENGHALANG BESAR KEJAYAAN


Dalam artikel artikel yang lalu, penulis sudah beberapa kali menyingkap sikap ‘talam dua muka’ dua parti komponen BN, MCA dan MIC. Acap kali kedua dua parti komponen ini menjentik kesabaran UMNO terutamanya dalam perihal sokongan kepada BN dan sikap kurang ajar yang sering mempertikaikan hak hak keistimewaan orang Melayu.

Hanya tinggal kurang dua tahun lagi untuk BN menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 walaupun keputusan lalu amat memeritkan. Tidak kira sebanyak mana sekalipun Kerajaan cuba untuk memperbaiki imej yang tercalar, namun usaha ini masih belum menunjukkan hasil yang jitu untuk BN terus menerajui Kerajaan Persekutuan.

Setidak tidaknya, UMNO walaupun dipalit dengan pelbagai skandal lampau telah mula bergiat aktif membersihkan imej yang tercemar dengan memperkenalkan berbagai cara dan kempen untuk menarik kembali sokongan rakyat dan orang Melayu khasnya.

UMNO sebagai peneraju BN sudah jauh di hadapan dalam memperkenalkan pelbagai pelan seperti Rancangan Malaysia ke 10, GTP, NKRA, KPI, NEM untuk menunjukkan arus perubahan sudah bermula. Namun usaha ini dilihat sia sia apabila MCA dan MIC lebih seronok untuk ‘tidur’ dan tidak banyak terlibat dalam program program yang sudah dirangka. UMNO semakin dilihat bersendirian dan MIC serta MCA tidak mempunyai daya usaha kolektif untuk turut serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.

MCA dan MIC lebih condong dilihat melindungi kedudukan dan kepentingan masing masing. Perpecahan, tidak menghormati sesama parti komponen, tuduh menuduh di antara tiga parti komponen terbesar ini cukup untuk menjahanamkan BN pada pilihanraya umum akan datang.

Permusuhan Dalaman dan Di Antara MIC dan MCA

Kedua dua Presiden parti yang mewakili kedua dua parti terbesar dan kumpulan etnik masing masing sudah menjadi bahan cacian dan momokan. Penulis masih lagi kehairanan dengan sikap wakil wakil MCA yang masih mahu mempunyai seorang Presiden yang nyata sudah bergelumang dengan najis skandal seks . Terlalu pening untuk difikirkan ‘mood’ ahlul bahlul MCA ini!


Apatah lagi dengan imej Chua Soi Lek sudah terjejas teruk selepas calon pilihan MCA tewas dan hilang kerusi Parlimen Sibu kepada DAP. Kekalahan tersebut cukup menjejaskan kredibiliti dan reputasi beliau. Dan ditambah lagi dengan kritikan pedas oleh YB Ibrahim Ali bahawa MCA sememangnya pemalas dan Chua Soi Lek tidak melakukan tugasnya untuk mengumpul sokongan orang Cina di Sibu. Ada kebenaran di sini.

Begitu juga MIC, parti yang selalu ’havoc’. Ahli CWC yang di pecat, KP Samy secara sinis berkata "Untung sebenarnya kerana tidak ada wakil pembangkang kaum India yang kuat dari Pakatan Rakyat ". Maksud tersirat adalah MIC bakal jahanam dengan gelagat Mr Presiden Samy Vellu kerap kali memecat mana mana ahli yang kurang digemari malah Timbalan Presiden turut dipecat mengikut selera nafsu pemikirannya.


Sejak dicabar oleh Datuk S Subramaniam pada tahun 1989, MIC sudah berpecah kepada dua kem besar yang mengakibatkan kepincangan teruk dalam MIC setelah berbagai kempen untuk menggulingkan Samy Vellu tidak tercapai, yang sudah menjadi liabiliti kepada MIC.

Kini sudah wujud pula suatu gerakan suci (Gerakan Anti-Samy Vellu - GAS) di terajui oleh bekas Ketua Pemuda MIC Selangor, V Mugilan yang turut dipecat oleh Samy Vellu. Samy Vellu kini pula menambah kebencian wakil wakil MIC dengan menukar perlembagaan parti untuk membolehkan anaknya Vell Paari dilantik sebagai ahli CWC. Perbuatan yang sememangnya menjejaskan integriti beliau.

Prestasi Pilihanraya Kecil yang Goyah

Meskipun konflik dalaman MIC cukup hebat namun barisan kepimpinannya dilihat masih mampu untuk bertahan dan ini terbukti sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Calon pilihan Samy Vellu, P Kalamanathan telah menewaskan Zaid Ibrahim dengan majoriti mudah sebanyak 1,725 undi. Kemenangan tersebut kurang bermakna kerana lazimnya kubu kuat BN selalu memperolehi majoriti lebih kurang 10,000 undi sebelum PRU 12.

Jika tidak kerana UMNO yang bermati matian ’all out’ turun padang, belum tentu kemenangan berpihak kepada MIC. Ini adalah hakikat!

Pelengkap kepada prestasi merosot parti komponen BN adalah kekalahan calon MCA di Sibu yang tewas dengan majoriti 398 undi. Bukan YB Ibrahim Ali sahaja yang menempelak Chua Soi Lek atas kekalahan memalukan ini, malah Samy Vellu juga turut ’tumpang sekaki’. Samy Vellu bukan sahaja menghentam Chua Soi Lek di atas kehilangan para pengundi Cina malah beliau juga menuduh UMNO dan MCA berkomplot dalam pembentukan GAS.


Walaupun keputusan pilihanraya kecil bukanlah penunjuk sebenar kelemahan BN tetapi sentimen dan ’trend’ pengundi cukup membuatkan BN resah tidak tidur lena. Dari 11 pilihanraya kecil yang telah dilangsungkan, BN hanya mampu memenangi 3 kerusi sahaja! Itu sudah cukup untuk dijadikan asas pola pengundi.

Dengan Samy Vellu yang masih belum membuktikan undi orang India kembali sepenuhnya kepada BN, MIC sudah mula mengada ngada membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah. Chua Soi lek dilanda tekanan cukup hebat untuk mengembalikan undi orang Cina yang sudah jauh terlepas kepada pembangkang. Harus di ingat sekalipun pengundi Cina hanya meliputi 25% penduduk di Malaysia, namun bangsa inilah yang paling banyak keluar mengundi sekitar 32% jumlah pengundian pada PRU 12.

Bangsa inilah juga yang sudah semakin berani mempersoalkan hak hak keistimewaan orang Melayu secara terang terangan.

Pakatan Haram Semakin Menghampiri

Sementara BN masih lagi bergelut dengan krisis dalaman, pihak pembangkang mula mendapat perhatian. Seperti lazim dan sudah sinonim dengan cara politik kotor kononnya berpegang kepada ’motto muti racial’, PAS sudah membuka keanggotaan kepada Non Muslim (DHPP) untuk meraih undi untuk pilihanraya umum yang akan datang.


Dengan ramai ahli pembangkang yang sentiasa mencari pukulan maut ke atas perbelanjaan Kerajaan, BN tidak sepatutnya menyalahkan rakyat kerana masyarakat sudah ditanam di dalam minda mereka perkara perkara yang tidak pernah elok berkaitan BN. Yang mana BN sepatutnya bertindak lebih agresif dan bukannya defensif.

Perjuangan kepimpinan BN kini lebih tertumpu kepada mengubah corak kepimpinan dan meyakinkan para pengundi tentang ketulusan dalam membawa perubahan. Pengerusi BN dan UMNO, Datuk Seri Najib sudah semakin sesak kerana terlalu banyak memikirkan sama ada MIC dan MCA boleh menyelesaikan masalah dalaman mereka secepat mungkin sebelum tibanya pilihanraya umum seterusnya.

Dan ini adalah alasan yang cukup tepat mengapa GAS mahukan Samy Vellu untuk berambus keluar dari kepimpinan MIC untuk digantikan dengan muka muka baru bagi mempersiapkan MIC untuk pilihanraya umum akan datang.

Semakin ditinjau, Samy Vellu dilihat terperangkap dengan karenah politik beliau sendiri. Semua mata kini bertumpu kepada Samy Vellu sama ada beliau akan mengosongkan kerusi Presiden parti atau tetap dengan keras kepala beliau. Semacam ada situasi yang menyesakkan pasti akan berlaku apabila ’lalu lintas MIC’ sudah sesak dan ’traffic jam’ yang pasti akan berlaku pertembungan berdarah.

Petunjuk sudah semakin jelas bahawa BN akan kehilangan sejumlah besar sokongan dari pengundi Cina dan Melayu bahkan tidak salah dikatakan pengundi India juga mula berpaling arah jika perjuangan GAS menjadi kenyataan.

Ini adalah suatu ’setback’ yang BN wajib hapuskan untuk kembali mendapat sokongan rakyat. Jika usaha BN ini gagal, maka suatu perubahan drastik dalam politik akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang sememangnya ’political animal’.

Jika ditakdirkan BN kalah (dengan izin Allah Taala), parti parti komponen lain sebenarnya berhak menuding jari kepada MIC dan MCA yang ternyata haus dan rakus dengan kuasa politik yang menggila.


MELAYU ATAS PAGAR

Monday, July 19, 2010

NIK AZIZ … MR ‘POLITICAL ANIMAL’ BARU


Penulis dah banyak kali menghentam Nik Aziz bukan kerana bencikan taraf ulama yang diberi oleh juak juak PAS terhadapnya, penulis tidak pernah nampak ada kelibat ‘ulama’ pada tubuh, dasar dan minda Nik Aziz. Yang sebenarnya adalah Nik Aziz terlebih cukup dan layak digelar ‘political animal’.

Kasar betul bunyi bahasa di atas … namun itulah hakikatnya!

Salam hormat dari UMNO dah beratus kali diberi atas nama perpaduan Islam dan Melayu, yang dibalas adalah ‘perjuangan totok’ beliau dari mula bergiat aktif di pentas politik atas nama PAS. Tiket yang dimenangi beliau pun sebenarnya adalah dari pentas Parti Perikatan di Kelantan.

Mr Political Animal ini bukanlah pemimpin yang layak untuk menyelesaikan isu perpaduan umat Melayu dan Islam kerana beliau bukannya ’pemimpin berjiwa besar’ ... jiwanya lebih kepada mengekalkan kuasa politiknya di Kelantan.

Bukti paling nyata sewaktu PAS Kelantan sudah hampir ’nyawa nyawa ikan’ pada Pilihanraya Umum 2004. Inilah Mr Political Animal yang memperalatkan Islam dan mengekalkan ‘status quo’ politiknya sehingga sanggup mewujudkan konsep baiah … ‘sumpah, cerai dan talak’ di kalangan ADUN PAS di Kelantan.

Umat Islam dan umat Melayu jangan lupa bahawa manusia inilah yang meminta ADUN PAS supaya tidak melompat parti, takutkan kedudukan beliau tergugat sebenarnya dan bukannya meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi kepentingan nafsu nafsi sendiri.

Mr Political Animal ini telah meletakkan syarat rundingan pemberian royalti minyak untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas nama ’Perpaduan Umat Islam dan Melayu’.

Inilah tokoh politik, tokoh ulama dan sanjungan juak juak PAS ... Balak di Kelantan dah hampir pupus, minyak dijadikan syarat utama perbincangan bersama! Pemimpin berjiwa besarkah begini sifatnya?

Kepentingan politik menjadi sandaran dan syarat utama perpaduan sehingga Islam diperalatkan mengikut selera Nik Aziz.

Baik UMNO mahupun PAS wajib tinggalkan Nik ”Mr Political Animal’ Aziz kerana umat Melayu dan Islam lebih memerlukan seorang negarawan dan ahli politik berjiwa besar untuk menyelesaikan sebatang konfik antara orang Melayu dan Islam.

Nik Aziz tidak pernah nampak apa apa ’mileage’ pun perbincangan di antara UMNO dan PAS. Nafsu sebagai Mr Political Animal lebih kepada percaturan politik beliau untuk mengekalkan kuasa.

Manusia ini tidak nampak pun apa mesej sebenar Surah Al Imran (ayat 103) dan Surah Al Hujarah (ayat 9 dan 10). Yang dia nampak hasutan UMNO akan telan PAS, kedudukan beliau tergugat. Itu sahaja.

Itu yang Nik Aziz nampak ... yang beliau ‘buta sekejap’ adalah tuntutan dan tahap tanggungan ulama di Padang Mahsyar lebih berat lagi dari orang awam.

Penulis bagi satu petikan Surah Yasin (ayat 54) kepada Mr Political Animal ini supaya mudah untuk Nik Aziz tafsirkan. Itupun kalau Nik Aziz tafsir mengikut tafsiran sebenar dan bukannya tafsiran nafsu nafsi beliau. Pembaca boleh cari tafsiran surah dan ayat ini jika ada kemahuan.

Jika Nik Aziz menempelak dengan mengatakan jangan cuba mengajar beliau ilmu agama yang ada pada dirinya, penulis mencabar beliau untuk melihat kembali sifat tawaduk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab yang meminta rakyat untuk terus menegur mereka daripada tergelincir dari Jalan Allah!

Jika Nik Aziz masih terus berdegil, maka layaklah beliau digelar Mr Political Animal … gelaran yang sama seperti Anwar Ibrahim! Bukan Ulama!

Orang Melayu wajib sedar bahawa Islam itu bukan PAS dan PAS itu bukan Islam!

Islam adalah agama suci yang diwahyukan oleh Allah Taala kepada Baginda Rasulullah s.a.w. melalui Malaikat Jibril, untuk seluruh umat manusia.

PAS hanyalah sekadar parti politik! Tak lebih dari itu ...



MELAYU ATAS PAGAR

Sunday, July 18, 2010

ANWAR WAJIB JAWAB PEMBOHONGAN INI


Mengapa Anwar suka berbohong! Adakah makhluk ciptaan Allah ini mahu menempa nama sebagai Maha Munafiq. Sifat ujub dalam diri beliau ini cukup meloyakan. Apakah janggut kambingnya masih lagi menjadi sandaran juak juak penyokong bahawa Anwar sememangnya Islamik. Hanya kerana janggut Ala Muslim ... atau Ala Yahudi. Bangsa Yahudi juga mempunyai janggut seperti beliau.

22 Mei 2007, beliau pernah mencabar untuk dibuktikan yang beliau pernah menerima bantuan dana dari Amerika Syarikat sewaktu menerajui Foundation For Future, sebagai Pengerusi.

Propaganda Besar! katanya ... beliau dengan angkuh mengatakan yang Amerika Syarikat tidah pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini.

Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui sifatnya ... 3 tahun kemudian.

Pada 8 Julai 2010, GAP atau lebih dikenali sebagai Government Accountability Project berpengkalan di Amerika Syarikat telah mendedahkan Anwar Ibrahim telah memperdayakan US Internal Revenue Services bahawa Foundation For Future tidak pernah mempengaruhi US State Department untuk mendapatkan bantuan dana. Walhal GAP telah membuktikan bahawa Anwar dan rakannya, Paul Wolfowitz dan State Department telah melobi Kongress Amerika pada 2006 – 2007 untuk menghulurkan dana kepada yayasan yang dipengerusikan beliau.


“ GAP’s report also suggests that FFF management – including former FFF Chairman (and close friend of Paul Wolfowitz) Anwar Ibrahim, who is currently a Malaysian parliamentarian – misled the US Internal Revenue Service. The FFF’s financial statements for 2006 and 2007 state that the Foundation did not attempt to influence national legislation, an assertion contradicted by the cables and reports released by the Department of State. These documents suggest that several Foundation representatives actively lobbied the US Congress in 2006-07 for legislative changes favorable to the FFF”

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh GAP, jelas menunjukkan bagaimana US State Department memperdayakan Kongres Amerika untuk memberi berjuta US Dollar kepada Foundation For Future.

GAP juga mendedahkan Elizabeth Cheney (isteri kepada bekas Setiausaha Pertahanan US Dick Cheney, semasa pentadbiran Bush) menubuhkan Foundation For Future sebagai ‘pet project’ untuk tujuan projek mendemokrasikan negara negara Asia dan Asia Barat dengan cara menjatuhkan setiap Kerajaan yang memerintah. Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Dan Anwar Ibrahim sebagai ‘puppet’ kepada orang orang Yahudi, digunakan sepenuhnya sebagai simbol ‘moderate’ Islam dan model untuk kerja kerja laknat ini.

Mengapa Anwar Ibrahim suka berbohong! Bercakap dusta sudah menjadi darah daging dan makanan harian makhluk laknat ini.

Apakah Anwar masih lagi mahu menidakkan bukti terbaru ini atau menikus kembali selama 6 bulan supaya bukti ini akan terpadam lama kelamaan dan luput dari ingatan manusia, juga juak juaknya.

Tapi yang lebih malang adalah juak juak yang masih mempercayai Anwar Ibrahim suci dari sebarang noda dan dosa! Begitu mudah juak juak ini memaafkan Anwar Ibrahim tetapi dalam masa yang menghentam Kerajaan terutamanya UMNO seolah olah esok kiamat!

Jika ditanya kepada penulis apakah Anwar Ibrahim berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri, jawapannya TOBAT LAHOM !!! ... makhluk ini tidak berpeluang langsung untuk menjejak kakinya ke Putrajaya, dengan izin Allah Taala.

Makhluk yang bersifat Maha Munafiq ini adalah contoh Dajjal Dajjal kecil yang bertebaran di bumi Allah ini. Wajib sebenarnya jika jatuh hukum, makhluk ini patut dibunuh secepat mungkin.
Makhluk ini mulutnya berkumat kamit bercerita perihal Agama, tuntutan Islam dan perjuangan menentang kebatilan dihadapan para Muslim. Dalam masa yang sama, hati makhluk ini adalah hitam ... lebih hitam dari Api Neraka Jahanam! Para Munafiqin sememangnya akan dicampakkan oleh Allah Taala ke Neraka. Itu pasti.

Anwar Ibrahim ... bila lagi nak buat ‘statement’ penafian … atau sememangnya sudah selesa dengan ‘title’ Maha Munafiq.

sumber inspirasi:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive


http://www.whistleblower.org/blog/31-2010/645-report-exposes-irregularities-of-obscure-state-department-funded-organization



MELAYU ATAS PAGAR

Thursday, July 15, 2010

BERSEDIAKAH ORANG MELAYU MELEPASKAN HAK HAK KEISTIMEWAAN ? PART II


Penulis ingin menyambung kembali siri yang lalu dari artikel dalam blog ini yang pernah dikeluarkan pada 2 Julai 2010. Benarkah orang Melayu terlalu hangat hati setiap kali isu berkaitan hak hak dan keistimewaan kita sebagai orang Melayu dan bumiputera sering dipertikaikan.

Mengapa bangsa bukan Melayu selalu menuntut sesuatu hak yang tidak mungkin sama sekali akan menyebabkan Perlembgaan dipinda. Apa sebenarnya bangsa bukan Melayu mahukan sebetulnya, hak kesamarataan atau hak menguasai kuasa politik di Malaysia.

BAHAGIAN KEDUA

Sejarah tidak pernah menipu dan fakta tidak pernah berubah. Sewaktu penggubalan Perlembagaan Persekutuan tahun 1957, Artikel 152 dan 153 telah disepakati oleh semua kaum melalui pemimpin pemimpin masing atas dasar yang satu iaitu orang Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal dan juga keterbukaan orang Melayu menerima lebih sejuta bangsa Cina dan India sebagai warganegara tetap Persekutuan Tanah Melayu yang sah.

Penerimaan Artikel 152 dan 153 juga menandakan semangat kenegaraan dan toleransi tinggi antara kaum yang jelas menunjukkan orang Melayu sanggup ’beralah’ memberikan kaum minoriti untuk menjadi calon pilihanraya yang akan diadakan sebagai sebuah negara demokratik.

Tidak keterlaluan disebutkan bahawa semangat perpaduan dan kepelbagaian kepercayaan, budaya, cara hidup walaupun dari pelbagai keturunan dan penampilan fizikal tidak pernah luntur di dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya berpaksikan kepada mencari suatu kesamaan di antara semua kaum. Bukan hak kesamarataan !

Perbuatan golongan ’minoriti’ yang gila berpolitik untuk menghapuskan Artikel 152 dan 153 adalah sesuatu yang tidak boleh langsung dimaafkan. Juak juak ini sebenarnya tidak pernah melihat sejarah dan cara hidup masyarakat majmuk dari dahulu hingga masa kini.

Toleransi dari kedua dua artikel ini sebenarnya cukup memberi peluang yang saksama kepada kaum minoriti seperti orang India untuk menjadi calon pilihanraya umum malah menjadi wakil kepada kaum mereka di Parlimen. Sedangkan hak keistimewaan mutlak ini sepatutnya terletak hanya kepada orang Melayu sahaja.

Orang Melayu sentiasa terbuka dalam memberi dan menerima jurang perbezaan antara semua kaum bahkan beberapa kemunduran tahap ekonomi orang Melayu perlu diberi perhatian khusus. Oleh kerana itu, Artikel 152 dan 153 juga bertindak sebagai misi pengaman untuk mengelak perbalahan kaum seperti yang telah berlaku pada 13 mei 1969, suatu tarikh yang belum tentu akan luput dari ingatan orang Melayu.

Sewaktu Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan sebagai jambatan penggabungan Sabah dan Sarawak, kaum pribumi dan bumiputera ini juga bersetuju Artikel 152 dan 153 dipertahankan. Ini kerana penduduk di Sabah dan Sarawak cukup berpuashati yang hak hak keistimewaan mereka terjamin di bawah kedua dua artikel ini.

NATRAH : Pengajaran cukup bermakna kepada orang Melayu apabila hak hak kesitimewaan orang Melayu lupus

Jika hak hak keistimewaan ini dihapuskan, maka orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain akan tidak ubah menjadi seperti orang asli di Australia dan Red Indian di Amerika Syarikat. Di mana kaum pribumi ini hanya diberi potongan potongan kecil tanah oleh Kerajaan masing masing.

Adilkah begitu ... sedangkan mereka adalah warga asal tanah tumpah darah. Kaum kaum ini juga dilarang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di Australia dan di Amerika Syarikat.

Walhal di Malaysia, orang Melayu tidak pernah melarang baik orang Cina mahupun oarng India menggunakan bahasa ibunda masing masing. Bahkan kaum kaum ini juga bebas mendirikan sekolah kebangsaan masing masing yang menggunakan bahasa ibundanya sendiri, atas isu hak sama rata.

Carilah di muka bumi ini jika terdapat sekolah sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina wujud di benua Eropah, Amerika malah di Asia sekalipun. Tidak ada ! Tidak Ada ! Malaysia hanya satu satunya negara yang mewujudkan sekolah ini dengan menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar. Bukankah ini bermaksud hak orang Cina dan India sudah dijamin dan terpelihara hak mereka? Bukankah ini menunjukkan Malaysia adalah lebih liberal dari mana mana negara di dunia ini?

Tangan tangan ghaib dari juak juak pembangkang sebenarnya sudah terlalu banyak mengeksploitasi Artikel 152 dan 153 walaupun mereka ini bermati matian menafikannya. Pelbagai tuduhan dilemparkan termasuklah penubuhan sayap kanan (PERKASA) parti pemerintah yang merosakkan harmoni pelbagai kaum di Malaysia. Kononnya kumpulan ini berusaha menghancurkan identiti Perlembagaan adalah suatu kenyataan yang paling bodoh, tolol, sombong dan angkuh pernah didengari.


Kewujudan NGO Melayu ini cukup menjadi igauan mengerikan buat juak juak buta sejarah

Juak juak ini sebenarnya sesat dalam ilmu sejarah kerana tidak dapat melihat kepada warisan Melayu dalam hak-hak istimewa orang Melayu yang kedudukannya berbeza dengan datuk nenek moyang mereka.

Oarng melayu sebenarnya simpati dengan mereka yang mahu kepada kesamarataan tetapi mereka harus ingat, pusaka tetap pusaka dan tidak boleh disamaratakan sebarangan pihak.

Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah pendirian sesat. Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah perbuatan tidak mahu mengakui gantirugi sah, jelas, terhormat dan terbuka yang diakui semua kaum apabila dokumen PERLEMBAGAAN dan PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN diterima oleh semua kaum.

Bersambung …

MELAYU ATAS PAGAR

KHAS BUAT RAKYAT WANGSA MAJU


Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sudi mencemar Duli untuk merasmikan Masjid Usamah bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 16 Julai 2010 sebelum Solat Jumaat.

Seluruh rakyat Wangsa Maju beragama Islam dijemput hadir merafak sembah dan beramah mesra bersama Baginda. Bersama sama kita bersolat Jumaat bersama dengan Baginda kerana inilah hari bersejarah buat Umat Islam Wangsa Maju dapat mengenal Baginda dengan lebih dekat.

Daulat Tuanku !

Wednesday, July 14, 2010

SELANGOR MAJU, SYABAS ! – PKR NAIKKAN LAGI CUKAI PINTU !


Kerajaan Selangor maju setapak lagi setelah menempa kejayaan dengan perlombongan pasir secara haram di Dengkil, berdekatan dengan Paya Indah Wetlands.

Kejayaan terbaru kaedah ’asal boleh’ dengan menaikkan cukai pintu dilihat suatu strategi untuk menambah baik ’kantong’ Kerajaan Negeri Selangor disamping ’Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor’. Hasil dari permuafakatan di antara PKR, PAS dan DAP telah mencetuskan ’formula terbaru’ yang mampu merangsang ekonomi negeri Selangor.

Kejayaan ini dapat dilihat setelah beberapa aktiviti pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah Selangor mula menaikkan kadar cukai pintu walaupun Pakatan Haram telah berjanji untuk mengurangkan kadar cukai pintu malah menghapuskan cukai tersebut.

PBT di Cheras, Ulu Yam dan Serdang sedang mendahului dan giat menaikkan kadar cukai pintu bagi menunjukkan langkah pro aktif menyahut seruan Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun mendapat bantahan dari rakyat, Kerajaan Negeri Selangor masih meneruskan strategi ’Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor’.

Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar Khalid ’Al Gagap’ Ibrahim dan rakan rakan bersekutu, yang telah berjaya mencipta satu lagi kejutan dalam menambah pendapatan rakyat Selangor secara amnya.

Rakyat Selangor sekali lagi seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penasihat Ekonomi RM 1.00 Negeri Selangor, Anwar Ibrahim kerana dengan kepakaran beliau dalam bidang ekonomi, negeri Selangor telah berjaya menjana satu lagi kaedah pendapatan baru.

Jahanam … Jahanam ! Penasihat Ekonomi Negeri Selangor RM 1.00 yang dapat ... 5% ... agaknya ?


MELAYU ATAS PAGAR

Tuesday, July 13, 2010

PAS BERNIAT BELI YB BN???


BENARKAH URA-URA INI...???

PANASSSS!!!!

MAKLUMAT LANJUT???

KLIK DISINI...


YEW TEONG LOOK ... THE OLD FOOL !


This old fool has yet to accept defeat during the 12th general election to Wee Choo Keong and yet being pathetic on someone else !

And the worst is not even able to accept the fact that Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Dato Dr Shafei bin Abdullah was appointed as BN Chairman of Wangsa Maju.

He was starting to play foul by gaining a poll of the entire Chinese society that he is still in power in Wangsa Maju, and still the BN Chairman for the area.

Which is quite funny looking at his character and to his own stupidity, that the fact he has never been ‘Turun Padang with Rakyat’ after the general election.

As well as the programme that has won people over BN. Starting from the Juara Rakyat Pendidikan, Juara Rakyat Kebajikan, Juara Rakyat Agensi Kerajaan, Program Jom Ke Sekolah, Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga to the Program Sepetang Bersama Pemimpin … this 'Tayar Buruk' has never joined any of the damn BN programme.

Each program chaired by Dato Dr Shafei Abdullah was boycotted by him since the last general election. As well as with the MCA leaders too ! Talk about leadership huh !

Surprisingly is the support from the Indian leaders and parties which is truly amazing and well organized. 1 Malaysia I would say so.

It is understood that Dato Dr Shafei Abdullah has already twice commented on this matter and to his commitment, and yet he answered with " Baru Dua Kali Saya Tak Turun Padang ...".

Yew Teong Look still day dreaming that he is still has the chain of command in Wangsa Maju.

Please stop making any more statements that will lead to your foolishness !

Was he still think that the Malays would vote him for the next general election?

Or did he forget with a very offensive statement to the Malays in Wangsa Maju during the campaign in the previous general elections.

The Malays will never forget the fact with loud and clear ... " Saya Tak Perlu Undi Dari Orang Melayu " and that is why you have lost your seat Yew Teong Look !

You should have wash your compound before making noise to the public. Ditto !


MELAYU ATAS PAGAR

Monday, July 12, 2010

SELANGOR MAJU, SYABAS ! – PKR ANGKUT PASIR DI DENGKIL PULA !


Kerajaan Negeri Selangor berjaya menambah satu lagi pendapatan secara haram kepada rakyat Selangor dengan kehiatan melombong pasir secara haram seluas 20 hektar berdekatan Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Aktiviti melombong secara haram ini dikatakan mampu menjana pendapatan Kerajaan Negeri Selangor RM 220 juta hasil dari anggaran 10 juta tan metrik pasir yang dibawa keluar setiap hari.

Walaubagaimanapun, aktiviti haram tersebut bakal mengundang gangguan ekosistem hidupan unggas disamping menjejaskan salah satu produk pelancongan di Selangor.

Kegiatan haram ini tidak dapat dihidu dan dikesan oleh Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong dan juga NGO Alam Sekitar yang lain … sibuk tengok World Cup agaknya ! Atau mungkin sibuk membuat klip video ais krim yang baru !

Penduduk setempat mulai gusar akibat kegiatan haram yang telah mengganggu hidupan unggas dan alam sekitar. Kegiatan haram ini juga telah menyebabkan projek pertubuhan belia iaitu pusat penternakan ikan talapia dan baung tercemar ekoran tumpahan minyak ke dalam kolam berkenaan.

Aktiviti ini juga telah menyebabkan nyawa dan keselamatan penduduk setempat terancam berikutan kejadian tanah runtuh dan tanah jerlus yang bakal berlaku. Di samping itu, keselamatan kanak kanak juga turut terancam berikutan lori lori pasir haram yang memandu laju.

Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah berjaya menambahkan pendapatan rakyat Selangor secara amnya.

Rakyat Selangor seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penasihat Ekonomi RM 1.00 Negeri Selangor, Anwar Ibrahim kerana dengan kepakaran beliau dalam bidang ekonomi, negeri Selangor telah berjaya menjana satu pendapatan baru.

Syabas di ucapkan sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan PKR dan Menteri Besar Selangor, Khalid ’Al Gagap’ Ibrahim.

Jahanam … Jahanam ! Penasihat Ekonomi Negeri Selangor RM 1.00 yang dapat 20%.


MELAYU ATAS PAGAR

MCA TUBUH PERKASA ? ... MUNGKIN TIDAK !


MCA kini terpanggil untuk menubuhkan ’PERKASA CINA’ sebagai suatu manifesto dan doktrin untuk menangkis serangan dari PERKASA, kononnya. Suatu tindakan paling bodoh pernah kita dengarkan dari wakil BN !

Panggilan untuk pembentukan suatu ’Kuasa Cina’ untuk melawan serangan ’perkauman’ dari PERKASA datang dari Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim Siang Chai (Naib Presiden MCA).

Beliau telah mengisyaratkan pembentukan NGO ini pada satu forum di mana Kuala Lumpur dan Selangor China Assembly Hall (KLSCAH) akan menjadi badan paling tepat untuk pembentukan ’Kuasa Cina’ dan memainkan peranan penting untuk ’counter attack’ PERKASA.

MCA dan pertubuhan pertubuhan Cina Malaysia kini semakin berani mensensasikan bahawasanya UMNO menjadi nadi penggerak di balik tadbir penubuhan PERKASA. Tuduhan yang cukup berat dan paling hina untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin jawab.

Tanpa segan silu, MCA telah menobatkan UMNO pemberi kuasa kepada PERKASA sebagai pemain utama ’chauvinism’. Ia bukan lagi menjadi suatu andaian kerana media massa Cina juga sering menggambarkan UMNO sebagai teras utama pemain propaganda dengan penubuhan PERKASA selepas PRU 12, 2008.

PERKASA sudah dianggap sebagai 'pencacai kerja kotor’ BN untuk memenangi kembali undi bagi PRU 13. Secara tidak langsung UMNO dan PERKASA sudah dianggap sebagai ’parti ’racist’. Cukup kurang ajar !

Malah MCA, pertubuhan pertubuhan Cina Malaysia dan media massa Cina sering menggambarkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai pencetus propaganda dan mitos bangsa bukan Melayu akan menguasai senario politik dan ekonomi Malaysia suatu hari nanti.

Pertuduhan bongkak ini dikuatkan lagi dengan kebanyakan media massa seperti Utusan Malaysia, Berita Harian atau TV3 sering mengembar gemburkan kononnya inilah mesej paling merbahaya kepada orang Melayu.

Penulis kini tertunggu tunggu bilakah PERKASA CINA ini akan diwujudkan. Penulis ingin melihat sejauh mana MCA dan pertubuhan pertubuhan Cina Malaysia berani meneruskan tindakan tolol ini. Yang sebenarnya, puak puak ini sudah mempunyai beratus NGO yang diungguli oleh Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia dan Malaysia Seven Clans Associations.

Paling baru adalah isu menyerang institusi Raja Raja Melayu, jika benar DAP dan Malaysiakini yang memulakannnya. Bagaimana pula dengan serangan ke atas hak hak orang Melayu? Institusi Melayu? Mahkamah Syariah? Perlembagaan artikel 152 dan 153?

Penulis tidak mempercayai bulat bulat semua ini adalah perbuatan DAP dan Malaysiakini semata mata. Penulis cukup yakin pertubuhan pertubuhan Cina adalah ’tok dalang’ sebenar tindakan biadap ini. Dan penulis sukup yakin, sedikit sebanyak MCA juga berperanan sebagai ’tangan di sebalik tadbir’ perbuatan khianat ini.

Penulis masih teringatkan artikel UMWM pada 3 Mei 2010 ... ’PROFESSOR AMY CHUA BUKTIKAN MELAYU BERHAK TUNTUT ATAS DASAR MAJORITI’. Artikel tersebut mengupas perihal seorang professor berbangsa Cina Filipina memberi satu contoh klasik bagaimana bangsa Cina yang sebenarnya adalah minoriti dalam sesebuah negara baik di Thailand, Filipina, Indonesia mahupun di Malaysia, telah menguasai ‘kekayaan keseluruhan’ dan menjadi ‘kuasa dominan’ ekonomi sesebuah negara.

Tidak terfikirkah kita bagaimana Professor Amy Chua, bangsa Cina Filipina mampu melihat bangsa Cina sendiri sememangnya ‘chauvinist’, ‘greedy’, ‘racist’ dan ‘prejudice’ ! Apakah kita masih lagi membutakan mata dan pintu hati ! Penulis dapat merasakan ada ’Refined Plan’ di antara MCA, DAP dan pertubuhan pertubuhan Cina di Malaysia untuk menguasai institusi politik dan ekonomi di Malaysia.

Dan jika benar kewujudan PERKASA CINA ini menjadi realiti, penulis ingin melihat kembali peristiwa yang pernah berlaku di Indonesia di waktu kejatuhan Suharto akan menjadi realiti. Peristiwa bagaimana tercetusnya 'Gerakan Anti Cina’ di Indonesia yang menyaksikan ’penghapusan etnik cina’ berlaku.

Mungkin kewujudan PERKASA CINA ini cukup akan menjadi titik tolak tercetusnya perjuangan orang Melayu yang sudah teruk berpecah belah. Penulis langsung tak kisah dicop sebagai ’racist’ ... namun siapa yang memarakkan lagi api kemarahan orang Melayu !

Jika MCA masih belum belajar dari sejarah ... eloklah diteruskan nawaitunya. Penulis cabar MCA, DAP dan pertubuhan pertubuhan Cina di Malaysia ! Berani kerana benar !


MELAYU ATAS PAGAR