Friday, July 23, 2010
APA SEBENARNYA PENDIRIAN PAS
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din berkata kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan menemui kata putus selagi UMNO masih terus menerus berdegil untuk tidak mengubah dasar pemerintahan kepada dasar Islam.
Beliau bagaimanapun bersetuju pada dasar perlu untuk penyatuan ummah disegerakan tetapi dengan syarat UMNO perlu berubah dan mengubah dasar parti. Beliau yakin kerjasama pasti terlaksana setelah UMNO bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
Dr Haron Din amat yakin jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, maka orang Melayu akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh dan mapan dari sudut kuasa politik, ekonomi dan kenegaraan.
Kita masih ingat lagi beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang paling lantang menentang pengunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, walaupun kebanyakan pemimpin PAS yang lain terus bergelut dengan memancing undi kaum bukan Melayu.
Persoalannya, perlukah UMNO dilihat sebagai penghalang terbesar penyatuan ummah selagi dasar UMNO itu sendiri tidak diubah kepada dasar Islam. Pandangan yang bagaimana nyata menunjukkan UMNO itu tidak Islamik.
Sekular? .. Apa itu sekular? UMNO dituduh mengamalkan sekularisme sebagai dasar perjuangan parti dan dasar pemerintahan sejak penubuhannya. Bukankah sekularisme bermaksud pemerintahan yang tidak ada langsung berunsurkan Islam seperti yang dilakukan oleh Mustafa Kemal Attaturk di Turki.
Apakah UMNO pernah mengarahkan Al Quran dicetak di dalam Bahasa Malaysia
Menggubal undang undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang undang Barat Menukar azan ke dalam Bahasa Malaysia
Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah
Menukar masjid untuk dijadikan gereja dan kuil
Membatalkan undang undang waris, faraid secara Islam
Menghapuskan penggunaan kalendar Islam
Membenarkan wanita memakai tudung dengan memakai skirt
Menyerang Islam secara terbuka dan terang terangan
Menghapuskan wakaf dan membiarkan anak anak yatim dan fakir miskin terbiar.
PAS perlu jawab secara jujur adakah UMNO telah melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan syarak dan Islam.
Sedangkan dasar Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh UMNO itu meletakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia! Mengapa masih menuduh UMNO mengamalkan sekularisme!
Kita juga berhak mempertikai pendirian PAS yang tampak terlalu ekstrim menganggap DAP sudah menerima dasar PAS secara total. Apakah hanya dengan tidur sebantal berlainan mimpi sudah cukup meyakinkan PAS bahawasanya DAP adalah Tag Team dunia akhirat politik mereka?
PAS sebenarnya masih lagi mengimbau zaman remaja yang penuh dengan rajuk terhadap UMNO. Maklumlah, UMNO tidak pandai memujuk rayu dan cumbu rayu. DAP mungkin lebih ’gentleman’ kerana gemar dan bijak membelai PAS dengan seribu mimpi indah yang palsu.
Amat malang kerana sejak bersama berjuang dari Gagasan Rakyat pada tahun 1990, PAS masih terus menerus gagal meyakinkan dasar pemerintahan parti kepada DAP. Bukankah itu satu kegagalan hakiki untuk tempoh 20 tahun!
Atau PAS yang sepatutnya melakukan perubahan terhadap dasar parti ... bukannya UMNO ... untuk penyatuan ummah sebenarnya.
MELAYU ATAS PAGAR
jangan tukar dasar pemerintahan umno. kalau tukar itu bermakna kita setuju dengan perjuangan sesat pas.pas bukanlah bererti islam. malah dasar perjuangan pas juga kabur.sekabur mata pemimpin pas itu sendiri.
ReplyDeleteAllahuakbar!! umno akan tetap dengan dasar islam bukan seperti pas dengan dasar ajaran sesat!
setuju kerana UMNO tidak pernah mengambil tindakan undang undang terhadap PAS yang telah mengkafirkan UMNO, sembahyang dua jemaah, memulaukan majlis, dsb.
ReplyDeleteharap PAS boleh buka mata, UMNO tak sekejam itu
pening le pale aku nih...
ReplyDeletekalu ngan dap tak de pulak nak kate kene tukar dasar dulu ler..pendirian dulu ler....senang jer...tapi kalu sesame kita mcm2 demand...mmg korang nak tgk melayu hancur dulu kot...korang rase melayu ade kuase lagi ker skrg??korang pikir2 kan ler....
PAS bukan tahu apa dia cakap. kalau dia penting tentang dasar, kenapa gabung dengan DAP? tu saja ceritanya. jangan buat alasan. Harun tak Harun, nampaknya memang dia ni pun pk turut saja pada nik ajis
ReplyDeletePERPADUAN? PERPADUAN APA BENDA?...ISU INI ADALAH CIPTAAN UMNO NAK MENGALIH ISU NEGARA SAJA...
ReplyDeleteNAK KERJASAMA PAS+UMNO DALAM BIDANG APA? POLITIK? EKONOMI? MELAYU?...MASING2 DAH SEBATI DGN PRINSIP DAN KEPENTINGAN MASING2...TAK PAYAH LAH SIBUK NAK AJAK BERUNDING...NAIK MELUAT PUN TENGOKNYA...
SEBENARNYA ISU NAK BERPADU NI MAINAN SEMATA2 NAK SOKONGAN...TERUTAMA UMNO, YG MANA UMNO BIJAK MENGUMPAN ISU PERPADUAN KPD PAS, YG MANA UMNO TAHU DAN ARIF BHW PAS TDK AKAN BERSETUJU..BILA TAK SETUJU UMNO DGN PANTAS AKAN MENYALAHKAN PAS ATAS PERPECAHAN MELAYU...BIJAK UMNO NI NAK MENGENAKAN LAWAN DIA...
KITA DLM NEGARA DEMOKRASI, BIAR LAH MASING2 DGN PEGANGAN MASING2 DAN AKHIRNYA RAKYAT MENENTUKAN SIAPA YG BENAR2 DIPERCAYAI UTK MEWAKILI RAKYAT...TAK PAYAH LAH NAK BERPADU...
DLM UMNO PUN LINTANG PUKANG NAK AJAK ORG LAIN PLAK BERSAMA2...RENTIKAN LAH..
BERBAIK2 DGN UMNO NI UMPAMA PERJANJIAN DAMAI ISRAEL+PALESTIN...TAK KEMANANYA PUN..BUANG MASA!!!
HELAH UMNO NAK ALIH TUMPUAN ISU NEGARA...
YE KE !!!
ReplyDeleteAPA DIA ISU NEGARA TU
KES LIWAT !!! KOREK PASIR !!! DUIT YAHUDI LARI !!! MELAYU PULAU PINANG TINGGAL SEBATANG !!!
INILAH SEBEB KENAPA UMAT MELAYU DAN ISLAM PERLU KEMBALI BERSATU
5.37PM ... 5.37 PM ...
Tak payah susah2 ajak orang riak n takabur berunding. UMNO parti yg kuat. PAS yg patut ubah perangai kalau nak satukan umat. PAS lah punca perpecahan umat Islam Melayu di Malaysia. Dia sibuk kafirkan UMNO, tuduh UMNO tolak Islam. Jadikan alasan dasar UMNO untuk terus memusuhi UMNO. Suka hati kau la PAS, suka hati mak bapak kau la PAS, suka hati tok nenek kau la PAS. Tn Guru tapi sokong peliwat tu pun dah pelik
ReplyDeleteANON 8:01
ReplyDeleteKALAU KO KATA UMNO PARTI KUAT TAK PAYAH LAH SUSAH2 AJAK PAS NAK BERSATU...KO DAH KUAT KO SETTLE JE MASALAH RAKYAT DAN MELAYU...KATA AHLI ADA 3 JUTA, BUAT APA TERHEGEH2 MACAM KERANG BUSUK PD PAS? KENAPA?...TAK MALU KE UMNO DAN BERKAWAN DAN BERSAHABAT BAIK PULAK DGN PARTI YG DIA DAKWA PARTI AJARAN SESAT...
YANG KO SAKIT HATI SGT PD PAS NI KENAPA? UMNO MENGAJAK PAS BERSATU TETAPI DLM MASA SAMA PAS DICEKIKNYA...DAH LAMA SGT UMNO NI JAHAT PD PAS...KESIAN AKU TENGOK (WALAU AKU BUKAN AHLI PAS)
KALAU KO KUAT JGN SEBOK2 LAH...TERHEGEH2 MCM PELACUR!!!
kalau berbalah tak henti2...jgn harap la nak dapat undi dari aku menjelang pilihanraya nanti...naik menyampah dah tgk...baik yg berjanggut dgn takdak janggut...
ReplyDeletesaudara pemyokong umno dan pas
ReplyDeletetak kira la ngkorang sokong umno ke pas ke, kita bangsa melayu, agama islam. tak kira mcmana sekalipun kita tetap bersaudara.
tapi kena ingat bersaudara aje tak cukup, kena bersatu sbg ummah.
ini bukan kehendak umno atau pas, tapi lebih kpd anjuran junjungan kita nabi muhammad.
dia nak wafat pun tetap lagi panggil umatku ... umatku ... umatku ...
tak rasa bersalah ke ?
Aku kesal membaca kenyataan Dato Harun Din nie, eloknya dia nie bersara ajelah dari politik, dan kembalilah menjadi ulama' untuk memimpin ummah.Kembarnya pun dah berpesan kalau ulama' masuk politik keterlaluan inilah jadinya. Hukum dan tuntutan Islam di ketepikan asalkan dapat jaga politik ketaksuban.
ReplyDeleteBab penyatuan orang melayu dari UMNO dan PAS aku rasa tak payah di ulas panjang-panjang nak sokong kerajaan melayu Islam atau nak tumbangkan kerajaan Melayu Islam buatlah pilihan masa PRU 13 nanti.Kerana telah banyak ingatan di berikan akibat kegagalan melayu Islam bersatu.
Aku selalu berdoa agar allh s.w.t membukakan pintu hati-hati manusia yang telah mati akibat kepartisan.
July 23, 2010 11:51 PM
ReplyDeleteNi nak tanye.. sape sbnrnye yg xnak bersatu dgn UMNO... PAS kan??
So, nape nk salahkan UMNO gi.. Patutnye tanye PAS tu.. Kite dlm UMNO xde masalah.. Dorg yg SOMBONG BODOH.. Ikut je telunjuk ANWAR DGN KARPAL.. last2, UMNO lak yg dimaki..
DA LA.. aku da MUAK dgn propaganda PAS ni.. Buang masa.. nak bersatu, pandai2 la dorg cari UMNO..
Skrg ni wat kje.. Ahli2 Parlimen BN patutnye fokus usaha utk selesaikan masalah rakyat.. Tu yg lebih penting... Nak melayan SIKAP SOMBONG BODO PAS ni, sampai bile2 yg xsettle..
Dorg nak bsatu.. pandai2 la dorg cari kita..
off white clothing
ReplyDeletegolden goose
giannis antetokounmpo shoes
palm angels hoodie
kyrie irving shoes
golden goose outlet
off white
curry 9
air jordan
paul george shoes