Friday, July 30, 2010

ANWAR IBRAHIM : THE UNHOLY ONE


Anwar Ibrahim sudah menjadi jurucakap rasmi PAS sejak berita pelan perdamaian dan kerjasama dua parti terbesar Melayu, UMNO dan PAS kembali hangat diperkatakan. ‘PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa berdasarkan prinsip’, ‘Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini’ (The Malaysian Insider : 30 Julai 2010).

Sejak bila PAS melantik Anwar Ibrahim menjadi jurucakap rasmi parti berkenaan? Benarkah kesemua pemimpin PAS menolak kerjasama ini? Sedangkan pemimpin DAP tidak pernah memberi reaksi dan komen jika wujud kerjasama erat UMNO dan PAS.

Apakah yang membimbangkan Anwar Ibrahim? Adakah kerana talian hayatnya kini bergantung penuh kepada PAS atau kerana talian hayatnya bersama golongan elit Yahudi semakin pupus?


Sejak dari dalam UMNO, Anwar Ibrahim adalah manusia yang berada di saf paling hadapan menghentam dan mencerca PAS. Manusia ini jugalah yang berkata PAS pembohong besar kepada umat Islam demi undi, PAS adalah golongan yang suka mempersenda ayat Al Quran dan yang paling hebat, PAS sudah menyeleweng dari Islam.

Adakah PAS sudah terlupa caci maki beliau ... atau sengaja tutupkan mata, pekakkan telinga, butakan hati ... walaupun hati sudah dirobek dengan ganas oleh Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Penulis boleh sifatkan ini sebagai wayang politik dan gimik PAS. Rasional pemimpin PAS berbuat sedemikian rupa hanya boleh dijawab oleh mereka yang berada di dalam kelompok kepimpinan PAS.


Sudah sedia maklum, Anwar Ibrahim semakin terdesak mendapatkan sokongan dari PAS sejak peristiwa Anti Yahudinya telah memakan tuan dan bantuan dana dari luar. Penganut radikal seperti Anwar Ibrahim telah semakin hilang sokongan dari golongan elit dan pembuat dasar Amerika. Namanya semakin membusuk di persada politik antarabangsa sehingga terpaksa membuat ‘Concert Tour’ di US untuk memberi penjelasan demi penjelasan kepada pelobi pelobi Yahudi.

Artikel ‘The Unholy Alliance’’, The New Ledger 23 July 2010 jelas memberitahu bahawasanya Anwar Ibrahim adalah jenis manusia sanggup melakukan apa sahaja demi imej, kuasa dan nama.


Tidak menghairankan apabila wartawannya, Pejman Yousefzadeh menulis Anwar Ibrahim sewaktu berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993-1998 telah cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir demi menunjukkan bahawa perlunya beliau menjadi penghubung utama kerjasama yang lebih besar di antara pembuat dasar US dan negara negara Islam di Asia Timur.

Anwar Ibrahim telah menggambarkan Tun Dr Mahathir sebagai diktator, zalim dan Anti Yahudi semasa beliau dipenjarakan. Beliau cukup memerlukan sokongan antarabangsa dari segi politik dan bantuan dana untuk kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, setelah bebas dari hukuman penjara.

Apakah PAS masih perlu lagi menjalinkan kerjasama dengan penganut radikal ini (Anwar Ibrahim) atau lebih baik bekerjasama dengan UMNO untuk ’win win situation’. Tak rugi apa apa pun apabila kedua dua parti Melayu terbesar ini mewujudkan suatu ‘coalition’ yang mantap.

Yang cukup nyata, juak juak Erdogan di dalam PAS yang sebenarnya menolak bulat bulat kerjasama ini. Juak juak Erdogan inilah yang telah dibentuk dan diserapkan oleh Anwar Ibrahim ke dalam PAS untuk melakukan ‘psyche war’ terhadap umat Islam secara keseluruhan.

Anwar Ibrahim sememangnya licik sejak dari ABIM lagi. Kemasukan beliau ke dalam UMNO atas jemputan Tun Dr Mahathir telah mengundang padah kepada umat Islam secara keseluruhan, baik di dalam UMNO mahupun PAS. Penulis tidak menyalahkan Tun Dr Mahathir kerana beliau sering bersangka baik terhadap Anwar Ibrahim sejak dari dulu lagi sehinggalah kepada tercetusnya pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri sekaligus Timbalan Presiden UMNO.


Ramai di antara kita masih belum tahu rahsia isi kandung Mesyuarat Kabinet terakhir sewaktu Anwar Ibrahim dipanggil menjawab pertuduhan di hadapan Tun Dr Mahathir dan para anggota kabinet. Sewaktu diajukan pertuduhan oleh Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim bangkit menepuk meja menguhunus jari telunjuk kepada Tun Dr Mahathir sebagai amaran keras terhadap Tun Dr Mahathir.

Sesumpah ini telah mengadakan rapat umum di Masjid Negara secara terang terangan menyerang dan menentang Tun Dr Mahathir namun dalam pada masa yang sama mengutus surat meminta maaf kepada Perdana Menteri. Ini disahkan oleh Senator Ezam Mohd Noor yang telah menunjukkan bukti surat tulisan Anwar Ibrahim kepada wartawan suatu ketika dahulu ketika mengadakan ‘press conference’.

Apa lagi yang perlu dibuktikan kepada rakyat umumnya umat Islam dan Melayu tentang Anwar Ibrahim. Setiap perisitwa yang terbongkar dan dibongkarkan baik dari media tempatan mahupun media antarabangsa jelas menunjukkan nawaitu sebenar pemimpin jahil ini. Segala rahsia yang terbongkar adalah Qada’ dan Qadar dari Allah Taala.


Perlukah golongan muda umat Islam di Malaysia bergantung nyawa dan harapan kepada manusia sesumpah ini yang masih buta dan jahil dengan sejarah hidup Anwar Ibrahim. Sejarah dan fakta tidak pernah menipu namun fakta dan sejarah akan sentiasa diputar belit oleh Anwar Ibrahim.

Perlukah umat Islam di dalam PAS menanggung biawak hidup ini secara berterusan dan terus melupakan bahawa suatu waktu dahulu, Anwar Ibrahim acap kali memperlekehkan PAS dan pemimpinnya sebagai parti sesat dan menyeleweng.


Dan perlukah UMNO hanya mahu berpeluk tubuh dan menunggu sahutan serta salam silaturrahim dari PAS seolah olah tiada inisiatif dan gerakan dari UMNO itu sendiri. Apakah UMNO terlupa bahawa penubuhan parti PAS pada November 1951 adalah dari golongan serpihan ulama ulama dalam UMNO itu sendiri yang tidak bersetuju dengan cadangan Dato’ Onn Jaafar mahu membuka keanggotaan parti kepada bangsa Cina dan India.

‘The Unholy One’ ini akan sentiasa menjadi duri dalam daging ke arah penyatuan umat Islam khususnya orang orang Melayu.


MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

  1. Ekonomi Malaysia sebnarnya era Mahathir menjadi lebih baik hingga sekarang tetapi adalah disebabkan ada pembelot dan penkhianat yang nak menjahanamkan ekonomi Malaysia sejak 20 tahun dulu oleh sesumpah anwar....Ini lah Malaysia mesti ada tali barut Yahudi yang nak menjahanamkan negara Islam Malaysia....Mahathir telah membuat yang terbaik untuk ekonomi Malaysia rupa-rupanya anwar sudah menjahanamkan ekonomi dari dulu lagi...Sekarang baru sedar siapa anwar...pengkhianat bangsa...

    ReplyDelete