Tuesday, July 20, 2010

MCA DAN MIC … BATU PENGHALANG BESAR KEJAYAAN


Dalam artikel artikel yang lalu, penulis sudah beberapa kali menyingkap sikap ‘talam dua muka’ dua parti komponen BN, MCA dan MIC. Acap kali kedua dua parti komponen ini menjentik kesabaran UMNO terutamanya dalam perihal sokongan kepada BN dan sikap kurang ajar yang sering mempertikaikan hak hak keistimewaan orang Melayu.

Hanya tinggal kurang dua tahun lagi untuk BN menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 walaupun keputusan lalu amat memeritkan. Tidak kira sebanyak mana sekalipun Kerajaan cuba untuk memperbaiki imej yang tercalar, namun usaha ini masih belum menunjukkan hasil yang jitu untuk BN terus menerajui Kerajaan Persekutuan.

Setidak tidaknya, UMNO walaupun dipalit dengan pelbagai skandal lampau telah mula bergiat aktif membersihkan imej yang tercemar dengan memperkenalkan berbagai cara dan kempen untuk menarik kembali sokongan rakyat dan orang Melayu khasnya.

UMNO sebagai peneraju BN sudah jauh di hadapan dalam memperkenalkan pelbagai pelan seperti Rancangan Malaysia ke 10, GTP, NKRA, KPI, NEM untuk menunjukkan arus perubahan sudah bermula. Namun usaha ini dilihat sia sia apabila MCA dan MIC lebih seronok untuk ‘tidur’ dan tidak banyak terlibat dalam program program yang sudah dirangka. UMNO semakin dilihat bersendirian dan MIC serta MCA tidak mempunyai daya usaha kolektif untuk turut serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.

MCA dan MIC lebih condong dilihat melindungi kedudukan dan kepentingan masing masing. Perpecahan, tidak menghormati sesama parti komponen, tuduh menuduh di antara tiga parti komponen terbesar ini cukup untuk menjahanamkan BN pada pilihanraya umum akan datang.

Permusuhan Dalaman dan Di Antara MIC dan MCA

Kedua dua Presiden parti yang mewakili kedua dua parti terbesar dan kumpulan etnik masing masing sudah menjadi bahan cacian dan momokan. Penulis masih lagi kehairanan dengan sikap wakil wakil MCA yang masih mahu mempunyai seorang Presiden yang nyata sudah bergelumang dengan najis skandal seks . Terlalu pening untuk difikirkan ‘mood’ ahlul bahlul MCA ini!


Apatah lagi dengan imej Chua Soi Lek sudah terjejas teruk selepas calon pilihan MCA tewas dan hilang kerusi Parlimen Sibu kepada DAP. Kekalahan tersebut cukup menjejaskan kredibiliti dan reputasi beliau. Dan ditambah lagi dengan kritikan pedas oleh YB Ibrahim Ali bahawa MCA sememangnya pemalas dan Chua Soi Lek tidak melakukan tugasnya untuk mengumpul sokongan orang Cina di Sibu. Ada kebenaran di sini.

Begitu juga MIC, parti yang selalu ’havoc’. Ahli CWC yang di pecat, KP Samy secara sinis berkata "Untung sebenarnya kerana tidak ada wakil pembangkang kaum India yang kuat dari Pakatan Rakyat ". Maksud tersirat adalah MIC bakal jahanam dengan gelagat Mr Presiden Samy Vellu kerap kali memecat mana mana ahli yang kurang digemari malah Timbalan Presiden turut dipecat mengikut selera nafsu pemikirannya.


Sejak dicabar oleh Datuk S Subramaniam pada tahun 1989, MIC sudah berpecah kepada dua kem besar yang mengakibatkan kepincangan teruk dalam MIC setelah berbagai kempen untuk menggulingkan Samy Vellu tidak tercapai, yang sudah menjadi liabiliti kepada MIC.

Kini sudah wujud pula suatu gerakan suci (Gerakan Anti-Samy Vellu - GAS) di terajui oleh bekas Ketua Pemuda MIC Selangor, V Mugilan yang turut dipecat oleh Samy Vellu. Samy Vellu kini pula menambah kebencian wakil wakil MIC dengan menukar perlembagaan parti untuk membolehkan anaknya Vell Paari dilantik sebagai ahli CWC. Perbuatan yang sememangnya menjejaskan integriti beliau.

Prestasi Pilihanraya Kecil yang Goyah

Meskipun konflik dalaman MIC cukup hebat namun barisan kepimpinannya dilihat masih mampu untuk bertahan dan ini terbukti sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Calon pilihan Samy Vellu, P Kalamanathan telah menewaskan Zaid Ibrahim dengan majoriti mudah sebanyak 1,725 undi. Kemenangan tersebut kurang bermakna kerana lazimnya kubu kuat BN selalu memperolehi majoriti lebih kurang 10,000 undi sebelum PRU 12.

Jika tidak kerana UMNO yang bermati matian ’all out’ turun padang, belum tentu kemenangan berpihak kepada MIC. Ini adalah hakikat!

Pelengkap kepada prestasi merosot parti komponen BN adalah kekalahan calon MCA di Sibu yang tewas dengan majoriti 398 undi. Bukan YB Ibrahim Ali sahaja yang menempelak Chua Soi Lek atas kekalahan memalukan ini, malah Samy Vellu juga turut ’tumpang sekaki’. Samy Vellu bukan sahaja menghentam Chua Soi Lek di atas kehilangan para pengundi Cina malah beliau juga menuduh UMNO dan MCA berkomplot dalam pembentukan GAS.


Walaupun keputusan pilihanraya kecil bukanlah penunjuk sebenar kelemahan BN tetapi sentimen dan ’trend’ pengundi cukup membuatkan BN resah tidak tidur lena. Dari 11 pilihanraya kecil yang telah dilangsungkan, BN hanya mampu memenangi 3 kerusi sahaja! Itu sudah cukup untuk dijadikan asas pola pengundi.

Dengan Samy Vellu yang masih belum membuktikan undi orang India kembali sepenuhnya kepada BN, MIC sudah mula mengada ngada membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah. Chua Soi lek dilanda tekanan cukup hebat untuk mengembalikan undi orang Cina yang sudah jauh terlepas kepada pembangkang. Harus di ingat sekalipun pengundi Cina hanya meliputi 25% penduduk di Malaysia, namun bangsa inilah yang paling banyak keluar mengundi sekitar 32% jumlah pengundian pada PRU 12.

Bangsa inilah juga yang sudah semakin berani mempersoalkan hak hak keistimewaan orang Melayu secara terang terangan.

Pakatan Haram Semakin Menghampiri

Sementara BN masih lagi bergelut dengan krisis dalaman, pihak pembangkang mula mendapat perhatian. Seperti lazim dan sudah sinonim dengan cara politik kotor kononnya berpegang kepada ’motto muti racial’, PAS sudah membuka keanggotaan kepada Non Muslim (DHPP) untuk meraih undi untuk pilihanraya umum yang akan datang.


Dengan ramai ahli pembangkang yang sentiasa mencari pukulan maut ke atas perbelanjaan Kerajaan, BN tidak sepatutnya menyalahkan rakyat kerana masyarakat sudah ditanam di dalam minda mereka perkara perkara yang tidak pernah elok berkaitan BN. Yang mana BN sepatutnya bertindak lebih agresif dan bukannya defensif.

Perjuangan kepimpinan BN kini lebih tertumpu kepada mengubah corak kepimpinan dan meyakinkan para pengundi tentang ketulusan dalam membawa perubahan. Pengerusi BN dan UMNO, Datuk Seri Najib sudah semakin sesak kerana terlalu banyak memikirkan sama ada MIC dan MCA boleh menyelesaikan masalah dalaman mereka secepat mungkin sebelum tibanya pilihanraya umum seterusnya.

Dan ini adalah alasan yang cukup tepat mengapa GAS mahukan Samy Vellu untuk berambus keluar dari kepimpinan MIC untuk digantikan dengan muka muka baru bagi mempersiapkan MIC untuk pilihanraya umum akan datang.

Semakin ditinjau, Samy Vellu dilihat terperangkap dengan karenah politik beliau sendiri. Semua mata kini bertumpu kepada Samy Vellu sama ada beliau akan mengosongkan kerusi Presiden parti atau tetap dengan keras kepala beliau. Semacam ada situasi yang menyesakkan pasti akan berlaku apabila ’lalu lintas MIC’ sudah sesak dan ’traffic jam’ yang pasti akan berlaku pertembungan berdarah.

Petunjuk sudah semakin jelas bahawa BN akan kehilangan sejumlah besar sokongan dari pengundi Cina dan Melayu bahkan tidak salah dikatakan pengundi India juga mula berpaling arah jika perjuangan GAS menjadi kenyataan.

Ini adalah suatu ’setback’ yang BN wajib hapuskan untuk kembali mendapat sokongan rakyat. Jika usaha BN ini gagal, maka suatu perubahan drastik dalam politik akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang sememangnya ’political animal’.

Jika ditakdirkan BN kalah (dengan izin Allah Taala), parti parti komponen lain sebenarnya berhak menuding jari kepada MIC dan MCA yang ternyata haus dan rakus dengan kuasa politik yang menggila.


MELAYU ATAS PAGAR

7 comments:

  1. nasib UMNO kerana terpaksa menanggung bewaks bewaks MIC dan MCA mentekedarah hidup.

    elok pancung aje dua parti nie. amik aje gerakan, makkal sakti, ipf dsb.

    senang hidup! kurang pening! uleh buat byk keje!

    ReplyDelete
  2. alahai... ingat UMNO tu bagus ker? rasuah jer banyak. nama pun busuk. MCA dan MIC pun dalam BARISAN NASIONAL juga. Macamana nak realisasikan 1 Malaysia kalau macam tu baik ubah jadi 1 UMNO. kalau 1 Melayu plak PKR & PAS pun melayu juga.
    MEDIA WANGSA MAJU ni dah mengucar kacirkan keadaan sahaja... memburukan nama UMNO jer...

    ReplyDelete
  3. la ... tak sangka puak pembangkang pun boleh komen kat sini yek!

    pkr tu melayu 100% ke! ronnie liu dah potong anu ke? elizabeth wong pun dah sunat ke?

    betul betul betul ... semua puak puaka pkr melayu 100%, itu pasal la tok batin anwar ibrahim dia keturunan melayu darah yahudi!

    anon 3.32pm

    ngko dah kira bagus la boleh komen kat sini. blog pembangkang jangan harap boleh komen kalau tak sokong hampas hampas pembangkang!

    cakap tak serupa bikin ... main ikut belakang!

    ReplyDelete
  4. baik ko tanya diri ko tu dulu dah sunat ker belum.... ko ingat ku bukan umno ker.... aku dok pikir nak keluar umno lah ni kalau korang asyik buat berita2 yang bodoh sombong ni.... hanya akan memalukan umno sendiri bukan menaikkan nama umno... pelik aku kata nak bantah pembangkang tapi MCA dan MIC pun dikata pembangkang... pikir guna otak.... bukan guna kepala lutut hang.

    ReplyDelete
  5. allo bro 10.03am

    sebab pikir pakai otak la bro umwm boleh buat statement camni. lu melayu jenis malas berfikir sbb tu lu punya kepala sama macam pembangkang.

    keje asyik nak senang kepala otak, malas berfikir, malas nak kaji selidik, main ambik bulat bulat statement orang lain.

    masa tun dr mahathir mana ada cina dgn india punya berani nak pertikai hak kita ? skrg ni je dah naik tocang.

    bila suggest buat satu sekolah wawasan, bangsa nilah yang tolak bulat bulat. bukan dia tak faham sekolah wawasan pun boleh pakai bahasa pengantar diaorg sendiri!

    lu la jenis melayu yang tak ada semangat jati diri, senang kena tiup, senag kena beli!

    ReplyDelete
  6. haloo mr 11.42...

    kalau nak buat statement pun biarlah yang membina... bukan kutuk umpat keji orang... dulu pun pengundi PKR dan PAS sekarang adalah dari UMNO... bangsa melayu kita... tapi kalau statement yang mengutuk mcm ni sapa yang suka... bagi lah yang membina... ini yang melingkupkan nama UMNO dan PM sendiri.... apa yang ko dapat? lagi orang kutuk UMNO sendiri... lagi orang meluat tau...

    ReplyDelete