"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini sebagai mempertahankan kenyataanya bahawa beliau adanya pemimpin PAS dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Beliau yang ditemui wartawan di Putrajaya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar beliau berbohong mengenai pertemuan berkenaan.
"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya.
Mahfuz dan Salahuddin berkata PAS tidak pernah beri kebenaran agar Harussani bertindak sebagai orang tengah antara UMNO dan PAS untuk membawa duduk berama dan berunding.
Sebelum ini, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti UMNO dan PAS.
"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini. Harapan itu ada kerana kedua-duanya (UMNO dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh Sabtu.
Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
PAS...... OH PAS.... Kenapa hendak menafikannya. Tapi penulis yakin, memang ada pertemuan tersebut. Dari puak yang tidak menyokong Anwar Ibrahim dan DAP. Yang menafikan pertemuan ini kebetulan puak Erdogan yang juga menyanjung Anwar Ibrahim.
Apa salahnya bersatu? Kenapa juak-juak Erdogan di dalam PAS begitu angkuh bekerjasama dengan DAP dan PKR yang terang-terang tidak menyokong perjuangan anda.
Entahlah.. Malas nak ulas lebih-lebih. Da banyak kali isu ini berbangkit. Tapi PAS yang tolak bulat-bulat. Takkan UMNO pula nak terhegeh-hegeh. UMNO sudah lama menerima sebarang bentuk kerjasama.
Emm.. Tak serik2 jilat tapak kaki Anwar Ibrahim...
Post By.... AMAT
aku nak menyeru semua orang melayu dalam PAS supaya beranibersatu dengan UMNO demi masa depan Melayu di Malaysia. Kepada pemimpin yang enggan tu, biarkan dia terhegeh-hegeh kat situ. Apa yang dia boleh buat tanpa ahli atau penyokong dibawah. biarkan dia. Lama-lama dia akan gila sorang-sorang macam Nik Ajis, Mahfuz Dan Salahudin. jangan peduli diorang ni wahai ahli-ahli pas. diorang takde hutang darah pun dengan korang. Sokong je UMNO untuk perpaduan orang melayu dan Islam. ALLAHUAKBAR
ReplyDeleteAda baiah kot kalau bersatu UMNO/PAS jatuh talaq. PAS banyak baiah. Ahli-ahli dia keliru agaknya.
ReplyDeleteagbr47: Pas, ada yang liberal ada yang lurus. Selebihnya bebal.
3 AMALAN AGAR MUDAH DIHISAB DI AKHIRAT & MEMBAWA KE SYURGA. Nabi saw bsabda:"Brgsiapa ada pdnya 3 pkara,nescaya Allah mghisabnya dgn hisab yg mudah & mmasukknnya ke dlm syrga dgn rhmatNya.
ReplyDelete1. memberi prtolongan kpd org yg tak mahu menolongmu.
2. mymbung silaturrahim dgn org yg mmutuskan srahim dgnmu.
3. memaafkan org yg menzalimimu. (Riwayat Tabrani).
hakikat sebenarnya islam kepada PAS hanyalah sebagai batu loncatan untuk kepentingan diri serta ingin mendapatkan kuasa dan juga cara untuk menipu pengikutnya...kutukan..makian dan fitnah serta menjatuhkan maruah orang terhadap sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka dibolehkan..tidak kiralah orang yang dihamun ulamak ke..mufti ke..seolah-olah ilmu mereka terlebih daripada semua orang..adakah ini amalan yang dilakukan oleh rusullah..????...ini lah islam kepada puak melayu PAS...
ReplyDelete