Monday, July 26, 2010

MIC … NOW YOU’RE TALKING !


Penulis tidak mahu mengulas begitu panjang ke mana hala tuju MIC dalam BN sejak pilihanraya umum yang lalu. Namun jika ini gerak kerja permulaan yang ditunjukkan, maka MIC sudah cukup layak bergelar ‘best friend in brotherhood’ di dalam BN.

Gerak kerja ‘Movers and Shakers’ di anjurkan oleh Pemuda MIC Pusat bertujuan untuk menarik golongan belia India baru untuk terus menjadi pendokong MIC seterusnya menyokong BN untuk pilihanraya umum akan datang.

Difahamkan, Pemuda MIC sudah mengatur suatu gerakan agresif dalam meraih sokongan belia ini melalui beberapa program yang mampu menarik minat seperti Karnival 1 Malaysia. Program yang digerakkan oleh Biro Integrasi Kaum 1 Malaysia Pemuda MIC akan bergerak secara terus menerus ke seluruh pelusuk Malaysia.

Pemuda MIC juga diberitakan mahu menarik minat golongan belia yang sudah kurang berminat mengenai politik melalui program program yang mampu memberi kesedaran betapa pentingnya parti politik seperti MIC dalam menetukan masa depan dan hala tuju negara terutamanya golongan India.

Apa apa pun penulis mengucapkan setinggi penghargaan kepada MIC yang sudah mula mengorak langkah dan berjuang bersama UMNO untuk mengekalkan momentum BN sebagai wadah terbaik perjuangan rakyat justeru menolak secara total dakyah dan penipuan pembangkang.

Penulis cukup yakin gerakan Pemuda MIC ini adalah selari dengan perjuangan BN malah bersesuaian dengan konsep dan slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Jika program ‘Movers and Shakers’ anjuran MIC ini dapat dikekalkan momentum dan secara konsisten, penulis tidak ragu ragu BN mampu memenangi hati para pengundi seterusnya menawan kembali banyak kawasan pada pilihan raya umum akan datang.

MIC … Well Done! Let this be your groundbreaking movement towards making such an insightful impact to the existing and claiming new voters, and to the Indian community first and foremost.

Namun, masih ada lagi satu parti komponen terbesar BN yang cukup malas dan kelihatan cukup seronok menjadi ‘sleeping partner’. Parti ini acap kali di lihat membiarkan UMNO dan MIC bekerja keras sambil duduk di belakang tadbir bagai ’Tuan Besar’ di dalam BN.

Tak perlu penulis beritahu … parti parti komponen lain sudah cukup masak dengan lagak dan sombong parti komponen ini. Perihal sekecil tidak pernah diberitahu tentang perlantikan UMNO sebagai Pengerusi BN di Wangsa Maju di war warkan di dalam akhbar Sinar Harian yang lepas.

MIC ... Welcome Back ! Welcome To The Club! You’re Most Welcome! Anda memang tidak mengecewakan BN sekalipun berada di kedudukan genting!


MELAYU ATAS PAGAR

11 comments:

  1. salam blogger,

    link saya,

    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ye ke ?...sapa lah nak masuk BN sekarang ni ye?

    beruk kot? atau pacat yg nak isap darah jer..bila kenyang tergolek dan membuta....itu lah orgnya yg nak masuk BN....

    ReplyDelete
  3. AA AA

    SAMA LA MACM PAKATAN HARM TU HA !!!

    DAH KAUT DUIT RAKYAT, LAGI NAK MENIPU !!!

    SELANGOR BUBGKUS, PENANG BUNGKUS, KELANTAN DAH AL MAKLUMLAH !!!

    SIAPA CEKIK DARAH SIAPA !!!

    SIAPA PENIPU ? PAKATAN HARAM !!!!

    ReplyDelete
  4. mamat 8.46am sudah mamai telan takebeer!

    komen pakai otak kat anu mana boleh pikir dgn baik!

    dah sah punyala ramai ex pkr keluar masuk umno dan bn pun tak sedar lagi.

    ni sah dah telan maajun kuat anwar brahim ni! otak dah berpinau pinau pening sbb panas kapla otak!

    parti mana masuk pakatan haram? pi cari fakta skit !!!

    ReplyDelete
  5. pelik dengan media wangsa maju ni... baru lagi dia kutuk MIC... sekarang ni mulut punya lah manis... jangan sampai kencing manis dah lah yer... dalam undang2 Kerajaan Malaysia semua lantikan atau penamatan tugas mesti melalui surat yang bertulis... tapi pelik juga kan kalau tiada BLACK n WHITE.... siapa sebenarnya yang harus dipersalah kan...???

    ReplyDelete
  6. to menggong 8.46am, nak kata bebal mmg bebal kot dok makan bak kut teh banyak sangat.. otak mereng.. pakatan haram dah nak bungkus... so be prepare..

    ReplyDelete
  7. Salam Persahabatan,

    SYABAS BUAT UNIT MEDIA WANGSA MAJU..

    Inilah dinamakan semangat dalam memastikan BN kembali utuh..

    Kritikan terhdp MIC dan MCA sebelum ini bukanlah bertujuan memaki hamun sesiapa.. Ianya merupakan teguran mbina ikhlas dari penulis.

    Dan pujian ini adalah setelah MIC sedar atas kesilapan mereka.. Maka maklum balas positif sewajarnya diberikan semula kepada parti ini.

    \Saya pasti, kemasukan T.Murugiah akan memberi kekuatan kepada MIC kerana beliau amat gigih dlm memastikan rakyat terus dibela..

    TERUSKAN USAHA ANDA UNIT MEDIA WANGSA MAJU.

    ReplyDelete
  8. 3.18... hai unit media...

    lahai... lepas kutuk baru nak puji ker? lepas ni MIC jadi macam MCA lah kalau tak ikut telunjuk UMNO....

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Tak Ikut telunjuk UMNO??? Ni mesti puak2 yg nak PAS-UMNO bersatu.. Da la... Jgn sesekali nk pecahbelahkan kami dlm BN ni..

    Yang salah kite tegur.. yg betol kite sokong la... Ktrg bukn mcm dlm PAKATAN HARAM... Sokong betul sokong, yg salah pn wat2 betol..

    Pe plan PEMUDA MIC tu mmg btol.. utk kuatkan BN jugak.. So, xsalah kite sokong kan?? Ini la namenye semangat setia kawan dlm BN..

    Xyah la cube nak api2 kan penyokong BN tuk satukan PAS UMNO ni.. Kalo PAS nak, dorg sendri dtg kt kite..

    Ni x, dihina, dimaki UMNO gi de la.. Naik muak aku da.. So BN, teruskan usaha anda.. rakyat nk tgk BN kembali menang besar PRU 13..

    HIDUP BN......

    ReplyDelete
  10. 2.55pm

    Tak Ikut telunjuk UMNO??? Ni mesti puak2 yg nak PAS-UMNO bersatu.. Da la... Jgn sesekali nk pecahbelahkan kami dlm BN ni..
    TAPI UMNO SENDIRI DAH PECAH BELAHKAN BN WANGSA MAJU KAN.....

    Hidup BN
    Hidup BN
    Hidup BN
    for 1 MALAYSIA

    bukan UMNO

    ReplyDelete