Monday, May 20, 2013

Tony Pua sifatkan Menteri Besar MUNGKIR JANJI dengan persetujuan sebelum ini bahawa PARTI ITU MENDAPAT EMPAT KERUSI dan Pas hanya berhak mendapat tiga kerusi.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mungkir janji dengan persetujuan sebelum ini bahawa parti itu mendapat empat kerusi dan Pas hanya berhak mendapat tiga kerusi, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Beliau yang tidak gembira dengan keputusan itu berkata, ia sudah pun dipersetujui dalam mesyuarat pada Khamis bersama Khalid bahawa PAS akan mendapat tiga kerusi bersama-sama dengan calon untuk jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Malam tadi, kami mendapati terdapat senarai nama yang berbeza. Kami mahu tahu mengapa. Tiada masalah pada Khamis. Ia merupakan mesyuarat yang sekejap dalam masa setengah jam," katanya.

Pada malam Sabtu, Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa kedua-dua PKR dan DAP akan mewakili tiga kerusi Exco manakala PAS akan mendapat empat kerusi, dengan mengatakan bahawa formula 3:3:4 (PKR: DAP: PAS) adalah berdasarkan prestasi parti-parti dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Kedua-dua PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR memenangi 14 kerusi DUN.

Sambil menambah bahawa beliau terkejut dengan Khalid yang jelas membuat kenyataan ‘pusingan-U’ dengan Pua berkata: "Apa gunanya mesyuarat itu?"

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, yang merupakan seorang Exco kanan kerajaan negeri pada penggal lepas, ketika dihubungi bersetuju dengan Pua bahawa parti itu memang dijanjikan dengan empat kerusi.

Read More, KIASU SUDAH MULA SEPAK KEPALA MELAYU



Diminta ahli dan penyokong PAS untuk segera SELAMATKAN parti itu dari DISERANG terus-menerus oleh TUAN BESAR Pakatan Rakyat. Mintalah IZIN dan SOKONGAN dengan TUAN BESAR Pakatan Rakyat terlebih dahulu memandangkan PAS bernyawa hasil dari undi BANGSA KIASU.

Khalid Ibrahim bukannya boleh selamatkan PAS. Kena jentik sikit pun sudah mula GELABAH nanti. Anwar Ibrahim ... Lagilah tak boleh tolong.

Kalau pun tidak, GUNA nama Tuanku Sultan Selangor untuk MEMATIKAN terus suara TUAN BESAR Pakatan Rakyat.





3 comments:

Anonymous said...

INGAT KHALID GAGAP ... INGAT MANI FESTO BUKAN JANJI ... DAN MAHKAMAH MALAYSIA PUN BERSETUJU BAHAWA MANI FESTO BUKAN JANJI ... JADI SEMASA PRU BUATLAH MANI FESTIVAL KERANA IANYA BUKAN JANJI ... DAN TAK PERLU DITUNAIKAN ...
MANI FESTO ITU KEMUDIAN DIPERLUASKAN KEPADA ... TEMPAT MESYUARAT BUKAN TEMPAT MEMBUAT KEPUTUSAN ... DAN IANYA BUKAN SUATU JANJI UNTUK DIPATUHI ... LEPAS MESYUARAT KALAU DAPAT ILHAM LAIN ... TERUS KUBURKAN MESYUARAT ITU TANPA PERLU DIPANGIL MESYUARAT ATAU DIBUAT PERBINCANGAN BARU ...
INGAT KHALID GAGAP ... INGAT SEMUANYA BUKAN JANJI UNTUK DIPATUHI ... SAYA SOKONG RAKYAT SELANGOR UNDI PKR / PAS DAN DAP ... SELAMAT BERPOLITIK ... LEPAS PRU PUN TERUS BERPOLITIK ...

Ayah Man said...

AKU JANJI KETIKA DILAFAZKAN SAMBIL MEMEGANG LEMBING AKAN DILAKSANA SERTA DIPERTAHANKAN.

Anonymous said...

Tony puaka sudah salah paham. Malam tu kalid bagi manifesto perlantikan exco bukan janji.