Wednesday, May 22, 2013

AirAsia SEKALI LAGI buat TAIK berikutan keputusan syarikat itu ENGGAN MEMBAWA PULANG JENAZAH seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.



Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia (MAS) ke Kuala Lumpur malam ini.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.

Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.

Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.

''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.

''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.

sumber : UTUSAN MALAYSIA



Nak tunggu apa lagi ...

Sudah tiba masanya rakyat menggunakan kebijaksanaan, bermula dengan AGENSI dan KAKITANGAN AWAM seluruh negara untuk MEMBOIKOT perkhidmatan AIR ASIA. Jika tidak pun, jadikan AIR ASIA sebagai PILIHAN TERAKHIR untuk kemana-mana destinasi.

Perlu diingat ... KUASA 1.4 JUTA KAKITANGAN AWAM mampu memberi KESAN BESAR terhadap operasi keuntungan syarikat KIASU ini. AIR ASIA KENYANG pun disebabkan oleh ramainya KAKITANGAN AWAM dan AGENSI KERAJAAN yang banyak menggunakan perkhidmatan syarikat ini. AGENSI dan KAKITANGAN AWAM masih boleh menggunakan syarikat penerbangan MAS dan FIREFLY sebagai PILIHAN UTAMA dalam sebarang urusan rasmi kerajaan mahupun sebagai pilihan untuk bercuti.

Sudah terlalu banyak ADUAN dan SIKAP MENGECEWAKAN perkhidmatan AIR ASIA dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.


Soal KEMANUSIAAN dan KEPRIHATINAN cukup-cukup menjelekkan ...

Sikap LEPAS TANGAN dan TANPA MENGGUNAKAN BUDI BICARA kerana terlalu BERGANTUNG kepada prosedur syarikat mengakibatkan Izan Suhaila Mohd Ali dan anaknya DILARANG menaiki pesawat AK 1455 untuk pulang dari Ho Chin Minh ke tanah air. Lebih MEMALUKAN apabila anak Izan Suhaila Mohd Ali didapti TIDAK LAGI mengidap demam campak seperti yang didakwa oleh kakitangan AIR ASIA.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT ? ... Boleh pergi mampuslah dengan penumpang. UNTUNG DULU, NYAWA KEMUDIAN. Yang tolong bawa pulang anak beranak ini adalah syarikat penerbangan MAS.

AIR ASIA ... NOW EVERYBODY CAN DIE !

Walau apa jua MASALAH yang dihadapi PENUMPANG, AIR ASIA sepatutnya SELESAIKAN TERLEBIH DAHULU apatah lagi insiden tersebut berlaku di luar negara yang sememangnya asing kepada rakyat.

Penjelasan CEO AIR ASIA Group, Tony Fernandes MEMANG BANGANG. Tanpa merujuk kepada penjelasan mangsa, LAHANAT ini mempertahankan tindakan kakitangannya. LEBIH MEMALUKAN, LAHANAT ini boleh pula tawarkan TIKET PERCUMA kepada Izan Suhaila Mohd Ali sebaik sahaja anak-beranak ini tiba di KLIA. Walhal mangsa TERKAPAI-KAPAI di Ho Chin Minh.

Mana perginya kakitangan AIR ASIA untuk membantu anak-beranak ini di Ho Chin Minh SELAMA LIMA HARI ?



Belum habis cerita malang Izan Suhaila Mohd Ali dan anaknya, AIR ASIA sekali lagi BUAT TAIK berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Pegawai AIR ASIA pun telah mengakui syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'TIDAK MEMPUNYAI LESEN' untuk berbuat demikian ... TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT ?

Apa lagi alasan dan tindakan Tony Fernandes ... nak bagi lagi TIKET PERCUMA ? Buat coverage untuk TERPAMPANG mukanya dalam media-media ?

AIR ASIA ... NOW EVERYBODY CAN DIE !





4 comments:

Anonymous said...

Air Asia dah kene badi SIAL...sgl2nya dah xmnjadi lately...silap ari bulan jadi Air Asial....

kadang2 bila dah enak dok di atas, manusia tuh lupa nak jengok2 org yg dah kite pijak n langkah utk smp kat atas tuh....pada yg masih ngaku beragama Islam dlm pengurusan Air Asia trtama yg di peringkat tinggi tuh bermuhasabah lah diri...'warning' dari Allah jgn di abaikan....

Anonymous said...

sekurang-kurangnya. kalau AirAsia berbaik hati dan bijak.. tolong uruskan dengan airlines lain sebab dieroang xde 'lesen' pun dah cukup bagus..

Anonymous said...

Mari lah kita umat Islam@ Melayu membaca talkin kepada pengurusan Air Asial...xlama lagi bakal arwah lah Air Asial niee...boikot ....Air Asial ada lesen nak bawa China Doll ke ?

Anonymous said...

si tony ni pon x sedo diri... buat duit kt msia sebok beli kelab epl.. apa slh support kelab tempatan dl.. ni qpr dah turun division br ada akai... now every1 can fcuk???!!