Thursday, June 28, 2012


 

 
Jika anda layari laman web Asia Sentinal, anda boleh saksikan dengan mata kepala anda sendiri bahawa dia (Altantuya) berdiri di hadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral, Berthelsen memberitahu Malaysiakini.


“If you go to the Asia Sentinel site, you will see pictures of her standing in front of a Louis Vuitton store, the Buddha Bar, Notre Dame Cathedral and a whole flock of other locations in Paris,” Berthelsen told Malaysiakini.

Semalam adalah siri pertama pendedahan fitnah gambar-gambar Altantuya yang digunakan pembangkang dan SUARAM, yang semakin gusar tidak mampu mengaitkan DS Najib dengan isu pembelian dua kapal selam Scorpene.

Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.


Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang Mongolia ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan dinamakan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.



East side of the Duomo with choir windows

Gothic Cathedral Duomo – The Pride of Milan (East side of the Duomo with choir windows)

Cukup nyata Anwar Ibrahim melalui Tian Chua yang bermati-matian mengatakan gambar Altantuya di atas adalah bukti bahawa mendiang pernah berada di Paris suatu fitnah yang menjijikkan dari seorang yang bertaraf ahli Parlimen (gigit polis).

Cukup berbeza struktur dan ikon bangunan sebenar Notre Dame Cathedral dari apa yang didakwa oleh laman web Asia Sentinel dan Tian Chua di Parlimen, semalam.

Bagaimana pula dengan gambar dibawah ini ...



FITNAH KEDUA - Eiffel Tower, Paris 


Begitu juga dengan gambar di atas ini ... sebagaimana yang didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan Menara Eiffel Tower, Paris.

Benar ... memang benar. GWM tidak menafikan memang Altantuya sedang bergambar di hadapan Menara Eiffel (Eiffel Tower).

Namun ... Eiffel Tower di negara mana? Benarkah gambar ini diambil dihadapan Eiffel Tower di Paris? Jawapannya ... Tidak.

Apakah benar hanya ada satu Eiffel Tower di Paris? Bagaimana pula dengan gambar-gambar di bawah ini ...

Eiffel Tower di Las Vegas, Amerika Syarikat


Eiffel Tower di Beijing, China.

Eiffel Tower di Brisbane, Australia.


Justeru, bagaimana pula dengan Eiffel Tower boleh berada di Filipina? 





Berbalik kepada persoalan utama, benarkah mendiang Altantuya bergambar di hadapan Eiffel Tower di Paris?


Perhatikan kepada tanda-tanda kuning sebagai rujukan, kononnya Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower, di Paris, Perancis.


Tanda-tanda, sama ada dibulatkan atau dalam bentuk petak, mahupun dalam bentuk garisan terputus menunjukkan gambar ini telah diubahsuai (modified / tampered).

Lihat dengan teliti dibawah gambar sebenar Eiffel Tower di Paris, Perancis ... 


1) Mengapa terlalu gelap gambar Altantuya di hadapan Eiffel Tower di Paris.

2) Dari kedudukan manakah Altantuya bergambar sehingga menampakkan bayang-bayang X (tanda kuning) di belakang Eiffel Tower.

3) Mengapa ada struktur bangunan di sebelah kiri Eiffel Tower (petak tiga segi berwarna kuning) dalam gambar mendiang Altantuya sedangkan gambar sebenar menunjukkan tiada struktur bangunan dari mana-mana bahagian Eiffel Tower di Paris.

4) Bagaimana pula dengan dua lampu bulat yang dikuningkan dalam gambar Altantuya nyata malap.


5) Di bahagian garisan terputus, mengapa ada dua bahagian bayangan cahaya gelap dan kurang gelap. 


Persoalan ... Altantuya berdiri dihadapan Eiffel Tower mana sebenarnya? ... Las Vegas, Beijing, Brisbane atau di Filipina?


Mungkin masih ada persoalan yang timbul ... mustahil gambar Altantuya yang disiarkan di laman web Asia Sentinel ini palsu. 


Bagaimana pula jika dilakukan dilakukan pengesahan melalui perisian istimewa (software), seperti dibawah ini ...





Perisian ini mampu memberikan jawapan jika sekiranya sesuatu gambar yang diambil telah diubahsuai (modified, edited or tampered).



Original Image taken from canon 850


Keputusan analisis gambar di atas menunjukkan ianya mempunyai kebarangkalian asli dan tidak diubahsuai, melalui perisian ini.  


GWM melakukan analisis terhadap gambar yang diambil bulat-bulat dari laman web Asia Sentinel, yang didakwa sebagai gambar Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower di Paris.


Berikut adalah keputusan ujian ...






Analisis menunjukkan gambar Altantuya ini telah mengalami proses edit  (modified, edited or tampered).

Seharusnya jika sesuatu gambar itu asli, maka perisian ini akan menunjukkan analisis Class 3 ... dan bukannnya Class 1.

Class 1 bermaksud gambar ini telah mengalami proses suntingan ... (modified, edited or tampered).



Bersambung dalam siri seterusnya, fitnah gambar-gambar di laman web Asia Sentinel.



19 comments:

Anonymous said...

good job bro

Anonymous said...

Diorg nie tak habis nak edit gambar..video pak nuar membonceng cina doll plak diorg kata palsu..Entah2 altantunya pun kena bonceng..hahha

Anonymous said...

puak fuckatan kalau baca artikel ni pasti meroyan,sebarkan bro...

Anonymous said...

Bak kata Hj Hadi, Bideo itu hanyalah besi, gambar itu hanyalah kertas. Tidak boleh jadi saksi.

Unknown said...

Ada gambar proton waja di belakang Altantunya tu.. hahahaha...

Anonymous said...

PENYOKONG UMNO (SKRG NIH) SOKONG KEPEMIMPIN PM NAJIB YG ADE KAITAN DENGAN KES P'BUNUHAN ALTANTUYA GUNA BOM KHAS ASKAR MELAYU , SOKONG ROSMAH M'BAZIR DUIT RAKYAT BELI CINCIN MAHAL JUTA2, SOKONG PIMPINAN UMNO RASUAH MCM SHAHRIZAT PAW PROJEK LEMBU NFC 250 JUTA , SOKONG BELIA MELAYU ISLAM JOGET K-POP TGK POMPUAN SEKSI (MENTERI PEMBANGUNAN WANITA-NAJIB) , SOKONG BELIA SAMSENG PUKUL ORG SUKA HATI DGN SOKONG JOGET PUNGGUNG TOKEH RESTOREN SKINCHAN UMNO...APE KES UMNO SKRG NIH, NI YG BANGGA DIKATAKN JAGE BANGSA MELAYU (TAK PAYAH)...LANGSUNG TAK RELAVEN!!!!

Anonymous said...

ade calon b'daftar m'gundi mendakwa ada pihak lain sabotaj alamat k'biasaannya tmpat dia buang undi...ntah angkara sape sume perkara ni terjadi???...pekeja2 SPR, sila bt tindakn s'lnjutnya...

Anonymous said...

ish2...mcmne krjaan sokong progrm hmpnn belia juta2 aritu...progrm hiburan je (dgn jmput artis seksi, galak penonton umum sume belia yg dtg tgk)..
hmm, mane agknye teguran ataupn komen mufti dgn ustz hassan ali berkenaan progrm belia aritu...

Anonymous said...

Mahathir kelmarin dilaporkan berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘begitu galak’ memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan untuk menutup mulut orang lain.

“Oh macam itu ke? Satu hala sahaja. Anwar saman Umno tak boleh sebab dikatakan tutup mulut, tapi Umno saman Anwar tak apa?”
Begitula antara komen @ p'dpat k'bnyakan rakyat semasa sembang2 politik kat kdai kopi...
Hmm, btul dan setuju dgn p'dpat mereka...tak dpat dinafikan setiap individu ade hak masing2 selagi tak dipastikn bersalah...negara b'daulat, m'pnyai undang2 dgn cara hidup islam...

Anonymous said...

Umno dan Barisan Nasional (BN) terperangkap di celah-celah tindakan ultra NGO naungannya terhadap pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga.

"Kalau pilihan raya 2008 pengundi India menolak Umno dan BN kerana usaha yang dibuat Uthayakumar dan Hindraf, kini muncul hero baru kaum India, S Ambiga.

"Pergilah ke mana-mana dan bertemu dengan masyarakat India, mereka akan berkata Ambiga adalah ikon baru mereka," kata anggota Parlimen Teluk Intan, S Manogaram dalam satu majlis sebelum ini.

Menjelang PRU 2008, nama peguam Uthayakumar meniti dari bibir ke bibir orang India di negara ini.

Kesan dari perjuangan mereka, masyarakat India menolak BN sehingga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kalah kepada calon PSM.

Anonymous said...

Tak paham apa kena mengena gambar minah tu kat Paris dgn Najib. Aku kenal Najib, Aku penah pegi Paris, does it mean that I'm involved in the c4 bombing and SCORPENE? hmm.. pelik.. kalau orang (anwar) dah marah dan rakus nakkan kuasa, benda yang tak ada kena mengena pun dia boleh carik benang dan kaitkan.

Anonymous said...

KALAU SENJATA PEMUSNAH BESAR-BESARAN WMD BOLEH DIPALSUKAN, APALAH SANGAT GAMBAR EIFEL TOWER, TAK GITU SEDARA2

Anonymous said...

penyebar fitnah memang tidak layak duduk dikerusi pm, takot-takot jadi macam bush tu pulak, kan kan

Anonymous said...

nmpk nye 2org mamat tu bnuh atlantuya sj2 la ek..kwang3;....

rosmah said...

bagus bagus...tak sesia kak mah upah kamu hahahaha...

Anonymous said...

fuh..punyalah berkobar2 semangat pencacai PR nak memfitnah ye...sampai gambar orang dah mati pun masih nak buat superimposed..

QalamQabut said...

Tahniah kepada MWM kerana membuat pendedahan yang cukup mantap. Amenoworld (http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/menjawab-bloggers-umno-isu-gambar.html) cuba timbulkan keraguan dengan memberi tumpuan kepada Milan Duomo Gothic Cathedral yang dibangkitkan MWM tetapi dia tidak berani atau sengaja mengelak dari mengaku gambar yang MWM siarkan adalah Milan Duomo Gothic Cathedral (Itali) yang hampir2 (jika tidak 100%) sama dengan latarbelakang gambar yang dikatakan Altantuya di Notre Dame Cathedral, Paris. Aku cuba juga cari gambar Notre Dame Cathedral, Paris yang hampir sama dengan ciri2 bangunan latarbelakang itu tetapi nak jumpa yang 50% hampir sama pun tak terjumpa. Atau mungkinkah Milan Duomo Gothic Cathedral itu ada juga di Perancis, seperti Eiffel Tower di China?

Persoalan yang timbul kini ialah mengapa wujud gambar yang sudah diubahsuai itu? Mengapa perlu dibuktikan dengan bersungguh2 bahawa Altantuya memang benar berada di Paris. Jika benar dia pernah memijak kaki di Paris, mengapa harus dibuktikan dengan gambar palsu?

Siapa punya kerja ni? UMNO? Supaya timbul keraguan yang tak munasabah tentang kehadiran Altantuya di Perancis? Dan Anwar, Suaram, AsiaSentinel dan John Berthelsen terperangkap?

QalamQabut said...

Baru jumpa balik catatan aku. Dan aku terus masukkan ke sini...
Aku ada baca artikel MalaysiaKini - http://www.malaysiakini.com/news/201884 yang mengulas mengenai tiada rekod Altantuya masuk ke Perancis. Penulis menyatakan bahawa Altantuya menggunakan nama Amina Abdullah. Dalam artikel Asia Sentinel (http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4635&Itemid=164)
Altantuya menggunakan nama Shaariybuu Bayasgalan pula.

Sekali lagi kita tak perlu meneliti apa nama sebenar yang digunakan Altantuya tetapi bertanya...
MENGAPA ADA DUA VERSI mengenai kemasukan Altantuya ke negara Perancis? Nak cari yang lebih logik diterima akal ke? Ada berita lanjut mengenai Amina Abdullah yang aku tak dapak akses. Mungkin ada pembaca boleh maklumkan dalam usaha kita mencari kebenaran.

nasa.abuomar said...

2017..adakah anda masih mkn dedak Pak jib lg ke