Monday, June 11, 2012



KUALA LUMPUR, 11 Jun 2012 - Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata pihaknya akan membuat laporan polis mengenai dokumen rahsia membabitkan skandal penjualan rahsia negara pembelian kapal selam Scorpene, berada di tangan pihak luar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan sidang media di Dewan Parlimen dan turut mengecam tidak ada mana-mana pihak dari kerajaan yang menjawab mengenai pendedahan dokumen rahsia ini.

"Dokumen ini telah jatuh ke tangan syarikat Terasasi Hongkong Limited dan pengarahnya Abdul Malim Baginda.

"Dokumen ini telah dijumpai oleh polis Perancis sewaktu menggeledah masuk sebuah syarikat Perancis yang pada ketika itu telah menjual dokumen tersebut dengan harga 36 juta Euro," kata Nurul Izzah.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tampil memberikan penjelasan mengenai skandal penjualan rahsia pertahanan negara.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak turut mendesak pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memulakan siasatan segera agar mereka yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka keadilan.

“Pendedahan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bahawa syarikat yang berkait dengan Perdana Menteri telah menjual rahsia pertahanan negara merupakan satu krisis nasional yang perlu diambil tindakan segera.

“Skandal penjualan rahsia pertahanan negara (pembelian Scorpene) kini melangkaui persoalan rasuah penyelewangan dana rakyat malah ia menunjukkan bahawa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak teragak- agak untuk menggadaikan kemerdekaan dan keselamatan negera demi mengumpul kekayaan peribadi,” katanya.

Jelas Azmin, Najib perlu memberI penjelasan terhadap tindakan menjual rahsia pertahanan negara ini kerana ia merupakan pengkhianatan tahap tertinggi dan berlaku semasa beliau memimpin Kementerian Pertahanan.

Sewaktu ditanya pemberita adakah kes ini telah dibawa masuk ke mahkamah Perancis untuk perbicaraan, ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menjawab bagi pihak Nurul Izzah "Belum, kes ini masih belum lagi dibicarakan di mahkamah di sana,".

Tian Chua turut memberitahu dokumen rahsia ini tidak boleh didedahkan kepada umum dan hanya SUARAM dibenarkan melihat dokumen tersebut.


sumber : KLPOS



Persoalan menarik pada sidang media pembangkang hari ini di Dewan Parlimen...


1) Kes ini belum lagi dibicarakan di mahkamah Perancis, ini seperti yang diakui oleh Tian Chua.
2) Dokumen rahsia ini tidak boleh didedahkan kepada umum, kata Tian Chua lagi.
3) SUARAM sahaja yang ada hak untuk melihat dokumen rahsia ini.

Hmmm ...



Suaram has announced that an inquiry into the alleged corruption, misuse and abuse of taxpayers money, linked to the purchase of the two Scorpene class submarines, back in 2002 will commence on Thursday, 19 April at the Paris Tribunal de Grande Instance (TGI), a first degree court that deals with civil litigation matters.

Suaram telah mengumumkan bahawa suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, pada 2002 akan bermula pada Khamis, 19 April di Paris Tribunal de Grande instance (TGI), mahkamah kelas pertama yang berkaitan dengan perkara-perkara litigasi sivil.



SUARAM sebelum ini mendakwa seolah-olah kes ini telah dibawa ke perbicaraan mahkamah Perancis pada 19 April 2012. Akhirnya Tian Chua mengakui kes ini belum lagi dibicarakan.

Agak menghairankan, mengapa pula jumlah pembelian dokumen kononnya rahsia pertahanan berjumlah 36 juta Euro boleh didedahkan kepada umum.

Seharusnya, jika sesuatu dokumen itu dianggap rahsia ... tidak ada apa-apa maklumat mengenai dokumen rahsia ini boleh didedahkan kepada umum.

Apakah Paris Tribunal de Grande instance (TGI) ini membolehkan sebarang maklumat boleh didedahkan kepada umum ...

Benarkah sudah ada siasatan yang dilakukan di Perancis?

Mengapa tiada langsung sebarang pemberitaan dari media Perancis terhadap kes ini? Pelik ...



3 comments:

Anonymous said...

Timbulkan persepsi dulu. Benar atau salah belakang kira. Dosa dah kumpul banyak-banyak pun takpe, tok guru boleh tolong hapuskan.......

Anonymous said...

DAP cipta dosa, PKR buat dosa, PAS cuci dosa. PR memang gabungan mantap!!

Anonymous said...

Haha...