Wednesday, June 20, 2012



Barangkali rakyat lupa dengan tindakan Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya menyerahkan pengurusan rizab BNM sebanyak RM50 bilion dan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada sebuah kumpulan pemikir Barat yang berpusat di Washington.

Abdul Murad Khalid pernah mendedahkan perkara ini pada 29 Oktober 1999, bagaimana Anwar Ibrahim mahu dana RM50 bilion ini dikendalikan oleh Asia Pasific Policy Centre (APPC).

Mujur arahan Anwar supaya APPC menguruskan dana-dana di atas tidak berjalan.


APPC ini diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat yang 'membantu menaikkan imej Anwar di AS dan Eropah' sewaktu beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri a.k.a. Menteri Kewangan.

Sahabat baik Anwar Ibrahim ini merupakan Pengarah American Institute di Taiwan dan bekas penganalisis kanan untuk CIA di Jabatan Negara Amerika.

Doug has worked in the State Department with the Policy Planning Staff and as a senior analyst for the CIA.

Sekarang Douglas Paal telah kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Carnegie Endowment For International Peace.



Bekas Penolong Gabenor BNM ini pernah mendedahkan bagaimana beliau sendiri mengatur bayaran AS$10 juta (RM38 juta) disumbangkan kepada APPC daripada Akaun Induk yang dikawal oleh Anwar.

APPC ini ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Douglas H. Paal dan dibiayai sebahagian besarnya oleh Anwar Ibrahim.

Kamaruddin Jaafar, ahli Parlimen PAS Tumpat yang juga merupakan sahabat baik Anwar dalam ABIM adalah pengerusi Institut Kefahaman Dasar (IKD) pada tahun 1994 yang banyak melobi Anwar Ibrahim kepada Amerika Syarikat melalui projek “Dialog Pasifik” dengan kerjasama APPC.

Jika tidak silap, APPC pernah menganjurkan persidangan-persidangan ''The Pasific Dialogue'' di bawah naungan Anwar Ibrahim dan Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang sekitar bulan November 1994.

IKD dan APPC telah berjaya melaksanakan projek-projek dailog mega di Malaysia selepas Dialog Pasifik I di Pulau Pinang (1994) diikuti dengan Dialog Pasifik II (1996), Dialog Pasifik III (1996) dan Dialog Pasifik IV (1998). Kesemua Dialog Pasifik II, III dan IV diadakan di Kuala Lumpur.



Barangkali rakyat telah melupakan bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan badan asing seperti APPC ini untuk kepentingan politiknya dengan pertolongan elemen-elemen asing.

Barangkali juga rakyat tidak mengetahui bagaimana APPC ini digunakan Anwar Ibrahim untuk mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sejarah tidak pernah membohongi ...



1 comments:

Matthew Thornton said...

Doing things for others from the heart is really not difficult at all and does not always require spending money. I said they are perfect for a snack & too bad we can't buy the little boxes @ the store. Here is an archive of hundreds of cereal boxes, with even more to come. Quit Smoking Naturally