Friday, June 28, 2013

Tuan Ibrahim Tuan Man DAKWA KUASA MELAYU-ISLAM LEBIH KUAT apabila PAS membuat keputusan untuk bersama PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat pada PRU-13.

Barangkali Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kini memikirkan kembali keceluparan mulutnya yang begitu angkuh mendakwa kuasa Melayu-Islam LEBIH KUAT setelah PAS mengambil keputusan bersama dengan Pakatan Haram.

"Islam akan kuat (bila PAS dalam Pakatan)...Islam akan kuat, (kalau bersama Umno) dengan apa yang ada sekarang Islam lemah.

"Sebagai contoh, kita daripada atas iaitu Yang di-Pertuan Agong sampai akar umbi semua Melayu tapi mengapa penagih dadah paling ramai Melayu, anak luar nikah pun Melayu, anak zina juga Melayu? Mengapa 'problem'?," katanya - ANTARAPOS, 6 Mac 2013

Tidak pula Ketua Penerangan PAS Pusat berani mencuit masalah sosial di Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 20 tahun. Kadar jangkitan HIV-AIDS, penyalahgunan dadah dan kemiskinan tegar adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Memang inilah sifat PAS yang cukup suka melihat sesuatu perkara dengan mikro dan bukannya MAKRO, secara menyeluruh.

Namun bukan isu gejala sosial yang mahu diutarakan. Persoalan pokok adalah benarkah dakwaan kuasa Melayu-Islam LEBIH KUAT setelah PAS mengambil keputusan bersama dengan PKR-DAP ?

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 sudah cukup menyiksakan kotak pemikiran Ketua Penerangan PAS Pusat. Kerana itu jugalah media rasmi parti, Harakahdaily, tidak berani mengeluarkan analisis struktur kekuatan Melayu-Islam setelah diumumkan keputusan pilihan raya.

Jika PAS menyatakan jumlah bilangan kerusi parlimen yang ditandingi parti itu bertambah pada PRU-13 (73 kerusi berbanding 66 kerusi pada PRU-12), maka itu bukanlah ukuran pertambahan kuasa Melayu-Islam. Realitinya, parti itu hanya memenangi 21 kerusi merosot 2 kerusi jika dibandingkan PRU 12.


Reality check ...

'Tahaluf siyasi' yang diwar-warkan PAS sudah berjayakah menambahkan kuasa Melayu-Islam selepas pilihan raya umum ?

Tidak benarkah dakwaan orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan mengambil alih pentadbiran negara bakal menjadi kenyataan dan akan berlaku ?

Sanggupkah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan PAS memberi jaminan SEKALI LAGI bahawa orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa jika memilih Pakatan untuk menerajui negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Benar atau tidak ...

PAS telah memberikan HADIAH BONUS kepada pertambahan kuasa Bukan Melayu-Bukan Islam. PAS juga telah memberikan CHAUVINIST KIASU DAP kuasa mutlak untuk MENJAHANAMKAN kuasa Melayu-Islam di negara ini.

Adakah PAS akan mendabik dada lagi selepas ini ?



9 comments:

Ari said...

mari bersatu

borhani abu bakar said...

Memang sahlah PRU13 telah menyaksikan bhw.PAS tidak kemana2 pun...sebaliknya PAS telah menyumbangkan kejayaan kepada Parti Rasis DAP apabila ia memperolehi kemenangan besar menduduki parlimen berbanding PAS dan PKR....Ini adalah kerjasama yg dihulurkan oleh Tok Nik dan Hadi....PRU 14 nanti jika pAS masih diterajui oleh 2 orang ni....Melayu akan kehilangan kuasa kerana kita menganggap undi orang Cina sukar berubah dan undi dari Sabah dan Sarawk belum tentu kekal sokongannya kpd BN !

Unknown said...

Orang melayu-islam hanya akan kuat klau imannya kuat.Rasulullah saw ambil masa 13th untuk itu saje..walhal amalan para sahabat lebih jauh tinggi dan bagus dr siapa yg ada sekarang...walaupun ulama skalipun.Takde de kita org melayu-islam akan kuat klau bersama dgn sianu..si ini lah....bohong je.Apa peranan ulama,ustaz2,cerdik pandai2 agama dan ape2 lg lah.Apa t/jawab mereka?.

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w mengambil masa 13 thn utk memantapkan iman kaum quraisy yg bmula dari 0. Tp negara kita dh merdeka selama hampir 56 thn dan kita dh dibekalkan dgn Al-Quran dan Hadis sbg panduan. Kenapa semakin lama smkn teruk perpecahan di antara umat Islam Malaysia. Malahan ada parti Islam yg sggup menjadikan cina dap sbg pm yg jelas bcanggah dgn Al-Quran dan Hadis. Itu punca perpecahan, tidak bpegang kepada tali Allah s.w.t tp sibuk mencari 1001 alasan utk mjustifikasikan tindakan.

Anonymous said...

BERPOLITIK TIDAK SECERDIK DAP.....KENA TIPU DAN DIANJINGKAN SAJA.......BUDAK SURUHAN.

azlanaini said...

Jika dilihat dari pernyataannya.. Aku berpendapat banyak lagi yang mamat nih kena belajar..

Anonymous said...

Pas silap faham pasal tahaluf siyasi. Tahaluf kalau menguntungkan islam, klu islam makin lemah dgn tahaluf tu, masih lagi nak joint ke. Pas kan parti islam bukan parti sekular mcm umno. Mgkn dah sampai tahap haram kot. Analoginya asal hkum kahwin tu harus, tetapi boleh berubah jadi sunat dan boleh berubah jadi haram, jika tak kena gaya. Pas jgn sombong dgn tahaluf siyasi yg mereka pegang ni. Hukumnya boleh bertukar kalau tak kena gaya.¡

Anonymous said...

Berapa ramai pemuka dan pemimpin dap masuk islam sejak berkawan dgn org pas?rasanya lebih ramai orang pas yang cabut kopiah dan lebai lepas tahaluf siyasi dgn dap!!!

Anonymous said...

jordan shoes
bape outlet
off white outlet online
golden goose sneaker
off white
cheap jordan
birkin bag
bape
palm angels
kyrie 8