Saturday, January 30, 2010


Majlis perasmian disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan ulung yang diberi penghormatan sebagai memperingati jasa beliau kepada orang MELAYU dan Tanah MELAYU amnya.

Pihak penganjur hanya menjangka ratusan rakyat yang akan hadir. Namun, tanggapan ini meleset kerana umat MELAYU yang hadir adalah RIBUAN !!!. Sambutan yang diberi diluar jangkaan pihak penganjur.



Kemesraan jelas terpancar di wajah kedua dua tokoh ini walaupun YB Dato Ibrahim Ali pernah di 'ISA' kan dua kali oleh Tun Dr Mahathir.
Namun demi perjuangan umat MELAYU, kedua dua tokoh ini boleh duduk semeja kerana hala tuju dan perjuangan mereka adalah sama. ISLAM dan UMAT MELAYU.



Antara tokoh tokoh MELAYU yang disegani hadir di majlis murni ini.


YB Dato' Ibrahim Ali selaku Pengerusi PERKASA Malaysia menyatakan penubuhan badan NGO ini adalah sebagai memenuhi tuntutan umat MELAYU yang semakin diganggu gugat oleh pihak pembangkang. Jelas beliau, PERKASA akan terus menjadi suara keramat umat MELAYU dalam mempertahankan hak hak istimewa umat MELAYU, selain UMNO disamping menegur pihak Kerajaan sekiranya tindak tanduk Kerajaan merugikan umat MELAYU.



Dalam ucapannya, YBhg Tun Dr Mahathir kagum dengan semangat umat MELAYU yang hadir pada majlis ini. Beliau cukup terkejut dengan kehadiran umat MELAYU yang mencecah ribuan. Jelas beliau, apabila hak hak keistimewaan semakin tergugat, maka umat MELAYU mula bersuara dan bangkit dan hasilnya PERKASA sebagai NGO umat MELAYU dijangka memainkan peranan penting sebagai badan yang memrtahankan hak hak istimewa orang MELAYU.

Tun Dr Mahathir juga menyeru umat MELAYU untuk bersatu hati dan berada di dalam saf yang sama dalam mempertahankan kedudukan istimewa umat MELAYU.

Majlis yang berlangsung hampir tiga jam, bermula pukul 2.00 petang tamat sebelum azan ASAR berkumandang.
Tahniah diucapkan kepada PERKASA yang berjaya menganjur malis perasmian dengan lancar walaupun ada ura ura 'PAKATAN ZIONIST' (nama baru PAKATAN RAKYAT) cuba menggagalkan usaha murni ini.
Gambar gambar dibawah menceritakan segala galanya.

Antara ribuan yang hadir di majlis perasmian PERKASA Selangor.


Tun Dr Mahathir melancarkan secara rasmi PERKASA Selangor.



Upacara menjunjung keris sebagai tanda keramat perjuangan umat MELAYU.



Tun Dr Mahathir sempat bergurau senda dengan Dato' Ibrahim Ali.



YB Dato' Ibrahim Ali menyampaikan cenderamata buat yang disayangi YBhg Tun Dr Mahathir


Majlis berikrar di antara pemimpin dan umat MELAYU, sama sama bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan ISLAM dan hak hak keistimewaan umat MELAYU.

4 comments:

PAPA GOMO said...

salam...
mantap artikel anda..he he he....ni macam kita suruh Najib Belanja Roti Sardin...he he he

hidup Melayu

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Agama,bangsa dan tanahair....itulah menjadi pasak perjuangan. Pemimpin, datang dan pergi...parti menjadi wadah selagi ianya seiring dgn 'perjuangan'.

Semoga perjuangan kita tidak seperti pas+pkr yg beridola dan taksubkan pemimpin.

Semoga PERKASA akan dihormati dan digeruni.

Ms Jade said...

I love Tun Mahathir so much!

Anonymous said...

supreme
supreme clothing
palm angels t shirt
bape hoodie
yeezy 350
palm angels hoodie
air jordan
air jordan travis scott
jordans
goyard outlet