Wednesday, July 18, 2012





GWM cukup tertarik dengan kupasan dari rakan blogger RBF berkenaan dengan laporan dari portal Haprakah Daily ini.


Belum pernah rasanya 'Bapa Chauvinist' ini memberi sebarang komen mahupun tindakbalas terhadap sepakan dan libasan blog-blog pro kerajaan.

Namun artikel dari portal Haprakah Daily semalam sudah cukup membuktikan pembangkang semakin gelisah, rimas dan tertekan blog dan facebooker pro kerajaan.

Pada GWM cukup mudah untuk menganalisa betapa paniknya pembangkang pada waktu ini.

Panik ini bukan dibuat-buat, panik ini adalah hasil dari permainan 'politik sialan' pembangkang yang sudah tidak menjadi malah makin menjerut diri.

Lihat sahaja apa yang terjadi kepada isu-isu ini ... Lynas, Scorpene, Altantuya, Bersih, Felda dan sebagainya.

Setiap isu ini mampu dipatahkan oleh blog dan facebooker pro kerajaan.

Dan semalam juga adalah kemuncak mengapa Lim Kit Siang terpaksa menekan 'panic button' setelah 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)' terpaksa ... terpaksa mengeluarkan surat permohonan maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini.


Isu yang menjadi 'bread and butter' DAP ini nyata telah gagal menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan.

Lebih teruk lagi, isu ini sebenarnya telah menjatuhkan imej dan kredibiliti pembangkang yang akhirnya terpaksa menelan kembali setiap fitnah, tohmahan dan permainan persepsi yang gagal disempurnakan.

Rakyat perlu melihat mengapa secara tiba-tiba isu pembelian kapal selam Scorpene dan Altantuya semakin suram dan tenggelam dari terus dijadikan mainan pembangkang.

Begitu juga dengan kegagalan PAS dalam mengendalikan Himpunan Oren, akhirnya Anwar Ibrahim cukup geram dengan tindakan 'IQ Rendah' parti cicak mengkarung hijau ini gagal bermain politik persepsi dengan baik.

Tinggal lagi isu projek baikpulih stesen LRT Ampang yang kini cukup gah dimainkan oleh Rafizi Ramli untuk menjatuhkan kredibiliti DS Najib.

Tidak mengapa ... GWM bagi peluang kepada Rafizi Ramli untuk terus melambung isu ini. Kita biarkan Rafizi Ramli seronok dan melompat dengan isu ini.

GWM tidak mahu 'potong stim' Rafizi Ramli yang tengah naik syeikh dengan isu ini.

Seperti yang telah diperkatakan oleh GWM dalam artikel terdahulu, isu ini bakal menjerut leher Rafizi Ramli.

Tunggu ...



0 comments: