Monday, March 5, 2012


Salahuddin Ayub dan Mustafa Ali masih gagal lagi menyelesaikan isu pertelingkahan dan konflik di antara Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi, walaupun kedua-duanya berjanji mahu mengumumkan keputusan secara rasmi hari ini.

Kedua-dua 'warlord' ini tidak mahu mengalah dengan keputusan keras kepala masing-masing. Azizan Abdul Razak dikatakan cukup melenting kerana disuruh 'bercuti sementara' oleh Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi Zawawi juga masih belum berada dalam keadaan selesa, walaupun mendapat sokongan dari belakang tadbir oleh parasit-parasit Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Sekali lagi Tuan Haji Anwar Ibrahim mempunyai kata putus yang amat kuat dalam mencorakkan PAS Kedah, walaupun cuba diimbangi oleh pengaruh pro ulama Hadi Awang.




GWM paparkan berita yang baru diterima dari sumber-sumber yang berada di Wisma Darulaman:-

Phahrolrazi Zawawi akan menemui Nik Aziz bagi mendapat sokongan 100 peratus beliau. Phahrolrazi marah kerana PAS Pusat menolak permintaannya mahu Azizan Abdul Razak 'bercuti sementara' serta-merta.

Phahrolrazi Zawawi dan Ismail Salleh memberi kata dua kepada PAS Pusat. Lantik segera pemangku Menteri Besar jika mahu mereka berdua menerima semula jawatan sebagai Exco Negeri Kedah.

Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan keputusan PAS Pusat yang mendesak beliau dan Ismail Salleh menerima apa jua keputusan PAS Pusat.

Harun Taib dikatakan berang dengan Phahrolrazi Zawawi dan Ismail Salleh dan berkata kedua-dua parasit ini perlu terima sebarang keputusan PAS Pusat.

Phahrolrazi Zawawi berani bertindak kerana mendapat sokongan kuat dari Timbalan Presiden Mat Sabu yang kini melobi agar PAS Pusat mengubah kembali keputusan.

Mat Sabu juga berang dengan keputusan PAS Pusat sebelum ini yang tidak mahu beliau dicalonkan sebagai 'winnable candidate' pada pilihan raya umum kelak.

Azizan Abdul Razak perlu disingkirkan kerana komponen parti dalam Pakatan Rakyat tidak selesa berbincang mengenai agihan kerusi dengan beliau.



Berita selanjutnya akan menyusul ... PARASIT vs PASHIT = BULLSHIT!



0 comments: