Wednesday, January 4, 2012


Rakyat cukup mudah dimomokkan dengan skandal isu NFC. Kononnya didakwa sebagai penyelewengan kuasa atas pinjaman RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada National Feedlot Corporation. Isu ini cukup gah dimainkan oleh pembangkang sehingga menuduh kerajaan terlalu lembap mengendalikan kes 'high profile' yang membabitkan Ketua Wanita UMNO, Sharizat Abd Jalil.

Rakyat sering dimomokkan dengan perkataan justice denied justice delayed, justice hurried justice buried. Kerajaan dituduh melengah-lengahkan keadilan dan cuba mempengaruhi siasatan SPRM. Isu penyelewengan kuasa, kronisme dan nepotisme adalah makanan ruji pembangkang untuk menjahanamkan imej kerajaan.

Namun jika diselak kain yang melitupi tubuh badan pembangkang, isu penyelewengan kuasa puak-puak ini lebih jelas menampakkan lubang-lubang seluar dalam yang lompang dan terkoyak. Contoh paling klasik, pampasan yang wajib dibayar kerajaan PAS Kelantan kepada Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd.

RM 800 juta vs RM 250 juta ... satu kes melibatkan penyalahgunaan kuasa sehingga disaman atas kerana melanggar perjanjian konsesi balak. Satu kes yang melibatkan pinjaman untuk mengusahakan feedlot yang belum dibuktikan langsung isu penyalahgunaan kuasa.




KOTA BARU: The High Court here has ordered the Kelantan government to pay RM800mil in compensation to a logging company for breach­ing an agreement which was signed 45 years ago.




Bagaimana hakim menetapkan pampasan ini ...

(i) jumlah penghakiman sebanyak RM560 juta;
(ii) 280 ekar tanah kali RM2,000 satu ekar;
(iii) ganti rugi khas RM3.6 juta;
(iv) RM1.740 juta gaji pekerja-pekerja tidak bayar berpuluh tahun;
(v) faedah kepada kadar 8% setahun dari tarikh pemfailan writ saman; dan
(vi) penyataan tuntutan iaitu pada 10.10.2004 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad. Kos tindakan ini sebanyak RM200,000 seperti dipersetujui.”

Secara ringkasnya, Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd hanya mendapat penghakiman setelah 45 tahun kes ini dilewatkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Justice denied justice delayed, justice hurried justice buried? ...

Bagaimana PAS mahu membayar sejumlah wang ‘dosa’ pampasan ini jika kerajaan negeri tidak mempunyai dana dan simpanan yang mencukupi? Bangkai gajah yang sudah cukup busuk dan meloyakan ini mana mungkin boleh ditutup dengan sehelai surat khabar Harakah?



Dikhabarkan para peguam Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd semakin rimas dengan kelewatan dan mahu mempercepatkan pembayaran pampasan. Kes mana yang melibatkan secara terang-terangan isu penyelewengan kuasa? .... Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd atau National Feedlot Corporation!




0 comments: