Saturday, January 7, 2012



Apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tetap sebagai 'Perdana Menteri' sekalipun dipenjarakan atas konspirasi politik kerajaan pimpinan Barisan Nasional, ianya menguatkan lagi agenda peribadi melebihi dari agenda tuntutan dan ketulusan demokrasi yang sepatutnya diperjuangkan oleh gagasan pembangkang selama ini.

Anwar Ibrahim seharusnya lebih bijak dalam membentuk perjalanan kariernya sebagai ahli politik yang bijak, prolifik dan matang daripada mencetuskan polemik baru dan mengheret rakyat ke jalanraya. Langkah beliau hanya akan dipandang oleh rakyat sebagai usaha yang cukup terdesak dalam meyakinkan bahawa beliau tidak bersalah dalam pertuduhan kes liwat yang akan diumumkan 9 Jan ini.

Tindakan beliau hanya akan menyebabkan sebarang keputusan mahkamah tidak akan dihormati lagi. Ini akan menguatkan lagi pandangan perhimpunan besar-besaran yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa sebagai salah satu usaha untuk menggertak badan kehakiman. Anwar bakal dianggap menghina mahkamah jika hakim terpaksa menangguhkan keputusan penghakiman pada 9 Jan, jika sebarang situasi yang tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut.




GWM cukup bersetuju dengan analisis artikel yang diberikan. Perhimpunan untuk apa? Jika bukan kerana batang bengkoknya ...



2 comments:

Anonymous said...

Bila kuar penjara umor dah tua...nk jadi PM apekebende nyerrr !!..konpem penjara 20 tahun 16 kali sebatan..

Anonymous said...

pergi mampos la ngan blog kau nie... nak menjatuhkan org je kerje nye... x pe2, kat sini boleh la kau kasi statement sedap2. kat akhirat nanti jawab sendiri ngan ALLAH.

*Penyokong Anwar Ibrahim*