Saturday, August 7, 2010


Gosip semakin ketara kedengaran Zaid Ibrahim mencuba nasib untuk mengambil alih peranan yang ditinggalkan oleh Wee Choo Keong sebagai peneraju PKR di Parlimen Wangsa Maju.

Sumber tidak rasmi (dari kalangan ex PKR) menyatakan Zaid Ibrahim sudah menyusun strategi bersama AMK Wangsa Maju untuk mengadakan ceramah dan pertemuan bersama rakyat di Wangsa Maju.

‘The Golden Boy’ DAP semakin terdesak mencari tempat untuk bergelar Ahli Parlimen setelah menerima tamparan kekalahan di PRK Hulu Selangor pada April 2010 lalu.

Kekosongan jawatan peneraju PKR Wangsa Maju yang ditinggalkan oleh Wee Choo Keong cukup bermakna buat beliau sebagai langkah persediaan awal dan juga percaturan DAP untuk mengangkat Zaid Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR jika sekiranya Anwar Ibrahim disabit kesalahan dan dipenjara atas kes liwatnya.

Pendokong ‘school of liberal’ ini mempunyai sokongan padu dari DAP kerana mempunyai banyak persamaan (common principles and thought) dengan perjuangan parti ultra kiasu dan rasis ini.

Hasil kekayaan jutawan segera hasil produk DEB yang mempunyai semangat Islam Ala Mi Hailam’, kes politik wang semasa di dalam UMNO, terlampau kenyang mengaut berbagai kes kes projek penswastaan Kerajaan dan keperluan ‘conveyancing’ akan turut dikongsi bersama oleh DAP dan PAS untuk menabur duit bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Jika sekalipun hanya khabar angin, namun DAP dan PAS sudah mula berangan dan mengira untuk menjamu hasil kekayaan harta dan wang Zaid Ibrahim sewaktu berada didalam UMNO. Nama pun pakatan, pakat pakatlah juga makan duit dari poket Zaid Ibrahim.

Untung DAP dan PAS.



MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: