Sunday, January 31, 2010


Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah rasional penubuhan Unit Media Wangsa Maju ini?

Adakah ianya sesuatu yang bersifat retorik? 'backbencher' untuk pihak pemerintah?

Wadah perjuangan Unit Media Wangsa Maju adalah tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

Wadah perjuangan Unit Media Wangsa Maju juga adalah bersifat universal dan tidak tertumpu pada suatu kelompok masyarakat, bahkan untuk semua kaum di Malaysia.

Sekitar jam 10.40 malam sejak penubuhan unit ini, blog ini sudah mencecah 3,182 'hits' dalam tempoh 15 hari. Secara purata, sebanyak 212 'hits' blog ini dilayari dalam sehari.

Ucapan terima kasih buat anda semua kerana melayari blog ini sebagai salah satu pilihan anda.

Kami akan membuat lebih banyak liputan berita untuk isu isu tempatan mulai 1 Februari 2010.

3 comments:

Anonymous said...

setuju. lebih baik fokus kepada kawasan yg hendak ditawan. agak huru hara kalau saudara mengabungkan kesemua isu negara dalam satu blog. apa pun, dedahkan kepada pembaca apa yang pihak lawan tidak lakukan.. kite pula kena bertindak mengambil peluang itu .

Unknown said...

Media Cyber ...

Itulah yang kami cuba lakukan di sini. Sebenarnya, tumpuan utama lebih kepada isu isu tempatan ( lebih kurang 65% ).

Namun, selebih berita adalah berkaitan isu isu nasional dari bloggers bloggers tetap unit media wangsa maju.

Kami mengucapkan terima kasih dia atas keprihatinan dan cadangan yang diberikan.

Anonymous said...

berkesan sungguh ya. sampai melingkup tok piee. kahkakahkah