Tuesday, December 31, 2013

NAJIB Perlu BERANI Ambil TINDAKAN ... Bahagian I

Pak-pak menteri berkenaan turunlah ke padang. Jenguklah orang bawahan. Dalam setahun, tandakan dalam diari untuk memperuntukkan masa tinggal bersama-sama dengan orang bawahan.

PERNAH seorang bekas Menteri Persekutuan meluahkan isi hatinya kepada media massa sebaik-baik beliau tidak lagi menjawat jawatan menteri. Dengan rasa rendah diri, beliau menyatakan betapa peritnya menjadi rakyat biasa berbanding menteri kerana segala-gala kos terpaksa ditanggungnya.

Dengan kata mudah, menjadi rakyat biasa menyebabkan beliau terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi berbanding tatkala berjawatan Menteri Persekutuan.

Inilah gambaran sebenar kehidupan rakyat biasa. Yang terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang semakin mencengkam kehidupan mereka. Bagi mereka yang berjawatan tinggi, gaji berpuluh-puluh ribu, bahkan ratusan ribu dan jutaan ringgit sebulan, golongan ini tidak merasai apa yang dirasai oleh majoriti rakyat Malaysia.

Bilangan yang kaya-raya di Malaysia tidak begitu ramai. Yang ramainya, mereka yang begitu perit menghadapi kehidupan seharian. Keperitan ini dibimbangi menyebabkan pelbagai masalah lain seperti tekanan diri dan peningkatan kadar jenayah yang akhirnya lebih banyak masalah besar boleh berlaku.

Bagaimana mereka ini ingin meneruskan kehidupan yang semakin menekan?
Adakah pihak yang bertanggungjawab benar-benar merasai kehidupan mereka?
Atau setelah tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi barulah meluahkan isi hati seperti mana bekas Menteri Persekutuan berkenaan?

Rasionaliasi subsidi pada awalnya boleh diterima oleh rakyat. Namun, apabila tempiasnya amat terasa ke atas barangan dan perkhidmatan lain, maka sewajarnya bukan sahaja rasionalisasi subsidi, tetapi juga kerajaan perlu merasionalisasikan ekonomi negara pula.

Bagaimana untuk merasionalisasikannya? Kalau dalam konteks rasionalisasi subsidi, ia menjurus memberi subsidi kepada golongan sasaran dan golongan yang layak menerimanya. Masalahnya, golongan yang kaya-raya ini rata-rata ahli-ahli perniagaan dan mereka ini telah bertindak balas ke atas rasionalisasi subsidi dengan memindahkan peningkatan kos perniagaan ke atas pengguna.

Itu belum termasuk ahli-ahli perniagaan yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan tanpa sebab. Kesudahannya, majoriti rakyat juga yang menjadi mangsa. Yang kaya semakin kaya!

Di Malaysia, segelintir golongan ahli perniagaan inilah yang berkuasa menentukan harga. Inilah masalah utama dalam ekonomi negara. Tiada keseimbangan sebenar! Yang kaya ini segelintir sahaja dan menguasai kartel dan monopoli.

Nak salahkan peniaga-peniaga kecil seperti di pasar malam mahupun di gerai-gerai tepi jalan tidak boleh juga. Ini kerana mereka yang menguasai KARTEL inilah yang sanggup menaikkan harga sampaikan peniaga-peniaga kecil-kecilan pun terpaksa naikkan harga hanya kerana untuk mendapatkan keuntungan sedikit. Yang KARTEL ini untungnya usah cakaplah, lepas itu diuar-uarkan di media massa kononnya mereka melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

Bagi menutup ketamakan dan haloba mereka, mereka merasionalisasikan kenaikan harga barangan kerana desakan pasaran. Kalau mereka boleh merasionalisasikan kenaikan harga, kenapa tidak pihak berkuasa merasionalisasikan ekonomi agar tidak ada lagi kuasa kartel dan monopoli? 

Mana lebih utama, kepentingan rakyat atau kepentingan segelintir golongan yang kaya raya ini.

Malangnya, kalau dilihat apa yang berlaku pada masa lepas, golongan kartel inilah yang nampaknya lebih berkuasa. Buktinya, mereka tidak peduli pun dengan arahan pihak yang mempunyai kuasa. Harga tetap naik. Bagi mereka, apa pihak berkuasa boleh buat?

Maka, kedengaranlah suara-suara yang ingin memberi amaran dan tindakan. Begitu juga, kedengaran juga suara-suara menyuruh pengguna boikot dan cari alternatif. Tidak kurang juga, dengan nada sama, harga barangan masih terkawal, inflasi masih rendah.

Sekali lagi, mereka yang memberi pelbagai alasan ini merupakan golongan yang berpendapatan tinggi berbanding rakyat biasa. Usahlah memberi pelbagai alasan yang mana rakyat bawahan sendiri pun boleh fikir alasan yang lebih baik.

Pak-pak menteri berkenaan turunlah ke padang. Jenguklah orang bawahan. Dalam setahun, tandakan dalam diari untuk memperuntukkan masa tinggal bersama-sama dengan orang bawahan. Usahlah harapkan sahaja, orang-orang kanan yang sentiasa menyampaikan kisah-kisah molek rakyat, seperti no problem bos, rakyat semua baik.

Tidak perlu lama pun, dua minggu setahun pun dah cukup. Tinggal bersama-sama dengan golongan yang susah ini. Janganlah ketika pilihan raya umum atau pilihan raya kecil baru nampak muka. Buatlah kajian sendiri tentang masalah dan kos kehidupan rakyat.

Rasai sendiri kepayahan rakyat dan bukannya selepas tidak menjadi menteri barulah terkeluar isi hati betapa susahlah hidup sebagai rakyat bawahan. Barulah sesuai dipanggil sebagai wakil rakyat yang membantu rakyat. Nescaya, rakyat akan lebih menyayangi wakil rakyat.

Ambil pengajaran seorang khalifah dahulu yang sanggup menyamar semata-mata ingin mengetahui dan merasai kehidupan rakyat biasa. Barulah, episod merasionalisasikan ekonomi boleh dijalankan dengan terperinci dan bukannya setakat diberikan tugas kepada pihak-pihak yang mereka sendiri tidak pernah merasai kesusahan. Apa yang mereka tahu mengenai kesusahan rakyat?

Merasionalisasikan ekonomi juga perlu melibatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan kewangan negara. Dalam konteks ini pula, pembaziran sifar adalah terasnya.

Malangnya, umum mengetahui banyak pembaziran berlaku melibatkan pengurusan kewangan negara. Buktinya boleh dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Kalau tiada pembaziran, wang yang dijimatkan boleh membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Malahan, wang tersebut juga boleh membantu rakyat bawahan menjana pendapatan sendiri seperti membantu mereka menjadi usahawan berjaya.

Umum mengetahui, ramai golongan bawahan ini bekerja secara sambilan seperti menjual pakaian di pejabat bagi memperoleh pendapatan sampingan. Mereka ini antaranya berkebolehan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Bantulah mereka ini. Usah hanya membantu mereka yang dikenali sahaja kerana yang susah ini majoritinya tidak mengenali orang-orang tertentu.

Yakinilah, isu kenaikan kos sara hidup rakyat akan menjadi isu utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Justeru, tindakan merasionalisasikan ekonomi adalah sejajar dengan usaha untuk memastikan nasib rakyat terbela agar rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih tinggi.


ROHAIMI SHAFIE
Pensyarah Kanan
Perakaunan dan Kewangan,
Pusat Pengajian Perakaunan,
Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.



Monday, December 30, 2013

Guling Kerajaan ... APA LAGI SAIFUDDIN ABDULLAH MAHU ?

Adakah beliau maksudkan langkah pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram dalam menggulingkan kerajaan adalah sebagai satu tindakan DEMOKRASI dan TERPUJI ?



Apa yang cuba disampaikan oleh MR INTELLIGENT Saifuddin Abdullah ini?

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” Ini adalah ayat yang ditulis beliau di dalam Twitternya ...

Adakah beliau maksudkan langkah pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram dalam menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan DEMOKRASI dan TERPUJI ? Apa motif beliau dalam tweeter tersebut ?

Apa lagi bekas Menteri kabinet ini mahu ? ...

Sewaktu beliau memegang portfolio didalam kerajaan, nyata Saifuddin Abdullah GAGAL CEMERLANG menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran Tinggi.

Apakah beliau sudah lupa dengan insiden memalukan dihadapan bangunan UMNO, PWTC pada 17 Disember 2011?

Perbuatan Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang berada di tiang hadapan pejabat UMNO Pusat adalah hasil kerja keras beliau.


Masakan beliau boleh menafikan TIDAK TAHU MENAHU mengenai perbuatan mahasiswa tersebut walhal beliau turut berada di situ.




Apa lagi bekas Menteri kabinet ini mahu ? ...


Penulis cukup musykil bagaimana kerajaan MAMPU MELANTIK MR INTELLIGENT ini untuk memegang salah satu portfolio penting dalam kerajaan.

Syukurlah ... beliau kini sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Cukup pelik bagi salah seorang yang pernah menduduki barisan kabinet MENGAKUI, MEMUJI dan MEMPROMOSIKAN hero dan idolanya, Anwar Ibrahim. Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Saifuddin Abdullah dalam konteks NEW POLITICS. Sapu kiri, sapu kanan, semua sudut sapu.

Aneh dan pelik ...

Sewaktu dalam kerajaan, beliau cukup TAKUT UNTUK MENGKRITIK PEMBANGKANG. Namun dengan para blogger pro kerajaan, bekas Menteri kabinet ini CUKUP HEBAT MENGGERTAK, MAHU BALUN.

NEW POLITICS ? ...

Hentikanlah bermain sandiwara "politik baru" ini, sebagai bekas Timbalan Menteri yang membawa bendera BN, Saifuddin tidak seharusnya bersikap tidak intelektual begini.

POLITIK BARU bukan begini caranya, ini politik makan kiri, kanan dan keliling.

Penulis lontarkan kembali soalan ini kepada beliau. Apa motif beliau dalam tweeter tersebut, “Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,”

APA LAGI SAIFUDDIN ABDULLAH MAHU ?





Thursday, December 26, 2013

Himpunan Guling Kerajaan ... MAT SABU JENTIK TELUR ANWAR


Keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akan mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.

Anwar Ibrahim pasti cukup marah dengan keputusan ini ...

Paling menarik apabila, keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakob di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu malam semalam.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu,  Pas Kelantan memutuskan untuk tidak akan menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporan beberapa media dan portal pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan pada malam 31 Disember ini.


Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup. Namun di dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan ‘Himpunan Guling Kerajaan : 31 Disember 2013.

Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburu beberapa individu yang dipercayai menjadi dalang dan penganjur program tersebut dan beberapa langkah proaktif turut diambil bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pihak awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124  C, Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama menjelaskan pihaknya langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapat maklumat mengenainya.

“Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunan guling kerajaan) dan tidak tahu pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun tidak sampai,” kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, disebabkan keputusan yang dibuat itu Pas Kelantan telah dikecam oleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook.

”Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan Najib Altantunya setelah bersalam dengan Najib! Leher Amat Yaakob dah menjadi seperti kura-kura masuk dalam cengkerang!” kata salah seorang penguna Facebook di laman sosial itu.

Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnya menyokong himpunan yang bakal diadakan itu, namun masih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidak bersetuju dengan pendekatan radikal sesetengah pihak yang terlalu kemaruk inginkan kuasa.

Ini kerana, mereka sedar percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.





Tuesday, December 24, 2013

Bagaimana Cara Mudah MELAYU Diperbodohkan DAP

Dalam menghadapi PRU-13 yang lepas, DAP telah menggunakan beberapa kaedah dalam membentuk persepsi kononnya PR akan berjaya mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada BN.

Sedar dengan penggunaan gajet2 mudah alih yang semakin banyak digunakan, pelbagai aplikasi dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti parti pemerintah serta pemimpin2nya.

Mungkin kerana agak teruja dengan sokongan yang ditunjukkan sebilangan rakyat dalam perhimpunan2 haram yang dianjurkan PR, satu aplikasi telah dimuat naik ke Google Play Store bagi pengguna2 android 'membuang' undi mereka.


Penulis percaya, pembuat aplikasi ini terdiri daripada individu yang menyokong PR atau mungkin sekali dari kumpulan propaganda DAP sendiri.

Kumpulan propaganda ini sudah semestinya faham bahawa data yang diperoleh mereka tidak semestinya menggambarkan keputusan sebenar.


Pada ketika artikel ini ditulis jumlah keseluruhan 'pembuangan' undi berjumlah lebih kurang 14,500 walhal untuk senario sebenar jumlah pengundi keseluruhan adalah lebih dari itu. Keputusan yang diperoleh secara online menunjukkan semua negeri 'ditawan' PR walau hakikatnya hanya 3 daripada 13 negeri di M'sia yang berjaya ditawan.

Oleh yang demikian maklumat yang diperoleh dari aplikasi berkenaan adalah satu 'soal selidik' syok sendiri atau cubaan untuk menipu penyokong2 PR, barangkali keputusan yang ditunjukkan dalam aplikasi android itu boleh membuatkan penyokong mereka lebih bersemangat?



Selain itu, daripada data yg diperoleh kita boleh anggap DAP terutamanya menggunakan sebaik mungkin teknologi yang ada untuk sebaran propaganda, walaupun data yg ditunjukkan tidak tepat. Namun kaedah mereka ini dilihat sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengundi2 dalam bandar.


sumber : MEGA BIDAMAN




Monday, December 16, 2013

PETRONAS Sepak Melayu Macam Bola : Siapa Punya Kerja ?

Siapa yang 'CONTROL' Decision Making Dalam Petronas Sebenarnya ? ...



Blog ini semakin melihat Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS) mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu.

Semakin panas dan bingit telinga ini apabila sok sek dari kalangan businessman Melayu-Bumiputera mengecam POLISI yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu.

Terlalu besar dan banyak halangan, blockage, sehingga menyebabkan syarikat Melayu-Bumiputera sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir.

Apa yang berlaku hari ini, daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut, majoriti besar KONTRAK banyak yang diberikan syarikat asing.

Sudahlah begitu, KONTRAK PEMBEKALAN roti, kuih-muih dan nasi lemak di stesen minyak Petronas, semuanya sudah DICEKAU oleh syarikat asing.



Selanjutnya klik, Peniaga Melayu-Bumiputera Ditindas GLC

Semakin jelas, Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera seperti yang diwar-warkan dan disarankan oleh Perdana Menteri sekadar menjadi AGENDA DIBAKULSAMPAHKAN oleh pihak pengurusan Petronas.



Apatah lagi nasihat bekas Penasihat Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara terbuka melalui media massa mahukan GLC ini menyokong semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) LANGSUNG tidak dihiraukan. Penjelasan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Dan apabila Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mula mengadakan perbincangan 'secara baik' dengan pengurusan, 'secara baik' juga pengurusan Petronas menyatakan syarikat itu 'non-committal' (tidak memberi komitmen) dengan sebarang kata sepakat yang dicapai dalam pertemuan ini termasuk cadangan mengadakan Program Pembangunan Minyak dan Gas 1Malaysia.

Blog ini tidak terkejut jika MTEM turut menjadi mangsa permainan POLITIK GANAS 'tangan ghaib' dalam Petronas itu sendiri.

Blog ini juga mahu menyentuh sikap pengurusan Petronas yang dilihat gemar mengambil ‘orang luar – expatriate dan juga non-bumiputera’ dan diserapkan kedalam pengurusan aset-aset strategik Petronas dengan gaji yang lumayan.


Sudah tidak adakah orang Melayu-Bumiputera yang layak untuk menerajui pengurusan aset-aset strategik ini ? ...

Malah, Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas sudah semakin tersasar dari Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Kontraktor VDP Melayu-Bumiputera semakin berkurangan dari 32 kepada 11 sehingga ke hari ini.

Dan ini tidak membantu Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di dalam bidang minyak dan gas negara.

Kita ingin bertanya kepada Presiden Petronas, siapa punya kerja ni ... 





Tuesday, December 10, 2013

Imej Kerajaan Semakin Tercalar : MAHB SUDAH JADI SARANG KRONISME, NEPOTISME


Mungkin sudah tiba masanya dirungkai cerita ini kerana andai perkara ini saya bawa ke pihak atasan, saya yakin tiada tindakan yang akan diambil mengenangkan Nik Anis Nik Zakaria adalah antara 'orang-orang' yang sangat rapat dengan Tan Sri Bashir sendiri.

Saya tidak lagi boleh bertoleransi dengan sikap sesetengah individu di dalam MAHB yang meMANIPULASI proses pemberian TENDER bagi PROJEK DALAMAN syarikat. Apa yang saya akan beritahu di bawah mungkin hanya satu daripada BANYAK LAGI KES yang menimbulkan keraguan dalam pemberian tender dalam MAHB.

Majalah keluaran MAHB yang bertajuk Convergence adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan KLIA. Jadi ini adalah satu projek yang penting bagi MAHB. Projek ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Komunikasi Korporat yang diketuai oleh Nik Anis Nik Zakaria dan agensi yang diberikan tender bagi mengeluarkan majalah terbabit (2010 – 2013) adalah AMG Holding International Sdn Bhd (AMG).


Berkenaan AMG, ramai kakitangan MAHB, khususnya dari bahagian Komunikasi Korporat yang terpaksa berurusan dengan mereka dalam projek berkenaan, bersetuju bahawa prestasi kerja mereka adalah TIDAK mencapai tahap yang dikehendaki. Di sebabkan perkara yang sedemikian, juga berikutan kontrak dengan agensi terbabit akan tamat pada penghujung tahun ini, bahagian Komunikasi Korporat telah memanggil beberapa agensi lain bagi tujuan bidaan tender pada Julai 2013. Mereka diminta untuk menyediakan kertas kerja bagi projek berkenaan dan diberi masa selama sebulan untuk berbuat demikian.

Melalui satu proses pemilihan yang dijalankan berdasarkan kertas kerja yang dihantar oleh agensi-agensi yang mengambil bahagian, dua agensi (Agensi A dan Agensi B) telah disenarai pendekkan. Yang menarik adalah AMG tidak langsung tersenarai sebagai ‘top 3’.

Walau bagaimanapun, Nik Anis telah kemudiannya melakukan apa yang saya kira sebagai keterlaluan dengan menarik balik kertas pemarkahan beliau bagi tujuan penilaian semula. Tindakan ini menyebabkan AMG disenaraikan semula dalam senarai agensi yang telah dipilih setelah pilihan kedua (Agensi B) disingkirkan atas alasan teknikal. Kami semua sebenarnya sedia maklum dengan hubungan baik antara Nik Anis dan juga pemilik AMG, namun saya cuba untuk memberinya the benefit of the doubt.

Nik Anis Nik Zakaria di dalam majallah Passion, keluaran AMG

Tindakan Nik Anis yang seperti pilih bulu sangat mendukacitakan, lebih-lebih lagi apabila hasil kerja yang ditunjukkan oleh Agensi A adalah jauh lebih baik daripada agensi sedia ada dan saya tidak nampak keperluan untuk terus berurusan dengan AMG.

Jadi, saya merasakan adalah tanggungjawab saya sebagai seorang kakitangan untuk mempersoalkan mengapa dalam organisasi besar seperti MAHB, perlakuan yang saya lihat menyalahi etika (sila lihat lampiran mengenai Kod Etika Perolehan) terus dilakukan secara terang-terangan dan ianya seperti mendapat restu orang atasan.

Selanjutnya, klik MALAYSIA TODAY



Sebenarnya blog ini tidak melihat perkara di atas sebagai sesuatu yang 'BARU' berlaku dalam mana-mana syarikat-syarikat GLC ...

Ramai sebenarnya yang telah melakukan spekulasi. Malah ada sesetengah pihak tahu dan arif mengenai sikap pilih kasih pemberian projek dalam MAHB.

Sikap pihak pengurusan MAHB yang tidak mengendahkan sebarang laporan salahlaku oleh kakitangan bawahan hanya akan membusukkan lagi nama kerajaan dan BN dengan imej korupsi, kronisme dan nepotisme. Seharusnya pihak pengurusan MAHB perlu peka dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Apa sahaja perkara yang melibatkan rasuah, kronisme dan nepotisme maka rakyat akan mula menuding jari terhadap kerajaan. Walhal mereka yang terlibat dalam isu kronisme dan nepotisme di MAHB tidak pernah melihat IMPAK yang bakal ditanggung oleh kerajaan dan BN.

Amalan nepotisme dan kronisme di atas barangkali hanyalah sebilangan kecil yang diketahui oleh umum. Itupun setelah kakitangan MAHB yang mendedahkan tembelang 'WAYANG' yang berlegar dimainkan oleh pengurusan tertinggi GLC ini.

Begitu juga dengan keLEWATan siapnya projek KLIA2 ...


Sebuah GLC yang ditubuhkan pada 1991, MAHB kini menjadi operator di 19 lapangan terbang tempatan dan 5 lapangan terbang antarabangsa, di Kazakhstan, dua di India, Turkey dan Maldives.

Seharusnya sebagai sebuah GLC yang kompeten dan berpengalaman luas, kelewatan projek KLIA2 tidak timbul. Kelewatan ini juga turut dikaitkan dengan TANGAN-TANGAN GHAIB yang berlegar dalam pengurusan MAHB.

Kerajaan perlu bertindak segera dan pantas dalam menangani kelemahan sistem dan pihak pengurusan setiap GLC. Setiap kelemahan yang dipaparkan kepada umum oleh kakitangan-kakitangan GLC sendiri bakal menjadi BARAH kepada imej dan kredibiliti kerajaan.











Monday, December 9, 2013

Bahana Cuba Londeh Kain Dalam Orang ... SELUAR DALAM KADIR JASIN MULA TERLONDEH

Tak, Tak ... Saya Bukan BALUN Najib dan Rosmah. Tangan Ni Saja Gatal Dok Menyakat Najib, Rosmah.

Siapa yang tidak mengenali A Kadir Jasin? Mustahil tidak ada yang mengenali Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini?

Bekas Ketua Editor NSTP Bhd ini sudah cukup lama bergelumang dengan dunia kewartawanan dan penulisan sejak dari tahun 1969. Blog ini juga sering menjadikan artikel penulisan beliau sewaktu di New Straits Times dan Berita Harian sebagai bahan rujukan. Bukan calang-calang anak Melayu yang bernama A Kadir Jasin ini.

Blog ini pun sudah lama tidak menerbitkan artikel. Urusan keluarga dan kerja perlu diberi perhatian dan diutamakan terlebih dahulu. Pun begitu tidak terdetik walau sesaat untuk berhenti dari menulis, sekalipun ada urusan lain yang lebih penting, keluarga terutamanya.

Cuma blog ini cukup tertarik dengan karya terbaru Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini. Cukup kritis SINDIRAN beliau terhadap Perdana Menteri [Presiden UMNO], lebih-lebih lagi membabitkan isteri Perdana Menteri ...


Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

sumber : http://kadirjasin.blogspot.com/2013/12/pau-2013-antara-cinta-dan-jasa.html



Sebenarnya bukan sekali beliau menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sudah beberapa artikel dalam blog beliau SECARA KRITIS membayangkan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai 'The Most Powerful Woman in Malaysia', 'Woman Behind The Scene' dan berbagai lagi penjenamaan tertentu.

Gambaran yang diberikan sudah cukup untuk dilihat sebagai satu pembunuhan karakter (character assassination) bagi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan selaku Presiden UMNO.

Artikel yang diterbitkan oleh Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini seolah-olah telah menjadikan khabar angin sebagai satu pengesahan [validation] tentang peranan Datin Seri Rosmah Mansor yang membayangi peranan suaminya, Datuk Seri Najib.

Sama juga situasi yang pernah berlaku sebelum ini mengenai khabar angin pembelian cincin RM24juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor, yang dilakukan oleh pembangkang sehingga rakyat marhaen termakan UMPAN FITNAH yang ditabur.

Walhal kebenaran akhirnya terserlah melalui kenyataan rasmi Philip Nassimi, Pengarah Urusan Jacob & Co., secara tidak langsung MENYANGKAL FITNAH PEMBOHONGAN yang dilakukan oleh pembangkang mengenai pembelian cincin RM24 juta.



Selanjutnya, klik http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/04/breaking-news-rakaman-video-jacob-co.html

Agak menghairankan memandangkan Tokoh Wartawan Negara ke-9 tidak pernah mengeluarkan sebarang artikel mengenai pembohongan pembelian cincin RM24 juta oleh pembangkang didalam blog beliau ? ...



Memang benar, negara ini adalah negara bebas, this is a free country. Kita boleh menerbitkan apa sahaja bentuk artikel didalam blog. Blog ini tidak mengatakan Tokoh Wartawan Negara ke-9 tidak boleh menegur kepimpinan, menegur Perdana Menteri atau menegur sesiapa sahaja baik kerajaan mahupun pembangkang. Blog ini juga kerap TEMBAK kepimpinan dan pembangkang.

Namun teguran yang dilontarkan perlu diperhalusi agar tidak menimbulkan lebih banyak spekulasi. Lebih-lebih lagi melibatkan karya seorang tokoh wartawan negara. Perlu konstruktif, dan bukannya destruktif. Jika wartawan boleh menegur secara kritis kepimpinan, tidak salah rasanya blogger juga boleh menegur secara kritis tokoh wartawan negara.

Kadangkala kita menjadi terlalu alpa jika terlalu masyuk menyelak kain orang lain. Selak kain dalam wanita. Intai sana, intai sini. Walhal dalam masa yang sama seluar dalam yang kita pakai turut terlondeh akibat terlalu masyuk menyelak kain orang lain.

Dan blog ini cukup tertarik dengan artikel kritis rakan blogger mengenai Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini ...


Lagaknya macam sikap beberapa bekas pemimpin UMNO yang merajuk menyertai parti pembangkang selepas tidak mejadi calon dalam pilihanraya atau mereka yang gagal mendapat jawatan atau apa2 keuntungan lain . Adakah Pak Kadiaq ni dari spesies yang serupa ? Penulis tak menuduh cuma tanyaa saja. Jadi penulis membuat sedikit 'background research' mengenai Kadir Jasin di internet.

Kadir Jasin dikatakan melepaskan jawatan beliau dalam NSTP pada 1 Jun 2000, kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegarang di Berita Publishing Sdn Bhd [ BPSB ] yang dipindah milik pada Alaf Positif Sdn Bhd [ APSB ]. Kalau dilihat dari sumber bursa Malaysia , 4,000,000 saham Berita Publishing dijual pada Alaf Positif Sdn Bhd dengan hanya nilai RM1 sesaham pada 28 Jun 2000. Beberapa persoalan di timbulkan ;

1. Kerana tiada sasaran kewangan yang disediakan pada masa itu, ia agak sukar untuk menilai BPSB, yang pada ketika itu merupakan syarikat milik penuh NSTP. Oleh itu, sehingga kini para pemegang saham minoriti NSTP dan awam tidak tahu berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh NSTP dalam penjualan saham BPSB kepada APSB hanya pada kadar RM1.00 sesaham.

2. APSB telah ditubuhkan pada 29 Jun 1999, dan terbitan dan berbayar modal hanya RM100,000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu. Jadi apakah justifikasi yang membolehkan APSB membeli 4,000,000 saham BPSB ?

Selanjutnya, klik http://bidaman.blogspot.com/2013/12/apa-lagi-yang-kadir-jasin-mahu.html



Cukup menarik persoalan yang dilontarkan oleh rakan blogger, justifikasi pembelian 4,000,000 saham Berita Publishing Sdn Bhd oleh Alaf Positif Sdn Bhd, yang hanya mempunyai modal berbayar RM100,000 terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu.

Sedia maklum, Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini adalah Ketua Editor bagi Berita Publishing Sdn Bhd. [ Barangkali juga beliau kini adalah bekas Ketua Editor ].

Namun ada lebih baik jika sekiranya Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini terlebih dahulu MENGKRITIK dan MELAKUKAN SIASATAN terhadap pentadbiran Berita Publishing Sdn Bhd [ BPSB ] dan Alaf Positif Sdn Bhd [ APSB ], dalam transkasi yang melibatkan pembelian 4,000,000 saham kedua-dua buah syarikat tersebut sejak dari tahun 2000.

Walaupun transkasi pembelian saham telah berlaku hampir 13 tahun lamanya, kita berharap Tokoh Wartawan Negara ke-9 mampu memberi penjelasan yang sewajarnya kerana PERSOALAN YANG SAMA TELAH LAMA DILONTARKAN DALAM BLOG BELIAU DAN TIDAK PERNAH TERJAWAB SEHINGGA KE HARI INI.

Laporan kewangan kedua-dua buah syarikat tersebut agak aneh, tiada butiran aset mahupun liabiliti melihat kedudukan dan kekuatan asas kewangan ...








Seperti kata rakan blogger ...

tak salah kalau penulis katakan 'bisnes' Berita Publishing ni tak berapa nak elok . MUNGKIN ada beberapa permintaan yang dibuat kepada pihak kerajaan tetapi tak dilayan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati , lalu salah satu cara untuk mendesak ialah 'membalun' pimpinan tertinggi . Ini lah yang paling aku kesalkan bila orang 'membalun' sebab ada kepentingan diri sendiri tak dipenuhi .

http://bidaman.blogspot.com/2013/12/apa-lagi-yang-kadir-jasin-mahu.html



Kadangkala kita menjadi terlalu alpa jika terlalu masyuk menyelak kain orang lain. Intai sana, intai sini. Walhal dalam masa yang sama seluar dalam yang kita pakai turut terlondeh akibat terlalu masyuk menyelak kain orang lain.



Friday, December 6, 2013

PAU 2013 ... Hadi Awang Perlu Akui Muktamar PAS Macam SARKAS LOW CLASS


Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semalam, Persiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan bahawa perhimpunan itu yang diadakan saban tahun adalah ‘gelanggang’ untuk membentangkan agenda Melayu dan bumiputera, serta memperkasakan umat Islam.

Fakta ini tidak dapat dinafikan oleh siapa juga biarpun salah satu lagi parti Melayu iaitu Pas turut berhimpun melalui muktamar tahunannya namun kesan kepada perjuangan orang Melayu dan memartabatkan Islam entah kemana.

Setiap tahun apabila bersidang, UMNO akan membentangkan pelbagai usul dengan tujuan untuk membela nasib orang Melayu dan memelihara kesucian Islam. Malah apa yang lebih menarik, seruan supaya Islam bersatu kuhusunya melibatkan UMNO dan PAS sentiasa berkumandang di Perhimpunan Agung UMNO.

Atas nama orang Melayu dan demi kepentingan Islam, pemimpin dan ahli UMNO sentiasa menghulurkan salam persaudaraan kepada pemimpin dan ahli PAS.

Tetapi kajilah apa yang berlaku di muktamar PAS.


Adakah agenda memperkasakan orang Melayu diketengahkan?
Apakah soal memertabatkan Islam ditegaskan? 
Apakah salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO disambut?

Sudah pasti tidak! Apa yang kita saksikan, Muktamar dijadikan gelanggang memburuk-burukkan UMNO habis-habisan. Soal mengetengahkan agenda Melayu hanyut entah ke mana kerana bimbang ‘dimarahi’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Begitu juga soal memartabatkan Islam, ia sekadar mainan bibir pemmpin-pemimpin PAS demi kepentingan politik mereka. Apa yang mereka tahu ialah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap hasrat UMNO dalam soal tersebut.

Bagi PAS, UMNO merosakkan Melayu, kepada PAS , UMNO mencemarkan Islam dan kepada PAS hanya kerjasama dengan PKR dan DAP yang terbaik sehingga sanggup mengatakan kesepakatan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) adalah haram.

Namun begitu persoalannya ...

Apakah agenda Melayu yang pernah dibentangkan oleh PAS di muktamar mereka? 
Apakah rancangan PAS untuk memarabatkan Islam? 
Apakah keuntungan yang PAS dapat dalam menjalin hubungan dengan PKR dan DAP?

Ya, memang benar, kita akui PAS bukan parti memerintah, justeru mereka tidak mempunyai kuasa untuk memastikan sesuatu usul yang dibentangkan di muktamar menjadi dasar Negara. Namun sebagai sebuah parti politik, bukankah PAS juga mempunyai hak untuk memberi pandangan dan idea, bukannya hanya tahu mengkritik, mengutuk dan memperlekehkan sahaja segala usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Kita yakin kepimpinan UMNO sudah pasti tidak akan menolak sebarang idea dan cadangan jika ia boleh meningkatkan martabat orang Melayu dan umat Islam. Bagaimanapun PAS tidak bersikap demikian, muktamar mereka lebih banyak dihiasi dengan pujian kepada pemimpin dan parti sendiri, perbahasan mereka lebih menumpukan kepada usaha mengukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP serta menolak sebarang usaha bermuzakarah atau berbaik-baik dengan UMNO.

Inilah bezanya Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO. PAS menjadikan muktamar untuk mencapai agenda politik mereka semata-mata, manakala UMNO menjadikan perhimpunan bagi melaksanakan agenda untuk membela nasib Melayu dan umat Islam.


Oleh itu, seperti mana kata Najib, pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu berasa segan silu dalam terus memperjuangkan nasib bangsa kerana parti itu berada di landasan yang benar dan betul. Biarlah apa pun PAS hendak kata kerana yang menilai bukan orang PAS dan penyokong tegar mereka sahaja tetapi orang Melayu secara keseluruhan.

Sudah pastilah orang Melayu tahu siapa yang berani menjadi pembela mereka dan siapa pula sekadar mahu undi mereka.

Malah orang Melayu juga pasti memahami siapa yang memartabatkan Islam dan siapa pula berusaha memartabatkan parti sendiri dan memperalatkan Islam.



Friday, November 1, 2013

Mahfuz Omar Cium Lutut Mukhriz ... TOLONGLAH, BAGILAH PAS MENANG KALI INI


PENDUDUK di sebuah kawasan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang menjadi kubu kuat Pas mengeluh kerana tiada pembangunan di situ termasuklah kemudahan rekreasi untuk golongan belia.

Dahulu mereka bertahan menyokong Pas kerana keperibadian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi kini situasinya sudah berubah. Berikutan itu sudah ada kesedaran untuk mereka memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) biarpun bimbang kemungkinan akan 'dipulau' seumur hidup.


Namun begitu, penduduk atau mana-mana juga pengundi di kawasan DUN tersebut seharusnya tidak perlu bimbang untuk menyahut slogan BN 'Berani Berhijrah' ia memandangkan undi mereka adalah rahsia.

Tiada siapa pun mengetahui parti mana yang mereka undi melainkan diri sendiri dan Allah SWT. Oleh itu, undilah mengikut gerak hati dan demi atas matlamat untuk menikmati kehidupan lebih baik.


Malah mereka juga tidak harus terpesong dengan propaganda kononnya politik damai yang semua orang tahu dipelopori oleh Allahyarham Azizan bermaksud 'Politik damai… BN dapat Kedah, Sungai Limau untuk Pas'.

Ayat ini tertera di sepanduk-sepanduk di sekitar kawasan itu yang memaparkan gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir beramah mesra dengan calon parti itu, Mohd. Azam Abdul Samat.


Sebenarnya, bukan itu yang dimaksudkan dengan politik damai. Politik damai yang dibawa oleh Allahyarham Azizan ialah berpolitik secara berhemah dan tidak melakukan tindakan yang boleh memecah-belahkan umat Islam biarpun berbeza parti.

Sebab itu, Allahyarham Azizan dihormati oleh kawan dan lawan, tetapi malangnya Pas sendiri diihat seolah-olah cuba memutar-belitkan maksud politik damai.


Mereka menjurus kepada pembahagian kerusi sedangkan dalam pilihan raya, kita perlu menyerahkan rakyat menentukan siapa yang mereka fikir mampu membela nasib mereka.

Justeru, tidak payahlah, Pas cuba mengabui mata pengundi di Sungai Limau melalui pendekatan yang boleh dianggap propaganda murahan dan taktik terdesak untuk meraih kemenangan.


Sebaliknya, amalkan politik damai yang sebenarnya dengan memastikan penceramah mereka tidak bermulut celupar ketika berceramah termasuklah menuduh kerajaan BN melayan rakyat seperti 'roti canai'.

Tetapi kita percaya Pas tidak akan berubah sebaliknya pengundi kawasan Sungai Limau yang akan berubah kerana mereka semakin mengenali corak politik Pas yang dilihat 'cakap tak serupa bikin'.


Apa pun kepada pengundi DUN Sungai Limau mengundilah dengan tenang buatlah pilihan betul atas prinsip 'Berani Berhijrah' demi kebaikan ummah di kawasan tersebut, jangan bimbang undi anda adalah rahsia!

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA





Thursday, October 31, 2013

Isteri Allahyarham Tan Sri Azizan Razak BALUN MAHFUZ OMAR



Balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah menerima dengan hati terbuka permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis bekas Menteri Besar Kedah itu.

Faekah berkata, beliau sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu serta disebarkan secara tidak betul.

Katanya, beliau mengenali hati budi Muhyiddin yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan dan beberapa kali mengunjungi Allahyarham ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.


"Saya terima penjelasan yang dibuat oleh Muhyiddin menerusi akhbar. Kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata oleh beliau ketika berkempen," katanya ketika dihubungi.

Faekah berkata, Allahyarham Azizan dan Muhyiddin sudah lama menjalin hubungan baik iaitu sebelum kedua-duanya terlibat dalam politik sepenuh masa selepas saling mengenali sejak 60-an.


Katanya, mereka berkenalan ketika Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan kebetulan kakak Muhyiddin turut belajar di universiti sama.

Hubungan mesra itu, katanya, tetap terjalin selepas kedua-duanya aktif dalam politik walaupun daripada parti berbeza.

"Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan dari pelbagai latar belakang politik berbeza," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



PERWATAKAN pemimpin berjiwa besar boleh dilihat dari pelbagai sudut termasuk cara tutur, bahasa, senyuman, berbual dengan orang ramai dan menjawab pertanyaan yang diajukan.

Dan sebagai seorang Melayu, ahli politik yang berakhlak tinggi serta bijak, Muhyiddin Yassin tampil sebagai pemimpin yang berjiwa besar.

Tidak mudah melenting atau melatah tetapi sentiasa "cool" demi mengekalkan suasana harmoni termasuk ketika PRK Dun Sungai Limau. Muhurlah juga isteri Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tahu dengan sikap dan sifat sebenar Timbalan Perdana Menteri ini.

Cukup sinis, apabila beliau MENYINDIR kenyataan Muhyiddin Yassin itu DISALAH TAFSIR PIHAK TERTENTU serta DISEBARKAN SECARA TIDAK BETUL.

Siapa lagi jika bukan MAHFUZ OMAR ...

Seperti yang telah dipaparkan pada rakaman video ucapan sebenar Timbalan Perdana Menteri, AJAL MAUT itu adalah TAKDIR yang telah ditentukan Allah Taala.



Namun duniawinya ( sebab dan musabab / action and reaction ) adalah berhubung kait dengan pengambilan gula yang berlebihan. Itu sahaja. Tidak ada penghinaan yang dilakukan oleh beliau terhadap Allahyarham.

Begitu juga dengan komen dan reaksi Pemuda PAS Kedah yang boleh dianggap sebagai LEBIH RASIONAL dengan memilih untuk berdamai dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus berbalah dan berkonfrontasi dengan beliau.



Pemuda PAS juga BERSETUJU kenyataan Timbalan Perdana Menteri telah disalahtafsir dan menerima penjelasan setelah berjumpa secara bersemuka dengan beliau. Tampak Pemuda PAS Kedah cukup konsisten dengan politik Wassatiyah yang menjadi amalan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.



Namun begitu kita boleh persoalkan sikap sebenar anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi’ie Azizan sewaktu mengadakan sidang media.



Walaupun menyebut ia bukan isu politik tetapi melibatkan isu keluarga yang masih bersedih dengan pemergian ayahanda tercinta serta tersinggung dengan kenyataan itu tetapi banyak pihak mempersoalkan kehadirannya atas pentas PAS.

Kalau sekalipun tidak mahu bermain politik, Muhammad Rafi’ie patut mengadakan sidang media di tempat lain, di tempat berkecuali dan bukan markas PAS. Barulah orang akan menghormati pendiriannya. Tak begitu Muhammad Rafi’ie ?



Rakyat seharusnya sudah mampu membuka mata seluas-luasnya ...

Setan Gondol MAHFUZ OMARlah yang telah MENGHERET keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Razak untuk mengadakan sidang media bagi menghentam Timbalan Perdana Menteri dan UMNO.

Setan Gondol MAHFUZ OMARlah yang telah SECARA SENGAJA MEMPOLITIKKAN kenyataan Muhyiddin Yassin sehingga diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

Tampak lembut dan sinis sindiran Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah, namun TEPAT setepek kena di muka MAHFUZ OMAR.