Monday, December 16, 2013

PETRONAS Sepak Melayu Macam Bola : Siapa Punya Kerja ?

Siapa yang 'CONTROL' Decision Making Dalam Petronas Sebenarnya ? ...



Blog ini semakin melihat Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS) mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu.

Semakin panas dan bingit telinga ini apabila sok sek dari kalangan businessman Melayu-Bumiputera mengecam POLISI yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu.

Terlalu besar dan banyak halangan, blockage, sehingga menyebabkan syarikat Melayu-Bumiputera sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir.

Apa yang berlaku hari ini, daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut, majoriti besar KONTRAK banyak yang diberikan syarikat asing.

Sudahlah begitu, KONTRAK PEMBEKALAN roti, kuih-muih dan nasi lemak di stesen minyak Petronas, semuanya sudah DICEKAU oleh syarikat asing.



Selanjutnya klik, Peniaga Melayu-Bumiputera Ditindas GLC

Semakin jelas, Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera seperti yang diwar-warkan dan disarankan oleh Perdana Menteri sekadar menjadi AGENDA DIBAKULSAMPAHKAN oleh pihak pengurusan Petronas.



Apatah lagi nasihat bekas Penasihat Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara terbuka melalui media massa mahukan GLC ini menyokong semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) LANGSUNG tidak dihiraukan. Penjelasan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Dan apabila Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mula mengadakan perbincangan 'secara baik' dengan pengurusan, 'secara baik' juga pengurusan Petronas menyatakan syarikat itu 'non-committal' (tidak memberi komitmen) dengan sebarang kata sepakat yang dicapai dalam pertemuan ini termasuk cadangan mengadakan Program Pembangunan Minyak dan Gas 1Malaysia.

Blog ini tidak terkejut jika MTEM turut menjadi mangsa permainan POLITIK GANAS 'tangan ghaib' dalam Petronas itu sendiri.

Blog ini juga mahu menyentuh sikap pengurusan Petronas yang dilihat gemar mengambil ‘orang luar – expatriate dan juga non-bumiputera’ dan diserapkan kedalam pengurusan aset-aset strategik Petronas dengan gaji yang lumayan.


Sudah tidak adakah orang Melayu-Bumiputera yang layak untuk menerajui pengurusan aset-aset strategik ini ? ...

Malah, Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas sudah semakin tersasar dari Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Kontraktor VDP Melayu-Bumiputera semakin berkurangan dari 32 kepada 11 sehingga ke hari ini.

Dan ini tidak membantu Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di dalam bidang minyak dan gas negara.

Kita ingin bertanya kepada Presiden Petronas, siapa punya kerja ni ... 





10 comments:

  1. President Petronas jangan la diam je, jangan la harap Najib jawab semuanya. Atau Sidek Hassan sebagai Pengerusi Petronas jawab la. Kalau diam je senang le kau orang kerja...Cukup bulan dapat gaji atau elaun dengan buat "don,t know je".

    ReplyDelete
  2. Teringat filem hang tuah. lakunan P Ramlee ( hang tuah ) dan Ahmad Mahmud ( Hang Jebat ). " Tuah !, kalau aku tahu kamu tak mati, demi Allah demi Rasul, aku tak lakukan kerja ini ! ". Siapakah orang yang jebat marah kan itu ?

    ReplyDelete
  3. Buat demontrasi pulak supaya orang melayu ramai ramai boikot, kurangkan pam minyak di stesyen petronas.
    Kuasa beli orang melayu juga besar.Boleh pindahkan ke BHPetrol milik LTAT.

    ReplyDelete
  4. Sistem Pengurusan Petronas perlu diganti. Sistem Pengurusan sekarang membolehkan Presidentnya berselindung disebalik EXCO-EXCOnya yang terdiri drp Executive-Executive Vice Presidents...so boleh cucu tangan...lepas tangan..apa susah semuanya dijawab oleh Executive Vice President atau COO saja.

    ReplyDelete
  5. melayu hebat bersorak kat pwtc masa PAU baru2 ni. Slogan hanya 'UMNO yang mampu membela melayu' hanya bersora sorai di pwtc saja...slogan najib dan ahli2 umno yg perasan bermimpi disiang hari. Projek petronas di Penggerang -RAPID- 3000 ekar kerja2 cuci tenah bernilai ribu2 juta satu inchi pun tak boleh kemelayu. Masa kerja cuci tanah berjalan melayu umno bertempik di pwtc merayakan PAU konon nya umno pembela terhebat org melayu. sian melayu umno yang dah layu bersama pemimpin2nya........

    ReplyDelete
  6. PETRONAS la punca kenaikan tariff elektrik... PETRONAS desak supaya harga gas subsidi kepada TNB dinaikkan.. dari purata 4.99sen/kwj kenaikan tariff, 82% atau 4.09sen adalah untuk kos bahan api... PETRONAS punya untung berlipat2 kali ganda, hasil korek kat negara sendiri tapi bila kebajikan rakyat, depa buat dek jer.. Suruhanjaya Tenaga yang buat kajian kenaikan tariff pun main pengecut, tak nak buat media conference untuk terangkan...

    ReplyDelete
  7. Melayu bangsat....Allah swt bagi melayu jaga minyak , alah bagi kat China bangsat..

    Adakah semua pemimpin2 umno dah jadi bangsat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harami nk mampus. ..tk reti nk manage...tk yakin bangsa sendiri...

      Delete
    2. Persepsi rakyat omar ong jaga stake ahli mt, najib , muhyidden and Mt. .

      Better clean up your image...

      Delete