Pak-pak menteri berkenaan turunlah ke padang. Jenguklah orang bawahan. Dalam setahun, tandakan dalam diari untuk memperuntukkan masa tinggal bersama-sama dengan orang bawahan.
PERNAH seorang bekas Menteri Persekutuan meluahkan isi hatinya kepada media massa sebaik-baik beliau tidak lagi menjawat jawatan menteri. Dengan rasa rendah diri, beliau menyatakan betapa peritnya menjadi rakyat biasa berbanding menteri kerana segala-gala kos terpaksa ditanggungnya.
Dengan kata mudah, menjadi rakyat biasa menyebabkan beliau terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi berbanding tatkala berjawatan Menteri Persekutuan.
Inilah gambaran sebenar kehidupan rakyat biasa. Yang terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang semakin mencengkam kehidupan mereka. Bagi mereka yang berjawatan tinggi, gaji berpuluh-puluh ribu, bahkan ratusan ribu dan jutaan ringgit sebulan, golongan ini tidak merasai apa yang dirasai oleh majoriti rakyat Malaysia.
Bilangan yang kaya-raya di Malaysia tidak begitu ramai. Yang ramainya, mereka yang begitu perit menghadapi kehidupan seharian. Keperitan ini dibimbangi menyebabkan pelbagai masalah lain seperti tekanan diri dan peningkatan kadar jenayah yang akhirnya lebih banyak masalah besar boleh berlaku.
Bagaimana mereka ini ingin meneruskan kehidupan yang semakin menekan?
Adakah pihak yang bertanggungjawab benar-benar merasai kehidupan mereka?
Atau setelah tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi barulah meluahkan isi hati seperti mana bekas Menteri Persekutuan berkenaan?
Rasionaliasi subsidi pada awalnya boleh diterima oleh rakyat. Namun, apabila tempiasnya amat terasa ke atas barangan dan perkhidmatan lain, maka sewajarnya bukan sahaja rasionalisasi subsidi, tetapi juga kerajaan perlu merasionalisasikan ekonomi negara pula.
Bagaimana untuk merasionalisasikannya? Kalau dalam konteks rasionalisasi subsidi, ia menjurus memberi subsidi kepada golongan sasaran dan golongan yang layak menerimanya. Masalahnya, golongan yang kaya-raya ini rata-rata ahli-ahli perniagaan dan mereka ini telah bertindak balas ke atas rasionalisasi subsidi dengan memindahkan peningkatan kos perniagaan ke atas pengguna.
Itu belum termasuk ahli-ahli perniagaan yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan tanpa sebab. Kesudahannya, majoriti rakyat juga yang menjadi mangsa. Yang kaya semakin kaya!
Di Malaysia, segelintir golongan ahli perniagaan inilah yang berkuasa menentukan harga. Inilah masalah utama dalam ekonomi negara. Tiada keseimbangan sebenar! Yang kaya ini segelintir sahaja dan menguasai kartel dan monopoli.
Nak salahkan peniaga-peniaga kecil seperti di pasar malam mahupun di gerai-gerai tepi jalan tidak boleh juga. Ini kerana mereka yang menguasai KARTEL inilah yang sanggup menaikkan harga sampaikan peniaga-peniaga kecil-kecilan pun terpaksa naikkan harga hanya kerana untuk mendapatkan keuntungan sedikit. Yang KARTEL ini untungnya usah cakaplah, lepas itu diuar-uarkan di media massa kononnya mereka melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.
Bagi menutup ketamakan dan haloba mereka, mereka merasionalisasikan kenaikan harga barangan kerana desakan pasaran. Kalau mereka boleh merasionalisasikan kenaikan harga, kenapa tidak pihak berkuasa merasionalisasikan ekonomi agar tidak ada lagi kuasa kartel dan monopoli?
Mana lebih utama, kepentingan rakyat atau kepentingan segelintir golongan yang kaya raya ini.
Malangnya, kalau dilihat apa yang berlaku pada masa lepas, golongan kartel inilah yang nampaknya lebih berkuasa. Buktinya, mereka tidak peduli pun dengan arahan pihak yang mempunyai kuasa. Harga tetap naik. Bagi mereka, apa pihak berkuasa boleh buat?
Maka, kedengaranlah suara-suara yang ingin memberi amaran dan tindakan. Begitu juga, kedengaran juga suara-suara menyuruh pengguna boikot dan cari alternatif. Tidak kurang juga, dengan nada sama, harga barangan masih terkawal, inflasi masih rendah.
Sekali lagi, mereka yang memberi pelbagai alasan ini merupakan golongan yang berpendapatan tinggi berbanding rakyat biasa. Usahlah memberi pelbagai alasan yang mana rakyat bawahan sendiri pun boleh fikir alasan yang lebih baik.
Pak-pak menteri berkenaan turunlah ke padang. Jenguklah orang bawahan. Dalam setahun, tandakan dalam diari untuk memperuntukkan masa tinggal bersama-sama dengan orang bawahan. Usahlah harapkan sahaja, orang-orang kanan yang sentiasa menyampaikan kisah-kisah molek rakyat, seperti no problem bos, rakyat semua baik.
Tidak perlu lama pun, dua minggu setahun pun dah cukup. Tinggal bersama-sama dengan golongan yang susah ini. Janganlah ketika pilihan raya umum atau pilihan raya kecil baru nampak muka. Buatlah kajian sendiri tentang masalah dan kos kehidupan rakyat.
Rasai sendiri kepayahan rakyat dan bukannya selepas tidak menjadi menteri barulah terkeluar isi hati betapa susahlah hidup sebagai rakyat bawahan. Barulah sesuai dipanggil sebagai wakil rakyat yang membantu rakyat. Nescaya, rakyat akan lebih menyayangi wakil rakyat.
Ambil pengajaran seorang khalifah dahulu yang sanggup menyamar semata-mata ingin mengetahui dan merasai kehidupan rakyat biasa. Barulah, episod merasionalisasikan ekonomi boleh dijalankan dengan terperinci dan bukannya setakat diberikan tugas kepada pihak-pihak yang mereka sendiri tidak pernah merasai kesusahan. Apa yang mereka tahu mengenai kesusahan rakyat?
Merasionalisasikan ekonomi juga perlu melibatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan kewangan negara. Dalam konteks ini pula, pembaziran sifar adalah terasnya.
Malangnya, umum mengetahui banyak pembaziran berlaku melibatkan pengurusan kewangan negara. Buktinya boleh dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Kalau tiada pembaziran, wang yang dijimatkan boleh membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Malahan, wang tersebut juga boleh membantu rakyat bawahan menjana pendapatan sendiri seperti membantu mereka menjadi usahawan berjaya.
Umum mengetahui, ramai golongan bawahan ini bekerja secara sambilan seperti menjual pakaian di pejabat bagi memperoleh pendapatan sampingan. Mereka ini antaranya berkebolehan untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Bantulah mereka ini. Usah hanya membantu mereka yang dikenali sahaja kerana yang susah ini majoritinya tidak mengenali orang-orang tertentu.
Yakinilah, isu kenaikan kos sara hidup rakyat akan menjadi isu utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Justeru, tindakan merasionalisasikan ekonomi adalah sejajar dengan usaha untuk memastikan nasib rakyat terbela agar rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih tinggi.
ROHAIMI SHAFIE
Pensyarah Kanan
Perakaunan dan Kewangan,
Pusat Pengajian Perakaunan,
Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
Masaalah UTAMA ialah kerajaan Najib selalu lambat respond kepada isu-isu semasa yang di gempar gempurkan dalan internet dan blog-blog. Selapas berminggu minggu atau berbulan bulan sesuatu isu itu habgat diperkatakan..kerajan masih berdiam seribu bahasa. Bila keadaan dah nak jadi serious dengan rakyat dah mula mempercayai sesuatu isu itu macam betul atau benar baru lah terhegeh-hegen nak buat statement. Satu contoh saperti isu kenaikan tol lebuhraya...walaupun kenaikan tol belum diumumkan..rakyat dah mula mempercayainya melalui apa yang diperkatakan dalam internet dan blog-blog.. tapi kerajaan diam saja. Sepatutnya kerajaan buat lah satu statement " to cool down the situation". Satu lagi contoh mengenai kenaikan harga barang..sampai hari ini kerajaan tak ada keluar pun statement mengenainya..sebaliknya yang di umumkan adalah kos penjimatan kerajaan yang tidak ada "impact pun kepada rakyat yang majoriti". Pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dengan kos penjimatan ini berapa kerat la sangat. Harap kerajaan buat lah sesuatu yang memberi "huge positive impact to the rakyat" bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup. Selagi kerajaan lambat bertindak selagi itulah imej Najib dicalarkan dengan imej lambat dan lembek.
ReplyDeleteSaya ingin sarankan agar kerajaan jalankan satu kajian keatas keberkesanan BRIM. Saya raya majoriti rakyat yang dapat BRIM tidak mengguna wang BRIM untuk sesuatu yang berfaedah kepada keluarga atau diri sendiri. Sebaliknya mereka mungkin belanja wang BRIM untuk bayar hutang, beli rokok, tikam nombor ekor, modified motosikal/kereta, tukar handphone dan lain-lain. Ini semuanya merugikan wang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Untuk mengesahkan apa yang dikatakan diatas, eloklah kerajaan adakan satu survey secepat mungkin di kalangan penerima BRIM.
ReplyDeletekami tunggu up date info berikutnya gan, thanks
ReplyDeleteSelaput Dara Buatan
Obat Perangsang
Viagra USA Obat Kuat Pria
Bio Slim Herbal
Obat Mata Herbal
Perangsang Wanita
Obat Perangsang Cair
Perangsang Sex Drops
Semenax Penyubur Sperma
Vagina Tabung
Vagina Center
Boneka Seks Full Body Cantik
Vagina Pinggul
Alat Bantu Sex Pria
Vagina Elektrik
Penis Elektrik
Penis Tempel
Penis Manual
Penggeli Vagina
Penggemuk Badan
Cialis Obat Perkasa
Meizitang Obat Diet Alami
Quick Slim Penurun Berat Badan
Obat Peninggi Grow Up USA
Celana Hernia
Vigrxplus Pembesar Vital
Herbal Slim Peluntur Lemak
Pelangsing Lida
Vakum Penis
Alat Pembesar Penis
Pembesar Payudara
vimax canada Pembesar Penis Alami