Friday, December 6, 2013


Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semalam, Persiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan bahawa perhimpunan itu yang diadakan saban tahun adalah ‘gelanggang’ untuk membentangkan agenda Melayu dan bumiputera, serta memperkasakan umat Islam.

Fakta ini tidak dapat dinafikan oleh siapa juga biarpun salah satu lagi parti Melayu iaitu Pas turut berhimpun melalui muktamar tahunannya namun kesan kepada perjuangan orang Melayu dan memartabatkan Islam entah kemana.

Setiap tahun apabila bersidang, UMNO akan membentangkan pelbagai usul dengan tujuan untuk membela nasib orang Melayu dan memelihara kesucian Islam. Malah apa yang lebih menarik, seruan supaya Islam bersatu kuhusunya melibatkan UMNO dan PAS sentiasa berkumandang di Perhimpunan Agung UMNO.

Atas nama orang Melayu dan demi kepentingan Islam, pemimpin dan ahli UMNO sentiasa menghulurkan salam persaudaraan kepada pemimpin dan ahli PAS.

Tetapi kajilah apa yang berlaku di muktamar PAS.


Adakah agenda memperkasakan orang Melayu diketengahkan?
Apakah soal memertabatkan Islam ditegaskan? 
Apakah salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO disambut?

Sudah pasti tidak! Apa yang kita saksikan, Muktamar dijadikan gelanggang memburuk-burukkan UMNO habis-habisan. Soal mengetengahkan agenda Melayu hanyut entah ke mana kerana bimbang ‘dimarahi’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Begitu juga soal memartabatkan Islam, ia sekadar mainan bibir pemmpin-pemimpin PAS demi kepentingan politik mereka. Apa yang mereka tahu ialah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap hasrat UMNO dalam soal tersebut.

Bagi PAS, UMNO merosakkan Melayu, kepada PAS , UMNO mencemarkan Islam dan kepada PAS hanya kerjasama dengan PKR dan DAP yang terbaik sehingga sanggup mengatakan kesepakatan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) adalah haram.

Namun begitu persoalannya ...

Apakah agenda Melayu yang pernah dibentangkan oleh PAS di muktamar mereka? 
Apakah rancangan PAS untuk memarabatkan Islam? 
Apakah keuntungan yang PAS dapat dalam menjalin hubungan dengan PKR dan DAP?

Ya, memang benar, kita akui PAS bukan parti memerintah, justeru mereka tidak mempunyai kuasa untuk memastikan sesuatu usul yang dibentangkan di muktamar menjadi dasar Negara. Namun sebagai sebuah parti politik, bukankah PAS juga mempunyai hak untuk memberi pandangan dan idea, bukannya hanya tahu mengkritik, mengutuk dan memperlekehkan sahaja segala usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Kita yakin kepimpinan UMNO sudah pasti tidak akan menolak sebarang idea dan cadangan jika ia boleh meningkatkan martabat orang Melayu dan umat Islam. Bagaimanapun PAS tidak bersikap demikian, muktamar mereka lebih banyak dihiasi dengan pujian kepada pemimpin dan parti sendiri, perbahasan mereka lebih menumpukan kepada usaha mengukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP serta menolak sebarang usaha bermuzakarah atau berbaik-baik dengan UMNO.

Inilah bezanya Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO. PAS menjadikan muktamar untuk mencapai agenda politik mereka semata-mata, manakala UMNO menjadikan perhimpunan bagi melaksanakan agenda untuk membela nasib Melayu dan umat Islam.


Oleh itu, seperti mana kata Najib, pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu berasa segan silu dalam terus memperjuangkan nasib bangsa kerana parti itu berada di landasan yang benar dan betul. Biarlah apa pun PAS hendak kata kerana yang menilai bukan orang PAS dan penyokong tegar mereka sahaja tetapi orang Melayu secara keseluruhan.

Sudah pastilah orang Melayu tahu siapa yang berani menjadi pembela mereka dan siapa pula sekadar mahu undi mereka.

Malah orang Melayu juga pasti memahami siapa yang memartabatkan Islam dan siapa pula berusaha memartabatkan parti sendiri dan memperalatkan Islam.



2 comments:

Anonymous said...

Memang betul muktamar tahunan PAS macam sarkas penuh dengan badut-badut. Ianya saperti satu pertunjukan oleh merek-mereka yang dikeluarkan dari sangkar. Habis muktamar masuk balik dalam sangkar. Ketua sarkas Hadi Awang. Ketua badut Md Sabu.

TRUEMAN said...

Ya Pas macam budak-budak. Budak-budak tiada dosa tapi Pas orang dewasa yang tahu agama tapi tak amal tasawuf jadilah mereka sentiasa membesarkan sifat mazmumah...berdosa tau. UMNO dah berubah , taniah PM kerana banyak kali mengaku kelemahan UMNO dan pernah minta maaf kat rakyat..Itu salah satu ciri takwa. Tapi Pas masih tak mengaku salah. Mereka lupa Tuhan akan Tanya pada slogan-slogan dan janji yang mereka buat. "Amat besar kebencian disisi Tuhan, kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat"... Saya harap orang yang bertakwa dalam PAS seperti golongan tahfiz, pondok sedar perkara ini kerana mereka terlibat sama. Perjuangan mereka bukan untuk Islam tapi kebendaan... Eloklah buang nama Islam tu... Tengok perintah Kelantan, Trengganu dan Kedah.. Apa yang Islam dapat? Di Kedah, pusat hiburan makin bertambah... Doa hancurkan UMNO dah Tuhan putar kena kat PAS.. Masih tak sedar lagi keee atau hati dah dimatikan Tuhan kerana seringkali menolak kebenaran? Walau bagaimanapun taniah kepada pewakilan Pas yang berani tegur kesilapan pemilihan PAS. Semoga mereka sedar SPR telus dan kesilapan kalau ada berlaku hanyalah kesilapan teknikal dan bukan perancangan UMNO. Ingat berdosa berburuk sangka kerana ada juga guru-guru Pas yang jadi petugas SPR tetapi mengapa didiamkan?