Monday, December 9, 2013

Tak, Tak ... Saya Bukan BALUN Najib dan Rosmah. Tangan Ni Saja Gatal Dok Menyakat Najib, Rosmah.

Siapa yang tidak mengenali A Kadir Jasin? Mustahil tidak ada yang mengenali Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini?

Bekas Ketua Editor NSTP Bhd ini sudah cukup lama bergelumang dengan dunia kewartawanan dan penulisan sejak dari tahun 1969. Blog ini juga sering menjadikan artikel penulisan beliau sewaktu di New Straits Times dan Berita Harian sebagai bahan rujukan. Bukan calang-calang anak Melayu yang bernama A Kadir Jasin ini.

Blog ini pun sudah lama tidak menerbitkan artikel. Urusan keluarga dan kerja perlu diberi perhatian dan diutamakan terlebih dahulu. Pun begitu tidak terdetik walau sesaat untuk berhenti dari menulis, sekalipun ada urusan lain yang lebih penting, keluarga terutamanya.

Cuma blog ini cukup tertarik dengan karya terbaru Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini. Cukup kritis SINDIRAN beliau terhadap Perdana Menteri [Presiden UMNO], lebih-lebih lagi membabitkan isteri Perdana Menteri ...


Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

sumber : http://kadirjasin.blogspot.com/2013/12/pau-2013-antara-cinta-dan-jasa.html



Sebenarnya bukan sekali beliau menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sudah beberapa artikel dalam blog beliau SECARA KRITIS membayangkan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai 'The Most Powerful Woman in Malaysia', 'Woman Behind The Scene' dan berbagai lagi penjenamaan tertentu.

Gambaran yang diberikan sudah cukup untuk dilihat sebagai satu pembunuhan karakter (character assassination) bagi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan selaku Presiden UMNO.

Artikel yang diterbitkan oleh Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini seolah-olah telah menjadikan khabar angin sebagai satu pengesahan [validation] tentang peranan Datin Seri Rosmah Mansor yang membayangi peranan suaminya, Datuk Seri Najib.

Sama juga situasi yang pernah berlaku sebelum ini mengenai khabar angin pembelian cincin RM24juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor, yang dilakukan oleh pembangkang sehingga rakyat marhaen termakan UMPAN FITNAH yang ditabur.

Walhal kebenaran akhirnya terserlah melalui kenyataan rasmi Philip Nassimi, Pengarah Urusan Jacob & Co., secara tidak langsung MENYANGKAL FITNAH PEMBOHONGAN yang dilakukan oleh pembangkang mengenai pembelian cincin RM24 juta.



Selanjutnya, klik http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/04/breaking-news-rakaman-video-jacob-co.html

Agak menghairankan memandangkan Tokoh Wartawan Negara ke-9 tidak pernah mengeluarkan sebarang artikel mengenai pembohongan pembelian cincin RM24 juta oleh pembangkang didalam blog beliau ? ...



Memang benar, negara ini adalah negara bebas, this is a free country. Kita boleh menerbitkan apa sahaja bentuk artikel didalam blog. Blog ini tidak mengatakan Tokoh Wartawan Negara ke-9 tidak boleh menegur kepimpinan, menegur Perdana Menteri atau menegur sesiapa sahaja baik kerajaan mahupun pembangkang. Blog ini juga kerap TEMBAK kepimpinan dan pembangkang.

Namun teguran yang dilontarkan perlu diperhalusi agar tidak menimbulkan lebih banyak spekulasi. Lebih-lebih lagi melibatkan karya seorang tokoh wartawan negara. Perlu konstruktif, dan bukannya destruktif. Jika wartawan boleh menegur secara kritis kepimpinan, tidak salah rasanya blogger juga boleh menegur secara kritis tokoh wartawan negara.

Kadangkala kita menjadi terlalu alpa jika terlalu masyuk menyelak kain orang lain. Selak kain dalam wanita. Intai sana, intai sini. Walhal dalam masa yang sama seluar dalam yang kita pakai turut terlondeh akibat terlalu masyuk menyelak kain orang lain.

Dan blog ini cukup tertarik dengan artikel kritis rakan blogger mengenai Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini ...


Lagaknya macam sikap beberapa bekas pemimpin UMNO yang merajuk menyertai parti pembangkang selepas tidak mejadi calon dalam pilihanraya atau mereka yang gagal mendapat jawatan atau apa2 keuntungan lain . Adakah Pak Kadiaq ni dari spesies yang serupa ? Penulis tak menuduh cuma tanyaa saja. Jadi penulis membuat sedikit 'background research' mengenai Kadir Jasin di internet.

Kadir Jasin dikatakan melepaskan jawatan beliau dalam NSTP pada 1 Jun 2000, kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegarang di Berita Publishing Sdn Bhd [ BPSB ] yang dipindah milik pada Alaf Positif Sdn Bhd [ APSB ]. Kalau dilihat dari sumber bursa Malaysia , 4,000,000 saham Berita Publishing dijual pada Alaf Positif Sdn Bhd dengan hanya nilai RM1 sesaham pada 28 Jun 2000. Beberapa persoalan di timbulkan ;

1. Kerana tiada sasaran kewangan yang disediakan pada masa itu, ia agak sukar untuk menilai BPSB, yang pada ketika itu merupakan syarikat milik penuh NSTP. Oleh itu, sehingga kini para pemegang saham minoriti NSTP dan awam tidak tahu berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh NSTP dalam penjualan saham BPSB kepada APSB hanya pada kadar RM1.00 sesaham.

2. APSB telah ditubuhkan pada 29 Jun 1999, dan terbitan dan berbayar modal hanya RM100,000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu. Jadi apakah justifikasi yang membolehkan APSB membeli 4,000,000 saham BPSB ?

Selanjutnya, klik http://bidaman.blogspot.com/2013/12/apa-lagi-yang-kadir-jasin-mahu.html



Cukup menarik persoalan yang dilontarkan oleh rakan blogger, justifikasi pembelian 4,000,000 saham Berita Publishing Sdn Bhd oleh Alaf Positif Sdn Bhd, yang hanya mempunyai modal berbayar RM100,000 terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu.

Sedia maklum, Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini adalah Ketua Editor bagi Berita Publishing Sdn Bhd. [ Barangkali juga beliau kini adalah bekas Ketua Editor ].

Namun ada lebih baik jika sekiranya Tokoh Wartawan Negara ke-9 ini terlebih dahulu MENGKRITIK dan MELAKUKAN SIASATAN terhadap pentadbiran Berita Publishing Sdn Bhd [ BPSB ] dan Alaf Positif Sdn Bhd [ APSB ], dalam transkasi yang melibatkan pembelian 4,000,000 saham kedua-dua buah syarikat tersebut sejak dari tahun 2000.

Walaupun transkasi pembelian saham telah berlaku hampir 13 tahun lamanya, kita berharap Tokoh Wartawan Negara ke-9 mampu memberi penjelasan yang sewajarnya kerana PERSOALAN YANG SAMA TELAH LAMA DILONTARKAN DALAM BLOG BELIAU DAN TIDAK PERNAH TERJAWAB SEHINGGA KE HARI INI.

Laporan kewangan kedua-dua buah syarikat tersebut agak aneh, tiada butiran aset mahupun liabiliti melihat kedudukan dan kekuatan asas kewangan ...








Seperti kata rakan blogger ...

tak salah kalau penulis katakan 'bisnes' Berita Publishing ni tak berapa nak elok . MUNGKIN ada beberapa permintaan yang dibuat kepada pihak kerajaan tetapi tak dilayan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati , lalu salah satu cara untuk mendesak ialah 'membalun' pimpinan tertinggi . Ini lah yang paling aku kesalkan bila orang 'membalun' sebab ada kepentingan diri sendiri tak dipenuhi .

http://bidaman.blogspot.com/2013/12/apa-lagi-yang-kadir-jasin-mahu.html



Kadangkala kita menjadi terlalu alpa jika terlalu masyuk menyelak kain orang lain. Intai sana, intai sini. Walhal dalam masa yang sama seluar dalam yang kita pakai turut terlondeh akibat terlalu masyuk menyelak kain orang lain.



23 comments:

Limkitboo said...

Kadir Jasin pernah jadi KP NST dan Berita Harian. Ketika itu dia sangat berkuasa. DIa orang kuat pengampu Anwar Ibrahim ketika Anwar TPM. Kadir Jasin jadi orang nombor 2 kuat bodek Anwar ketika itu hingga kawan kawan dia kecewa dengan sikap takut dengan Anwar. Kaki bodek nombor satu masa tu Nazri.
Bila Anwar Ibrahim gagal rampas kuasa dan era pengaruh dia berakhir Nazri dan Kadir juga kena ucap selamat tinggal pada NST. Berita Publishing tu kira golden handshake dia. Sementara Nazri dapat diamond handshake . Jadi Kadir Jasin ni bukan lah dari waris wartawan hero. Hanya waris wartawan bodek Anwar, Sekarang baru nak garang. Dulu semua ok.

Anonymous said...

salam ,
apa yg di suarakan oleh datuk kadir jasin itulah yang menjadi bahan bualan rakyat bawahan terhadap rosmah. kalau datuk kadir tak menulis pasal rosmah sekalipun, rakyat yang dibawah ni tetap rasa menyampah, hari2 muka rosmah keluar di rtm, tv3, utusan Malaysia, berita harian, nst.. HARI HARI....orang kite kalau da bini da lebih sudu dari kuah itu perbuatan kurang manis, dato najib punya pandai pergi puji bini sendiri dlm PAU.tak pernah dibuat dalam sejarah presiden umno buat ucapan sebegitu.22 tahun siti hasmah menjadi isteri PM, tak pernah sekalipun kite ade mendengar cerita buruk tentang beliau. yang kite pentingkan adalah kelangsungan politik umno untuk kebaikan orang melayu.. bukannye ROSMAHHH!! tak payah la saudara nk 'menyerang' datuk kadir... sekurang kurangnye beliau jujur menulis untuk kebaikan umno itu sendiri .. ubat sememangnye pahit

Anonymous said...

Apa yang di tulis oleh Dato Kadir Jasin walaupun pahit itu lah kebenarannya dan aku sokong 100%. sebelum Dato Seri Najib Sudah 5 Orang perdana menteri, jarang sekali hal istri dan rumah tangga PM di bualkan oleh rakyat biasa dan ahli politik samada kerajaan atau pembangkang. kenapa PM ke 6 istri beliau sering menjadi kontraversi serta bualan,, jika tiada angin masakan pokok bergoyang...Jangan sebab nak bodek PM cari kesalah Kadir Jasin.. jangan sebab hal istri PM UMNO jadi pembangkang PRU14.. Muasabah diri dan perbetulkan apa yang tidak betul..rakyat sekarang sudah celik melihat apa saja yang berlaku..keputusannya adalah dalam PRU14.. jangan sampai rakyat menyampah umno dan BN jadi pembangkang satu masa nanti..

AkuPunTakFaham said...

Salam,
tak salah apa yang disuarakan oleh Kadir Jasin; kerana memang itulah yg rata-rata rakyat menyampah (tanpa mengira fahaman politik). Sekurang2nya beliau ada beri cadangan. Sdra ulaslah perihal cadangan tersebut. Takkanlah kerana 'hitam putih' itu datang dari Kadir Jasin, sdra bahaskan isu lain / 'spin' isu lain. Tak elok begini

Anonymous said...

Jangan pandang siapa yang menulis.... tapi pandang apa yg dia tulis.

Anonymous said...

Jangan pandang siapa yg berkata, tapi pandang apa yg dia kata.

MegaBidaman said...

Sebab tu la sesetengah orang tak kisah peliwat jadi PM kat Malaysia sebab diaorang pandang apa yang peliwat tu kata....keh keh keh, hujah jangan pandang siapa yg berkata tu sebenarnya boleh wujudkan satu kesan psikologi hingga menyebabkan orang yang berkata tu jadi 'wira' . Kalau nak mengutuk juga kena cakap yang dia pun ada 'bad track' tapi dia tetap nak complain. Kita nak tgk mcm mana kredibiliti org yang berkata tu beri kesan pada yg membaca atau mendengar. Jangan disebabkan ko kata orang lain salah silap ko sendiri orang lain boleh buat x nampak

MegaBidaman said...

Ini gua dah ulas dalam blog...tapi kalau x nak faham cek nak buat lagu mana lagi?
Penulis tertarik dengan saranan Kadir Jasin supaya Menteri2 yang tidak kompeten digantikan dengan Rosmah . Kita faham Kadir sebenarnya cuba bersikap sarkastik terhadap Najib apabila mendedahkan peranan yang dimainkan oleh Rosmah untuk membantu menyelesaikan beberapa isu besar di negara Timur Tengah beberapa tahun kebelakangani ni. Pada penulis ini bukan lah soal kompeten atau tidak seseorang Menteri itu tetapi ia lebih bersifat 'channel' terbaik yang boleh digunakan di saat-saat genting . Dan untuk kes negara2 Timur Tengah , Rosmah dilihat sebagai 'channel' terbaik disebabkan hubungan rapat beliau dengan isteri-isteri pemimpin2 Timur Tengah itu. Kalau dah ada 'rotan' mengapa masih nak gunakan 'akar' ?

Mungkin untuk urusan2 di negara2 lain yang mana tiada 'cable' kuat bagi penyelesaian isu-isu berbangkit , hal berkenaan terpaksa di selesaikan mengikut prosedur rasmi iaitu melalui Menteri Luar Negeri yang mana mungkin terpaksa menghadapi beberapa kerenah birokrasi negara terbabit. Mustahil bagi seorang wartawan berpengalaman seperti Kadir Jasin tidak faham dengan situasi sebegini ?

MegaBidaman said...

Penulis tertarik dengan saranan Kadir Jasin supaya Menteri2 yang tidak kompeten digantikan dengan Rosmah . Kita faham Kadir sebenarnya cuba bersikap sarkastik terhadap Najib apabila mendedahkan peranan yang dimainkan oleh Rosmah untuk membantu menyelesaikan beberapa isu besar di negara Timur Tengah beberapa tahun kebelakangani ni. Pada penulis ini bukan lah soal kompeten atau tidak seseorang Menteri itu tetapi ia lebih bersifat 'channel' terbaik yang boleh digunakan di saat-saat genting . Dan untuk kes negara2 Timur Tengah , Rosmah dilihat sebagai 'channel' terbaik disebabkan hubungan rapat beliau dengan isteri-isteri pemimpin2 Timur Tengah itu. Kalau dah ada 'rotan' mengapa masih nak gunakan 'akar' ?

Mungkin untuk urusan2 di negara2 lain yang mana tiada 'cable' kuat bagi penyelesaian isu-isu berbangkit , hal berkenaan terpaksa di selesaikan mengikut prosedur rasmi iaitu melalui Menteri Luar Negeri yang mana mungkin terpaksa menghadapi beberapa kerenah birokrasi negara terbabit. Mustahil bagi seorang wartawan berpengalaman seperti Kadir Jasin tidak faham dengan situasi sebegini ?

MegaBidaman said...

Penulis tertarik dengan saranan Kadir Jasin supaya Menteri2 yang tidak kompeten digantikan dengan Rosmah . Kita faham Kadir sebenarnya cuba bersikap sarkastik terhadap Najib apabila mendedahkan peranan yang dimainkan oleh Rosmah untuk membantu menyelesaikan beberapa isu besar di negara Timur Tengah beberapa tahun kebelakangani ni. Pada penulis ini bukan lah soal kompeten atau tidak seseorang Menteri itu tetapi ia lebih bersifat 'channel' terbaik yang boleh digunakan di saat-saat genting . Dan untuk kes negara2 Timur Tengah , Rosmah dilihat sebagai 'channel' terbaik disebabkan hubungan rapat beliau dengan isteri-isteri pemimpin2 Timur Tengah itu. Kalau dah ada 'rotan' mengapa masih nak gunakan 'akar' ?

Mungkin untuk urusan2 di negara2 lain yang mana tiada 'cable' kuat bagi penyelesaian isu-isu berbangkit , hal berkenaan terpaksa di selesaikan mengikut prosedur rasmi iaitu melalui Menteri Luar Negeri yang mana mungkin terpaksa menghadapi beberapa kerenah birokrasi negara terbabit. Mustahil bagi seorang wartawan berpengalaman seperti Kadir Jasin tidak faham dengan situasi sebegini ?

Anonymous said...

“Gambaran yang diberikan sudah cukup untuk dilihat sebagai satu pembunuhan karakter (character assassination) bagi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan selaku Presiden UMNO”.

Bang, bagaimana pulak dah dengan:

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/12/pms-advisors-insult-mandela-keep.html

ada kah artikel dari SOTB itu juga bertujuan yang sama?

Anonymous said...

salam , saya setuju dgn apa yang di tulis dan diperkatakan. Sebaik2nya kerja2 isteri PM tak perlu nak di tonjolkan sebab ada Kementerian yang sudah dipertanggungjawapkan, jadi biarlah mereka yang buatkan. Saya kira PM tak perlu memberitahu pada semua orang tentang apa yang isteri nya bolih buat. Takkan PM tak tahu orang meluat dgn dia, so why bother to announce such information. No matter what she does people still cannot accept it. She has that kind of face and facial expression that is not liken by the people. It has never happen before in the history of UMNO and the government. So, who ever is the publicity adviser to the PM is trying to bring down the image. This is a frank opinion of a rakyat. My apologies if I offend anyone.

Awi Pak Aad said...

Tuan...kalau jauh dalam hati ada rasa benci pada UMNO/BN ,segala usha akan di gembelingkan untok menjatuhkan pemimpin UMNO...kalau tak dapat cekik pemimpin ,cekik isteri nya.Ini satu fenomena bermentaliti kelas 3.. orang ramai pun keliru kenapa Dtn Rosmah sering di fitnahkan !

Anonymous said...

Semoga Allah beri kekuatan kepada PM dan keluarga .... Allah memilih siapa yang dikehendakiNya berada di atas... Allah beri rezeki mengikut ukuran. Allah turunkan siapa yang menyalah gunakan kuasa. Allah Maha Berkuasa. Semoga Datuk Seri tabah dan terus berjuang utk dapat keredhaanNya. Kerana Dia Maha Pemurah Maha Penyayang... bukannya manusia yang berbolak-balik hatinya. Datuk Seri terpilih..maka galaslah tanggungjawab ini dengan baik, jujur dan amanah. Di zaman Rasulullah pun musuh disekeliling walau pun baginda terpilih. Datuk terpilih dan tentuNya Allah tahu siapa yang lebih layak.

Anonymous said...

Saya harap jangan lah jadi pengampu yang cuba support all out sampai terpaksa cari cerita2 lama untuk londeh seluar dalam orang. Open minded la sikit!

Anonymous said...

Ada betulnya dan ada silapnya. Budaya masuk bakul angkat sendiri memang hodoh dilihat. Ada baiknya juga tulisan a kadir tu, supaya pemrintah sntiasa sedar dan bringat. Itu tulisan org yg brani dan jujur - walau pahit. Ada ribuan lagi sangkaan jahat yg terpendam hati rkyat mlysia yg akan d tnjukan dlam peti undi nanti. Skurang2nya Allah tunjukkan kita sekelumit drpnya. iKHLASLAH BILA BERKATA2 JGN INGAT NAK MEMBODEK SAHAJA. ALLAH TAHU....

Anonymous said...

Salam,
Kita boleh mempertahankan pemimpin yang kita suka dan pendapat yang selari dengan pandangan kita. Tetapi sejauh mana pendapat/pandangan itu boleh mempengaruhi khalayak adalah perkara yang lain.

Dalam isu yang menyangkuti DS Rosmah, jarang sangat majoriti khalayak berpihak pada pendapat yang menyokong/mempertahankannya? Kenapa? Adakah semua yang resah dengan Rosmah itu penyokong pembangkang? Adakah semuanya orang UMNO berkepentingan yang marah-marah sebab tak dapat apa-apa? Adakah semuanya benci pada UMNO?

Jawapannya tidak. Saya sekeluarga penyokong UMNO totok. Sejak mula mengundi pada PRU 1995 hingga sekarang, sokongan kami tak pernah beralih arah. Dan sampai sekarang pun begitu. Malangnya bila hal-hal berkaitan Rosmah, kami ada kalanya merasa macam nak tutup tv setiap kali muka dia muncul...itu sajak

Anonymous said...

Apa pun rasanya pembenci rosmah sangat dibelengu emosi negatif. Apa salahnya rosmah membuat jasa kepada negara. Dia ada bakat dan skil yg jarang dimiliki oleh wanita2 kita dan dia suka dengan kerjanya. Bagilah sokongan sket. Bknnya benda yg tak berfaedah....

Anonymous said...

Memang tak ada salahnya Rosmah membuat jasa kepada negara. Memang dialu-alukan. Tetapi, tengoklah caranya. Isteri2 PM dahulu pun semuanya ada jasa masing-masing, tapi kenapa tak siapa persoalkan?

Nak puji isteri tak salah. Kalau di depan si isteri tu pujilah sampai terkoyak telinga dia pun. Islam pun anjurkan kita menghargai pasangan kita.

Tetapi memuji isteri kita di khalayak ramai bukanlah amalan yang patut dipuji, apatah lagi dicontohi.

Kasihanlah pada UMNO. Kita tak boleh terus syok sendiri, kemudian tenggelam dalam puji memuji sesama sendiri sedangkan tindak-tanduk kita membiakkan rasa meluat orang kepada parti.

Anonymous said...

Sesekali apa salahnya..menunjukkan penghargaan seorang ketua negara kpd isteri yang menjadi wanita pertama..

ore Umno said...

Tertarik pada Stail Rambut .. Datin Seri .. teringat kepada SAMY VELLU .. MIC

zarena cantik said...

kami tunggu up date info berikutnya gan, thanks
Selaput Dara Buatan
Obat Perangsang
Viagra USA Obat Kuat Pria
Bio Slim Herbal
Obat Mata Herbal
Perangsang Wanita
Obat Perangsang Cair
Perangsang Sex Drops
Semenax Penyubur Sperma
Vagina Tabung
Vagina Center
Boneka Seks Full Body Cantik
Vagina Pinggul
Alat Bantu Sex Pria
Vagina Elektrik
Penis Elektrik
Penis Tempel
Penis Manual
Penggeli Vagina
Penggemuk Badan
Cialis Obat Perkasa
Meizitang Obat Diet Alami
Quick Slim Penurun Berat Badan
Obat Peninggi Grow Up USA
Celana Hernia
Vigrxplus Pembesar Vital
Herbal Slim Peluntur Lemak
Pelangsing Lida
Vakum Penis
Alat Pembesar Penis
Pembesar Payudara
vimax canada Pembesar Penis Alami

yanmaneee said...

yeezy 700
supreme t shirt
timberland boots
supreme clothing
balenciaga sneakers
coach outlet sale
yeezy boost 500
jordan shoes
kobe basketball shoes
ferragamo belt